About Us

Tuesday, April 29, 2014

Dugaan bila anak kuat menangis (Sawan tangis)


Sawan tangis. Korang pernah dengar x? Sawan tangis ni biasa terjadi pada baby. Selalunya baby akan jadi kuat sangat menangis. Kira saban waktu kejanya nangis,nangis..nangis.
Itu yang saya dengan husband kena hadapi bila fayyadh boleh dikatakan sepanjang masa asyik menangis. Sejak dia lahir  dia asyik menangis je xkira masa. Siapa yang pernah alami situasi macam ni mesti faham. Betapa keadaan ni benar2 menguji kesabaran saya dan suami. Boleh kata kalau xkuat, memang saya boleh kena angin meroyan.

Dari hari pertama fayyadh di bawa balik ke rumah kami di shah alam memang dia asyik menangis. Dahlah masa ni ada saya & husband je. Memang menggelabahla dua2 orang xtau nak buat apa. Bagi susu nangis, try dodoikan nk bg tido pun nangis. Nk tukar pampers dia nangis, nak mandipun nangis.  Memang kami bjaga malam sebab dia asyik menangis je. Memang rasa takut dan risau sangat. Memang tunggu masa je nak balik kampung. Penat dan lemah jangan cakapla. Saya baru je lepas bersalin time tu. Takde istilah rehat masa ni. Yang fikirkan pun macam mana nak buat bagi fayyadh berhenti menangis. Dia dah ar jenis menangis sampai teketar2 mulut. Menjerit sampai hilang suara. Kuat gila. Memang kita yang dengar ni pun jadi panik.



                               
fayyadh dah genap 2 bulan =)





Hari ke-3 dilahirkan fayyadh kna jaundice. So..dia x menangis sangat. Banyak tido je. Pasal jaundice ni saya akan cerita dalam entri lain. Tapi lepas ok je jaundice dia, perangai lama dia datang balik. Menangis xnak berhenti. Bayangkan dari pukul 4 pagi sampai pkul 3 pagi keesokannya pulak dia asyik menangis. Saya sampai hilang punca. Stress sgt sebab tak tahu dia nangis kenapa. Mak dengan ayah saya pujuk pun tak jalan. Husband dh balik shah alam sebab dia dah start keja. Saya menangis sebab rasa tertekan sebab tak boleh diamkan dia dari terus menangis. Dengan badan yang lemah lagi. Tak tidur lansung memang perit sangat rasa. Saya takut anak saya jadi kejang atau kna sawan sebab menangis teruk sangat.

Dari tak nak bagi anak tido dalam buai saya terpaksa bagi sebab dia nangis teruk sgt. Bila masuk buai dia bertenang pulak. Mudah sikit dia tidur. Itupun mmg ayun slow sangat. Saya ikhtiar baca ayat2 al-quran dkt dia.sebab takut dia nampak benda2 pelik. Check jugak kalau perut dia kembung tapi perut lembut je. Bawak g klinik pn doktor cakap dia sihat. Ayah saya ada jugak gi berubatkan fayyadh lepas dia menangis teruk dari pagi sampai ke pagi pulak.  Lepas tu alhamdulillah dia ok sikit. Tapi tak sepenuhnya. Huhu..

Masa balik berpantang di kelantanpun, perangai suka menangis dia tak kurang. Macam tu jugak  Tapi mujur mother in law pun banyak tolong pujuk dia. Rupanya MIL ckap husband saya masa baby dulupun macam fayyadh. Kuat menangis. Lagi teruk dari fayyadh. Maybe fayyadh ni menurun abah dia. Suka menangis. Memang kena sabar banyak. Mula2 dulu memang stress. Tapi bila dah berhari- hari dengan dia saya dah jadi terbiasa. Dah mula faham sikit apa dia nak. Apa nak buat bila dia menangis teruk. Memang rasa terkial-kial nak handle anak sebab ilmu satu apapun takde. Tapi saya tau saya mampu buat sebab Allah takkan duga saya lebih dari kemampuan saya.

Bila habis pantang, fayyadh dah ok ckt. Dah boleh dah letak dia dekat bawah. Dah boleh senyum2. Lega hati saya tengok walaupun bila tiba time tertentu dia kuat jugak menangis. Letak bawah pun tak boleh lama. Paling lama 5 minit lepas tu mesti nangis balik mintak angkat. Saya pun tak boleh jauh dari dia. Kena dalam radius 1m dari dia. Huhu..

