Fuhh... Ni soalan yang mula jengah2 telinga saya & husband bila Fayyadh dah genap setahun. Tapi mostly dari kawan2 & secara bergurau. Dari family & saudara terdekat belum ada yang tanya. Sama je masa sebelum pregnantkan Fayyadh dulu, family memang takde yang buka mulutpun tanya pasal anak. Lega….sebab dapat family & family in law yang sangat memahami. Alhamdulillah..
Soalan ni macam ni takkkan pernah habis kan? Bila bujang Tanya bila nak kawen? dah kawen Tanya pulak bila nak ada anak? Dah ada anak tanya bila nak tambah anak? Hihi..sampai bercucu pun takkan habis orang nak tanya. Ye tak?
Anak tu rezeki. Bukan dekat tangan kita nak mintak2 anak. Nak ada2 kan anak. Yang tentukan semuanya Allah swt. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, selebihnya tawakal.
Bila dah ada anak sorang, mesti ada planning untuk anak seterusnya. “planning” bukan bermaksud tak nak tambah anak. Tapi planning atas faktor kesihatan & nak bagi perhatian lebih pada anak sulung. Anak ni amanah Allah swt. Tak boleh main hentam kromo je jaga. Tak boleh nak buat endah tak endah. Tanggungjawab bukan sikit. Banyak. Taknakla tahu beranak je tapi tak tau nak jaga. Tak nak jugak bila emosi tak diurus dengan baik anak jadi bahan kita lepas geram. Kesian anak. Sebab diorang belum tahu apa2 untuk jadi mangsa emosi parent sendiri. Anak tanggungjawab kita. Setiap apa yang kita buat dekat anak, akan dipersoal dekat akhirat kelak. Makan pakai dia, pendidikan dia, adab sopan dia, didikan agama dia. Bukan benda main2.
Rezeki setiap dari kita tak sama. Ada orang boleh nak handle anak kecik rapat2. Ada orang tak mampu. Badan masing2 tak sama. So, jangan samakan kita mampu je beranak anak rapat2, kenapa kau tak boleh? Situasi lain2. Ragam anak-anak pun tak sama. Ada orang anak yang boleh main sendiri. Ada anak yang still nak parent berteman buat apapun. Kuat melekap. Tak nak dekat orang lain. So, mungkin sebab tu jugak parent buat planning untuk tak menambah anak dalam jarak yang dekat. At least lepas 2-3 tahun untuk dapat next baby. Orang selalu tekankan kualiti bukan kuantiti. Kalau anak ramai pun, tak terjaga, tak terdidik, tak cukup ilmu agama, silap2 boleh heret kita ke neraka sana. Nauzubillah...mintak dijauhkan.
Kalaupun orang tu still nak planning kita just hormat jelah pendirian dia. Jangan nak persoalkan sangat. Sebab setiap orang ada perancangan masing2. Kalau yang breastfeeding ni, banyak yang nak susukan anak sehingga 2 tahun baru ready nak tambah anak. Ada jugak sebab PJJ dengan husband, masih belajar lagi dan macam2 hal lagi. Dalam islam pun benarkan merancang anak yang bersifat sementara ni. Lagi satu, parent sendiri kena betul2 ready dari segi emosi & fizikal sebab kalau tak ready memang banyak yang akan jaga anak dengan “emosi” semata. Penuh amarah. Bukan kasih sayang. Ada yang mula gaduh suami isteri sebab saling salah menyalahkan bila timbul soal anak. Soal tanggungjawab. Yang jadi mangsa, anak. Lagipun, orang tau tanya je, yang tanggung semuanya kita. So, kadang memang kena "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" je apa orang nak cakap. Hmm...

Tapi, kalau dalam masa planning tu tiba2 pregnant, jangan la pulak sedih2 & nak tolak. Macam yang saya cakap, kita ni mampu planning je, yang tentukan Allah swt. Even dah plan pun, still “lekat” jugak anggaplah itu rezeki. Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Sekuat mana kita merancang takkan mampu lawan kuasa Allah swt. Allah saja yang tahu bila masa yang paling sesuai untuk dia bagi anak lagi untuk kita.
Kalau ditanya pada saya, bila nak tambah anak, soalan ni susah nak jawab. Honestly, hadirnya Fayyadh dalam kehidupan kami berdua pun dah syukur Alhamdulillah. Dapat seorang anakpun dah bersyukur sangat2. Sebab saya dulupun 9-10 bulan lepas kawen baru pregnant. Dah pernah rasa macam mana perasaan teringin nak anak sangat2 masa tu. Dah pernah rasa sedihnya hati bila orang asyik persoalkan kenapa lambat dapat anak. Sekarang ni, saya just bersyukur dengan apa yang saya ada. Apa yang Allah dah bagi dekat saya. Saya dah cukup bahagia. Fokus sekarang, didik & besarkan fayyadh dengan sehabis baik.
Ikutkan hati, memang teringin nak bagi Fayyadh adik tahun depan. Ikutkan memang kami sama2 dah ready untuk second baby. In sha Allah kalau ada rezeki. Sebab bila nak tambah anak, sama je konsep masa kita nak dapat anak sulung dulu. Bukan maksudnya bila kita dah ada anak sorang, dah tentu2 senang dapat anak seterusnya. Senang nak mengandung. Anak ni rezeki dari Allah swt. kalau Allah nak bagi, dia akan bagi. kalau taknak bagi, pasti ada sebab & hikmahnya. Kalau dia cepatkan or lambatkan pun semuanya bersebab. Baik fokus dengan apa yang kita dah ada, Nikmati apa yang kita miliki ni dengan penuh kasih sayang dari stress dan mengharap benda yang tak ada dan belum pasti. Sayapun taknakla fikir sangat pasal hal ni. Lagipun, Fayyadh pun baru 1 tahun 6 bulan. baby lagi. Enjoy je tengok dia membesar depan mata. Inipun rezeki tak terhingga. Pedulikan apa orang nak cakap. Allah tahu mana paling baik untuk kita. Kita mampu doa& usaha selebihnya tawakal.
Jemput baca entri saya tentang pandangan soal anak, takdir & rezeki disini

setuju sangat imah...anak saya dah tiga tahun..tapi masih belum ada rezeki..tetapi bersabarlah, pasti ada hikmahnya yang xdapat kita singkap lagi..ada yg sorg tu, pun dah bersyukur sangat...:-)
ReplyDeletebila nampak tajuk ni je dah SENYUM...
ReplyDeleteteringin nak tambah tapi belum bersedia lagi..
bila adik ipar gitau dia preggy..rase jeles..
tapi banyak benda kene fikir..
family tak galakkan sebab ada history sakit dan czer,,
tapi takkan anak sorang jeeeee... -_-'
InsyaALLAH ade rezeki kita terima kan..kita hanya merancang tapi yg tentukan Allah s.w.t.
ReplyDeleteSetuju2....semuanya bersebab n ada sebab allah bg lmbt n cepat kan...
ReplyDelete