Friday, October 4, 2013
Jom Ke Sini Esok!
Jumaat. Alhamdulillah..esok cuti hari ni dah fikir apa nak di buat. Hehe. In sha Allah, ada dua lokasi yang nak di jengah esok.
First ke sini..
Hantu buku mana boleh tak pergi kan. Dapat pulak rumah dekat shah Alam je pun. Harus lah pergi.
Second, nak jengah ke sini pulak....
Pameran hartanah PKNS. Sekadar nak tambah lagi pengetahuan tentang hal ehwal hartanah. Nak beli rumah tak tau bila. Lokasi pun tak plan lagi. disebabkan kerja husband yang mungkin bertukar-tukar tapak projek seluruh semenanjung Malaysia, dan si isteri nak ikut je mana husband pergi, so belum buat apa2 keputusan pasal hal rumah ni. Just tengok2 je. Beli rumah bukan macam beli baju, perlu ada perancangan rapi. So, perlu ada ilmu banyak2. hehe..
Lokasi dua2 dekat shah alam. malas nak jalan jauh2. hehe...dekat2 rumah je.
Jom la ke sini if korang takde apa-apa aktiviti esok!
Thursday, October 3, 2013
Unique Day
Yup. Unique. Baru terperasan yang hari ni adalah hari nombor yang unik. hehe..
1 tahun...1 bulan...1 minggu...1 hari. hehe..cantiknya nombor!
Wednesday, October 2, 2013
2nd Pregnancy Check up: 4 months
Hiks….lagi beberapa hari je nak cukup 5 bulan baru sibuk nak update pasal check up time 4
bulan hari tu. Tapi nak jugak tulis dekat sini sebagai kenang-kenangan time
mengandungkan anakanda tercinta.
Macam biasa, saya buat dua check up. Satu dekat klinik
swasta (klinik Ajwa), satu lagi dekat Klinik Kesihatan. Dekat Ajwa, masa check
up, so far semua ok. Cuma tak best berat
badan naik extra 2kg dari yang dibenarkan. Huhu..tapi doctor takdelah marah2 @
berleterpun, Cuma suruh control pemakanan. Jangan ambik banyak sangat karbo
& jangan makan lewat malam. Huhu..dah tahu yang berat akan naik banyak
sebab musim raya open house banyak, selera makan pun bertambah-tambah.
Hehe…sekarang ni dah control dah makan. Tak nak la awal2 dah kena telan air
gula. Huhu..mujur hari tu xkena. Insaf kejap. Huhu..xmau dah melantak tak ingat
dunia. Part best, time scan baby la. Mama dengan abah punyala excited nak
tengok baby, sekali time ni dia tido. Huhu..usap2 perut panggil pun dia xnak
bangun. Hehe..ikut perangai abahnya la ni..xnak orang kacau time dia tido.
Paling terharu sebab dapat tengok baby
tido bersujud. Besarnya Kuasa-Mu Ya Allah. Moga membesar dengan sihat &
lahir sebagai anak yang soleh ya sayang….Time scan ni, doctor dah start ukur
lilit part2 badan dia. Terkurang la sikit dari EDD asal. 3 hari lewat dari
tarikh EDD. Huhu..Then, dr tunjuk kedudukan uri pun dah naik atas dah. Hopefully
semua ok dan baby membesar dengan sihat.
![]() |
| My baby (^_^) |
Then, esoknya gi check up dekat Klinik Kesihatan pulak. Husband
pun temankan sekali. Dah cakap dekat dia, xyah teman pun xpe sebab tahu lama
tapi dia nak jugak ikut. Mujur check up waktu petang. Dalam 1 jam setengah je
dah settle semua. Alhamdulillah..semua ok Cuma kena berleter sikit la dengan
nurse sebab berat naik extra 2 kg. Tapi gula, hb semua ok. So, tak kena telan
air gula la time ni. Nurse suruh diet sikit. Hehe…., baiklah! Hope lepas ni xde
lagi masalah berat terlebih. Hehe..
Saya dah start KIV untuk check up dekat KK. Dah Tanya dah
nurse KK banyak kali pasal ni. Dia cakapxkisah pun nak check up mana-mana.
Kalau xde buku pinkpun sebenarnya hospital government terima je sebab kalau dah
orang nak bersalin takkan nak tolak2 pulak. Cuma buku pink ni bagus untuk rekod
la. If kalau check up dekat swasta then apa2 masalh diorang akan refer gov
hospital balik. So, kalau dah ada buku pink ni, diorang dah ada rekod kesihatan
kita & baby. Bawak je buku pink & buku check up dekat private time
refer ke hospital government. Xde masalah…ini yang saya tanya sendiri dengan 2
orang nurse dekat KK.Diorang Tanya jugak saya nak continue check up dekata
mana, saya cakap Klinik Ajwa. Diorang cakap boleh check up dekat situ. Lagipun dekat klinik ajwa, procedure check up
sama je macam KK. Just yang extranya leh scan baby. Boleh Pantau baby development sekali. Lagi satu,
saya dah decide dah dengan husband nak bersalin dekat mana. Setelah fikir punya
fikir, mahu yang terbaik untuk saya & baby, fikir if kemungkinan apa2
komplikasi untuk saya atau baby, ( kalau terjadi la tapi mintak dijauhkan..) kami
decide untuk deliver baby dekat semi goverment hospital. Inipun dah dikira jugak
atas suggestion kawan baik saya & teman2 office. Hospital mana? In sha
Allah..bila dah confirm booking nanti, saya story dekat sini. So, lepas ni saya akan continue check up
dekat Klinik Ajwa. Lepas tu masa 6 atau
7 bulan start check up dekat
hospital pulak.
Monday, September 30, 2013
Ginilah kejanya Weekend Housewife
Syok kan bila weekend? Boleh santai-santai rehat dekat rumah, gi jalan-jalan sebab time ni jelah yang ada masa kan. Hari lain dari pagi sampai lewat petang dekat office aje. balik rumah pun badan dah naik lemau, nak buat aktiviti lain pun malas. Semua tunggu weekend. Haha...
