Saya sekarang tengah survey bengkung untuk digunakan time berpantang. ye..sekarang ni time untuk lengkapkan barang mamanya pulak. Si kecil tinggal 2 item je lagi xbeli tapi dah aim nak beli dekat mana. Ni penyakit gi kedai dah jumpa barang yang dicari tapi rasa nak survey lagi kot2 jumpa kedai lain yang bagi diskaun dan harga lebih murah. hehe...
1) Bengkung Lilit
Bab bengkung ikut hati saya suka bengkung yang style dulu2..yang lilit panjang2 tu. mak saya cakap jenis ni cepat lansing perut. mahu tak lansingnya...panjang bengkung bermeter-meter. jenuh nak pusing satu badan. dapat pulak kalau kena pakai sendiri. Kang pusing2 jadi mumia pulak. Hehehe....Tapi mak saya kata, dulu2 orang pakai ikat kat tiang tengah rumah. lepas tu pusing la badan dengan bengkung tu sampai ke tiang. Ada yang ikat dekat tombol pintu. Saya nak sangat pakai bengkung ni sebab saya jenis kulit tebal, time preggy pun perut besar jugak, so perlu kerja keras untuk kempiskan balik perut ni. Tapi kelebihan bengkung macam ni bukan setakat kempiskan perut, boleh jugak kecikkan punggung dan paha kalau rajin lilit sampai ke bawah. hehe...kena kuat semangat & rajinlah jawabnya kalau nak pakai bengkung macam ni. nak kempis balik perut haruslah kena rajin kan. Usaha lebih sikit. Fuh..harap sangat kuat semangat.
kelebihan: kejap, lebih kemas, masa lebih singkat untuk dapatkan perut yang kempis jika dipakai secara konsisten, boleh adjust
Kekurangan: Susah time nak pakai dan buka
2) Bengkung zigzag/ beroda
Satu lagi, saya minat jugak style bengkung macam yang tengah hot sekarang ni, bengkung zigzag atau nama lain bengkung roda. Bengkung style ni ramai yang suka pakai sebab lebih mudah. tak perlu bantuan orang, leh pakai sendiri je. jimat masa.
kelebihan: sederhana kejap, kemas, mudah dipakai dan dibuka
Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, perlu pilih saiz yang betul dengan ketinggian & saiz badan before preggy
3) Bengkung Bertali
Bengkung bertali ni lebih kemas ikatan dia berbanding bengkung zigzag tapi cara pakai sederhana mudah. Yang nipun best jugak. Boleh pakai time berdiri atau sambil baring.
kelebihan: sederhana kejap, kemas, sederhana mudah untuk dipakai dan dibuka
Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, perlu pilih saiz yang betul dengan ketinggian & saiz badan before preggy
4) Bengkung Moden
Bengkung ni paling senang & mudah dipakai. Ambik masa yang singkat & rasa lebih selesa. R amai ibu2 moden yang pilih bengkung macam ni sekarang. lebih2 lagi yang kena berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua yang lebih berpengalaman. Ada jugak yang guna bengkung ni lagi lepas habis berpantang pun. sebab saiz dia yang tak tebal sangat, so leh pakai untuk aktiviti luar rumah atau ke pejabat. Sangat memudahkan pergerakan.
kelebihan: sederhana kejap, sederhana kemas, sangat mudah untuk dipakai dan dibuka. Pilihan untuk yang bersalin secara c-zer
Kekurangan: Tak boleh nak adjust kedudukan bengkung, kebanyakan hanya cover area perut sahaja berbanding bengkung lain yang boleh cover area bawah dada, punggung & paha. Kena pilih betul2.
Still berfikir lagi nak pilih yang mana. Saya decide nak beli 2 jenis bengkung. Kalau boleh nak la yang selesa & mudah dipakai. Tapi dalam masa yang sama nak bengkung yang bagi hasil yang maksimum. Tapi nak kurus pun bukan kerja mudahkan. perlu konsisten jugak pakai. kalau harap bengkung best, tapi kita malas berbengkung pun xguna jugak kan?
Korang rasa mana yang ok? saya nak beli 2 je ni. Senang nak tukar2..hehe.
Tuesday, December 17, 2013
Monday, December 16, 2013
Checklist & Bajet Untuk beli barang baby
Selaku mantan b2b ekonomi, of cozlah masa time jadi mom to be ni pun bab2 bajet dan checklist ni mana boleh lari jauh dari saya kan. planning tu sangat2 penting. Almaklumlah, saya & husband bukan kategori yang bergaji besar, yang nak beli barang boleh keluar duit tanpa fikir apa-apa. Duit berkepuk-kepuk. Tak! Semua kena ada bajet. kalau tak mampu, still jugak kena menyimpan dari awal untuk beli barang2 yang kita nak.Bila dah kawen ni lagilah kena plan betul2 bab financial ni. Tapi kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. Cuma kena pandai manage ja.
Sebenarnya kan, saya pun macam mom to be yang lain. bab barang baby, persiapan semua tak tahu. Blurr...Time mula2 jenguk2 & jeling barang baby pun jadi blurr. Tak tau nak beli apa. Time tu dalam 3-4 bulan preggy, memang saya tak prepare checklist lagi. tak tahu nak kena beli apa dulu, barang apa yang penting, sampaikan baju baby pun tak tahu nak pilih. So, kalau korang masa mula2 blurr nak beli barang baby, don't worry. Siapa yang baru first time preggy pun akan alami benda yang sama. hehe..
Bab duit, memang kena simpan dari awal. Bila dah tau preggy dalam sebulan atau sebulan lebih tu terus simpan duit untuk keperluan baby secara konsisten setiap bulan. memang tak tahu nak beli apa, tapi simpan je. saya siap buka akaun bank lain lagi untuk simpan duit untuk keperluan saya time preggy, beli barang baby & berpantang. Dalam bab ni, saya & husband bincang dari segi simpanan kami dan pembahagian barang yang nak dibeli. Then, bila dapat duit extra ( selalunya duit claim) kami akan simpan jugak sikit dalam bank baby. So, kalau plan financial awal2, time nak beli barang baby atau nak pergi baby expo ke, tak perlu nak tunggu duit gaji masuk baru nak shopping. penting tau simpanan awal untuk golongan macam kami ni. lagi satu, kami yakin dengan rezeki Allah bagi. Taknak fikir lansung yang duit tu satu beban. Kita belanja ikut kepentingan & kemampuan, In sha Allah cukup. Setiap anak ada rezeki masing2. Kita sebagai parent ni menumpang rezeki anak jugak.
ok, stop bab simpanan & financial planning. masuk bab checklist barang baby. Yang ni masa start 4 bulan baru sibuk nak men"google" dan buat checklist. Saya baca banyak blog then buat checklist sendiri. Saya dahulukan mana yang penting. sambil tu ada tanya family & kawan2 yang ada anak mana yang penting & tak penting untuk persediaan awal barang2 baby & mommy. Saya dahulukan mana yang penting. tak semua benda nak beli sekaligus time preggy ni. lepas baby keluarpun ada barang yang boleh dibeli. bab ni, husband agak control jugak. Dari segi duit untuk anak, memang kami tak berkira. Bila dah tahu bakal jadi ibu & ayah memang kami nak yang terbaik untuk si kecil. Tapi bukan cara berbelanja berlebihan untuk dia. Banyak persiapan lain yang harus difikir exspecially persediaan mental & fizikal. Husband selalu cakap..fikir dulu mana nak beli.penting ke tidak, boleh guna lama ke tidak. tengok cara mak2 kita berbelanja untuk anak-anak.Tapi anak sulung, biasalah..excited nya harus lebih. Tapi harus kawal jugak nafsu membeli ni..hehe..
Ok..bab checklist saya memang suka buat spreadsheet dalam excell. Entahla..rasa cara ni lebih senang. saya bahagi kepada empat bahagian.
Checklist baby ( new born)- persiapan untuk kelahiran baby
Checklist Mommy- Persiapan berpantang/ maternity
Checklist baby (after deliver)- barang2 baby yang nak dibeli/ consider untuk dibeli lepas baby lahir
Checklist by month/ item- Senarai detail barang2 baby & mommy yang dibeli mengikut bulan, item & lokasi.
Semua checklist ni saya letak peruntukan bajet & jugak harga sebenar. Bajet tu penting sebab kita nak tahu berapa nak kena spend. tapi kan, saya letak je dulu bajet tu ikut angaran saya sebab sayapun tak tahu berapa bajet yang perlu letak untuk barang2 tu masa mula buat checklist. Bila dah tau bajet, senang la nak membeli kan..Lagi satu saya letak jugak jumlah item yang nak dibeli. Nipun berdasarkan survey ke blog2 orang then nasihat dari kawan & family. Bila dah ada checklist, senang la nak membeli. takdela blurr lagi..hehe
So..ni contoh spreadsheet yang saya dah buat.
yang ni bahagian checklist utk persiapan baby baru lahir

Yang ni persiapan mommy nya pulak..
Yang ni checklist untuk barang2 baby lepas baby deliver nanti. Yang ni bagi saya boleh beli lepas baby deliver. Tapi kami dah survey2 item bawah ni.
Dan last sekali checklist by month/ item. Saya start membeli time dah 5 bulan lebih preggy. So, saya tulis setiap barang yang saya beli, harga & lokasi. Bukan berkira pasal duit tapi nak tahu berapa bajet yang betul untuk persediaan awal ni. Then boleh jugak tahu sama ada kita still under budget atau dah ter over. hehe..Dan satu lagi boleh jugak jadi panduan untuk bakal mommy yang lain. Sharing is caring right?
setakat ni itu aje yang sempat share. In sha Allah nanti saya try share overall bajet k. Maybe leh jadi panduan untuk bakal mommy yang lain sebab saya dulupun tak tahu berapa bajet untuk barang2 ni. Sebenarnya, bajet ni bergantung pada kita jugak. Mana yang kita patut beli lebih, mana yang tak perlu beli lagi..so, penting tau checklist & bajet ni. Lagi satu kena rajin jugak survey harga sebab kekadang dekat baby expo pun tak semua murah. tapi macam saya, kalau rasa harga barang tu berpatutan , saya beli je sebab tak sempat sangat nak terjah semua baby expo. Kadang2 weekend ada hal lain. Huhu..
Disebabkan ramai yang request checklist baby ni, so saya bagi link untuk korang download dekat bawah ni
IKLAN:
Jemput singgah online shop saya by Adeenda untuk lihat & beli koleksi barut,bedung & tungku baby yang comel2 dengan harga yang murah..
Thursday, December 12, 2013
Pengalaman Trimester Kedua
Alhamdulillah..berjaya lalui trimester kedua. Banyak pengalaman manis dalam trimester ni
untuk dikenang. Trimester yang saya rasa lebih selesa & bertenaga
berbanding trimester pertama. Tapi ada jugak sakit2 lain yang menyerang.
Ok..itu kejap lagi saya cerita. Sekarang nak list kan dulu apa saya alami
sepanjang bulan ke-4 hingga ke-6 mengandungkan khalifah kecil ni.
Perubahan Fizikal
Ni dah tentu2 lah kan perubahan paling ketara. Baby bump
start menyerlah since masuk 4 bulan lagi. Setengah orang cakap 4 bulan macam
awal sgt nak nampak baby bump kan, tapi saya time 4 bulan memang dah membuncit.
Memang jenis perut tebal & banyak lemak kot awal2 dah nampak. Haha…Tapi
seyes suka sangat masa tengok perut dah start membuncit sebab dapat rasa yang
baby pun tengah memebesar dekat dalam perut ni. Hehe….So, time 4 bulan la baru
orang mula perasan saya pregnant. Masuk 5 bulan & 6 bulan jangan
cakapla..memang dengan jayanya perut ni membuncit & membulat. Hehe……
yang lain2 sama je kot macam mom to be yang lain, ada part2
badan ni yang membesar dengan jayanya.
Cuma sedih sikit sebab dah mula banyak
stretch mark dekat certain part dekat badan sekarang ni. Even saya ambik
langkah pencegahan awal untuk halang stretch mark, tapi tetap jadi jugak. Jenis
kulit jugak agaknya. Takpun sebab mom to be ni membesar dengan jayanya.
Hehe…Tapi xkisahlah. Dapat peluang mengandung pun dah syukur
Alhamdulillah…..part benda xbest jadi dekat badan ni tolak tepi. Untuk
mengandungkan & lahirkan si kecil ni, saya xkisah buruk sikit rupa kulit
ni. Lagipun, 9 bulan jugak nak tunggu nikmat kurniaan ni. Asalkan semua sihat
saya dah bersyukur sangat.
Muka pun start sensitive sikit waktu ni. Jerawat macam ruam2
kecik banyak tumbuh dekat dahi. Tapi kalau pakai tudung memang xnampak
sangatla. Mujur dekat dahi je, tak merebak sampai ke muka. Hehe…Kulit muka pun
selalu kering. Kekadang ada jugak mengelupas sikit sebab kering kan. Perubahan
hormon agaknya tapi bukan masalah besar la. Still ok..
Selera Makan
Bab makan memang tak pernah yang takde seleranya. Berselera
je memanjang. Alhamdulillah..mengidam pelik2 memang takde. Teringin nak makan
pun yang tak challenge lansung pun untuk husband cari. Nak makan semua benda
yang senang cari. So, bukan kategori mengidam kot. Cuma time second trimester
ni saya suka sangat makan jagung. Tak kisahlah jagung bakar ke, jagung rebus
atau yang dalam cup tu asalkan jagung. Setiap minggu wajib makan. Satu lagi
cendol. Yang tu memang favourite la dari dulu tapi masa preggy ni lagi rajin
nak makan. Setakat ni itu je kot. Makanpun ok je semua takde lagi yang saya
takleh makan atau bau lansung sepanjang preggy. Alhamdulillah masih ok.
Perubahan Emosi
Rasanya bab ni aje yang husband kena sabar banyak-banyak.
Yang ni barula sangat challenging untuk dia. Isteri xde ngidam makan
pelik-pelik tapi mood memang berubah banyak sangat. Jadi manja terlebih,
sensitive terlebih, benda kecik2 pun leh terasa sampai nangis2. Memang teruk
benor bila difikirkan balik. Tapi Alhamdulillah husband memang sabar banyak.
Rajin pujuk. Rajin melayan. Takde biar bini sorang2 layan emosi..memang berterima
kasih sangat-sangat dekat dia sebab memahami.
Aktiviti/ kerja
Rasa time ni kot paling aktif, paling kuat jalan. Masih
jalan laju-laju lagi. Rajin buat kerja rumah, masak semua. Kira tak reti duduk
diam. Perut dah besarpun jalan laju lagi sampai officemate saya cakap tak
Nampak cam orang pregnant pun kalau tengok gaya jalan. Laju berdesus ja.
Hehe..Tapi skrg dah start slow sikit dah jalan. Hehe..sebab time dah 7 bulan
lebih ni rasa berat la nak bawak badan jalan laju2. Time 2nd
trimester nipun saya rajin masak. Balik kerja masak, pagi2 pun rajin jugak
masak bawak bekal gi office. Sempat jugak buat dua helai veil untuk disewa. Kira
kuat lagi la time ni. Husband still macam dulu, rajin buat kerja rumah.
Kekadang rasa tahap rajin dia melebihi si isteri.
Tahap Kesihatan
Tipula kalau cakap time ni takde rasa lenguh2, sakit badan,
dan pinggang lansung kan. Rasa normal mom to be yang lain akan rasa benda yang
sama kan. Saya kalau buat kerja banyak sikit, rasa lenguh jugak dekat pinggang
dengan belakang badan. Kalau duduk atau berdiri lamapun xleh sebab rasa lenguh
& sengal. Kalau dekat office, bila lama duduk saya akan bangun jalan2.
Kalau tak, boleh kebas kaki. Sakit belakang. Tidur pun tak lena sangat. Malam
mesti nak jugak terjaga. Kira tak senyenyak dulu la. Tapi still ok sebab kalau
bangun untuk gi toilet atau tiba2 terjaga, tetap boleh tidur balik.
Alhamdulillah..posisi tidur pun selalau bertukar. Rasa xselesa jugak. Huhu..ada
jugak dua tiga kali kena simpul biawak time ni. Tapi tak kerap la. Sakitnya
Allah saja yang tahu. Masalah lain xde. Sembelit atau pedih ulu hati saya xkena
lagi. Setakat ni penghadaman mmg lancar, dapat membuang setiap hari. Maybe
sebab rajin minum air & makan buah dan sayur hari2 kot. Tapi time 3rd trimester nanti
xtaula macam mana pulak kan.
Orang cakap time trimester ni ramai yang kena
sembelit sebab baby dah membesar penuhkan ruang rahim. Selalu orang cakap third
trimester yang paling mencabar dan badan jadi makin tak selesa. Saya Cuma harap
diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segalanya.
Perkembangan Baby
Time paling best sesangat sebab first time dapat rasa
gerakan baby masa nak masuk 5 bulan. Ingat lagi time tu bila dapat je rasa dia
gerak terus tertunggu-tunggu dia gerak lagi. Rasa excited sesangat. Husband pun
excited tapi kesian dekat dia sebab dia tak dapat rasa pun gerakan baby time tu.
Maybe time ni baby kecik lagi. Masuk 5 bulan dia start bagi kick dah. Aktif je
gerak. Bila time 6 bulan baru la husband dapat rasa gerakan baby dekat perut.
Suka betul dia..lama dah tunggu kan nak rasa baby tendang2. Hehe.masuk 6 bulan
nak ke 7 bulan lagi best. Baby siap buat ombak lagi dekat dalam ni. Kekadang
husband tegur, asal perut Nampak senget je ni? Hehe…babyla..dia suka duduk
sebelah kanan kan. Itu yg kekadang rasa menyenget je perut ni. Buat apa la anak
mama dalam perut ni ye? Macam main roller coaster dah. Leh rasa & Nampak gerakan
badan dia gerak sana sini. Hehe..Tapi saya suka. Lagi suka bila dia gerak2 macam
tu dari diam je lama xgerak. Kita jugak yang risau kan.
Kalau nak cerita semua memang panjang..nak cover kisah masa
4, 5 & 6 bulan mengandung kan. so, kita pendekkan aje ceritanya walaupun
saya rasa macam berjela jugak entri kali ni.
Tuesday, December 10, 2013
Baby, Kita dah masuk Third Trimester la!
Alhamdulillah...
Begitu pantas masa berlalu. Rasa macam baru sangat je tahu yang diri ni pregnant, tahu2 sekarang dah masuk 3rd trimester. Hari ni dah genap 29 minggu. Baby..kita dah dalam third trimester tau skrg! hehe..
Nak cerita pasal pengalaman masa second trimester rasa macam berjela pulak panjangnya. Next time la story k. Memang enjoy sangat pregnancy moment. Tapi dalam masa ang sama, tetap berjaga-jaga. Doa sangat2 semoga semuanya dipermudahkan dan baik2 je. Amin..
Ikutkan banyak sangat entri pasal pregnancy & persiapan barang baby yang tak tertulis dekat blog ni. Suka bebenor peram entri lama2..sabor jelah..time pregnant ni mood swing sikit. Benda yang suka buat pun boleh jadi tak suka dah sekarang ni.
Sekarang, tangah survey2 barang untuk mommy nya pulak. ada sikit-sikit lagi yang tak lengkap. Hope dapat settle awal. Untuk baby dah settle, mommy nya aje yang belum. Banyak lagi yang tengh consider nak beli macam set bersalin moden, tradisional dan bengkung . Yang lain2 so far dah complete.
Begitu pantas masa berlalu. Rasa macam baru sangat je tahu yang diri ni pregnant, tahu2 sekarang dah masuk 3rd trimester. Hari ni dah genap 29 minggu. Baby..kita dah dalam third trimester tau skrg! hehe..
Nak cerita pasal pengalaman masa second trimester rasa macam berjela pulak panjangnya. Next time la story k. Memang enjoy sangat pregnancy moment. Tapi dalam masa ang sama, tetap berjaga-jaga. Doa sangat2 semoga semuanya dipermudahkan dan baik2 je. Amin..
Ikutkan banyak sangat entri pasal pregnancy & persiapan barang baby yang tak tertulis dekat blog ni. Suka bebenor peram entri lama2..sabor jelah..time pregnant ni mood swing sikit. Benda yang suka buat pun boleh jadi tak suka dah sekarang ni.
Sekarang, tangah survey2 barang untuk mommy nya pulak. ada sikit-sikit lagi yang tak lengkap. Hope dapat settle awal. Untuk baby dah settle, mommy nya aje yang belum. Banyak lagi yang tengh consider nak beli macam set bersalin moden, tradisional dan bengkung . Yang lain2 so far dah complete.
Wednesday, December 4, 2013
Breast Pump Mana yang Best untuk permulaan? Any idea??
Tengah survey2 nak beli breast pump ni. Tapi haru biru
kepala ni fikir nak beli yang mana satu.
Baca review sana sini sampai berpinar bijik mata. Haha..ish, nak beli yang mana
ni? Banyak betul yang berkenan . Banyak jugak review yang best2.
Ok..idaman hati memang nak beli double pump yang boleh guna
manual, bateri dan elektrik supply. Kira 3 in 1 la tapi bila difikirkan balik,
pump yang harga agak mahal ni baik beli lepas baby deliver. Nak tengok production
milk dulu macam mana then ada kedai yang jual pump ni bagi test dulu guna dekat
kedai diorang tengok ok ke tak pump tu dengan kita, baru beli. Yang ni best.
Sebab leh test dulu baru beli. Banyak yang jual online harga murah compare beli
dekat luar. Saya aim nak beli dekat Pump on the go. Dioarang jual online dan
diorang ada jugak kedai sendiri. Yang best, kedai dia dekat je dengan office
saya. So, plan pump idaman hati tu nak test dulu dekat kedai dia baru decide nak beli yang mana. Tapi tu lepas baby
keluar la kan baru leh test. Time ni dah ada susu. In sha Allah. Tapi ada satu lagi pump yang saya minat cuma dia jual online je. Kalau boleh pump kalau harga ratus2 ni saya suka gi beli sendiri dekat kedai. So, lepas bersalin nantila fikir nak beli yang mana untuk long term.
Dulu, fikir nak beli yang manual je sebagai permulaan. Takut
beli elektrik tangan lasak ni tak tahu guna, cepat je rosaknya. Hehe... Tapi
bila fikir balik, beli manual pun xpe, yang bateri pun xpe. Kalau dpt yg boleh
guna manual & bateri sekali lagi tak
rugi pun sebab leh guna dua2. Lagipun untuk travel, ringan sikit nak bawak.
Kalau pergi dengan baby, senang direct BF je dekat dia. Pump bawak yang ringan2
je, yang senang nak guna. So, pump permulaan ni nanti leh guna untuk bawak
travel. Yang satu lagi tu untuk guna buat stock ebm dekat baby & bawak gi
office.
Ok..setakat ni saya berkenan dengan single pump elektrik &
manual jenis yang ini..
Pilihan Utama:
SNOW BEAR ELECTRIC BREAST PUMP.
FEATURES
**************
✔ AUTOMATIC SUCK-RELEASE-CYCLE sama macam hisapan bayi
✔ 3-LEVEL of sucking modes. Boleh adjust FREQUENCY berbeza utk keselesaan paling optimum.
✔ LET DOWN CEPAT - Less than a minute
✔ SUSU SENANG DAN CEPAT KELUAR
✔ Suction KUAT dan TAK SAKIT
✔ CEPAT mengosongkan Miss 'B'
✔ PORTABLE DAN MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA
✔ Boleh pakai 4xAA BATTERY juga
✔ Parts SIKIT dan SENANG PASANG
✔ TIADA masalah backflow. CLOSED SYSTEM.
✔ KECIL dan RINGAN
✔ Kualiti material yang SOLID dan DURABLE - Rasa memegangnya sangat BEST macam pam mahal.
✔ SILICONE MASSAGER yang LEMBUT dan rasa BETUL2 MENGURUT Miss 'B'
- harga promosi Below than RM 200. Pump ni tengah hangat sekarang. Selalu sold out.
Pilihan Kedua
Medela Harmony manual breast pump
What’s Included :
1 x Harmony breast pump
1 x Personal fit breast shield (M 24mm)
2 x 5oz breast milk bottles
1 x Bottle stand
2 x Solid lids
1 x Travel cap
2 x Spare membranes
Harga untuk promosi saya jumpa less dari RM 200.
Pilihan Ketiga:
Unimom mezzo manual breast pump. Yang nipun banyak jugak yang cakap ok.
FEATURES
**************
✔ LET DOWN CEPAT - Less than a minute
✔ SUSU SENANG DAN CEPAT KELUAR
✔ Suction KUAT dan TAK SAKIT
✔ CEPAT mengosongkan Miss 'B'
✔ PORTABLE DAN MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA
✔ Parts SIKIT dan SENANG PASANG
✔ SENANG GRIP - Tak mudah jatuh. Rasa SOLID bila pegang.
✔ KECIL dan RINGAN
✔ Kualiti material yang SOLID dan DURABLE - Rasa memegangnya sangat BEST macam pam mahal.
✔ SILICONE MASSAGER yang LEMBUT dan rasa BETUL2 MENGURUT Miss 'B'
✔ MADE IN KOREA
✔ BPA FREE DAN FDA APPROVED
Yang ni harga promosi dalam RM 100.
Any idea? saya dah minat sangat dengan snow bear breast pump tu. haha..sebab nak beli untuk permulaan. Korang suggest lah breast pump yang untuk mula2 pakai ni yang best? harga bawah 200 ringgit. Lepas deliver baru nak beli pump lain yang better lagi.
Tuesday, December 3, 2013
Pregnancy Check Up - 7 bulan ( 28 minggu)
Alhamdulillah...
Dah genap 28 minggu ni dah hari ni. Bersyukur sebab masih diberi kesihatan yang baik. Pagi tadi, continue routine check up dekat Klinik Ajwa. Alhamdulillah..semua ok. Hb, urine, blood pressure semua normal. Beratpun ok. Just naik 1kg saja dalam sebulan ni. Boleh tak rasa suka hati berat naik 1 kg je? hehe..since masuk 5 bulan hari tu berat naik paling tinggipun 1.5kg sebulan. Okla kan, sbb saya memang before preggy dah overweight. Taknakla naik mendadak sangat. Sekarangpun dah rasa montel..kalau berat naik melampau-lampau takut nak berjalan pun rasa susah. berat. Huhu...result darah yang buat masa last check-up pun dah tahu. Semua normal. Alhamdulillah..Hari ni kena cucuk kancing gigi. Tak pulak rasa sakit. Ada yang cakap, lengan sampai seminggu kan kebas2 lepas kena cucuk kancing gigi? Tapi saya setakat tengahari ni tak ada lagi rasa sakit. Mintak2 okla kan. Dah masuk 7 bulan ni, start kena check up 2 minggu sekali dah. Sayapun dah dapat surat refer ke hospital tempat saya pilih untuk bersalin dari doktor dekat sini. So, dah leh start booking untuk bersalin dah. Hope semuanya dipermudahkan. Lagi seminggu nak masuk third trimester ( 29 minggu). Ya Allah..semoga semuanya baik-baik, saya & baby sihat dan dipermudahkan segalanya.
Sunday, December 1, 2013
Veil Baru Untuk disewa dah siap!
Alhamdulillah...
Lega rasa bila dua2 veil ni dah siap dijahit. Tak sampai sebulan ambik masa nak siapkan kedua-duanya. memang berpeluh jugakla mak buyung ni. Mana nak siapkan veil, dengan kerja dekat office pun berlambak-lambak..sampai rumahpun dah dekat malam. Masak lepas tu menjahit lagi. Weekend pun kekadang takde dekat rumah. banyak aktiviti, tapi usaha jugak siapkan veil ni sebab bila dah 3rd trimester nanti tak nak dah wat keja-keja ni. huhuhu.....rasa lenguh2 dah badan yang makin mendebab ni.
Veil ni pun simple jugak. sbb utk sewa sy xnak buat yg terlalu heavy then senang nak matching dgn baju. so, pearl pun pilih warna putih & silver saja. nipun sbb pkir veil nikah yg sewa hari tu rmai yg minat sewa. so..yg nipun kna buat ala2 veil nikah saya tu jugak.
Veil ni pun simple jugak. sbb utk sewa sy xnak buat yg terlalu heavy then senang nak matching dgn baju. so, pearl pun pilih warna putih & silver saja. nipun sbb pkir veil nikah yg sewa hari tu rmai yg minat sewa. so..yg nipun kna buat ala2 veil nikah saya tu jugak.
ok..untuk first veil ni warna dia putih susu/ pearl white/off white. Untuk veil ni untuk bulan december 2013 dah fully booked tau. Kalau nak sewa saya buka untuk bulan january 2014 ke atas. Sorry yang ni tak sempat nak ambik gambar kalau pakai sebab terus bagi dekat penyewa. nanti saya upload gambar dia pakai veil ni k as testimoni.
KOD untuk Veil ni : VEIL 04
KOD untuk Veil ni : VEIL 04
Veil kedua.
Yang ni baru je siap semalam. capai la target nak siapkan hujung bulan 11. yang ni memang available. warna putih. memang betul2 putih.
Kod Untuk Veil Ini: VEIL 05
* Abaikan muka mak buyung yang makin kembang dan terus kembang dengan jayanya..hehe. oh ya! veil ni ada sikit2 lagi saya nak touch up.
Harga kedua2 veil masih sama macam harga veil yang baru buat sebelum ni. RM 40 sahaja. Sebarang pertanyaan boleh email saya di norfahimah87@yahoo.com. Kalau berminat boleh booking awal sebab ada veil yang dah di booked hingga bulan may tahun depan.
satu lagi, ramai yang email saya untuk buat tempahan veil. maaf sesangat sebab buat masa ni memang saya tak ambik sebarang tempahan veil. Saya just sewakan veil yang ada saja. Sebab atas faktor kekangan masa,commitment lain saya belum ready nak ambik mana2 tempahan. Sorry k...
Untuk lihat koleksi veil yang lain untuk disewa, boleh refer Link SINI .
satu lagi, ramai yang email saya untuk buat tempahan veil. maaf sesangat sebab buat masa ni memang saya tak ambik sebarang tempahan veil. Saya just sewakan veil yang ada saja. Sebab atas faktor kekangan masa,commitment lain saya belum ready nak ambik mana2 tempahan. Sorry k...
Untuk lihat koleksi veil yang lain untuk disewa, boleh refer Link SINI .
Thursday, November 28, 2013
Koleksi Tasik Tercantik Di Dunia
Subhanallah...cantik sungguh tasik-tasik ni. Bila la nak dapat pergi
Tahoe Lake, North America
Lake Louise, Canada
Lake Blade, Solvania
Yucatan Cave Lake, Mexico
Lake Peyto, Canadian Rockies
Lake Ashi, Japan
Lake refelection
Melissani Lake
Tuesday, November 26, 2013
Idea: Bilik Store ( storage rack)
Tengah cari idea untuk storage rack barang-barang dekat bilik store kami. Bilik kecik je pun..dari pindah hari tu memang biar je barang2 yang tak guna sangat dalam kotak besar. tapi susun bertingkatla sebab bilik tu kami buat bilik solat & persalinan jugak. Tapi nak jugak cari idea macam mana nak buat bilik store nampak lebih kemas dan senang nak ambik barang. Tak perlu simpan dalam kotak bertingkat-tingkat. Maybe boleh praktik bila pindah rumah yang besar sikit nanti sebab rumah sewa sekarang memang bilik kecik sangat.
suka rak menyimpan macam ni. Nampak kemas. Boleh letak barang & buat labelling sekali. senang nak cari barang kita nak dalam store. hehe..
Kalau yang style rak kayu macam ni pun nampak kemas tapi xtahu boleh letak barang berat atau tak. Dekat IKEA ada jual kan benda ni. hehe
Yang ni pun best! Rak besi dengan roda. Nampak lebih kukuh nak letak dan susun barang2 dekat sini. Banyak space jugak.
Yang ni untuk barang2 kecik lehla letak..comel jugak kan.
Nak berangan kejap kalaula bilik store dekat rumah tu besar. Tapi apakan daya namapun bilik store, memang kecik jela. Kena fikir macam mana nak bagi cukup space. Mungkin kena buang kot mana barang yang rasa xperlu.
Sunday, November 24, 2013
Dilema tempat nak bersalin
Berkesempatan tengok semanis kurma hari khamis malam hari tu. Topik best: Aurat wanita masa bersalin. Officemate pun banyak yang asyik ingatkan saya suruh tengok. kebetulan saya memang tengah dalam dilema nak bersalin dekat mana. Mungkin korang tak tahu yang saya terpaksa cancel plan untuk deliver baby dekat PPUM atas banyak sebab. keputusan tu saya & husband buat lepas pergi survey sendiri dekat sana & baca review dari beberapa orang yang dah deliver dekat sana. ada pro & contra. jarak yang jauh then husband pulak bulan 12 ni kena transfer kerja dekat klang. Lagilah jauh kalau dari site dia dekat klang tu nak bawa saya ke PPUM. Tu belum kira time jammed teramat dekat federal highway. Jarak hospital sangatlah penting dalam kriteria pilihan tempat bersalin.
Dan paling penting, saya tak nak jadi bahan experiment time nak bersalin means taknak ramai2 doktor pelatih lelaki masuk tengok saya nak bersalin. Saya baru tersedar & tahu pasal tu. Ada yang cakap boleh request doktor perempuan, tapi bila saya tanya sendiri dekat sana tak boleh. bergantung jugak kalau doktor perempuan tu available atau tak time tu. Dan time check bukaan contraction pun doktor tak tentu, ada doktor lelaki, ada perempuan, so memang tak boleh nak pilih. Even time check up sekarangpun saya nak doktor perempuan, bersalin pun saya nak macam tu. Husband memang nak doktor perempuan yang handle saya. Walaupun dia jenis yang fobia darah tapi dia nak teman saya time bersalin nanti. Dia nak cepat2 azankan baby kami sebab ada certain hospital yang ambik masa yang lama untuk bagi bapa azan baby. Kalau dia boleh teman, dia boleh terus azankan anak kami. PPUM masih lagi tak benarkan husband masuk. Dua benda yang tengah dilema dalam diri. satu soal keselamatan saya & baby. sebab saya tahu facility untuk PPUM memang terbaik. banyak specialist dekat sini. Untuk baby pun memang the best place. Satu lagi soal aurat & maruah diri. Even cost bersalin saya ditanggung oleh company husband saya, ( ada limit) tapi soal keselamatan pun saya kena titik berat. Tapi maruah diri, aurat pun sama penting. So, sepanjang 3 hari ni, jumaat, sabtu & ahad memang kerja kami survey hospital bersalin. Pergi sendiri ke hospital yang jadi panel husband saya. Kalau boleh nak cari yang baik dari segi facility & service serta ada doktor pakar.
Sekarang dah ada 2 hospital yang memenuhi kehendak kami. Soal cost untuk normal memang di bawah limit tangungan company husband. Alhamdulillah..ada peruntukan company dia untuk itu. Syukur sangat. Cuma yang risau, cost untuk czer. kami perlu cari hospital yang kosnya tak mahal sangat2. Bawah kemampuan kami. Saya tak mintak nak czer, tapi saya perlu fikir jugak tentang semua tu sebab kita tak tahu apa nak jadi time nak deliver nanti. Kalau ada komplikasi untuk saya & baby kalau hospital tak boleh cover, ada service tak untuk transfer hospital government. ( kes darurat).Kadang2 saya fikir, untuk benda lain kami boleh cari duit, boleh kumpul duit, Kereta, barang rumah, untuk kawenpun ikutkan majlis sehari tu beribu kami habis, kami saving dari awal ,untuk benda yang sehari jugak majlisnya, untuk perkara ni why not labur sikit duit? Kami tak kaya tapi untuk menyimpan dari awal in sha Allah boleh. in sha Allah kalau niat kami baik Allah akan permudahkan. Rezeki tu ada, In sha Allah. Sekarang ni rezeki anak pun dah nampak walaupun tak keluar lagi. Husband selalu cakap dia tak kisah kena potong gaji kalau cost nanti over limit.Bab kos ni kami risau kalau kena czer saja. kalau normal in sha Allah tak risau sangat soal kos. Doa banyak2 mintak dapat bersalin normal tanpa komplikasi. kalau kos melebihi had bila ada pape masalah memang terpaksa jugak ke kerajaan. darurat sebab tak mampu.
Kadang2 saya pelik dengan orang yang suka komen menjatuhkan bila ada ibu yang bertanya soal bersalin dekat swasta dekat ruangan soal jawab ibu bersalin. Banyak komen menghentam. Orang fikir bersalin dekat swasta ni macam berlagak, membazir tapi kadang2 orang lupa yang tiap2 orang ada masalah masing2. bukan soal mengada-ngada atau demand. kalau orang tu cakap dia nak doktor perempuan taknak doktor pelatih lelaki masuk ramai2 tengok dia bersalin, tengok alat sullit dia ramai2, mengada2 ke? Ada yang lebih dasyat pengalaman, kena bogel time nak bersalin, then ramai2 tengok. Malu, sedih semua ada. Bila dia berkeras nak ke swasta tu soal maruah dia. Dia ada hak. Janganla menghentam. Ada yang nak husband dia ada dengan dia time deliver. Tolong jangan prejudice sangat! kalau yang nak bersalin dekat kerajaan pun ada sebab dia. komplikasi, masalah baby, masalah kewangan dan lain2 yang swasta tak boleh handle. Jangan prejudice jugak dengan mereka. Dalam kes macam ni bukannya sengaja, dia takde pilihan. Kalau dah dia takde duit, kerja gaji kecik tak mampu nak gi swasta nak buat macam mana? Takde perempuan yang suka lelaki tengok benda2 sulit dia. dengan perempuan pun kita malu apatah lagi lelaki kan? tapi keadaan time tu terjadi tanpa kerelaan dia walupun dia dah try request doktor perempuan, nurse perempuan. Cuma saya selalu doa, selalu harap yang sistem negara kita ni di ubah macam dekat setengah negara dekat oversea. Yang sambut baby time lahir tu doktor perempuan. yang memantau pun nurse dan doktor perempuan. lebih2 lagi negara islam macam kita, biarlah doktor perempuan muslim, nurse muslim yang handle kita yang islam ni. sama2 kita doa untuk itu. Mintak jugak yang diorang titik berat soal penjagaann maruah kita, aib kita. Hormat diri kita walau dalam keadaan kita yang lemah dan sakit.
Tapi keadaan sekarang ni, saya masih ada pilihan sebab belum ada apa-apa masalah. Saya boleh berusaha untuk soal ni. Bila ada masalah nanti saya redha kalau saya terpaksa deliver dengan kerajaan & doktor lelaki saja yang boleh handle kes saya tu sebab dalam islam, antara maruah & nyawa, memang kena dahulukan nyawa dulu. Keselamatan memang nombor satu cuma kalau dapat2 dua2 lagi baik. Tapi kalau tak dapat, pentingkan nyawa dulu. Semoga Allah ampunkan dosa kita.
Cuma yang saya fikir sekarang ni, doa & buat solat hajat mintak semua dipermudahkan. Kita hanya perancang, kita ni berusaha tapi Allah yang tentukan semuanya.
Satu lagi peringatan untuk kita, even dalam sakit nak bersalin, solat kena jaga, aurat kena jaga. Jangan main buka2 je. kebersihan diri pun sama. kena jaga. banyak sangat info saya dapat malam tu. Saya tahu saya bukan manusia yang sempurna yang baik sangat untuk bercakap soal ni, tapi saya tengah berusaha dalam hijrah diri, cari ilmu, berusaha untuk jadi yang lebih baik. Usia dan keadaan banyak memantangkan diri. Kita ni pelajar..dan terus belajar tentang hidup, agama & harap kita menjadi makin baik , makin positif.
Entri ni sekdar perkongsian pandangan bukan menghentam mana-mana pihak, Bukan perangai saya prejudice pada orang. Cuma harap kita saling hormat hak masing2. kena ingat setiap orang keadaan & masalah tak sama. Respect each other.
Untuk yang terlepas tengok semanis kurma "Aurat wanita ketika bersalin" boleh tengok dekat SINI . memang sangat2 bermanfaat info yang dibincangkan ni untuk kita.
So dekat mana saya nak bersalin ? yang tu biarlah keadaan yang tentukan sebab kita ni perancang. Kita pemilih tapi ketentuannya bukan di tangan kita. In sha Allah, bila semuanya selamat & panjang umur saya akan menulis di sini pengalaman tu. Semoga dipermudahkan. Tak lama dah nak masuk 7 bulan. Semoga semua yang diusahakan & dirancang Allah permudahkan, dan moga kesihatan juga baik2
Thursday, November 21, 2013
Diskaun beli tudung di Tudung2u Khas untuk pembaca blog saya!
Berita baik untuk semua pembaca blog menjaring impian!
Korang nak beli tudung yang gojes & cantik dengan harga
berbaloi-baloi tak?
Lepas tu selesa dipakai, kualiti tip top..kira memang puas
hati sangatlah.
Semua ciri tudung yang korang nak ni ada di Tudung2u
Sekarang ni dekat Tudung2u
tengah buat sales untuk koleksi
tudung-tudung diorang yang cantik tu tau!
Harga memang berbaloi-baloi. Tapi lagi berbaloi sebab korang
boleh dapat baucer diskaun 15% khas
untuk semua pembaca blog saya.
Jom kita tengok sikit Antara koleksi tudung dekat Tudung2u !
Koleksi shawl
shawl dia semua cantik2. murah pulak tu..
Koleksi tudung bawal
Tudung bawal kangaroo plain ni semurah RM 6 je tau!
Bawal corak polkadot. cute kan?
Tolong! bawal kelantan dia comel sangat!
Koleksi tudung awning..
Cantik-cantik kan? harga pun murah.
Kalau korang nak dapat baucer
diskaun 15% untuk semua tudung-tudung yang dijual di sini, korang guna aje
kod dekat bawah ni:
AKG2013
Ha! Nanti dapat harga lagi murah dari yang dijual tu tau!
diskaun ni memang Khas
untuk korang semua!
Tempoh diskaun berakhir pada:
30 November 2013
Jangan lepaskan peluang ni ok!
Macam-macam lagi jenis tudung yang ada jual dekat sini!
Korang boleh tengok dekat website diorang dekat SINI
Jom serbu ramai-ramai!
Tuesday, November 19, 2013
Pregnancy check up: 6 Bulan
Sekejap masa berlalu, sekarang dah masuk 26 minggu. Tak lama
lagi nak masuk 3rd trimester. Semoga semuanya dipermudahkan. Last
week, saya gi check up untuk 6 bulan. Dan pertama kali jugak kena minum air
gula. Alhamdulillah….ok. bacaan 4.1 je, so takde kencing manis. Berat naik lagi
2 kg. Tapi normal sebab after 5 bulan, memang boleh naik 2kg sebulan. Hari tu
kena buat blood test lagi. Tapi result tak tahu lagi. Hope semua ok la..
Cuma ada satu je yang tak best sikit kali ni. Confuse pun
ada. Before ni, doctor cakap kedudukan uri ok. Memangla tak tinggi, tapi tak
jugak rendah. Masa buat detail scan hari tu pun sama. Sonographer tu siap
tunjuk jelas2 lagi kedudukan uri. Memang kedudukan betul. Yang penting tak
dekat atau tutup pintu rahim. Tapi untuk check up kali ni doctor cakap uri saya
ada dekat bawah. Saya memang xnampak sebab gambar scan 2d kurang clear dari
buat detail scan hari tu. Memang risau
jugakla….sebab time tu dah 25 minggu. Kenapa uri dekat bawah lagi? Huhu..
Tapi doctor cakap it’s ok. Normal kalau 28 minggu ke bawah
uri bukan dalam correct position. Ada je orang yang jadi macam ni. Time 28
minggu nanti baru uri patut dekat tempat yang betul. So, ada lagi 2 minggu
untuk masuk 28 minggu, harap & berdoa sangat yang kedudukan uri di tempat
yang betul. Dan satu lagi, harap jugak yang doctor tu salah tengok. Hehe..leh
pulak macam tu kan? Yela..before ni dengan doctor lain semua cakap position uri
saya dah ok, sebab tu terkejut jugak bila dia cakap macam tu. Nak kata angkat benda berat tak jugak. Selama
ni kalau tak pregnant pun, benda yang berat2 semua husband bawak. Saya tukang
pegang yang ringan2 je. Kalau sibuk
mengemas rumah or alih kedudukan barang pun, memang dia yang tukang angkut
semua benda.
Ikutkan memang tak tahu doktor mana yang betul sebab masa detail scan memang nampak ok. Xpelah..masih ada peluang. Ikhtiar sekarang ni, doa, solat hajat, pujuk baby suruh
tolak uri ke atas, & sujud lama time solat. Ada yang kata makan kacang
bendi kalau ada masalah uri bawah. In sha Allah..dalam usaha. Semoga next check
up semuanya normal. Amin..
Sunday, November 17, 2013
Shopping Barang Baby: Set Tilam Kekabu
Carita aktiviti 3 minggu lepas...(kali kedua shopping barang baby)
Ikutkan dah lama asyik mensurvey tilam kekabu baby ni yang dijual online. memang banyak corak menarik, harga pun menarik. Honestly, memang tak tahu berapa harga tilam kekabu ni & atau set tilam ni yang dijual dekat kedai2 di luar. Tak pernah beli kan..cuma harga bantal kekabu dewasa tu saya tahu sebab dekat kampung saya & husband masih senang lagi nak cari orang jual bantal kekabu ni. Cuma tilam baby ni yang tak tahu dekat mana nak beli. Masa tu saya rasa harga dekat online dah ok. lagipun corak dia cantik2 kan. Comel je tengok....
Tapi terfikir nak tanya pasal tilam kekabu ni dekat family saya dekat kampung & family in law. Semua suruh balik beli dekat kampung. Diroang siap bagitau lagi tempat yang ada jual & yang boleh ditempah. kebetulan balik kelantan hari tu time wedding cousin hubby, so apalagi, teruskan sama misi cari tilam kekabu baby. Mak mertua saya cadang tempah dekat orang kat kampung kami sebab siap boleh pilih kain dan ikut design kita nak tapi sebab kiteorang nak beli cepat, lepas tu nak balik kelantan pulak lepas deliver baby, so decide beli saja tilam yang dah sedia di jual dekat kedai. dekat mak cik dekat kampung tu kena tempah dulu, xde jual yang dah siap. Tapi hasil jahitan dia memang superb! Tapi takde rezeki nak beli dekat dia. Masa ni tawakal je, kalau takde yang berkenan dekat kedai, saya decide nak beli dekat kedah pulak. Tapi sebab balik kedah nanti sebab wedding cousin jugak, dan cuti pun xbnyak hari so berharap sangat yang akan jumpa tilam kekabu yang kami suka.
Tak susah pencarian tilam kekabu baby ni dekat kelantan. Mak mertua yang bawak gi kedai ni sebab dia dah tahu dekat mana tilam & bantal kekabu ni ada jual. Cuma dekat kedai ni corak sangat limited, semua design sama je. saya tak berapa suka yang beropol tapi majoriti corak memang beropol. Ambik jelah..hehe...Tapi time ni dah fikir, beli je dulu tilam ni, sarung nanti leh jahit sendiri. sekarang memang xmenyempat nak jahit sebab xde mesin jahit. selalu jahit guna mesin jahit dekat kampung. memang kalau boleh nak ada dua sarung tilam baby. senang nak basuh & tukar. So, xde masalahpun kalau sarung dia tak comel sangat. Yang penting dah beli tilam kekabu baby ni!
Ikutkan hati saya, nak beli set tilam kekabu baby je..tapi husband pulak tergoda dengan set yang ada bakul sekali. Comel katanya..so, grab terus satu set yang sekali dengan bakul.
harga? memang murah sangat compare dengan beli dekat online shop.
RM 150 je satu set!
saya pilih corak yang boleh masuk untuk baby girl & boy. Pilih warna purple tapi bila tengok dalam gambar nampak macam pink kan. sebenarnya purple lembut.
simple je kan? Bakul ni ada roda tau bawah dia. senang nak tolak tarik. hehe..
Ikutkan dah lama asyik mensurvey tilam kekabu baby ni yang dijual online. memang banyak corak menarik, harga pun menarik. Honestly, memang tak tahu berapa harga tilam kekabu ni & atau set tilam ni yang dijual dekat kedai2 di luar. Tak pernah beli kan..cuma harga bantal kekabu dewasa tu saya tahu sebab dekat kampung saya & husband masih senang lagi nak cari orang jual bantal kekabu ni. Cuma tilam baby ni yang tak tahu dekat mana nak beli. Masa tu saya rasa harga dekat online dah ok. lagipun corak dia cantik2 kan. Comel je tengok....
Tapi terfikir nak tanya pasal tilam kekabu ni dekat family saya dekat kampung & family in law. Semua suruh balik beli dekat kampung. Diroang siap bagitau lagi tempat yang ada jual & yang boleh ditempah. kebetulan balik kelantan hari tu time wedding cousin hubby, so apalagi, teruskan sama misi cari tilam kekabu baby. Mak mertua saya cadang tempah dekat orang kat kampung kami sebab siap boleh pilih kain dan ikut design kita nak tapi sebab kiteorang nak beli cepat, lepas tu nak balik kelantan pulak lepas deliver baby, so decide beli saja tilam yang dah sedia di jual dekat kedai. dekat mak cik dekat kampung tu kena tempah dulu, xde jual yang dah siap. Tapi hasil jahitan dia memang superb! Tapi takde rezeki nak beli dekat dia. Masa ni tawakal je, kalau takde yang berkenan dekat kedai, saya decide nak beli dekat kedah pulak. Tapi sebab balik kedah nanti sebab wedding cousin jugak, dan cuti pun xbnyak hari so berharap sangat yang akan jumpa tilam kekabu yang kami suka.
Tak susah pencarian tilam kekabu baby ni dekat kelantan. Mak mertua yang bawak gi kedai ni sebab dia dah tahu dekat mana tilam & bantal kekabu ni ada jual. Cuma dekat kedai ni corak sangat limited, semua design sama je. saya tak berapa suka yang beropol tapi majoriti corak memang beropol. Ambik jelah..hehe...Tapi time ni dah fikir, beli je dulu tilam ni, sarung nanti leh jahit sendiri. sekarang memang xmenyempat nak jahit sebab xde mesin jahit. selalu jahit guna mesin jahit dekat kampung. memang kalau boleh nak ada dua sarung tilam baby. senang nak basuh & tukar. So, xde masalahpun kalau sarung dia tak comel sangat. Yang penting dah beli tilam kekabu baby ni!
Ikutkan hati saya, nak beli set tilam kekabu baby je..tapi husband pulak tergoda dengan set yang ada bakul sekali. Comel katanya..so, grab terus satu set yang sekali dengan bakul.
harga? memang murah sangat compare dengan beli dekat online shop.
RM 150 je satu set!
![]() |
| Saya beli yang set tilam kekabu. dapat tilam & bantal kekabu baby, sarung tilam & tiga jenis bakul yang dah bersarung. kain cotton. |
saya pilih corak yang boleh masuk untuk baby girl & boy. Pilih warna purple tapi bila tengok dalam gambar nampak macam pink kan. sebenarnya purple lembut.
![]() |
| Gambar satu set Tilam kekabu sekali dengan sarung. |
simple je kan? Bakul ni ada roda tau bawah dia. senang nak tolak tarik. hehe..
Friday, November 15, 2013
Hasil Ketiga Shopping Barang Baby
Kali ketiga shopping barng baby 2 minggu lepas. Hehe...sekarang ni lambat betul nak update blog. Beli dulu, ambik gambar, bila rajin baru update. hehe..tapi apapun nak jugak catit dekat sini.
Kali ketiga, just shopping dekat Mydin. Time beli stock barang dapur rumah, jeling-jeling sama barang baby. Tak niat nak beli banyak, just sehelai dua je last2 tersambar jugak beberapa barang baby. Fikir sebab harga dia agak murah la bagi saya.
So..2 minggu lepas, sempat sambar
mittens & booties (pureen)- 3 pasang
Lampin baby ( Pureen) -1 paket ( 10 helai)
Towel (pureen) - 2 helai,
Blanket ( OK baby) - sehelai
Barut - 4 helai
Baju lengan pendek (pureen) - sehelai
Jump suit ( pureen) - sehelai
* Banyak beli brand pureen time ni..hehe
![]() |
| Mama nya dah start excited shopping barang baby |
Ni hasil ketiga tau. Hasil pertama shopping ada cerita dekat entri SINI . Mana hasil kedua? In sha Allah next week saya update sebab kali kedua shopping dekat kelantan. Jauh kan cari barang baby sampai sana. Kebetulan balik rumah mertua, menyoping la sekali. hehe..
Nanti saya share list barang baby & mommy yang saya dah buat. Tapi kan, banyak lagiiii yang tak beli. Tunggu expo dekat Mid valley next week la nak settle kan barang-barang asas untuk baby. In sha Allah..
|
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
+(393x640).jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)







.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
