About Us

Wednesday, December 24, 2014

Persaingan sesama Ibu? Prejudice? paranoid? Fanatic?

Assalammualikum korang!

Fuh..lama tak update blog. Seminggu sekali je update sekarang ni. Alhamdulillah...Saya sihat. Fayyadh je yang tak berapa sihat. Hari ni demam. Pasal Fayyadh saya akan cerita next entri.

Hari ni saja nak share dengan korang pasal "pesaingan tanpa sedar" sesama ibu moden. Tak tahulah korang perasan tak trend ni. Maybe perasan. Maybe tak. Tapi ni pandangan peribadi saya. Takde niat nak burukkan sapa-sapa.

Jadi ibu. Apa yang kita nak pada anak kita? Yang terbaik kan. Kalau boleh nak buat yang paling terbaik. Nak perfect. Semua ibu-ibu ada impian yang sama. Nk tengok anak membesar tanpa kekurangan apa-apa. Nak anak membesar dengan sihat. Kita bagi yang terbaik tak kiralah dari segi makanan dia, pendidikan dia, perhatian..semua yang terbaik. In sha Allah...

Tapi, yang jadi isu bila kita fikir apa yang kita buat terbaik untuk anak kita tu satu kebanggaan sampai mengguris perasaan orang lain. Contoh, Kita berjaya fully breastfeeding. Kita berjaya bagi anak kita susu badan sepenuhnya. Alhamdulillah tu rezeki kita. Tapi, perlu ke nak kecam ibu-ibu yang bagi formula milk (FM) dekat anak? Perlu ke nak tuding jari ibu yang bagi FM ni pemalas, malas nak pump semua? Perlu ke nak kecam anak ibu yang bagi Fm ni kurang bijak dari yang Fully bf? Kadang dalam tak sedar kita dah guris perasaan ibu-ibu lain. Kita tak tahu apa situasi diorang. Ada ibu yang berusaha nak bf anak sepenuhnya. Usaha berubat, makan macam-macam nak bagi susu ada. Tapi gagal. Tolonglah jangan kecam diorang. Setiap ibu mahu yang terbaik. Tapi bila gagal, mungkin rezeki diorang takde dekat situ. Kita boleh bagi moral support, suggest diorang tapi bukan pandang serong atau kecam. Situasi kita tak sama. Jangan kata aku boleh, takkan dia tak boleh. Kita bukan berada di tempat yang sama (T_T). Kadang2 dekat group2 Fb saya tengok mudah sangat nak kecam ibu lain. Sampai kdang orang takut nak tanya apa-apa soalan. Senang je nak kena bahas. Huhu..Satu lagi, kita yakin ke kalau rezeki susu untuk anak first tu ada, yang seterusnya tentu2 ada. Rezeki tu bila2 Allah boleh tarik kalau kita riak sangat. Hari2 nak up gambar hasil pump. Kadang boleh bagi semangat tapi kadang boleh jatuh riak. Sebab susu ni rezeki. Ada orang makan macam2 pun tak jugak keluar susunya. Huhu...Paling teruk, sampai yang nampak bagi anak minum susu dalam botol pun cakap sampai hati bagi Fm padahal orang tu bagi susu badan. cuma pump masuk botol. Ni paling teruk kronik fanatiknya pada saya. Takleh tengok orang bagi anak susu dalam botol. sedap je nak hentam!

Kadang pasal bagi makan anak pun orang nak kecam. Tak masak sendiri. Bagi nestum. Bagi makan macam-macam tak ikut table. Ok....bab kena bagi anak makan lepas 6 bulan tu betul. Memang betul. Mana yang salah kita boleh tegur tapi cara baik. Tapi bukan prejudice. Bukan menghentam. Kalau kita tahu pasal ilmu tu, kita tak boleh nak anggap semua orang tahu. Jangan sesuka hati nak kecam. Kalau kita berjaya masak macam2 untuk anak kita, berjaya bagi homemade food dekat dia, tolong jangan kecam ibu2 yang tak sempat nak buat macam tu. Kita tak tahu situasi dia macam mana. Mungkin dia banyak kerja lebih masa. Tak sempat nak prepare apa2. Kerja shift sampai lewat malam. Kadang2 terpaksa bagi anak nestum. Boleh bagi semangat, bagi cadangan tapi bukan mengutuk. Jauh beza antara mengutuk dengan bagi nasihat. Kita bangga anak kita just makan hasil air tangan kita. No sugar. no salt sampai 2 tahun. Tapi ada ibu yang  lepas setahun dah bagi anak sugar & salt. Pilihan masing2. Setiap ibu tahu mana yang terbaik untuk anak. Dan kalau consult dr pun, ada yang cakap tak perlupun tunggu sampai 2 tahun.

Kadang pasal taska, pasal nursery, pasal toys pun ada yang nak berbalah. Nak berlumba. Nak berjeles bagai. Kadang ada yang kecam ibu ni buat itu. Ibu ni buat ini. Ibu ni bagi anak duduk dalam walker. Dalam buai, bagi puting dekat anak. Ibu ni tido asing dengan anak dan macam-macam hal lagi. Samalah bab baby wearing. Pun banyak yang berbalah...Betul. Kita nak yang terbaik. Tapi bukan dengan cara fanatic, paranoid sampai nampak apa orang buat semua salah.Kita je betul. Sampai pergi mana dalam hati asyik nak kecam orang je.  Bab kewangan, kemampuan kita tak sama. Kadang orang tu tak mampu, tak tahu, tak boleh nak judge semua orang berilmu macam kita. Berkemampuan macam kita.  Boleh mengur tapi ada cara. Ni kadang tegur terang2 nak malukan orang tu dekat media sosial. Boleh je pm dia. Cakap sendiri..

"sis.. maaf ya. setahu saya cara sis ni tak digalakkan.....bla bla.."

Boleh je kan pm? Ni hentam beramai-ramai dekat Fb, dekat Ig dah macam memalukan ibu tu pulak. Kesian! Huhu...

Fikir macam nilah. Mungkin kita terbaik dalam sesuatu benda tapi belum tentu kita terbaik dalam sudut lain. sekarang, kita nampak kita je yang paling bagus. Tapi mana tahu, ibu2 yang sekarang ni kita duk hentam, yang kurangnya banyak dari kita, tapi mampu bagi pendidikan agama yang baik dekat anak diorang. Mampu jadikan anak dia anak yang baik akhlak. Mungkin anak tu tak merasa susu ibu, tapi rezeki anak tu dapat ibu yang bagi perhatian 24 jam dekat dia. Ibu yang bagi bimbingan agama yang cukup untuk dia even sekolah tak pandai mana.

So..tolong jangan jadikan anak tu satu persaingan sesama ibu. Nanti bila anak dah besar..ada pulak yang bersaing anak siapa paling pandai, anak siapa yang paling aktif..paling itu. paling ini..dunia ibu2. Fokus saja pada anak kita. Jangan kecam cara parent lain didik anak diorang. Sebab tu cara diorang. Yang penting kita usaha buat yang terbaik untuk anak kita.

Kan?

Ikhalas dari saya, ibu yang tak sempurna.

7 comments:

  1. Assalamualaikum imah. sheila pun sama.. selalu baca kat fb.. bertabahlah nak jadi seorang ibu kan T_____________T"

    ReplyDelete
  2. saya setuju 100% dgn entri Imah nie.. saila nak tulis benda ni dlm blog, tp takut org salah faham. saya ada masuk dlm beberapa group dlm FB atas keprihatinan kwn2 yg add saila masuk dlm group tu. ms pregnant saila amek tahu wpun x terlibat secara langsung dlm perbualan. saila rasa 'byk nya benda nak kena prepare, byk nya benda nak kena beli, byk nya benda x boleh, byk nya benda kena control'. sampai lah saila bersalin masuk wad paed dpt jmp dgn sorg doc yg secara tiba2 berbual dgn saila isu bf dan fm. dia sendiri rasa takut dgn paranoid nya ibu2 dlm page/group2 FB tu. dari situ saila amek keputusan buat mana yg termampu. saila xnak jd terlalu paranoid. sampaikan segala benda terlalu rigid. ada beberapa group yg saila unjoin. nak tanya soalan jauh sekali takut kena hentam. isu bg anak kenyang (bf) saila buat mana yg termampu, go with the flow, saila elakkan bercerita kisah anak dalam blog, FB sebab taknak niat kita dimanipulasikan org. dan saila takut/tak suka bila dpt komen dari org yg suka tny secara sindiran, yg kita ni jujur lah jawab, sekali dia reply mcm nak up yang dia lg bagus jaga anak. urut dada, sabarrrr. takde mak yg xnak bg yg terbaik kat anak, cuma cara kita mungkin berbeza. tapi perbezaan itu x semestinya sesuatu yg buruk utk anak.

    wallahualam :)

    ReplyDelete
  3. Ye...sy pon perasan terlampau byk sgt ibu2 yg paranoid, fanatic dan bla bla bla...sampai peringkat tabsub kot...i will release i post about baby wearing dan ketabsub an nye...da tulis separuh...tgk la kalo ade kekuatan nak terus menulis dan release kan entry tuh

    ReplyDelete
  4. ibu2 moden skrg cpt paranoid. i pnya prinsip, rilek rilek sudah. ehehehe. kalau mampu buat yg terbaik, buat. kalau tak mampu, takpe..

    ReplyDelete
  5. betul tu.. kita tak boleh nak cakap sebarangan.. memang susu ibu tu yang terbaik.. bgi anak makanan yang dimasak sendiri tu terbaik. tapi kita tak tahu SITUASI SEBENAR yang berlaku, tak boleh nak cakap sebarangan. setiap ibu mesti nak berikan yang terbaik untuk anaknya...

    ReplyDelete
  6. kn huhu... sy kdg bg gak anak nestum sbb betul2 tak sempat.
    terkejar sana sini, blk kerja, nk masak utk hsuband, kemas rumah
    itu ini anak dah lapar bg je nestum. tp bukan hari2. jarang2 sgt la.

    ReplyDelete
  7. Assalam sis...sy stuju dgn entry sis ni..kebanyakkan group2 ibu di fb sgt spectacle dgn isu2 yg simple je kot tpi suke dibesar2kan..mungkin yg bertanye ibu baru yg 0 knowledge nk dpt kan pandangnkn..nama pun group utk rujukan, tapi kene hentam pula..apepun kite ibu2 harini kene lebih bykkn perancangan & pembacaan, terutama ibu2 mudakan..dalam masa yg sama kite boleh menjadi tempat yg dirujuk & boleh memberikan rujukan, manfaat pade ibu2 yg lain jugak..disamping kite membina 1 komuniti yg supportive for each other..inshaa Allah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!