Tapikan, dalam weekend life saya, takde maknanya nak bersantai-santai or membuta sepanjang dua hari dekat rumah. hehe....weekend pun ada jugak benda yang nak kena buat. Takkanla asal weekend ja, shopping or jalan-jalan aje kan? mau kopak duit kalau setiap kali weekend inilah aktivitinya. Takpun membuta sampai tengahari or petang ke? sesi balas dendam sebab hari lain kena bangun awal pagi kan. Oh tidak! Dari time bujang memang jenis tak reti nak tido pukul 12 tengahari baru bangun. tapi kalau tido awal saya pandai. Dah biasa kalau dekat kampung mak ngan ayah akan bising2 kalau bangun tido lambat even weekend pun. So, after subuh, selalu saya tido balik paling lamapun sampai pukul 9 pagi je. Bila dah ada keluarga ni lagi la kena bangun awal. banyak benda nak kena buat.
Selalunya, kalau hari sabtu kiteorang keluar, hari ahad mesti akan stay dekat rumah. Sabtu la hari nak gi membeli makanan basah, nak gi basuh keta, nak service keta ke, shopping barang rumah ke or gi mana-mana yang berkaitanla. Tapi ada masa tak keluar, stay aje dekat rumah. Namapun weekend housewife kan, so time nilah nak mencuci calat rumahpun. Nak cuci toilet, nak sapu dan mop lantai, nak mendobi bedsheet, blanket & towel, nak masak special sikit, nak menyahkan segala debu-debu dekat perabot rumah, nak iron baju saya & husband untuk stock seminggu..ha...inilah masanya! siapa cakap wanita bekerja tu main lepas tangan je kerja-kerja rumah? Tak semua ok! Selalu time weekend nila nak tunjuk bakat housewife pun kan?
Mujur rumah kecik jepun. So, penatnya kira tahap ok-ok lagi. hehe..Tak leh bayang kalau duduk rumah besar sikit nanti. Lagi banyak part nak kena cuci. lainla kalau ada maid kan. Tapi sebolehnya lah kan, saya tak nak ada maid. haha...lebih afdal kalau kerja-kerja rumah tu dapat buat sendiri. Lagipun husband rajin sangat menolong kan. Hari biasa selalu setakat basuh baju, lipat kain dengan masak je. Bab menyental rumah semua tunggu weekend.
Nanti bila baby dah keluar, maybe sutuasi akn jadi macam ni....
Makin banyakla aktiviti weekend housewife kan..huhu..tapi xpe, kalau penat, leh main2 dengan baby pulak =) !
Saturday, September 28, 2013
Hati Si Ibu Mengandung Yang Makin Sensitif (T_T)
Masuk trimester kedua ni walau tubuh badan dah kian sihat & cergas tapi emosi pulak yang dah drop tahap budak-budak. Mudah sungguh nak sensitif & terasa hati. Kadang2 benda kecik je pun. Huhu..Yang kelakarnya, boleh pulak tersentap sampai nangis-nangis. Huhu....... Alahai hati..kuatlah...
Thursday, September 26, 2013
Drama Ummi- Paling Dekat Di Hati
Sekarang ni musim orang layan drama cintan cintun kat TV kan..macam-macam drama best ada. Tapi saya sekarang dah kurang melayan drama dekat TV ni. Kalau tertengok, tengok, kalau tak, tak kisah sangat. Tanya orang je ending dia macam mana. Haha....penyakit malas sama. Atau drama tu tak cukup best kot. hehe..
Tapi satu drama ni je yang saya suka tengok dari first episode sampaila sekarang. Drama Ummi. Korang tahu tak? Ala..drama dekat TV3 setiap hari ahad, 9 malam. Ye..ni je drama yang saya ikut dari minggu ke minggu. Kalau terlepas pun, tengok jugak dekat TONTON. kekadang kalau selalu sangat hadap dengan cerita cinta, muak jugak. Nak tengok drama kisah-kisah macam dalam drama Ummi ni. Rasa dekat betul dekat hati. Rasa insaf..rasa sayu..semua adalah. Kisah kehidupan anak jalanan & terabai..Best!!!
Saya kalau drama atau filem bawah terbitan Filmscape semua saya suka ( penerbitnya Khabir Batia & his wife Mira Mustaffa). Udahlah gambarnya cantik..jalan cerita best. Sama macam drama Juvana tu. Nur Kasih pun bagi saya lain dari kisah cinta biasa. Under Filmscape jugak. Best..cerita yang lari dari kisah-kisah cinta. Kisah masyarakat. Mintak2 banyakla drama macam ni ada dekat TV. Banyak pengajarannya.
Ade ke yang layan drama ni macam saya? hehe..
Tuesday, September 24, 2013
Pasangan PJJ Memang Hebat!
kemain lagi tajuk kan. Lepas 6 bulan lebih leh duduk
sebumbung dengan suami, tetiba je teringat pasal hidup ber PJJ since time
bercinta, bertunang & awal2 kawen dulu. Haisy..sapa cakap PJJ tu xde yang best
lansung? Saya?? Yup! saya dulu2 pun mcm nak meroyan jugak duk jauh2 dgn hubby
lepas kawen. Asyik emo terlebih. Memang malu bila ingatkan balik. Hehe ..
Sebenarnya hidup ber PJJ tu banyakkkk sangatttt hikmahnya.
Banyakkk sangat pengajarannya ……cuma bergantung pada kita je sama ada nak
happy hadapi kehidupan macam tu or stress je memanjang sbb xleh tengok husband
siang malam. Sob..sob…(T_T)
Tahu kenapa saya cakap pasangan PJJ tu hebat?
First, sebab
diorang ni kuat semangat dan kental hati. Boleh tahan rasa jealous tahap gaban bila
tengok couple lain boleh duduk sama2 serumah sedangkan diri sendiri sorang
dekat sini, sorang dekat sinu. Mana taknya bila keluar gi shopping barang2
dapur & rumah, tengok husband & wife lain seronok je shopping sama2
yang kita ni sorang2 je duk belek barang. Then bila pergi pasar husband dgn
wife lain pegang plastik barang2 sama. Sama-sama pilih ikan, ayam, sayur yang
kita sorang2 je terkial2 nak pilih mana satu nak makan. Tanya perut sendiri nak
makan apa? nak masak apa? sebab perut satu lagi xada dekat sebelah. Huhu...
Kadang2 rasa nak masak best2 tapi xad orang nak makan wat apa kan? Kalau gi
kedai makanpun kita tapau je bawak balik rumah, couple lain boleh duduk sekali
makan sama2. Huhu… hati “jahat” ni kalau dilayan memang akan bertambah emo.
