About Us

Thursday, October 27, 2011

TIPS BERJIMAT: Yang Korang perlu RAJIN & MALAS


Mari berjimat cermat! Banyak benda yang saya plan nak buat dan beli di masa hadapan. So, banyaklah juga duit yang diperlukan. Sekarang baru kerja 10 bulan, single lagi,,,so memang tak banyak sangat komitmen saya. Tetapi untuk masa2 hadapan, bila saya nak kahwin, nak beli rumah,dah ada anak..mesti perlukan duit yang banyak kan? Sebab tu saya rasa penjimatan itu HARUS!

Bagi saya, ada banyak benda yang kita boleh buat untuk berjimat. Tapi kalau nak saving yang lebih banyak dalam masa  yang singkat, so..banyaklah benda yang kita perlu RAJIN kan diri dan MALAS kan diri. Ini tips dari saya



Yang perlu RAJIN:

  • masak sendiri makanan sebagai bekal makanan tengahari di office dan di rumah

saya dah buat benda ni since saya masih belajar lagi. Memang jimat walaupun       saya masak untuk seorang. Dalam seminggu saya Cuma berbelanja lebih kurang RM 40 ringgit (sebab harga barang dah naik) untuk beli sayur + ikan+ ayam+ sotong +udang+buah-buahan . Beras saya beli yang 5kg tu boleh makan untuk sebulan lebih Cuma 13 ringgit je sekampit. Bila masak sendiri, saya boleh makan untuk pagi, tengahari dan malam. Kalau beli, saya mungkin perlu mengeluarkan paling kurang RM 12 sehari (kadang2 terlebih). Saya boleh jimat dalam 50% juga jika masak.

  • Basuh sendiri kereta or Motor dari hantar ke Carwash.                            

Selain berjimat, kita akan rasa lebih puas hati. Mencuci pun satu senaman jugak tau! Hehehehe..Bolehlah jimat RM 10.

  • Cuci dan lipat baju sendiri dari hantar ke Dobi.

Kos untuk dobi bukannya murah. Mahal jugak. Tak salahkan kalau rajin sedikit   untuk berjimat. Bersifat rajin tu kan bagus. Hehehehe…

  • Buat sendiri benda yang kita rasa boleh di buat berbanding beli or tempah

Contohnya macam kotak untuk simpan barang, buku catatan..hantaran perkahwinan, langsir dan sebagainya. Macam kotak & buku korang boleh guna jer balik barang2 terpakai untuk buat. Tak perlu nak membazir untuk membeli benda baru. Try kreatifkan diri. Ni salah satu cara untuk tambahkan daya kreativiti korang selain boleh berjimat!

  • Rajinkan Diri membaca secara online

Rajinkan diri membaca bahan bacaan dari internet dari membeli majalah or surat khabar. Kalau malas baca, tengok berita dekat TV pun ok. Saya tahu ramai orang suka membaca. Sayapun! Tapi untuk berjimat-cermat, belilah bahan bacaan yang penting sahaja. Lagipun dekat internet macam-macam benda dah ada. Korang boleh baca free jer dekat situ.



Yang perlu MALAS:

  • Malaskan diri untuk keluar bersuka ria or berfoya-foya setiap kali hujung minggu.

Untuk keluar bersuka ria memerlukan duit yang bukan sedikit. Nak gi makan-makan, window shopping. Walaupun niat asal kita kekadang nak window shopping jer tapi selalunya mesti gak ada benda yang terbeli. Iya tak?Untuk jenis orang yang tak boleh kawal nafsu beli belah tu eloklah malaskan saja diri korang pergi tempat-tempat macam tu tanpa tujuan. Kalau ada benda nak beli baru pergi. Tapi, mesti beli benda yang perlu jer. Ingat tu!

  • Malaskan diri untuk  tengok wayang

Ini betul. Even kita rasa tengok wayang tu salah satu cara untuk release kan tension tapi hakikatnya duit untuk tengok wayang tu bukannya sikit. Kalau filem baru dah 14 ringgit. Itu belum campur kos kunyah2 pop corn dan sebagainya. Teknologi canggih macam sekarang kejap je cerita2 macam tu boleh tengok dekat internet. Bukan tak boleh tengok, tapi tak perlulah setiap minggu nak tengok wayang. Memang tak dapat nak berjimat la..

  • Malaskan Diri untuk kerap makan fast food

Sapelah tak suka makan fast food kan? McD, KFC, Pizza….dan sewaktu dengannya memang boleh buat kita tergoda2 nak makan tapi harus diingat nak beli fast food kosnya bukan sikit. kalau hari-hari makan fast food, boleh kopak jugaklah poket korang kan? So..malas2kanlah diri tu ye dari asyik membeli di sana. Bukan tak boleh makan, Cuma kurangkanlah…kan banyak boleh jimat?


  • Malaskan diri untuk bergayut berjam-jam dengan pakwe or awek korang di telefon

Saya tahu ramai yang tengah angau bercinta suka bergayut berjam-jam di telefon.Tambah2 yang muda remaja kan? Normallah tu…orang tengah hangat bercinta kalau boleh taknak berenggang lansung dengan telefon. Kalau yang pakai prepaid tu jenuhler asyik top-up je kejanya. Kalu yang pakai bil, makin melambung-lambung pulak bilnya. Sudahnya, duit kita asyik habis untuk telefon saja. Kalau boleh, cuba buat perhubungan secara “matang”. Kalau nak jimat korang leh guna YM ke, sembang on FB ke, skype ke…lebih jimat. Tak perlu bergayut berjam-jam setiap hari untuk pastikan dia sentiasa sayang pada korang.  



     
Ok..ni je tips yang saya nak kongsi di sini. Walaupun wang yang disimpan tak sebanyak mana setiap bulan, tetapi bila disimpan setiap bulan akan jadi banyak juga kan? Tambah2 dengan taraf kehidupan yang semakin meningkat. Tak boleh nak harapkan gaji sentiasa naik sebab kalau gaji naik, selalunya barangpun akan naik sama . Tapi yang lebih parah bila gaji tak naik tapi barang naik.Huhuhu….sape nak tolong tu? Apapun, berjimatlah untuk masa hadapan!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen!