About Us

Tuesday, August 18, 2015

Idea Pelamin Menggunakan Kayu pallet. Cantik & Unik

Antara pelamin yang saya suka tengok masa pergi wedding orang, pelamin yang berasaskan kayu pallet ni. Rasa cantik, kreatif & unik. Ada bakal pengantin yang DIY sendiri pelamin ni. Ada jugak yang datang dari ilham butik2 pengantin. Semuanya cantik2. Vintage gitu...

Ni antara koleksi pelamin dari kayu pallets yang saya ambil dari hasil carian di google. Semoga dapat beri idea & bantu  bakal pengantin yang berminat untuk jadikan kayu pallet ni sebagai pelamin di hari perkahwinan korang.

Boleh klik link di bawah gambar untuk ke website butik berkenaan.

1) Kotak Kayu Deco 

https://kotakkayudeco.wordpress.com/tag/pelamin-kayu/


https://kotakkayudeco.wordpress.com/tag/pelamin-kayu/
https://kotakkayudeco.wordpress.com/tag/pelamin-kayu/



2) Sophie Bridal 

https://www.facebook.com/sophiesna?fref=nf


https://www.facebook.com/sophiesna?fref=nf

https://www.facebook.com/sophiesna?fref=nf

3) NNketukkayu


https://www.facebook.com/nnketukkayu



https://www.facebook.com/nnketukkayu



https://www.facebook.com/nnketukkayu


Cantik2 kan? Nampak classic. Saya suka semua hasil deco yang guna pallet kayu ni. Kreatif.

Friday, August 14, 2015

The Vocket - Blog yang Penuh Info & Kisah Inspirasi


Alhamdulillah. Dah sampai ke hari Jumaat. Hari ni, saya nak kongsi dengan korang satu blog best yang korang patut baca & follow.


Dah lama Saya baca Blog The Vocket ni since follow update diaorang dekat FB. Tapi, kadang2 dekat news feed FB banyak update2 lain yang naik, tak terfollow sangat update dari diorang. Lagipun saya dah kurang aktif dalam FB. So, banyak ketinggalan kisah2 menarik dalam The Vocket. Blog saya sekarang problem pulak nak follow blog orang. So, kena bukak manually blog yang kita teringin nak baca.

Sekarang ni, setiap hari selain dari bukak blog ( rutin saya dari dulu), baca update dari blog2 yang saya follow, Baca berita online, dah jadi kewajipan untuk saya bukak The vocket setiap hari.

Terispirasi sangat dengan kisah2 & topik dari blog ni. Best. Kisah2 menarik yang boleh dijadikan tauladan, kisah unik, cerita semasa yang jadi viral dan macam2 lagila... Antara kisah yang buat saya terinspirasi pasal kisah lelaki tua berkain pelikat, kisah ibu yang berjaya didik 5 orang anak lelakinya jadi tahfiz dan lain2. Kalau nak cerita & komen memang panjang. lebih baik korang tengok & baca sendiri. Boleh pilih sendiri entri mana nak baca sebab website dia sangat user friendly.





Wednesday, August 12, 2015

Review :Pengalaman Bersalin Di Salam Specialist Hospital Shah Alam

Late post. Tapi tetap tak lupa nak menulis dekat sini.  Supaya review ni boleh jadi panduan untuk bakal2 ibu yang tengah survey hospital bersalin sekitar shah Alam.



Dekat shah Alam, saya ada 3 je choice untuk bersalin ikut panel company husband. Samaada dekat KPJ shah Alam, Salam specialist hospital & columbia Asia. Tapi lepas survey2 & ambik kira semua perkara, saya pilih untuk bersalin dekat SALAM atas sebab2 bawah ni.

1) Kos bersalin dekat Salam paling murah antara ketiga2 hospital ni. Even saya bersalin guna GL tapi ada limit. So kna cari yg dalam range harga jugak. Time tu ( Tahun 2014). Kos bersalin normal dekat SALAM dalam 2k++ & Czer 5K++. if emergency czer cost boleh sampai 7-8 k.

