Saya memang jenis suka tengok filem2 horror ni. Tak kiralah dari malaysia ke, Yang hollywood ke, yang korea or Thailand..semua saya nak tengok. Tapi tak semua filem yang memenuhi citarasa "seram" saya.
Saya tengok Filem paranormal ni sabtu lepas dengan Encik PH. Ikutkan hati nak tengok Real Steel memandangkan ramai sangat yang cakap Filem tu best tapi ticket full. So, kiteorang decide nak tengok Paranormal Activity 3 dengan harapan Filem ni best dan betul2 seram...
Mula2 start filem, memang tak da lansung kelibat hantu, cuma ada bunyi2 dan scene2 terkejut (Itupun dari pelakon sendiri bukannya hantu!)....Masuk pertengahan filem, memang buat jantung saya macam nak gugur ja. Dari muka concentrate pandang ke skrin terus beralih ke tepi. Tangan asyik tutup muka(Bukak sikit je bagi nampak screen tu kecil!). memang rasa seram sangat. Imej hantu yang hodoh2 memang tak ada dalam filem ni. Yang nampakpun bayang2 tupun tak clear sangat tapi seramnya melebihi tahap seram tengok filem yang hantu hodoh2. Mungkin sebab filem ni nampak real kot! Yang paling saya takut bila tengok hantu tu mengamuk sakan (hantu dalam rumah tu kerjanya mengamuk aje!) . Bukan saya je rasa macam tu, semua orang dalam panggung wayang pun takut sampai menjerit-jerit.
Paranormal Activity 3 ni mengisahkan tentang gangguan-gangguan menyeramkan yang dialami sebuah keluarga yang beru berpindah masuk ke dalam sebuah rumah. Hantu yang digelar "Tobby" yang menjadi rakan anak perempuan mereka (Kristi) sering membuat gangguan sehingga memaksa Dennis (teman lelaki ibu Kristi) memasang kamera untuk merakam kejadian pelik itu disitu... Satu demi satu kejadian yang menyeramkan dialami keluarga itu hari demi hari...
Jalan cerita walaupun diambil sepenuhnya menggunakan rakaman kamera tetapi mudah difahami. Endingpun okey sebab penonton akan dapat jawapan pada semua gangguan-gangguan menyeramkan dirumah tu. Tak rugipun tengok filem ni sebenarnya sebab best dan seram! Pada yang suka tengok horror movie tu, bolehlah try tengok filem ni. Confirm korang tak rasa menyesal..hehehe
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen!