About Us

Friday, November 21, 2014

Holiday Di Cherathing

Entri terperam...dah lama dah sebenarnya holiday kami ni. Masa bulan August hari tu. Sekarang, baru ada masa nak update. Ni kira percutian pertama kami 3 beranak. Masa ni Fayyadh baru 5 bulan. Baru dapt bawak dia gi bercuti. Hihi..

Masa ni pergi main terjah je. Takde booking2 hotel melalui internet. Tapi kebetulan, suria cherating ada buat walk in promotion Bilik deluxe mengadap laut RM 180 semalam. So, apalagi grab je, Murah .

Masa mula2 sampai cherating saya pelik sebab tak nampak pun pantai dari jalan besar. haha..rupanya pantai cherating ke dalam sikit dari jalan raya. Kawasan sunyi sikit la bagi saya. Cuma yang kita boleh perasan tu kawasan pelancongan sebab banyak gerai2 dekat luar yang jual cenderamata.

Jalan nak masuk suria cherating lagila. Horror je rasa. kiri kanan hutan. Tapi bila sampai, nampak laut dekat depan, masya Allah cantiknya. Mula2 aim nak stay dekat impiana or holiday villa tapi dua2 resort dah fully booked. So, kami check in dekat suria cherating je la. So far, ok. Bila stay hotel yang ada private beach memang keja mengadap laut je la. Hihi..

Cantikkan? biru jer laut...

View dari tingkap bilik hotel kami =)
Yang best, masa kami stay hotel ni hari tu tak ramai sangat orang. So..best nak jalan2 dekat kawasan resort. Tepi laut....kami tak pergi pun pantai awam dia. jalan2 dekat pantai hotel ni je.

Kemain lagi Fayyadh bersantai dengan abah dia tepi pool. Nak mandi abah dia tak kasi. Tengok jela..

Banyak aktiviti menenangkan jiwa & relax2 je dekat sini. Kami tak gi pun melawat penyu semua tu. Tak sempat sebab stay semalam je.  Tapi malam memang gi makan seafood dekat sini. Rasapun not bad. sedap jugak. sotong celup tepung dia best! fresh. Memang kalau nak rasa tenang2kan jiwa sambil tengok pemendangan indah memang best stay dekat cherating sini. Tak perlu nak keluar jalan jauh2. Dalam resort pun dah sesuai untuk bersantai.

Tapi kami ada jalan2 dekat kemaman jugak. Dekat je dengan cherathing. Sini kan banyak makanan yang best. Asal bab mkan2 memang saya on aje. Hihi..keropok lekor, satar dekat kemaman ni sedap!! kalau datang sini mesti try!

Ok..layan jela gambar.



Ok..kita selfie!!






Gambar makanan takde. Semua dalam phone husband. Hihi....Best datang sini bagi saya. Kalau dari KL dalam 3-4 jam je. 


5 comments:

  1. Assalamualaikum imah. bestnya.. teringin gak nak ke pantai.. heee tunggu adam besar sikit boleh la kot.. hihihhh

    ReplyDelete
  2. Fayyadh debab..comel je..hehe...geramlah..bestnyer...nk plan gak lah bercuti2 juga..walaupun kejap...

    ReplyDelete
  3. argh..xsampai2 lg cherating.. tunggu dah musim abes ujan br nk g kot.. hehee

    ReplyDelete
  4. pool tu syok betul kalau dpt mandi view cantikkkkk~

    ReplyDelete
  5. seronoknya bercuti dengan keluarga :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!