About Us

Wednesday, August 26, 2015

3rd Anniversary: candle light dinner di Rumah



Anniversary Kali ni takde nak buat surprise sambut dkt luar macam tahun lepas. Tak boleh pakai dah taktik lama, husband dah tahu. Huhu...Kisah tahun lepas boleh baca dekat  SINI


Simple je surprise saya untuk husband tahun ni. Candle light dinner at home. Tapi makanan beli jugak. Haha..tak boleh nak main masak2 dekat dapur sebab tak sempat & taknak husband nampak. Tapau saja chicken chop dengan prawn tempura dekat kedai. Balik Umah  masukkan dlm pinggan. Bancuh air, Deco meja sikit2, nyalakan candle dah siap! 



Candle light dinner at our home sweet home :)







Saya prepare semua ni dengan Fayyadh. Jenuh la larang dia dari ambik chicken chop dekat pinggan. Sibuk jugak nak pegang candle yang kita nyalakan. Hihi..sampai terjengket jengket kaki nak ambik semua benda atas meja. Hihihi...








Husband ter "surprise" la jugak & appreciate apa yang saya buat ni. Simple je. Meja pun deco simple2. Sebab last minute prepare pakai apa yang ada je. Just lilin & bunga meja tu je saya beli. Kos cuma RM 10. Murah jer. Yg rose petals potpuri tu memang dah ada dekat rumah. Semua benda ni kalau nak DIY sendiri candle light dinner korang dekat rumah boleh beli  dekat kaison. Dekat tempat lain macam Mr DIY & Daiso pun ada rasanya.

Surprise dari husband? Belum dapat lagi. Selalu akan dapat waktu yang kita takkan agak, takkan terfikir. Saya jer yang jenis tak tau buat surprise. Tapi, saya ingat pesan Prof Muhaya, If kita nak buat sesuatu untuk pasangan jangan berharap pada balasan. Buat seikhlasnya. Sebab dengan cara tu hati kita akan sentiasa gembira untuk buat apa je untuk orang kita sayang.

Weekend ni baru  nak spend time sama2. Plan jalan dekat2 je. Quality time tu yang paling penting tak kisah apapun aktiviti kita buat kan?



5 comments:

  1. happy 3rd Anniversary Imah..setuju walaupun simple, celebrate kat dlm rumah yang penting the quality of time and spend together sambil recall balik memori2 lama :) saila suka candle light dinner :D

    ReplyDelete
  2. za ritu husband yg buat surprise. hahaha.

    ReplyDelete
  3. happy 3rd anniversary...
    untuk kami yg pjj ni surprise tak semestinya annivesary or birthday.mmg setiap kali husband balik usaha buat surprise.
    simple2 tp ikhlas niat untuk mengharmonikan lagi rumah tangga.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!