About Us

Wednesday, February 4, 2015

cuti-cuti Melaka 2014

Entri terperam dalam draft. Tapi nak jugak update walaupun bukan cerita baru.

Tahun lepas masa bulan 8, kiteorang ada gi melaka jalan-jalan. Tapi 2 hari 1 malam saja. Masa cuti hari merdeka. Risau jugak kalau jammed masa ke sana tapi Alhamdulillah tak jammed.

Masa dekat sini, kiteorang menginap dekat Hotel Mid City. Hotel baru. Tak susah cari hotel ni. Tak jauh dari dataran Pahlawan. Dalam waze ada. Masa ni hotel ni tengah buat promo dekat agoda. Harga semalam 100 lebih sahaja.

Inilah hotel Mid City melaka. ( gambar sumber agoda)





Hotel memang sangat selesa, bersih dan semuanya baru2. Sebab hotel pun baru, haruslah semuanya baru2. Bilikpun luas. memang puas hati sangat.

Hasil selfie 3 beranak dalam bilik


Dekat Melaka apa yang best?

Banyak tempat boleh pergi. Ni pun kunjungan ke-2 kami selepas berkahwin. First datang masa Fayyadh dalam perut lagi tahun 2013. Kalai ke-2 datang Fayyadh dah 6 bulan.

Boleh jalan2 dekat a Famosa, muzeum melaka, Menara Taming sari, naik beca, naik melaka river cruise, Tengok kapal besar,  pergi jonker walk, zoo melaka. memang banyak tempat nk jalan-jalan. Tapi sebab dah pernah datang, so kami pilih-pilih je tempat mana nk pergi. Lagipun sekejap je kan.

Tiket naik cruise RM 10.
Naik beca ikut pada jarak. Macam kami hari tu naik yang RM 20 sahaja.







Zoo melaka. Zoo pertama bawak Fayyadh pergi. kemain suka dia dapat tengok macam-macam haiwan dalam tu.






Makanan yang wajib try kalau pergi melaka?

Asam pedas
Coconut shake klebang.
seafood dekat Umbai

Mmg yummy!

5 comments:

  1. hai kak imah... ewah2 besnya jenjalan... hehehe ina baru je update entry pasal ikan bakar tu...!!!!!!!!!!!!!!:)

    ReplyDelete
  2. mkn favorite dekat melaka juga..coconut shake klebang je xmerasa lg...beratur selalu panjang

    ReplyDelete
  3. Best kan jalan2 melaka..ktorang pun ada pergi sana tahun lepas..yang sempat hari tu makan seafood kat umbai je =)

    ReplyDelete
  4. Wah...cik mah br g hari tu...best..suka sngt..

    ReplyDelete
  5. tgh mncari2 gak hotel kat melaka..tq untuk info..nk g try seafood kat alai pulak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!