Tapi bila dah jadi pasangan PJJ atau dlm maksud lainnya Long distance
relationship husband & wife, lama2 kita akan jadi “kuat” sendiri. Kita jadi
“kebal” dengan semua dugaan2 tu. Dah
jadi xrasa apa dah bila tengok orang lain x ber PJJ macam kita. Bak kata orang dah “biasa” sangat dah!
Lantakla diaorang nak pegang tangan lalu lalang depan kita 10 kali pun, tak
rasa jeles sangat dah. Hik..hik.. =)
Second, Hidup ber
PJJ akan “paksa” kita untuk lebih berdikari. Apa saja benda kena urus sendiri.
Kalau demam ke, tak sihat ke, jangan harapla ada orang nak manja-manjakan kita.
Nak tolong picitkan kepala, tolong suapkan makanan..nak ngade nak makan itu,
nak makan ini. Tolong ambikkan barang tulah, inilah…No! No! Nak tolong bawakkan
kita pergi klinik? Memang tak la! Time
keta atau motor wat hal??? Lagilah kena pikir macam mana nak handle. Kalau ada kawan2 dengan family dekat2 tu
beruntunglah sangat, kalau yang sorang2 ni memang layan jelah diri sendiri.
Buatlah semua sendiri. Fikir macam mana
nak settle masalah2 macam tu. Mula2 maybe stress melampau. Tambah2 kalau dulu
biasa bergantung pada orang bila saat2 susah & kecemasan tapi bila dah lama2, automatic kita akan push
diri kita untuk independent buat semua benda even mulanya apa benda pun kita
tak tahu! Then, lama-lama kita akan jadi sangatttt2 berdikari! Dah boleh
berpijak atas kaki sendiri (Yeay!!!!! ). Time tu dah rasa diri sangat hebat dah
bila pandai buat & urus macam2 hal. Lebih hebat, bila kena harungi hidup
macam ni time pregnant or dah ada anak. Kuat cabarannya. Kena belajar jadi ibu
dan ayah pada si kecil. Ya..saya tahu, xsemua orang boleh hadapi saat-saat mencabar macam ni. In sha Allah, berkat
kesabaran kita bila di uji , akan ada ganjaran besar yang menanti. Saya dulupun
time accident keta then husband xde, sorang2 dekat Kulim, dengan transport nak
gi keja or mana-mana pun xde pernah jugak sampai nangis sebab rasa sedih
sangat. Tapi lama-lama positifkan jugak diri. Saya selalu cakap pada diri
sendiri “Aku kuat..aku boleh lalui semua ni. Allah ada….”
Third, Hidup ber
PJJ ni sebenarnya banyakkkk menguji kesetiaan & kepercayaan kita pada
pasangan masing2. Ada orang rasa dia lansung tak boleh jauh dari pasangan sebab
takut pasangan dia curanglah, cari perempuan lainlah, buat skandal dengan
sesiapa la kan. Ya..kekadang “kesunyian” tu mungkin boleh buat seseorang tu
terlibat dengan benda-benda tak elok .
Tapi bergantung pada orang jugak..kalau niat memang nak buat jahat tu ada, duduk
serumah pun boleh buat jahat xyah tunggu duk jauh-jauhpun. Kepercayaan &
kesetiaan tu yang penting. Sebolehnya
nak elak diri dari fikir yang bukan-bukan, berprasangka buruk, asyik tuduh
menuduh sesame pasangan. Percaya. Ni pun perkara utama yang menguji pasangan
PJJ ni. Kesetiaan. Kena kuat semangat
jugak dengan cakap-cakap orang. Kadang-kadang orang sekeliling ni boleh racun
fikiran kita. Orang tak duduk tempat kita, so dia tak tahu apa kita lalui, apa
kita alami, masalah kita. Kadang-kadang orang fikir yang hidup PJJ ni xbahagia,
xlengkap hidupla..macam2..Macamla diorang tahu semua selok belok hidup kita
suami isteri. “ Bahagia” tu besar maksudnya. Tiap-tiap orang cara “bahagia”
mereka tak sama. Bahagia dengan cara tersendiri. So..tak perlula orang yang tak
tahu apa-apa tu wat tafsiran sendiri ye.
selalu perempuanla yang akan cepat tesentap kalau kata-kata pedas tu
hinggap dekat telinga. Buat tuduhan atau perli2 yang xleh terima dek akal. Bila
ada yang memahami, Alhamdulillah…Kalau bukan keadaan yang memaksa, takde siapa
pun nak buat pilihan hidup jauh-jauh macam ni. Ye tak?
Kalau direnung keadaan sekarang dan masa depan, Mungkin ada
lagi dugaan lagi yang menanti. Dan mungkin juga sayapun akan ber PJJ lagi. Apa
jadi pada masa depan kita tak tahu kan. Saya doakan kawan2 yang hidup berjauhan
dengan pasangan tu cepat dapat peluang duduk sekali. Bersabarlah..In sha Allah
ada ganjarannya di kemudian hari. Ada hikmahnya atas apa yang berlaku. Kalau
rasa sedih dan xboleh nak terima apa yang terjadi, try cari kelebihan yang kita
dan pasangan ada. Kelebihan dan keistimewaan lain yang Allah bagi dekat kita. Selalu bila kita dah duduk sekali ni kita akan
jumpa hikmahnya. Dan cabaran hidup yang kita alami time PJJ tu buat kasih
sayang kita suami isteri makin kuat. Kita hadapi susah senang sama-sama selama
diuji. Kita lebih menghargai pasangan masing-masing. Dan pengalaman ni akan kita
gunapakai semula dalam hadapi cabaran hidup pada masa akan datang. Lagipun rasa rindu time pJJ tu lain dari yang lain!
Kan? Kan? Boleh senyum sendiri bila fikirkan “angau” sungguh time tu bila rindu
tahap gaban dekat suami. Ye..rindu bila berjauhan tu sangat2 Manis!
Friday, September 20, 2013
Penangan Buah Dokong Kah??
Sejak 3 hari ni asyik rasa sengal-sengal dan sakit badan. Yang best, sampai tangan pun susah nak angkat. Sakitnya memang tak tertahan. 3 hari ni balik kerja lansung tak dapat nak masak untuk husband. Mujur husband ada nak tolong urutkan isteri dia ni. Sabar jelah...
Punyalah fikir punca sengal-sengal badan ni. Husband pulak cakap mungkin saya banyak sangat berjalan & gerak. Mungkin jugak kot sebab since masuk trimester kedua ni saya aktif bergerak. Buat macam-macam kerja. Kemas rumahlah, masaklah, pergi sana, pergi sini. Memang tak reti duduk diam. Tapi selalu tak adalah sakit sampai rasa sengal satu badan. Huhu..
Last2 baru saya teringat yang hari selasa lepas, saya makan banyak sangat buah dokong dekat office. Nak kata mengidam tak jugak, teringin je kot sebab kalau tiba musim, memang confirm cari jugak buah ni ....saya geram tengok buah dokong yang jual tepi jalan tu. Beli makan ramai2 dekat office tapi saya yang paling kuat melantak. Haha......Manis dan sedap kot! Last2 esok tu terus sakit2 badan. sampai 2 hari sakit sangat-sangat tapi saya datang keja cam biasa cuma officemate sampai naik pelik sebab saya keja letak minyak panas dekat lengan dan kaki. Hehe... Entahlah..maybe pasal makan buah tu jugak kot sebab ada orang kata buah dokong ni kalau terlebih makan boleh buat sakit urat. Huhu..Betul ke?
Hari ni dah ok sikit. Barula menyempat nak update blog & blogwalking.
Tuesday, September 17, 2013
Alkisahnya Check Up pertama
Dah nak masuk 2nd pregnancy check up baru sempat nak story pasal first check up hari tu. Hehe....Ok, First nak ucap terima kasih banyak2 pada kawan2 yang komen pasal nak buka buku merah dekat Klinik Kesihatan tu. Sangat membantu. Ok..before cerita pasal buku merah/pink tu, nak story dulu pasal check up masa 3 bulan hari tu dekat Klinik Ajwa.
Alhamdulillah..time check up ni semua ok. Hope lepas ni pun sama la. Yang paling best , part scan la. Boleh tengok baby dalam perut kan. Saya dan husband sama2 excited. Dalam excited risau jugak if ada apa-apa yang tak kena pada baby. First time dapat tengok dia gerak2 & lambung badan dalam perut, sungguh terharu dan takjub sangat. Besarnya kuasa MU YA Allah. Walaupun masa ni ( 3 bulan ++) belum ditiupkan roh lagi tapi dah cukup buat kami berdua bersyukur sangat2 bila boleh nampak dia gerak2 cam gitu. hehe..siap doktor cakap baby sangat aktif . Yela..sepanjang time scan tu dia tak henti2 beraksi. hehe...Macam nak bagitau dekat mama & abah dia yang dia suka dapat main2 dalam rahim mama dia ni. hehe...
![]() |
| Nama tu tulisan doktor bukan tulisan saya...haha |
Lepas 2 hari check up dekat Klinik Ajwa, barulah saya gi buka buku merah dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. Dekat klinik ni, check up mengikut zon kawasan. So, ada hari tertentu yang dah di tetapkan. Macam kawasan tempat tinggal saya, hari isnin & rabu. So, saya pilih rabu sebab isnin selalu saya kena attend meeting dekat luar. Ambil nombor giliran pukul 7.30 pagi, tapi pukul 7 pagi saya dah sampai. Tu pun dah ramai orang beratur depan pintu masuk. Mula-mula nurse suruh isi maklumat dekat buku merah tu. Then tunggu giliran untuk rekodkan berat badan & tinggi. Then, ambil darah. Lepas tu, ujian air kencing. Lepas tu tunggu lagi nak jumpa nurse dan doktor pula. Oh, dekat sini, ada seorang jururawat yang akan jaga & pantau kesihatan kita dari mula mengandung sampialh melahirkan. Kira dari first check up sampai check up seterusnya memang akan jumpa dia jer. hehe..Yang best, saya dapat nurse yang sangat baik.
Time jumpa nurse ni adalah sikit sesi soal jawab. pasal penyakit-penyakit keturunan (mak ayah saya), tapi saya semua dalam rekod tu kosong je sebab buat masa ni mak ayah saya dua-dua sihat. Tak ada penyakit yang serius. Moga mereka terus diberi kesihatan yang baik. Amin...Then tanya pasal diri saya, ada morning sickness ke tak. Saya jawab tak lah sebab saya takdepun morning sickness yang teruk sampai muntah2. setakat pening, loya biasa tu nurse cakap normal. Then, masuk dalam bilik untuk nurse check breast. dia ada ajar jugak cara nak check breast untuk tengok kalau-kalau ada sebarang benjolan pelik. langkah awal untuk cegah kanser payudara. Then, check tinggi rahim dan check kaki saya. part kaki tak pasti pulak apa yang dia check. Mungkin tengok kaki bengkak ke tidak kot. hehe...
Lepas tu, tunggu lagi giliran untuk jumpa doktor pulak. Saya dapat doktor perempuan. Hehe...Time jumpa doktor, doktor confirmkan EDD saya melalui last period dan scan. Saya just beza 3 hari je dari tarikh yang dapat melalui scan, so doktor cakap follow tarikh last period. Lepas tu doktor check degupan jantung, perut, kaki dan leher kalau2 ada thyroid. Alhamdulillah semua ok. Harap sangat next check up pun ok walaupun saya rasa berat badan saya bertambah banyak dah sekarang ni..huhu. Penangan open house kan. Melantak tak ingat dunia. Hehe..
Masa menunggu memang lama. saya pukul 10 lebih baru settle semua. tapi service dekat sini Alhamdulillah ok. Even lambatpun, normal la sebab goverment kan. ramai orang tapi dari segi check up memang details. masa saya tanya doktor dekat klinik swasta pun memang doktor swasta tu sendiri cakap pemeriksaan kesihatan terbaik untuk pregnancy mom memang hospital dan klinik kerajaan. Time ni soal cuti dan masa memang dah tolak tepi sebab untuk anak memang nak yang terbaik. Lagipun kawan-kawan office pun nasihat untuk anak sulung, pergi check up dekat KK sama jugak sebab baru first time mengandung. Tapi saya pergi jer dua-dua. hehe...next check up hari ni dekat Klinik Ajwa & esok dekat KK. ( dah 17 weeks)
P/s: Dah dapat rasa gerakan baby masa 16 weeks ++ hari tu (^_^). Even pergerakan sikit2 & ada masa tertentu, tapi rasa happy sungguh. Baby paling kuat bergerak time awal2 pagi. hehe..Sekarang, menunggu turn untuk rasa baby kicking. selalu dalam 5 bulan kan baru rasa? Tak sabarnya!
