Kenapa Mesti DIY?
- Mesti DIY sebab untuk menjimatkan budget. Saya ni bakal pengantin EKONOMI so, kenalah berbajet bajet dalam berbelanja. Huhuhuhu…
- Memenuhi kehendak hati sendiri. Mahu yang cantik, tapi tak cukup duit nak beli, so kenalah rajin DIY sendiri kan? Lainlah kalau ada orang nak tolong sponsor.hohoho..itu tak cukup tapak tangan, seluruh muka bumi ni saya tadahkan..hehehehe.
- Nak elakkan pembaziran. Bukan sebab kedekut punya orang ok! Ops! Satu lagi sebab saya ni orangnya “pecinta alam”, “Green Girl”, apa-apa benda yang membawa kepada Pembukitan “Sampah” WAJIB dielak. Sayang bumi tau!
- Mahu kasi “EXERCISE” pada jari jemari tangan dan kaki untuk berseni sikit! Otak jugak harus dibuat kerahan tenaga supaya sentiasa aktif mencari idea supaya impian nak jadi Permaisuri Berhari-hari Sehari termakbul hendaknya. Clap! Clap! Clap!
List Benda Yang perlu DIY
- Hantaran Kahwin
- Masih mencari idea untuk hiasan hantaran nanti. Masa bertunang dah buat bunga tisu, kawen plan nak buat benda lain plak. Tapi xdapat idea lagi.Huhu..any idea? Maybe akan dapatkan bantuan otak2 sepupu dan mak sedara untuk ini.
2. Goodies Bag or Doorgift
- Yang ni memang dah decide nak guna brown or white paper bag jer. Selain murah, beg ni jugak environment friendly. Taklah sakit hati sangat tengok orang buang bersepah-sepah time majlis tu nanti. Beli bag tu then deco-deco sikit dah siap! Dalam tu saya decide nak bagi makanan jer semuanya. No benda2 macam sapu tangan, sudu garfu, keychain bagai. Senang sikit tetamu nak telan dari simpan jadi hiasan atau buang dalam tong sampah!
Cantik kan? Sumber Pak cik Google |
3. Veil Nikah
- Yup! Saya nak DIY sendiri sebab my dreaming veil nikah yang ready made harganya amat mahal. So, saya akan DIY sendiri. Barang semua dah siap beli. Dalam proses untuk DIY. Nanti dah siap, saya akan tunjuk dekat sini. Need your comments tau nanti!
4. Bunga Telur @ pahar
- Ini pun nak buat sendiri setengah. Setengah lagi beli. Tapi xnak wat banyak sebab membazir jer. Yang belipun nak cari yang murah2. Orang bukan makan telur sangat dah sekarang ni. Mahu menggeletar jari kalau semua nak buat sendiri kan? Saya decide nak buat bunga tisu carnation sebagai bunga telur nanti. Ni Mak Teh saya punya idea. Dia ajak buat sesama! Hehehe..
Comel jugak bunga tisu ni bila jadi bunga telur kan? sumber:Pal cik google |
5. Langsir Rumah
- Mari menjahit! Saya decide nak tukar langsir baru untuk ruang tamu Dan bilik pengantin rumah saya sebab dah nak masuk 4 tahun dah tak tukar baru. Saya jahit sendiri semua langsir dekat rumah. Tapi sebab dekat shah alam ni saya tak ada mesin jahit, kena tunggu balik kampung dulu baru leh jahit. Huhuhu…
6. Bilik Pengantin
- Yang ini memang saya akan DIY sendiri jer sebab saya suka bilik yang simple dan tak crowded dengan macam-macam hiasan. Just make it simple but nice! Enough!. Bukan nak tangkap gambar bergolek-golek tak bangun dah pun dalam bilik tu nak berhias bagai. Ye tak?Hahahaha!
