About Us

Tuesday, February 10, 2015

Social Life orang yang dah Berkahwin


Orang selalu cakap nak enjoy menjoi, nak bersosial seronok2 dengan kawan2 time bujang je. Nanti dah kawen dah tak boleh dah enjoy sangat. Hidup hari2 untuk kerja & untuk keluarga. Hari2 ulang benda yang sama. Itu benda yang saya selalu dengar dari dulu.


Tapi bila saya dah kahwin, dah alami sendiri saya rasa statement tu salah. Husband saya pun cakap benda yang sama. Siapa cakap dah kawen, dah ada anak tak boleh bersosial? tak ada life? Bolehla! cuma kena enjoy & bersosial cara orang yang dah kawen. Sebab ada limit tertentu & tanggungjawab yang harus digalas. So cara bersosial pun kena tukar sikit. Takdela sampai lupa terus!

Alhamdulillah..lepas kawen hubungan saya dengan kawan rapat & kawan2 lain masih macam biasa. Tak terputus apa2. Yang best, lagi eratkan silatul rahim sebab kita kenal pasangan kawan kita. Kenal anak diorang. Bila ada apa-apa,  kawan  datang rumah. Kiteorang gi melawat diorang dekat rumah diorang. Jumpa dekat luar. makan2 sambil borak2 cerita life masing2. Happy apa. Happy sebab perkahwinan tak jadi halangan oun nak terus berkawan. Ada jugak Plan nak bercuti sama-sama. Yang best, Saya pun kenal kawan2 husband. Dia Pn sma.

Ikut pasangan masing2 attend majlis or kenduri kawan. Takdela duduk rumah je tak pergi mana-mana. Orang jemput pergi kenduri, tak kenal kawan husband tak nak pergi. No. Kawen bukan bermaksud social life kita hilang trus. Ada. Cma sedikit berbeza.

Anak pun try kenalkan dengan anak-anak kawan. Hope bila dah besar nanti boleh berkawan dengan anak-anak kawan kita. Mujurlah dapt suami yang tak sekat saya dalam berkawan janji ada limit. Siap boleh join lg. Sekali dua jmpa mmg dia malu segan. Lama2 dah jadi kawan dia dah pun. So rasa happy bila husband kita boleh berkawan dengan husband kawan kita. Boleh serasi. Memang tu yang nak.

Sama juga dari segi social life nak ke sana sini. Sejak kawen, rasa sama je kiteorang ni. Dah ada anak pun tetap berjalan gi sana sini cuma ada la limitnya. Ada tempat yang boleh bawak anak pergi. ada yang kurang sesuai. Ada aktiviti yang boleh buat, ada yang tak boleh. Yang ni yang bezanya dengan hidup zaman berdua or bujang. sesuai atau tak.

Tambah dah ada social media macam Fb, whatsapp, we chat semua lagila senang nak contact dengan kawan-kawan kn. Boleh jugk tambah kawan baru.

Tapi tu ar..kadang media sosial ni x sama macam jumpa real life. Kenal bersahabat depan2 kan. Lagi best kalau dapat jumpa & saling kenal mengenali macam dulu2  cuma tu ar...tak de masa. Kitapun sibuk dengan kerja, dengan family tapi tak adala sampai takde masa nk bersosial. Selagi tak bertentang dengan agama pada saya ok je.

Cuma kadang bila bnyk chat dekat whatsapp ni ada yang melalaikan jugak. Saya dulu banyak kali kena tegur dengan husband. Sekarang ni dah slow2 kurangkan. Kiteorang ada peraturan dekat rumah. Bila family time tinggalkan phone semua. Masa fokus untuk family je. contoh, nak makan tak boleh hadap phone. Nak main dengan anak pun sama. Gi bercuti pun. Siap off data plan. Macam tu jugak bila spend time dengan suami. Quality time dengan family tu still kena ada. Nanti terbiasa semua gi mana-mana asyik hadap phone je. dah kurang komunikasi sesama sendiri. Dah jadi kurang bercakap. Kurang bertegur sapa. Masing2 buat hal sendiri. Makan dekat kedai hadap phone. jalan2 sama2 hadap phone. Dalam kereta suami drive isteri belek phone. semuanya lah! dan paling takut bila nanti rindu saat tengok anak membesar depan mata. Bila tak spend time betul2 dengan anak. Mmg akan rindu msa dia msih baby.  Masa untuk bersosial dengan kawan2 jugak ada tapi ada masa nya. Kna pndai atur masa.

Enjoy je apa yang kita ada. Jaga batas. jaga pergaulan. Jangan abaikan rumah tangga. Ingat status diri as ibu & isteri. Jaga maruah suami.

Tu je yang penting.

Kita enjoy cara orang yang dah kawen. Best apa!


5 comments:

  1. kita sama kak... bila together kan memang fon tak tahu letak mana... tapi bila somi balik kerja 12am gitu, ina dah tidur and masa tu la suami berperang.... main samurai seigi... hahahaha :)

    ReplyDelete
  2. Setuju2...bila dah kawin lagi ramai lah kawan...kwn baik hubs..bini die oun jadi kawan kita jugkkan..seronok juga mcm tu...dah kawin lagi enjoy..g mana2 berteman..kdng2 okey je g kuar ngan kawan2...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. sheila pun sama... still boleh enjoy keluar dengan suami dan anak. memang best lagi2 part kenalkan anak dengan kawan punya anak2. hehehe part media social tu sheila setuju sangat. kat rumah memang spend time dengan anak suami je. ahhahaha

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah dari kaknoor, tersangat betul, mesti ada batasan lah orang kawin dgn orang yg belum kawin, asalkan pandai jaga diri rasa nya takde masaalah nak bersosial..

    ReplyDelete
  5. best kan social life lps kawen. sbb rs slmt je gi mana2 ada husband protect kita

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!