Monday, September 16, 2013
Sambut First Anniversary Di Bukit Tinggi
Alhamdulillah..seperti yang dirancang, nak celebrate first anniversary kiteorang dekat2 je. So, pilihan kiteorang Bukit Tinggi. Dekat saja kalau dari shah alam.
Kiteorang menginap dekat colmar tropicale. Patutnya bayaran masuk ke sini RM 12 seorang tapi bila kita check in dekat Colmar, dapat free je lah. hehe....Antara tempat menarik untuk dilawati dekat sini, Colmar tropicale, Japanese Village, Taman Botani, Animal park & beberapa lagi tempat menarik. Untuk rest kan badan dan spend masa2 romantik berdua memang sesuai sangatlah dekat sini. Dahlah sejuk je kan. Atas bukit lagi. hehe..lagipun, memang kiteorang pilih tempat yang tak perlu banyak sangat berjalan nak melawat itu ini sebab tujuan utama nak spend masa berdua dan tenangkan fikiran saja. hehe...namapun celebrate anniversary kan! kalau penat berjalan kang letih terlebih pulak. Haha...
Ok..tempek sini banyak2 gambar kami dekat sana. Malas nak taip, layan gambar jelah k..hehe
![]() |
| Bilik Hotel kami. Pilih superior aje sebab harga a bit expensive la..sebab tu banyak jugak spend masa dalam bilik hotel sebab rasa rugi kalau bayar mahal kalau tak stay. Hehe.. |
![]() |
| Sayangnya TV masih lagi trend lama. maybe sebab nak kasi nampak classic kot? |
![]() |
| Bathroom |
![]() |
| Wardrobe. Bagi saya, memang luas la bilik hotel dia. sesuaila dengan harga kan.. |
![]() |
| Japanese Village |
![]() |
| Sempat makan makanan jepun dekat sini. Sedap! hehe.. |
![]() |
| Japanese restaurant. Dekat dengan taman Botani |
![]() |
| Taman Botani |
![]() |
| Japanese Village |
![]() |
| Cantik kan? |
![]() |
| Rumah Jepun dekat belakang tu. Cute jer..hehe |
![]() |
| Block Hotel kami menginap |
![]() |
| Mom to be yang kian memboolat dari hari ke hari. Hehe..,masa ni dah 4 Bulan |
![]() |
| Menu dinner saya |
![]() |
| Menu dinner hubby |
![]() |
| Pagi2 breakfast dekat sini . Dalam hotel =) |
![]() |
| Baby bump sudah kian menyerlah. hehe... |
![]() |
| Dari tingkap bilik hotel. Guna split shoot time ambik gambar. hehe.. |
![]() |
| dekat animal park. Husband suka sangat melayan arnab dekat sini. |
Ok..tu jer cerita percutian singkat kami. hehe..Pergi last week time 7 & 8 hb september.
Wednesday, September 11, 2013
Berjimat Memang Kena jimat!
Hidup mana-mana tempat pun memang kena berjimat. Tapi kalau
hidup dekat pusat Bandar yang taraf hidup sangat tinggi ni lagila kena berjimat
cermat. Ye tak? Dulu time duduk dekat Kulim & keja dekat penang..kalau nak
ngelak tol, leh jugak gi ikut jalan biasa. Jammed pun tak sangat. Memang heaven
sungguh gi keja. Xjammed. Suka hati sampai berat badan naik berkilo-kilo. Hehe…makan
pun still murah compare dengan sini. Tapi dekat sini..mana2 jalan nak ngelak gi
office pun memang kena hadap tol. Jalan ada tol pun jammed, apetah lagi jalan
tak jumpa tol kan? Double triple la jammed. Kadang2 minyak petrol tu leh turun
sebab jammed je. Makanan pun mahal2.
Hmm..Tapi nak wat macam mana kan, memang ni la antara cabaran hidup dekat bandar
besar. Kena jugak hadapi dengan tabah. Ewah..hehe. ayat penyedap hati gitu..
Since selalu baca buku bab2 kewangan ni memang banyak
tersedar dari lena la..haha. Tapi baca saja pun xguna kan kalau tak praktis. Hidup
yang bergantung pada kerja makan gaji ni memang banyakla kena berjimat. Lainla
kalau ada side income macam buat bisnes . Oh! Cakap pasal bisnes, in sha Allah
sau hari nanti saya & husband pun nak buat jugak. Berniaga tukan sunnah
Rasul Allah. Pendapatan saya memang la
xbnyak manapun tapi Alhamdulillah mencukupi. Keja swasta ni ikut company la,
kalau dia nak bagi naik gaji, naik. Kalau x naik, sabar jelah kan. Kena tunggu lagi kalau2 company ada untung
lebih untuk naikkan gaji staff. Bonus pun sama, untung lebih, lebih la sikit
dapat, if tak, dapat sikit2 pun jadila…takleh nak expect lebih. Lainla kalau
rajin lompat-lompat company, cari peluang lagi baik, memang banyaklah dapatnya.
Rezeki masing-masing kan. Tapi bagi saya, as long as kerja pun rasa best dan enjoy, takde tekanan
melampau, officemate ok, bos ok, gaji dah jatuh nombor dua dah. Bila dah kawen
ni lagila saya nak company yg friendly staff kan, yg tahu hidup ber family ni
macam mana, yang cuti tahunan xleh ciput sangat. Tu kriteria utama saya
bekerja. Sebab saya xleh nak hadap kerja yang super duper stress, yang saya
rasa xsuka nak gi keja. So, ni pilihan saya so kenala pandai2 manage sendiri
kewangan tu kan jangan sampai over budget.
Tambah2 kalau kerja dalam bidang civil
engineering macam saya ni, bukan senang nak jumpa company yang boleh settle
kerja time office hour je. Selalu xcukup weekdays, weekend pun kena datang
keja. Malam pun masih kerja. Pendek kata, kerja..kerja..kerja…Kalau orang yang
suka macam tu okla tapi saya taknak macam tu. Sebab bagi saya gaji banyak
dapatpun xguna jugak kalau masa untuk diri & family lansung tak ada. Sebab
tu, bila saya jumpa company yang ok, saya masih stay dekat sini. Dengar aje
orang lain gaji lebih tinggi dari saya. Saya tak kisah
sebab ni pilihan saya. Husband pun memang tak izinkan saya kerja teruk2.