I want something simple like this =) (sumber:Pak cik google) |
7. Baju Bertandang
- Dah decide, di sebelah bakal suami nanti, lebih banyak penjimatan harus dibuat. Kos sewa menyewa dekat area tempat dia lebih mahal dari tempat saya. Bagi saya kos untuk sewa sepasang baju+ make-up dengan harga dekat RM 700 sangatlah mahal dan tak berbaloi. Baju saja kot! Itu belum campur kos pergi balik nak survey baju, fitting baju. Semua tu kena duit! Kalau nak sewa satu tempat yang sama dekat kedah , kos sewapun mesti mahal jugak kan? Nak sewa bukan sehari. So, baik saya beli saja yang ready made. Harga lebih murah dan baju tu hak milik kita. Tapi untuk elak pembaziran, dan baju tu boleh diguna semula, saya ingat nak beli dress labuh or jubah jer. Veil nak DIY sendiri jugak.
Jubah Moden |
8. Make-Up Nikah & Bertandang
- Purata harga untuk make-up nikah dan sanding adalah RM 250++ sekali make-up. Mahal gak kan? Saya ingat nak ambil make-up untuk sanding dekat umah saya jer. Nak gak rasa orang solek muka saya kot2 karang jadi cantik macam neelofa ke, Fazura ke? Maya Karin ke? Best jugak kan?hahaha….mimpi jelah sebab diorang tu semuanya dah memang cantik asli lah!Untuk nikah dan majlis bertandang make-up sendiri jer nanti. Nak jimat punya pasal. Ye! Saya tak pandai make-up sangat. Tak takut ke muka bertukar jadi alien yang sesat dekat bumi ni?Hahaha! Practice make perfect right? So, saya ada masa 7 bulan untuk belajar make-up dari youtube or blog2 kecantikan. Saya nak make-up yang neutral dan tak tebal sangat. Doakan budak kedekut ni ya semoga saya berjaya make-up nanti!
bride-to-be Eiymah ...seronok baca azam dan persiapan you..byk betul yg u nak buat sendiri..make sure u rancang betul-betul persiapan tu, 7 bulan x lama...cer tny kengkawan/sepupu sepapat yg pandai bersolek..mintak tlong depa...mesti buleh la...good luck!
ReplyDelete- kak che`leen -
wawaaww.. dpt merasai degupan penantian akak . rasa cm x sabar nak kaweng gak. *haish! belajaq pon belom abis ...
ReplyDeleteEYMAH , MASA SYA KAWIN DULU SAYA MAKEUP SENDIRI JE.XPERLU BAZIR DUIT UPAH TUKANG MAKE UP.BACA SKIT2 DLM MJLAH TEKNIK2 MAKEUP PASTU BALON SENDIRI JE. MEMBER KAT SEKOLAH KATA NAIK SERI PENGANTIN KAT WAJAH SAYA PASTUI DIAORG TNYE SPE JURU MKE-UP.HA3 SYA CKP SENDIRI PUNYE TUKANG....
ReplyDeleteKak Che leen:Cousin saya pun serupa macam saya, bukan kaki make-up.Huhu...
ReplyDeleteRynsaRyc:hehehe..TQ. nanti mesti sampai turn awak pulak =)
Anon: hehehe..ya ke? sayapun fikir macam tu jugak sebab bukan setakat nak jimat duit tapi sebab kulit muka saya ni maha sensitif. Risau kalau mak andam make-up nanti barang make-up xkena dengan kulit then habis naik ruam2 dan jerawat.Huhu..saya akan belajar gak sampai pandai. Pray for me!
thanks for sharing and inspiring
ReplyDeletehehehe..bukan jahit sendiri. buat beading je..
ReplyDeletehi..... selamat pengantin baru :) nt ada masa leh la share project2 DIY tu ye....sya pn ada 3 bln lg mnunggu...tp idea guna paper bag tu mmg bagus sbb sy pn plan nak buat gtu je.... jimat n mudah
ReplyDeletesgt membantu....thanks
ReplyDelete