About Us

Friday, October 14, 2011

sikap seseorang berdasarkan negeri kelahiran? Ya ke?

Salah satu mentaliti masyarakat sekarang adalah  "judge a book by its cover" bukannye  "judge a book by its contents". Saya tak tahu bilakah statement macam ni akan berubah. Saya akui, dulu sayapun agak terpengaruh dengan kata-kata orang tentang sikap orang negeri itu, sikap orang negeri ini. Yalah....hidup bermasyarakat, mestilah benda-benda macam ni akan jadi topik bualan semua pihak. baik yang tua atau yang muda, pandangannya tetap sama.



"Jangan kawan dengan orang negeri X ni sebab orang-orang negeri X ni jenis kuat bomoh"
"Jangan couple dengan orang negeri Z ni sebab orang-orang negeri Z ni jenis perangai buruk. Suka kaum kerabat negeri dia ja"
"Jangan kahwin dengan perempuan negeri V ni sebab perempuannya malas dan pengotor. Merana kau nanti"

Dan ada macam-macam lagi ayat yang saya selalu dengar. mungkin orang negeri X,Y, V atau Q ni buat salah. mungkin beberapa orang yang bersikap buruk tetapi yang kena "sumpahan" dan "tohmahannya" seluruh rakyat senegeri. Takkanlah semua orang dalam negeri X,Y, V atau Q ni berperangai sama. Bukan ke lain orang lain sikapnya. kalau nak cakap perbezaan tentang budaya dan makanan tu memanglah betul tapi kalau tentang perangai ni memamg saya tak setuju.

Tak pasal-pasal salah segelintir saja semua orang nak tuduh semuanya sama. Tak logik lansung. Sedangkan dalam agama pun ada cakap, Allah jadikan manusia ni semuanya suci murni dan bersih dari segala noda, Kitalah yang mencorakkan sendiri hidup dan akhlak kita. Bukannya kalau lahir negeri ini, sikapnya memang automatic jadi macam negeri tu. Saya ada kawan dari pelbagai negeri dan kalau jumpa kawan yang negeri samapun sikap dioarang lain. Ada yang tak samapun macam yang orang selalu cakap kan. Bagi saya tak semua orang macam tu! Statement tu harus di ubah.

Yang saya kesalkan bila isu negeri ni selalu jadi halangan untuk berkahwin. banyak dah saya jumpa kisah macam ni. Pasangan tak dapat kahwin sebab kelurga tak suka si lelaki datang dari negeri Q. Tanpa tengok muka dan bersuai kenal, terus si lelaki di reject jadi menantu. Si perempuan terpaksalah ikut sebab dah itu kehendak mak ayah. Yalah, restu ibu bapa tu kan penting.

Entah sampai bila mentaliti tentang isu ini kan berubah sayapun tak pasti.

1 comment:

  1. saya pun tension dgn orang yang jenis cakap macam ni, macam tu.
    Tapi MUNGKIN ada juga logiknya statement tu, kak.
    Sebab, kita membesar dalam keluarga yang bagaimana, keluarga kita, mak abah dibesarkan dalam suasana yg macam mana.
    Mungkin sebab didikan yang berbeza membuatkan sikap n perangai sesorang tu berbeza.
    Apa yang penting, kita belajar terima perbezaan kawan2 kita. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!