Tapi fair la kan sebab kerja diaorang pn
siang malam..saya selalu habis office hour dah dapat balik. Kadang2 kalau time
ada kerja urgent je yang balik lewat sikit tupun jarang Kalau saya tukar keja
lainpun nanti biarla dapat yang lebih baik. Gaji ni kalau dah kita rasa
berpatutan & mencukupi, ok aje Cuma kena pandai berjimat cermatla. Sebab tu
ada istilah belanja ikut kemampuan. Lain orang lain pendapatan. So..berbelanja
ikut kemampuan baru rasa tenang hidup.
Macam saya, saya tak suka ajar diri banyak berhutang. Saya
takde credit card, personal loan. Komitmen saya dengan bank cuma kereta saja.
Yang tu memang tak mampu la nak beli cash. Hehe…Kalau nak beli barang2 saya tak
suka jenis yang bayar ansuran bulanan. Bukan rasa diri kaya, tapi benda tu kira
hutang so saya tak suka nak terbeban kemudian hari. Kumpul sendiri duit sikit2,
dah cukup baru beli. Kena bersabar & ajar diri berjimat. Sebab tu kalau ada
kawan2 promote beli barang yang boleh buat instalment dengan bank saya takkan
beli. Saya tak suka komitment yang banyak dengan bank. Hehe..cukuplah kereta
saja. Rumah or tanah in sha Allah bila rezeki bertambah nanti. Satu lagi, saya
tak suka duit setakat cukup2 makan sebab sebolehnya saya taknak belanja sampai takde saving bulan2. simpanan tu penting! Itu yang mak ayah saya selalu ajar dari kecik. Dan saya selalu ikut cara mereka berjimat dalam urus kehidupan berkeluarga.
Dari buku
yang saya baca, better hutang kita (kira la hutang kereta ke, ptptn ,bil2 ..)
xleh lebih dari 30% dari pendapatan “bersih”. Lagi kurang lagi baik. So, saya
tetapkan hutang & bayar bil mesti bawah 30 % je. 40% lagi belanja (
termasukla belanja utk family, makan minum, tol dll), 30 % lagi untuk simpanan. Dalam setahun ni ( lepas
kawen) baru saya sedar betapa pentingnya manage kewangan betul2. Tupun sebab
husband banyak ajar saya tentang pentingnya berjimat, belanja ikut kemampuan
then kiteorang pun rajin baca buku financial. Ye..kerja makan gaji alternative lain
nak hadapi kenaikan harga barang adalah berjimat. Memang agak terlambat sedar sebab
lepas kawen umur dalam 26 baru nak start serius sangat2 menyimpan sebab before
ni banyak spend duit untuk kawen. Lepas kawen pun spend duit beli barang rumah. Then spend duit ulang alik time pjj dengan suami. dengan hidup pindah randah. Memang banyak duit keluar tapi saya tetap anggap tu kenangan manis untuk kami mulakan hidup.
Sekarang Alhamdulillah..dah boleh menyimpan secara konsistent. Simpanan saya bahagi pada 4 bahagian. 1 untuk asb, 1 untuk tabung haji, 1 untuk simpanan kecemasan dan 1 lagi untuk simpanan sendiri. Usaha lain untuk menyimpan, saya masih amalkan cara dulu2. simpan duit dalam tabung. simpan duit seringgit dan syiling setiap hari dalam tabung. suka hati la saya simpan berapa dalm satu hari. Kalau dapat duit sewa veil & claim dari company pun saya masukkan dalam simpanan. saya anggap duit claim yg saya claim tu kira tabung simpanan jugak. Bila nak balik kampung, keta kena servis ke apa2 guna je duit kecemasan/ duit family tu. Xnak masukkan dalam komitment gaji bulan2. setiap bulan simpan tak kira la bulan tu balik kampung ke tak, servis keta ke x, janji simpan. Since tahu pregnant, dah buat simpanan khas untuk baby setiap bulan. Kadang2 memang susah nak ajar diri berjimat tapi kalau usaha & istiqamah, boleh buat. sikit2 simpan pun jadila janji konsisten. Harus istiqamah. Jangan cilok. hehe...Tengok duit yang simpan sekarang menang tak banyak. Cuba tengok dalam masa 5 atau 10 tahun nanti, boleh terbeliak biji mata. hehe...Paling penting belanja ikut kemampuan. dahulukan mana yang penting. Takpela orang pandang macam xberduit, tinggal dekat rumah kecik, pakai keta biasa je, bajupun tak branded tapi janji hidup kita tenang.
Satu lagi kena rajin bersedekah & kena bayar zakat baru duit yang kita dapat tu berkat & mencukupi. Pasal sedekah & zakat ni dalam buku islamic financial memang ada sebut. Nanti ada masa saya upload dekat sini buku2 yang saya baca tu. Maybe boleh jadi rujukan untuk korang jugak.
Sekarang Alhamdulillah..dah boleh menyimpan secara konsistent. Simpanan saya bahagi pada 4 bahagian. 1 untuk asb, 1 untuk tabung haji, 1 untuk simpanan kecemasan dan 1 lagi untuk simpanan sendiri. Usaha lain untuk menyimpan, saya masih amalkan cara dulu2. simpan duit dalam tabung. simpan duit seringgit dan syiling setiap hari dalam tabung. suka hati la saya simpan berapa dalm satu hari. Kalau dapat duit sewa veil & claim dari company pun saya masukkan dalam simpanan. saya anggap duit claim yg saya claim tu kira tabung simpanan jugak. Bila nak balik kampung, keta kena servis ke apa2 guna je duit kecemasan/ duit family tu. Xnak masukkan dalam komitment gaji bulan2. setiap bulan simpan tak kira la bulan tu balik kampung ke tak, servis keta ke x, janji simpan. Since tahu pregnant, dah buat simpanan khas untuk baby setiap bulan. Kadang2 memang susah nak ajar diri berjimat tapi kalau usaha & istiqamah, boleh buat. sikit2 simpan pun jadila janji konsisten. Harus istiqamah. Jangan cilok. hehe...Tengok duit yang simpan sekarang menang tak banyak. Cuba tengok dalam masa 5 atau 10 tahun nanti, boleh terbeliak biji mata. hehe...Paling penting belanja ikut kemampuan. dahulukan mana yang penting. Takpela orang pandang macam xberduit, tinggal dekat rumah kecik, pakai keta biasa je, bajupun tak branded tapi janji hidup kita tenang.
