About Us

Wednesday, February 1, 2012

Pening-pening!

Assalammualaikum...wordless wednesday tapi saya xleh kurang menulis hari ni sebab mood masih pening2. Hahaha..tetap nak membebel di blog ni jugak. Huhuhu....Hari ni dah masuk bulan February. Kalau dihitung-hitung, ada lebih kurang 6 bulan lebih untuk saya buat preparation kawen. Bagi setengah orang cakap lambat lagi. Tapi bagi saya, masa berlalu begitu cepat, pejam celik pejam celik dah sampai hari yang dinanti. Insya-Allah....

 Tarikh Nikah

Untuk wat DIY project mmg cukup masa tu tapi kalau untuk booking barang, memang sekarang nilah waktunya. Tapi tarikh yang tepat untuk majlis saya tu belum dapat lagi. Yang saya tahu lepas raya puasa. Tapi tarikh yang tepat, belum lagi dua-dua family putuskan. So, kerja-kerja booking membooking memang tak boleh buat. Masih menunggu...tarikh ni kena dua2 pihak setuju.

Baju bertandang

Pasal baju bertandang, saya still lagi mencari. Hari tu gi jalan-jalan cari jubah moden memang saya jumpa yang saya berkenan. Tapi bila pakai, alamak! Senteng la pulak. Kalau nak ambil size lebih besar, menggelebeh pulak bila pakai. So, tentang baju bertandang tu masih lagi hanging..huhuhu...Patut ke saya sewa je ataupun saya gi tempah? Kalau nak tempah kena tahu kedai mana la pulak.Huhuhu...sedihhh

Love this dress style..Tapi tak jumpa dekat mana ada jual

   
Dress yang cantik dan simple macam ni...suka sangat! Lepas majlis still boleh guna balik baju ni. taklah membazir. Sumber http://non-cinderella-story.blogspot.com/ 
Hana Tajima punya wedding dress nipun simple dan sweet jer..saya suka jugak
Pasal Pakej perkahwinan

Ini satu hal jugak. Majoriti kawan-kawan saya yang ambil pakej perkahwinan semua cakap pakej2 yang digembar gembur murah tu sebenarnya banyak Hidden Cost. Aiseyy! Pakej yang ditawarkan setengah tu pelaminnya yang zaman dulu kala....style kerusi lama 10 tahun lepas. Ada kawan cakap pelamin tu ada yang berhabuk dan bersawang dahpun! Kalau nak modern sikit, kenalah tambah 200 ringgit. Nak kerusi macam sampan ke sofa tu, tambah lagi duit. bajupun kasi yg old fashion punya, bukan latest design, kalau nak yang modern style..tambah lagi 200...macam gitula....kadang-kadang fikir, bila ikutkan nafsu sangat ni, memang pokai la duit. Semua benda nak sempurna, duitpun banyak lah kena keluar kan? So, kena pilih betul2 dan cari harga yang berpatutan. Ikutkan adat & nafsu, urusan yang senangpun boleh jadi susah..haisyy...


Patutla orang bercinta sekarang suka ambil masa yang lama nak kawen sebab banyak sangat duit nak pakai. Ada yang berhutang bank lagi sebab nak kawen. Huhuhu...ikutkan adat dan nafsu memangla banyak guna duit. Kawen cara islam, yang penting akad nikah tu je...yang lain2 tu adat je...Entahlah, memang kena berjimat cermat. Kawen memang sekali seumur hidup. tapi taknaklah sebab SEHARI tu hutangnya bertahun-tahun...Ukur baju di badan sendiri. Berbelanja ikut kemampuan..lantakla apa orang nak kata, Janji hubungan tu HALAL!

9 comments:

  1. imah, tempahla! boleh pakai time raye. hehehe. tapi, try not too glamorous yet nice & sweet :) btw, kalau pasal wedding memang fening owh! kalau amal, 1 hari je duk cari design baju utk kenduri. hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. my sis dlu, sume tempah, dr set blik pengantin smpai sume bnde lah, n x yah buat pelamin, sbb kn ikut islam x elok bersanding, sy rs cm better tmpah semua, sbb ikut design yg kite nk, n boleh pkai smpai bile2..=)

    ReplyDelete
  3. bersanding, renjis2 bagai mmg xbuat. Pelamin kalau buatpun just untuk tangkap gambar. Maybe mini pelamin je kot untuk nikah. Xtau lg mcm mana. Tula..tp xtahu kedai mana yg ok. Tailor dkt shah alam ni saya xtahu sgt. Ingat nak beli ready made then deco2 sikit tapi still xjumpa yg berkenan di hati.huhuhu

    ReplyDelete
  4. buat setakat yang mampu je imah..asalkan kita puas ati..pedulikan cakap org..majlis kita,kita punya suka la kan...Do the best...

    ReplyDelete
  5. Insya-Allah..Imah masih memikir lagi

    ReplyDelete
  6. imah.. aku suke yg non-cinderella tu... wat la camtu imah.... ko tempah baju kosong je pastu ko letak la manik2 tu diy... mst cantik sbb ko kreatip

    ReplyDelete
  7. MariaFitria: Hahaha..aku dah selamat beli yg ready made. Memang simple. tapi nak DIY tu yang aku pening. deco2 bagai..huhuhu

    ReplyDelete
  8. why your taste same je ng saye ^_^ simple, plain & nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..same ye. Yup! saya suka something yang simple but sweet (^_^)

      Delete

Terima kasih sudi komen!