2) Location hospital dekat dengan Rumah. Nak kata dekat sangat2 tu takla. Tapi dalam 15-20 minit saja perjalanan dari rumah. Hospital salam ni terletak di seksyen 19 shah alam. dekat dengan De palma hotel. Tak jauh dari KPJ shah Alam.

3) Gynae dia dua2 perempuan, Nurse & midwife pun semua perempuan. Even kalau doktor yang in charge kita tak available time kita bersalin, diorang akan gantikan dengan doktor perempuan jugak. Baca review pasal Gynae, saya paling tertarik dengan Dr siti Mariam. Berharap sangat time ni dapat bersalin dengan dia.


Kalau nak bersalin dekat SALAM, kena booked Dr awal. Sebab kalau dengan Dr siti, cepat penuh. Syarat nak  bersalin dekat sini kena 2x check up. Masa dah 7 bulan ++ saya dah register dekat SALAM. Tak kena bayar apa2 sebab pakai panel. Rate untuk sekali check up saya tak pasti berapa tapi rasanya check up + scan dalam RM 150 ke atas.


1) Review Pasal Check Up

- Check up boleh buat hari sabtu. So, xpayahla nak datang hari bekerja kan. Cuma kena buat appointment. Tak boleh main datang je.

- Ramai orang time check up. kadang boleh sampai 2 jam menunggu. kadang2 kalau ada orang nak bersalin, Dr kena pergi sambut baby. So, masa menunggu jadi lama sikit.

- Urine test kena buat sendiri. Diaorang bagi bekas dengan strip tu. lepas test tunjukkan strip tu dekat PA doktor dan buang. Bagi saya pasal ni ok je. Mungkin nak jimatkan masa.

- Kerusi banyak. Ruang pun luas. Ada bilik untuk breastfeeding baby. Ada jugak ruang untuk budak-budak main. Ada TV.

2) Review Pasal Doktor 

- Alhamdulillah...saya dapat doktor yang sangat baik. lemah lembut je. Tengok muka pun rasa tenang. Paling penting, Dr siti sangat support normal delivery. Kalau nak tanya apa2 yang tak faham pun boleh. Penerangan dia jelas. Saya memang suka sangat Dr siti ni. Masa check up memang takde sebarang masalah dengan dia.

- Masa dalam labour Room, Dr siti datang masa saya dah bukaan dah 10 cm. Banyak kali jugak dia try suruh saya push. Sebab masa tu usaha berkali pun baby susah nak keluar, terus dia decide guna vacuum. Alhamdulillah, 2x try keluarlah Fayyadh. Apa yang dia buat pun lembut. Proses keluarkan saki baki darah beku dalam rahim & jahit saya tak rasa takit. Rasa tenang je. Dr boleh sembang2 lagi dengan kita. So, takdela fikir sakit. Dia siap puji saya kuat lagi sebab tak menjerit @ nangis masa dia menjahit. ( Alhamdulillah...rezeki saya tak sakit masa proses jahit tapi time contraction mmg azab rasa. Huhu...).  Dr siti  lembut je. Rasa tenang tengok muka dia.

- Esok tu time melawat siap dia dukung Fayyadh peluk cium lagi. Dari dia jugakla saya tahu yang saya ni jenis outlet peranakan kecil. Baby pulak besar. Ikutkan kebanyakan kes macam saya, mostly kena czer. Tapi Dr nak try dulu untuk normal. If tak berjaya memang kena czer la. Apapun, baik normal atau czer, yang penting ibu & anak selamat.  Jahitan dia kemas. Saya tak rasa sakit or tak selesa. Alhamdulillah..