Satu lagi kena rajin bersedekah & kena bayar zakat baru duit yang kita dapat tu berkat & mencukupi. Pasal sedekah & zakat ni dalam buku islamic financial memang ada sebut. Nanti ada masa saya upload dekat sini buku2 yang saya baca tu. Maybe boleh jadi rujukan untuk korang jugak.
Friday, September 6, 2013
Veil Untuk Disewa
Nota: Untuk sewaan veil sila ke link SINI
Baru sempat nak promote veil ni sekarang. Padahal since bulan March lagi dah ada ramai orang sewa. Promote melalui email je bila diorang tak dapat nak sewa veil nikah saya tu. Hehe…sebenarnya veil ni mula2 saya buat sebab nak elak clash tarikh antara penyewa veil nikah saya hari tu. Tapi design lainla sikit kan. Guna lace silver yang saya beli time duduk dekat kulim dulu dan fabric flower sikit. Maybe patut dipertimbangkan untuk DIY lagi satu veil yang seakan-akan sama dengan veil nikah saya hari tu. Tunggu mood rajin datang sebab sejak preggy memang malas sikit bab menjahit ni. Huhu….nak jahit pearl sikit dekat dress pun berkurun nak siap.Maybe sebab saya tak rasa serius nak berbisnes lagi. Sebab tu kalau ada yang request nak tempah veil atau buat beading dekat baju nikah saya terpaksa tolak sebab saya memang tak menyempat lagi nak buat semua benda dalam satu masa. Bukan tolak rezeki tapi saya tahu tahap kemampuan saya.
Baru sempat nak promote veil ni sekarang. Padahal since bulan March lagi dah ada ramai orang sewa. Promote melalui email je bila diorang tak dapat nak sewa veil nikah saya tu. Hehe…sebenarnya veil ni mula2 saya buat sebab nak elak clash tarikh antara penyewa veil nikah saya hari tu. Tapi design lainla sikit kan. Guna lace silver yang saya beli time duduk dekat kulim dulu dan fabric flower sikit. Maybe patut dipertimbangkan untuk DIY lagi satu veil yang seakan-akan sama dengan veil nikah saya hari tu. Tunggu mood rajin datang sebab sejak preggy memang malas sikit bab menjahit ni. Huhu….nak jahit pearl sikit dekat dress pun berkurun nak siap.Maybe sebab saya tak rasa serius nak berbisnes lagi. Sebab tu kalau ada yang request nak tempah veil atau buat beading dekat baju nikah saya terpaksa tolak sebab saya memang tak menyempat lagi nak buat semua benda dalam satu masa. Bukan tolak rezeki tapi saya tahu tahap kemampuan saya.
Ok..ni saya letak gambar mereka yang pernah sewa veil ni
dengan saya. Sebenarnya, ada banyak orang tapi yang ni je gambar yang ada
dengan saya. If ada sesiapa yang berminat nak sewa, boleh email saya dekat norfahimah87@yahoo.com.
Alhamdulillah…bersyukur pada Allah kerana beri saya rezeki
tak terduga. Tak sangka, idea DIY time nak kawen ni boleh berkembang ke tahap
ni. Tak terlintas dekat kepala lansung . Alhamdulillah…..rezeki anak jugak =).
Sambutan sewa veil memang di luar dugaan. Boleh kata saban
hari ada pertanyaan tentang sewa veil ni. In sha Allah..kalau ada kelapangan masa, saya
try la buat lagi satu veil yang seakan sama dengan veil nikah saya yang simple tu
untuk elak pertembungan tarikh antara penyewa. Tapi bila tu xleh nak janji. Rezeki ni Allah
bagi dekat kita dalam pelbagai bentuk. Kadang2 secara kita tak sedar dan dugapun.
Dan saya tahu, ramai ex b2b yang dah mula start ber bisnes lepas wedding
sendiri kan. Dah boleh jadi side income dah. Suka tengok kawan2 rajin buat
bisnes. Semoga bisnes korang terus maju !
Untuk sewaan veil sila ke link SINI
Untuk sewaan veil sila ke link SINI
Thursday, September 5, 2013
Pengalaman Trimester Pertama
Alhamdulillah sedang berada di awal trimester kedua sekarang
ni. Dah hampir 4 bulan dah usia
kandungan saya. Cepat benar masa berlalu. Ok, nak cerita pengalaman saya masa
first trimester dulu. Namapun online diary kan..of coz xnak lepaskan peluang
bercerita tentang pengalaman mengandungkan anak kesayangan saya & suami
dekat sini.
1) Pendarahan
-
Rasanya benda ni yang paling saya akan ingat
dalam trimester first ni. Macam mana susah hati & risaunya saya masa kerap
turun darah masa awal2 tahu yg saya pregnant dulu. Huhu….dari mula tahu saya
pregnant sampaila week 7++ masih ada pendarahan sikit2 walaupun bukan datang setiap hari. Berulang alik jumpa
doctor jangan cakap la. Tapi untuk keselamatan anak dalam kandungan, saya tak
kisah. Masa ni saya dengan husband memang berserah pada takdir. Kalau rezeki
kami, In sha Allah xkan kemana. Tapi kalau sebaliknya, kami redha.
Alhamdulillah..lepas tu semuanya kembali
normal. Syukur pada Allah.
2) Cepat Letih
& Mengantuk
-
Yang ni paling best, asal balik dari keja je
mesti nak tergolek atas katil. Letihnya Allah saja yang tahu. Mata pun mudah je
nak terpejam. Selalu lepas Isyak memang saya dah tidur. Dalam pukul 9 macam tu
dah start membuta dah. So, kalau ada
orang call ke mesej time2 macam ni memang saya tak dapat nak jawab. Hehe…
3) Rasa Pening
& Loya
-
Yang ni memng selalu.saya xde muntah2 or morning
sickness tapi loya & pening kerap datang waktu petang ke malam. Muntahpun
ada sekali dua tupun bila ikut husband gi pasar malam atau pasar ramadhan. Bau macam2
benda dekat situ terus rasa nak muntah. Tahan sampai rumah then “uwek! Uwek!” .
hehehe…Kesian jugak dekat husband sebab time ni memang dia yang banyak kena
buat kerja rumah. Nak masakpun saya tak larat. Cuma time sahur je saya masak. Berbuka
puasa, dia beli je sebab faham sangat keadaan saya dari petang ke malam macam
mana. Minyak cap kapak memang peneman setia la time ni.
