Rasa diri dah macam orang VIP dah. Busy memanjang... tapi sekurang-kurangnya orang VIP ada orang suruhan yang tolong buat kerja, tolong jaga makan minum mereka tapi saya??? Kena buat sorang-sorang. Huhuhu...rasa macam dah tak cukup masa je nak buat semua benda dalam 1 masa. Aiseh..time tengah bersemangat waja nak buat itu inilah semua benda nak datang bertimbum-timbun. Semua nak kena siap on the same time! Ranap terus semangat yang disimpan berhari-hari. tensyennye!
Mana masanya nak siapkan INI
Abaikan pandangan meja office yang sangat semak. Mana ada meja designer yang tak bertimbun dengan drawing kan? Lebih2 lagi time super duper busy! |
Kerja office yang bertimbun-timbun. Project yang semuanya nak siap cepat. Deadline yang makin hari makin dekat. Dah macam lipas kudung dah saya, buat ini kejap, buat itu kejap. Itu belum masuk nak melayan call dari bermacam jenis orang. Sampaikan orang dekat office cakap. "Imah, lepas ni you tak payah nak diet for your big day. This project pun dah cukup untuk buat you kurus"..hahaha..ye ke? Saya rasa macam makin nak membulat je nih. Then, saya dah PASTI yang sehingga bulan 7 ni saya akan selalu balik lambat, working on the weekend day. Huhuhu...harus bekerja gigih supaya semua benda dapat siap on time. Pray for me!
Then, Mana lagi masa nak siapkan INI
My DIY project yang baru 1 je dibuat. Preparation on my big day yang cuma tinggal tak sampai 6 bulan saja lagi. Mana nak beli itu, beli ini. Mana time nak kelam kabut nak ikut semua prosedur kawen. Pening2 sebab sampai bulan 7 ni saya sangat busy. nak cutipun tak senang hati. Maybe curi time weekend untuk balik kedah dan uruskan apa yang patut.
Then, Yang INI jugak harus diberi perhatian
Manuskrip untuk Novel Kerana Cinta Itu. Rasa macam nak nangis je sebab nak siapkan manuskrip ni. Geram sebab banyak sangat benda yang saya buat salah masa menaip untuk novel ni dulu. untuk edit bab2 lepas pun ambil masa berbulan-bulan. Typing error, standard pharagraph, tatabahasa....semuanyalah! salah. Itulah, dulu main hentam kromo je tulis. Bertahun-tahun baca novelpun saya tak pernah nak teliti format tulis novel. Bila sibuk nak siapkan manuskrip, baru rasa menyesal sangat. Nak nagis pun ada. Idea tak pulak nak datang mencurah-curah. tapi untuk ini, nak tak nak..penat2 pun saya usahaa jugak untuk bukak laptop dan mengedit. Ada lagi 30 bab yang nak disiapkan. Huhu..Mampu ke? Apapun, mesti siapkan jugak sebelum saya kahwin. Huhuhu...
Sabar, sabar,sabar..dugaan je semua ni. harus bijak mengurus MASA!
wah kamu novelist ke..buat slow2 k..hihi
ReplyDeletekalau jadi camni selalu, listkan yang mana paling penting siapkan yang tu dulu, pahtu baru buat yang lain..hehe
ReplyDeleteSyaz@rozelt:Bukan2. Saya bukan novelis lagi. Baru berjinak-jinak menulis novel.Tengah berusaha siapkan manuskrip untuk dihantar ke pihak penerbitan. Harap2 termakbullah impian saya ni.
ReplyDeleteIzzat: Kalau ikutkan, memag kerjalah paling penting sekali. Sebab itu tanggungjawab saya hari2. Sumber pendapatan tupun dari situ tapi kalau boleh nak siapkan semuanya sekali. Huhu...
Iemah...kalau ikotkan memang semua x sempat kan, jangan stress2 tau, doa pada yang esa, insyaALLAH, semuanya berjalan lancar =)
ReplyDelete