Sekarang ni fayyadh dah 2 bulan. Dia menangis sangat2 pun bila dia lapar dengan mengantuk or rasa tak selesa. Tapi nangis memang kuatla. Macam kena pukul. Mungkin dah perangai dia macam tu kot. Asalkan dia sihat saya dah bersyukur sangat2. Alhamdulillah. Sbb kalau ikut doktor baby menangis ni bagus tapi kalau menangis sangat2 mak ayah yang runsing terlebih. Memang hilang punca dan jadi stress. Saya kalau kena tinggal berdua je dengan dia memang takut. Takut kalau dia start nangis teruk tak tahu nak buat apa diamkan dia. huhu... sapa yang pernah alami situasi ni mesti faham macam mana kn.Susah hatinya Allah je tahu.

Sekarang dah pandai menyembang dah dia. Suka senyum...hehe. kejap je kan dah 2 bulan. Harapnya bila dah 3-4 bulan nnti fayyadh tak menangis teruk lagi. Kiteorang suami isteri masih takut nak bawak dia kluar lama2 dekat luar sebab bila start dia menangis lama ambik masa nak diamkn dia.
Dugaan ni banyak hikmahnya bagi saya. Mula2 memang stress. Maybe time tu dalam pantang sama. Tapi lepas tu saya fikir positif. Allah takkan duga lebih dari kemampuan kami. Bila jadi macam ni.saya nampak saya jadi lebih sabar dari dulu. Memang kesabaran tu kena tinggi. Saya usaha untuk faham kehendak anak. Kalau stress saya akan istigfar banyak2 dan ingatkan diri ini amanah Allah. Ini anak saya. Saya kena sabar, sabar, sabar dan tak putus berdoa untuk fayyadh. Mungkin ni ujian untuk kami.


Sorry lama menyepi. Baru start keja 2 hari ni. Alhamdulillah fayyadh ok dengan pengasuh dia. Dia behave sangat. Maybe dengan saya dia nak manja lebih. Balik rumah still menangis macam selalu. Time tido je ok. Cuma takdela nangis tak berhenti macam dalam pantang dulu. Hehe..xpelah anak, dengan kamu apapun mama sanggup buat. Mama dan abah akan usaha buat yang terbaik untuk kamu sayang..semoga membesar menjadi anak yang soleh, yang sihat, panjang umur, dan cemerlang di dunia dan akhirat.

20 comments:

  1. Assalamualaikum Imah, kuatkan semangat ye yanggg. sebak sheila baca ni. semoga Fayyadh membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh.. dah start kerja ya? bambam la Fayyadh. kuat menyusu ya... singgah menabung ribena sini~~~

    ReplyDelete
  2. hai imah..selamat kembali bertugas..comel fayyadh..:)

    ReplyDelete
  3. fayyadh muka mcm mama la :) hehehehe comey ja :) dugaan 2...kena sabar banyak2 la kan imah.....

    ReplyDelete
  4. salam imah...salam kenal..

    baby kite sama tua.. rasa tak jauh pun date kite bersalin. syuha bersalin on 22nd Feb.
    Insyirah kuat jugak nanges. Tapi kalau kembung la nak2 ms memula tanggal pusat. Alhamdulillah skrg pun da blh ajak borak n suka.

    Skrg ni insyirah mak mertua yang jaga. MIL kata dia behave sgt. Agaknye baby kalau dgn mak mmg camtu. Suke nanges sbb nak bermanja

    ReplyDelete
  5. mcm adik saila yg no.2.. menangis tak berhenti sampai umur 4 bulan.. masa tu saila dah tadika..mmg stress,saila faham..apa lg ibu dgn ayah..huhuhu! mcm citer ahmad albab pun ada.. 4 bulan imah ya allah.. lama sgt rasa.. rupanya ayah saila pun menangis sampai umur setahun T__T!! berkemungkinan jgk mengikut ayah atau ibu dia..alhamdulillah fayyadh dah ok..

    ReplyDelete
  6. imah..kalau rajin bacakan ayat2 manzil n surah yaasin kat sebotol air masak..pastu kalau bancuhkan susu fayyadh,masukkan skit airnya..ayat2 manzil ni bagus utk elakkan baby diganggu makhluk yg kita xnampak..kita pun buat kalau aqeef menangis kuat,sapukan airnya kat muka n seluruh badan..alhamdulillah,kurang n berhenti menangis nya lepas tu..diharap dapat membantu imah..;)

    ReplyDelete
  7. Imah..
    Alhamdulillah anak imah dah kurang nngs.. Jd parents mmg mnguji..

    Semoga imah cool selalu yer

    ReplyDelete
  8. dugaan utk kak eymah n suami. semoga akak tabah mghadapi ujian daripadaNya. btq Nik Fayyadh comel sgt!! sebiji ambil muka akak eymah! hehe semoga Fayyadh jadi ank yg soleh. Amin :)

    ReplyDelete
  9. Risaunya cmtu.mak za pnh ckp,dlu adik za pn nangis je 4bln.bw berubat br ok.harap fayyadh ok je lps ni..mmg ada ank ni menguji kesbran kte di thp yg tertinggi.semoga imah dan suami kuat.

    ReplyDelete
  10. luth sampai 39 hari nangis..lepas tu semua baik.
    kena byk sabar

    ReplyDelete
  11. sbr ye imah.. dugaan tuhan kepada ibu bapa menjaga amanah yg diberikan, fayyadh jgn nakal2 k..

    ReplyDelete
  12. Risau tgok bby nangis kan klau xhenti...mati kutu nk wat pe...semoga imah tabah...insyaallah fayyadh akn okey...nk mnja2 tu kot

    ReplyDelete
  13. Dear adik...masa anak akak yg sulung dulu mcm tu jugak..kuat menangis smpi akak pun dah takut & stress...mcm2 ubat & tmpt dh try berubat tpi x jalan jugak...bila dia dh setahun dh pandai main bru kurang sikit...yg penting jgn biar kan dia menangis dlm buai sorang2. .takut kejang nnti

    ReplyDelete
  14. kuatnya dugaan.memang tabah la boleh sabar dan tenang mama fayyadh ni

    ReplyDelete

  15. Info yang menarik mengenai sawan tangis. Tidak semua sawan tangis memerlukan perhatian daripada doktor. Cubalah tips-tips rawatan sawan tangis ini dulu sebelum berjumpa dengan doktor seperti mengkhayalkan bayi dengan lagu atau sesuatu yang menarik, teknik pemanasan perut dan sebagainya.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah..sy tgh mengalaminya skrg...mmg sbjik mcm yg sis tulis tu...mmg risau sgt..hanya Allah yg tau....sbb tu asyik mggugal je cri punca dan sbgainya

    ReplyDelete
  17. ase nk brkenalan dgn fayad...skrg umo die brape? n mcne citer slpas die 2 bln?bila die btol? bnti mengis kuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fayyadh dah 1 tahun 9 bulan sekarang ni. saya start hantar dia dekat pengasuh masa dia 2 bulan. memang masa dia 2 bulan tu duduk rumah pengasuh dia ok. Tak menangis pun macam masa dalam pantang. Tapi bila balik rumah, dengan saya dia memang kuat nangis. Pantang tinggal kejap je nangis. Dia betul2 ok masa dah 3 bulan. Time tu dah kurang dah nangis dia. nangis bila lapar dengan mengantuk je. Tapi still xnak kita jauh dari dia. Rasa tu standard. tapi masa 2 bulan ke bawah memang Allah je tahu macam mana rasa. Dugaan kan. Hope awak banyak sabar. Doa banyk2 mintak tak berpanjangan benda ni. Macam Fayyadh memang lepas 3 bulan Alhamdulillah...senang jaga.. Bawak gi mana oun ok. Ada hikmah jugak apa yang jadi

      Delete
  18. Anak saya masuk 4 bulan perangai dia sgt kuat menangis... Huhu
    Allah je tahu.. Isteri sampai nangis nak handle baby kami.... Setiap malam terpaksa bawak ronda naik kereta... Dlm kol 11 malam... Baru la dia tido.. Harap hilangla sawan tangis dia

    ReplyDelete
  19. Sama mcm anak saya..most of the time nangis..naik risau..baru 1 bln lebih..mcm mana laa nk keje nnt

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!