About Us

Wednesday, October 19, 2011

Negeri kelantan Bakal kenakan hukuman kepada pasangan yang sesuka hati bercerai?

Huh...panjangnya tajuk.hehehehe...teringat pagi tadi ada baca berita dekat the star yang negeri kelantan dalam perancangan untuk kenakan hukuman kepada pasangan suami isteri yang bercerai tanpa alasan yang sah.  Malah, kemungkinan hukuman penjara juga boleh dikenakan pada pasangan yang didapati bersalah. Memandangkan kes penceraian makin bertambah dari tahun ke tahun dan negeri kelantan juga berada di tangga ke-4 dalam negeri terbanyak yang menyumbangkan penceraian di negara kita, langkah sebegini mungkin akan di ambil. 


Yelah kan..sekarang ni soal kahwin cerai orang dah buat main-main. Mudah je nak bercerai atas perkara yang kecil. Kadang-kadang bile berlaku penceraian ni mangsanya anak-anak. kesian sangat. Kalau orang biasa yang bercerai ni mungkin kita tak nampak sangat tapi kalau artis bercerai mungkin semua orang tahu. Alasan senang je, tak ada jodoh. Reason yang orang tak boleh nak kata apa. tetapi kena ingat, penceraian itukan perkara halal yang paling dibenci Allah. Sebaiknya elakkanlah kalau setakat perkara kecik-kecik tu. Berkahwin atas dasar cintapun boleh bercerai birai. jauh beza dengan zaman atuk dan mak kita dulu. Berkahwin keluarga yang aturkan tapi bahagia hingga ke hujung nyawa. Bila bercakap tentang penceraian ni tak tahu salah siapa. bagi saya perkembangan teknologi dan persekitaran pun menyumbang pada kadar penceraian yg makin meningkat ni.yang penting, sama2lah kita doakan akan perkahwinan kita semua berkekalan dengan limpahan bahagia. Aminn...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!