About Us

Tuesday, August 4, 2015

Syawal Yang Sayu

Masih lagi dalam bulan syawal. Selain sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang, ada kisah lain yang sangat terkesan di hati.

Bermula dengan kisah datuk & nenek saya dekat kampung. 2 insan yang sangat rapat dengan saya. Datuk ( saya panggil wan) & nenek ( saya panggil tok) saya dah tua & agak uzur. Last saya balik bulan May sebelum raya keadaan tok dengan wan sihat. Tok asalnya dah lama tak mampu nak berjalan sendiri. Pernah satu masa, dia hanya mengesot bila nak bergerak. Tapi, lepas tu keadaan dia dah makin ok bila boleh berjalan sendiri dengan bantuan tongkat. Alhamdulillah..... Wan pulak, disebabkan banyak sangat selaput mata dekat mata, dia dah kurang nampak.Wan tak nak buang selaput mata tu dulu, even kiteorang paksapun dia tak nak jugak. Sudahnya, sekarang ni penglihatan dia memang kabur sangat2. Nak berjalanpun meraba-raba. Tapi yang paling buat saya sedih, before hari raya hari tu, saya dapat tau yang wan dah tak boleh jalan. Hari2 mak saya akan ke rumah tok & wan untuk mandikan wan saya. Sebabkan dia dah tak nampak & boleh berjalan, memang kena ada orang uruskan. Sekarang ni dua2 dah kena pakaikan pampers sebab kesihatan diorang dah tak macam dulu. Seyes, saya kagum dengan mak saya. kagum sangat. Dari dulu, masa tok & wan sihat, mak sangat2 pentingkan family. Mak tak nak naik pangkat, sebab takut kena tukar jauh2. Mak nak dekat dengan tok & wan. Before mak pencen dulupun, hari2 lepas balik kerja mesti mak singgah rumah tok & wan. Buatkan air, hidangkan kuih untuk minum petang. Soal kebajikan tok & wan memang mak sangat jaga. Mujurlah pak njang saya tinggal sekali dengan tok & wan. Bolehla tengokkan keadaan diorang. Pak ngah & mak ngah sayapun dekat jugak rumah. Memang selalu datang tolong.  Alhamdulillah...wan & tok dikurniakan anak2 yang sentiasa menjaga kebajikan diorang.

Kadang saya terfikir, macam manalah saya bila mak ayah dah tua nanti. Kuat ke saya nak hadapinya dengan sabar. Orang tua2 perlukan perhatian khusus. emosi diorang sangat sensitif. Mudah nak terasa hati kalau tak kena cara. Harap sangat saya juga menjadi seperti mak. Seperti anak2 wan & tok yang lain. Harap saya sabar & berpeluang berbakti pada mak & ayah. Kadang2 dalam hidup ni, orang selalu banggakan anak yang berjawatan tinggi. Yang belajar & kerja jauh2 dari orang tua. Tapi kadang orang lupa kenapa ada setengah anak yang memilih untuk dekat dengan ibu bapa.  Yang kerjanya biasa2 tapi hati puas sebab dapat tengok mak ayah depan mata. Dapat jaga mak ayah yang dah takde daya. Kadang, ada benda yang tak memerlukan wang ringgit. Kasih sayang, perhatian manakan sama dengan wang ringgit. Doa saya tok & wan cepat sihat & kuat semula. Rindu nak borak2 macam dulu (T_T).

Second, kisah classmate saya masa dekat UiTM arau dulu. Terkejut & sedih sangat bila dapat tau dia terlantar koma dekat Hospital sejak Ramadhan yang lalu. Penyakit pendarahan dalaman. (Darah pecah). Malam Jumaat lepas, dia dah menghembuskan nafas terakhir. Innalillahhiwainnailaihirajiun...Sebak rasa...macam tak percaya dia dah tak ada. Allah lebih sayangkan dia.  Hidup ni tak lama. Kadang yang sihat pun boleh tiba2 pergi. Accident, serangan jantung. Yang sakit tak serius pun boleh pergi tiba-tiba. Mati datang tak kira masa & tempat. Kalau dah sampai ajal, kita pasti akan pergi juga.

Masa syawal jugakla saya dapat berita musibah yang lain. Pak saudara saya (pak njang) masuk hospital sebab suspect batu karang & buah pinggang bengkak. Baru2 ni mak sedara husband dah 2x masuk hospital dalam tempoh seminggu. First, sebab sakit bahagian dalam perut. Second time sebab paru2 berair. Mak mertua memang ulang alik pergi hospital temankan. Sebab mak sedara husband OKU, memang kena jaga betul2. Tak boleh biarkan dia sorang2 dekat hospital.  Rasa baru je jumpa raya hari tu. Nampak dia sihat & ceria. Samala pak njang saya. Baru je sama2 bersembang sambil makan durian raya lepas, tak lama lepas tu dapat tau dia sakit.
Semoga mereka semua cepat sembuh.

Apa yang berlaku buat saya makin sedar yang nikmat sihat ni satu pinjaman yang sangat bernilai harganya. Nikmat dikelilingi orang2 yang sayangkan saya juga satu nikmat yang sangat besar dalam hidup. Buat kita rasa bersyukur apa kita ada. Rezeki yang sangat besar dari Allah swt. Sebab kasih sayang & kesihatan memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Peluang sihat ni patut gunakan sepenuhnya untuk perkara yang baik2.

Kita tak tahu berapa lama kita akan sihat.
Berapa lama kita akan hidup.
Berapa lama orang yang kita sayang ada disekeliling kita.

Kita tak tahu...


3 comments:

  1. Betul tu imah...kita kn sentiasa bersyukur slalu...hope nnti kita akn dpt jaga mak ayah kita elok2 masa merekaa tua nnti

    ReplyDelete
  2. kerinduan kat mak ayah kt kg halaman tak habis lg nih..asyik duk teringt je..rasa cm nk bercuti dan duk sana boleh sebulan dua..tp pk kan suami sesorang kt umah nanti, pendam je dulu hasrat nih..lg2 kami sekeluarga bru je kehilangan adik tersayang ramadan lepas..
    tetiba terbaca lak entry nih, lagi sayu rasa hati saya...huhuhuu.........semoga kita sama2 berpeluang dan kuat utk jaga mak ayah kita..inshaAllah...

    ReplyDelete
  3. saya pun terfikir masa raya tengok saudara mara, tahun lepas nampak sihat, tahun ni dah nampak uzur bila jumpa sesekali...kesihatan mmg nikmat berharga...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!