4) Alahan
-Yang ni pun xde sangat. Cuma awal2 hari tu xlalu nak minum susu. Sekarang
dah ok. Dulu saya ambik susu chocolate dutch lady tu je. Sebab yg tu jer yang
boleh telan. Sekarang dah boleh minum susu ibu mengandung dah. Hehe..nasi pun
dalam 2 minggu tak lalu makan. Tengok pun xde selera. Makan buah je selalu. Nasi
paksa makan sikit2 then stop. After 2 minggu baru ok. Satu lagi yang saya alah
sampai sekarang bau body spray husband. Kesian dia kena guna spray tu dekat
bilik lain yang jauh2 dari saya. Haha..now, dah ok dah.
5) Mengidam
- Time ni saya just mengidam nak makan ikan talapia bakar. tapi xnak ikan talapia dekat sini. nak yang fresh2 dari sungai yang ayah selalu beli dekat kampung. haha..so, tunggu balik kampung barulah dapat merasa time raya hari tu. Tu je kot yang mengidam lebihnya. yang lain. ..macam rebung tu mmg kalau xpregnant pun mmg ngidam selalu je kalau balik kampung. hehe..
Itu
jer kot pengalaman yang boleh share dekat sini. Alhamdulillah..berjaya melepasi
trimester ni dengan senang hati. enjoy
every single moments. Harap saya & baby kuat & sentiasa sihat. Amin..
Monday, September 2, 2013
Bukan Nak mengeluh Tapi nak jugak kata..
Sebenarnya agak terkejut dengan kenaikan harga petrol yang naik tiba2. orang cakap..ala..20 sen je pun. kalau 20 sen tu sehari xpe jugak tapi masalahnya 20 sen tu bukan sehari. seliter ok! Malas nak merungut sangat sebab tau lambat laun memang akan naik jugak harga petrol tu. Cuma xtau bila ja..
Sebenarnya xberapa nak setuju bila baca berita kerajaan cakap, terpaksa kurangkan subsidi petrol 20 sen tapi kerajaan janji nak naik kan jumlah BRIM. Bagi sayalah kan..BRIM tu bukan semua orang dapat tapi kalau subsidi semua dapat. Petrol tu untuk guna hari2 kot. kalau BRIM tu entah berapa hari jer tahan nya. Saya bukan penerima BRIM, xde terima bantuan apa2 dari kerajaan tapi bukanlah maksudnya saya kaya. saya xkaya. Hidup dekat kota besar ni rasa setakat cukup makan pakai & saving sikit2 jer pun. Nak beli rumahpun penat survey semua harga mahal2. di luar kemampuan si muda belia. itu belum campur kos2 lain lagi. beli apartment dengan harga 300k++ ( harga standardla skrg ni) bagi saya adalah "mahal". lainla kalau 300k++ tu leh dapat rumah teres. xkisah. ni apartment jer tu belum campur kos maintenance nak bayar bulan2. Hari tu hampir jugak husband nak beli rumah tapi bila balik bincang dengan parent terus x bagi. Kadang2 fikir betul jugak. memang semua nak beli rumah sendiri tapi kalau dah harga melampau sangat berbaloi ke? takut bulan2 pun sangkut nak bayar tu belum campur kos2 hidup yg lain. peruntukan untuk anak2 pun harus ada. Rasa golongan sederhana ni memang macam nilah hidup dkt bandar besar. xpelah..mungkin bukan rezeki kami kan. Dah tetap rezeki kami setakat tu je. Boleh berusaha je tambah rezeki selebihnya berdoa saja moga murah rezeki.
Yang saya tau kalau harga petrol naik confirmla barang2 lain pun naik. Harga runcit mungkin leh di kawal tapi makanan? harga rumah? mesti bertambah naik. dah undercontrol sekarang. kadang fikir dgn husband macam nak beli tanah dekat kampung je. sampai masa balik kampung buat rumah dekat sana. dalm Fb kawan2 sibuk perli xyah naik kereta, tuka jalan kaki or naik basikal je gi keja. Kadang2 mudah je cakap. naik basikal? jalan kaki? kalaulah tahap keselamatn dan keamanan negara ni sama macam time saya kecik2 dekat kampung dulu saya xkisahpun naik basikal, jalan kaki. ni dengan si perogol, perompak, pembunuh, peragut, penembak bersepah-sepah dekat jalan..sapa yg berani jalan kaki atau naik basikal dalam jarak jauh? tambah2 perempuan. Naik kereta pun belum tentu terselamat dari jenayah..yg lain tu, lagila kan....public transport? bukan smua tempat ada. kalau ada banyak keretapi laju, memang tula pengangkutan yg nak saya guna. xyah bersesak dengan traffic jammed, xyah bayar tol & top up petrol kereta selalu. Tapi masalahnya xde dkt rumah & office.
Cabaran hidup dekat dunia kan...bagi yang kerja gaji asyik naik tu xpela...beruntunglah nasib. Tapi bagi yg kerja swasta ni yang kenaikan gaji atau bonus bergantung pada ihsan company mcm mana? kadang2 bukan fikir diri kita jer..fikir nasib orang lain sama. kalau fikir nasib sendiri mmg xwujud kesian dkt org lain yg lagi susah dari kita. Bukan semua orang boleh merasa kenaikan gaji setiap tahun tu dan bukan semua orang yg hidup senang. ada yg susah. Yang banyak tangungannya. mereka mungkin lebih terasa tambah2 kalau semua benda nak naik harga. Rasanya kalau pendapatan rakyat seiring dengan peningkatan harga barang xde yg nak marah. kalau gaji melebihi kenaikan barang lagilah xde yg nak merungut tapi ni dah terbalik.
Tapi xpela..cabaran hidup dekat dunia kan..nak tak nak kena hadap jugak. Kita merungut pun xguna. Kena fikir macam mana nak terus survive tanpa rasa sedikitpun terbeban. Positive thinking saja. Yang boleh, usaha berjimat cermat, belanja ikut kemapuan & doa saja baik2. selagi cukup makan pakai dan ada jugak saving tiap2 bulan tu pun dah syukur alhamdulillah.....yang lain, anggap saja cabaran dunia penuh pancaroba ni. semoga kita semua dimurahkan rezeki & diberi kesabaran dalam menempuhi cabaran hidup ni. ni dugaan dunia, Tapi akhirat lagi penting.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)


