About Us

Friday, November 18, 2011

Tepung Goreng Ayam yang Sedap

Saya suka makan ayam! Sebab tu saya dah mula nak gemuk + comel macam ayam..hehehehe. Tapi tak adalah hari2 saya makan ayam. Mahu berlemak dan berpenyakit karang badan comel ni. Okey2. Stop bab intro. hari ni saya nak story pasal tepung goreng ayam yang best dan sedap. Ini bukan blog masakan ya tuan2 dan puan2. Ini blog sesuka hati saya. Sebab tu semua benda saya nak tulis, saya tulis jer...Tak ada specific2pun.hehehehe. Now, meh sini saya nak tunjuk tepung goreng yang sedap ala2 KFC. Tapi kalau korang nak guna tepung ni, korang kenalah pandai menggoreng ayam, Kalau tak, memang tak sedap!.Hehehe...


1) Tepung Goreng Serbaguna Cap NONA


Tepung goreng ayam or serbaguna brand Nona ni memang sedap. Saya suka goreng sotong, udang or cendawan guna tepung Nona ni. Sebab dia tak melekat dan gebu. Rasapun sangat sedap okey. Tapi, saya tambahkan sikit dengan tepung jagung & gandum untuk rasa yang lebih nyum nyum. hargapun murah. Kotak kecil dalam RM 1++ jer..


2) Tepung Goreng Ayam hot & Spicy cap BESTARI


 Yang ini syaa baru jer try semalam. Beli secara tak sengaja masa gi Giant last week. Ada akak tu tengah promo tepung ni dan suruh saya rasa ayam yang dah siap digoreng. memang sedap. Terus saya beli. Tapi harga agak mahal dari Nona lah. Kotak kecil je RM 2++. Tapi rasa memang superb! Yang bestnya tepung goreng bestari ni xpayah salut dengan telur  before gaulkan dengan tepung. Cara dia mcm style masak ayam McD (Maklumlah dulu saya nikan pembuat ayam dekat McD!Hehehe,,). Kena perapkan ayam bersama tepung yang dicampur air. Masa nak menggoreng, salutkan sekali lagi dengan tepung. Mudah jer. Tak silap saya, dia ada macam2 perisa macam mamak & original.


okey. Itu je saya nak share hari ni. Lepas ni bolehlah korang try ye!

1 comment:

Terima kasih sudi komen!