- Dr siti, even baby songsang pun, kalau boleh pusingkan, dia akan tolong pusingkan. Pengalaman kawan husband, baby dah terberak dalam perut. Tapi maybe sebab bukaan dah banyak & cepat, Dr try untuk normal dulu. Alhamdulillah berjaya. Tapi ada jugak kes2 tertentu yang terpaksa czer. kes2 emergency jugak. Tapi, if boleh normal, memang dia akan bantu kita untuk bersalin normal. Ini yang saya suka.

- Ada kenalan saya yang bersalin dengan Dr Asmah dekat salam. Dr ni pun ok jugak. Baik & lembut orangnya.



3) Review Pasal Layanan Staff masa dalam Labour Room & Bilik

- Staff sangat friendly. Baik mid wife ataupun Nurse. Semua baik2. Boleh sembang elok2 dengan kita. Husband pun senang nak keluar masuk LR. Kejap turun kedai, kejap pergi toilet, solat lepas tu masuk balik dalam LR.  Dalam LR pun ada TV. Selesa la.

- Ingatkan kita time bila baru boleh minum air selusuh / air zam-zam.


- Sangat supportive. bagi sokongan & tunjuk ajar masa nak push. Takde marah2 bila kita asyik cakap sakit, tak tahan sakit la apa. Kalau kita panggil pun datang je. Banyak bagi semangat & tenangkan kita. Siap minta maaaf lagi kalau ada terbuat kita kurang selesa.

- Uri diorang siap basuhkan  & bungkus dengan kain putih.

- saya dapt bilik sorang. Bilik luas. Bilik air luas. Okla pada saya. Bukanla wad macam bilik hotel. simple tapi yang penting selesa pada kita. Lepas bersalin pun diorang sediakan air milo. Baby pun diorang jagakan sebab nak bagi kita rest. Lepas masuk bilik, diorang bawak baby untuk kita Bf. Tapi masa tu susu tak nak keluar, so baby memang bagi Fm dulu. Esoknya nurse datang lagi ajarkan cara nak Bf baby.

Sempat snap gambar ni je. Gambar full bilik tak ambik.  Sebab masa datang sini tak expect nak beranak dah. Nak buat check up & ctg je sekali dah bukak 4 cm. Terus kena masuk LR.


- Makanan sedap! Hahaha..boleh pilih nak makan apa. Tapi dari menu orang berpantang la..

Makanan first berpantang =)


- Doktor yang check baby pun baik & friendly.Murah senyuman.  Tenang hati ibu bersalin ni ha...

- Dapat banyak barang free gift untuk ibu & baby.


Total bil saya masa bulan February 2014, Normal delivery + vacuum Dalam RM 2600.


Pada saya, memang saya recommend untuk siapa2 yang berminat nak bersalin dekat SALAM ni. Tambah2 kalau mencari tempat bersalin yang doktor & staff yang in charge tu perempuan. Harga pun affordable, layanan pun baik & friendly ( ini pengalaman saya la). Cuma masa menunggu untuk check up je yang lama sikit & agak slow.  kalau check up hari sabtu sebab ramai orang jugak. Kalau hari bekerja, mungkin tak ramai sangat.

Satu lagi, kalau nak call bahagian o&G untuk appoinment rasanya kena call pukul 2 petang ke atas. Yang ni boleh check semula.

Boleh refer pengalaman bersalin saya dulu dalam entri ni Part 1 & Part 2

Untuk rujukan terkini boleh ke website SALAM  



Tuesday, August 4, 2015

Syawal Yang Sayu

Masih lagi dalam bulan syawal. Selain sambutan Aidilfitri bersama keluarga tersayang, ada kisah lain yang sangat terkesan di hati.

