About Us

Monday, December 15, 2014

Tiba2 Sunyi. Rindu

Baru lepas hantar Mak mertua & adik2 ipar dekat stesen bas semalam. Diorang dah balik kampung. Sedih pulak rasa. Dah seminggu lebih rumah kiteorang riuh rendah. Fayyadh super happy sebab ada nenek, pak sedara & mak sedara main dengan dia. Layan dia. Eh..badan diapun kian montel bila tok ummi dia jaga! Boolatt. Hihi..

Sepanjang seminggu diorang datang tolong jagakan Fayyadh sempatla bawak diorang jalan-jalan dekat sini. Sempat jugak request dekat ummi nk makan ketupat sotong. Buat macam balik rumah sendiri, request dekat mak masak makanan feveret. Bila dah kawen dengan orang kelantan, banyak makanan kelate yang dah jadi feveret saya. Mula2 dulu segan nk cakap teringin nak makan apa dekat mak mertua, bila dah lama kawen xde segan dah. Dulupun, saya segan nak masak sebab risau makanan tak sedap. Tak sehebat mertua, tapi lama2 dah yakin sendiri. Masak je macam biasa.

Alhamdulillah..rezeki saya dapat keluarga mertua yang baik. Yang boleh layan saya baik tanpa anggap saya orang luar. Hope lepas ni pun hubungan ni berterusan baik. Aminn..

Semalam, hantar dioarang balik suami saya mengalir jugak air mata. Sedih ummi & adik2 dah balik kampung. Sayapun rasa sebak sama. Kadang bila dah ada family sendiri memang jadi rindu nak luang masa dengan parent & adik beradik kan. Rindu zaman2 sekolah. duduk sebumbung dulu. bila dah masing2 sambung belajar, kerja & dah kawen masa tu automatic dah kurang. Dalam tak sedar kita dah kurang banyak masa untuk spend dengan parent & adik beradik kita. Rindu...

Kadang saya fikir, kalau panjang umur nak tengok Fayyadh membesar, macam nilah yang saya akan rasa. "Kehilangan" tanpa sedar. maybe bila dia umur 13 tahun dia dah menjauh sedikit dari saya. Start masuk sekolah asrama, lepas tu universiti, lepas tu start kerja, kawen...Dalam sedar tak sedar, masa 12 tahun tulah yang kena usaha spend masa  betul2 dengan anak. Sebab time inilah masa dia sentiasa ada depan kita. Duduk sebumbung dengan kita. Lepas ni, bila dia dah tahu hala tuju hidup dia, ada kehidupan sendiri mesti akan rindu semua tu. Sekarang, bila fikir sikit pasal nipun dah sebak rasa.


5 comments:

  1. Betul tu imah..slalu ramai2 ni meriah rasa..seronok...cik mah slalu g umah mak...sbb kdng xtau nk wat pe..hehe..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah saya duduk kat rumah mak masih meriah..nanti dah pindah rumah sendiri mesti sunyi...

    ReplyDelete
  3. x sbr nk blk kg lg. rindu kemeriahan umah mak. wpun prangai sorg2 asyik duk memerli je (sbb tu cara famili ktorg gurau) tp rs gembira sbb we are there for each other.. ahh tassabar nk blk kampung! hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, ada keluarga yang akrab dan penyayang :)

    Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan peluang bisnes part time dan macam2 lagi :)

    ReplyDelete
  5. sedih kan bila terkenang2 tu. time baby kecik ni la kita dok manjakn dorng.
    dah besar nanti dah ada hala tuju masing2 mesti rindu dgn anak! sobss :(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!