Bermula dengan kisah datuk & nenek saya dekat kampung. 2 insan yang sangat rapat dengan saya. Datuk ( saya panggil wan) & nenek ( saya panggil tok) saya dah tua & agak uzur. Last saya balik bulan May sebelum raya keadaan tok dengan wan sihat. Tok asalnya dah lama tak mampu nak berjalan sendiri. Pernah satu masa, dia hanya mengesot bila nak bergerak. Tapi, lepas tu keadaan dia dah makin ok bila boleh berjalan sendiri dengan bantuan tongkat. Alhamdulillah..... Wan pulak, disebabkan banyak sangat selaput mata dekat mata, dia dah kurang nampak.Wan tak nak buang selaput mata tu dulu, even kiteorang paksapun dia tak nak jugak. Sudahnya, sekarang ni penglihatan dia memang kabur sangat2. Nak berjalanpun meraba-raba. Tapi yang paling buat saya sedih, before hari raya hari tu, saya dapat tau yang wan dah tak boleh jalan. Hari2 mak saya akan ke rumah tok & wan untuk mandikan wan saya. Sebabkan dia dah tak nampak & boleh berjalan, memang kena ada orang uruskan. Sekarang ni dua2 dah kena pakaikan pampers sebab kesihatan diorang dah tak macam dulu. Seyes, saya kagum dengan mak saya. kagum sangat. Dari dulu, masa tok & wan sihat, mak sangat2 pentingkan family. Mak tak nak naik pangkat, sebab takut kena tukar jauh2. Mak nak dekat dengan tok & wan. Before mak pencen dulupun, hari2 lepas balik kerja mesti mak singgah rumah tok & wan. Buatkan air, hidangkan kuih untuk minum petang. Soal kebajikan tok & wan memang mak sangat jaga. Mujurlah pak njang saya tinggal sekali dengan tok & wan. Bolehla tengokkan keadaan diorang. Pak ngah & mak ngah sayapun dekat jugak rumah. Memang selalu datang tolong.  Alhamdulillah...wan & tok dikurniakan anak2 yang sentiasa menjaga kebajikan diorang.

Kadang saya terfikir, macam manalah saya bila mak ayah dah tua nanti. Kuat ke saya nak hadapinya dengan sabar. Orang tua2 perlukan perhatian khusus. emosi diorang sangat sensitif. Mudah nak terasa hati kalau tak kena cara. Harap sangat saya juga menjadi seperti mak. Seperti anak2 wan & tok yang lain. Harap saya sabar & berpeluang berbakti pada mak & ayah. Kadang2 dalam hidup ni, orang selalu banggakan anak yang berjawatan tinggi. Yang belajar & kerja jauh2 dari orang tua. Tapi kadang orang lupa kenapa ada setengah anak yang memilih untuk dekat dengan ibu bapa.  Yang kerjanya biasa2 tapi hati puas sebab dapat tengok mak ayah depan mata. Dapat jaga mak ayah yang dah takde daya. Kadang, ada benda yang tak memerlukan wang ringgit. Kasih sayang, perhatian manakan sama dengan wang ringgit. Doa saya tok & wan cepat sihat & kuat semula. Rindu nak borak2 macam dulu (T_T).

Second, kisah classmate saya masa dekat UiTM arau dulu. Terkejut & sedih sangat bila dapat tau dia terlantar koma dekat Hospital sejak Ramadhan yang lalu. Penyakit pendarahan dalaman. (Darah pecah). Malam Jumaat lepas, dia dah menghembuskan nafas terakhir. Innalillahhiwainnailaihirajiun...Sebak rasa...macam tak percaya dia dah tak ada. Allah lebih sayangkan dia.  Hidup ni tak lama. Kadang yang sihat pun boleh tiba2 pergi. Accident, serangan jantung. Yang sakit tak serius pun boleh pergi tiba-tiba. Mati datang tak kira masa & tempat. Kalau dah sampai ajal, kita pasti akan pergi juga.

Masa syawal jugakla saya dapat berita musibah yang lain. Pak saudara saya (pak njang) masuk hospital sebab suspect batu karang & buah pinggang bengkak. Baru2 ni mak sedara husband dah 2x masuk hospital dalam tempoh seminggu. First, sebab sakit bahagian dalam perut. Second time sebab paru2 berair. Mak mertua memang ulang alik pergi hospital temankan. Sebab mak sedara husband OKU, memang kena jaga betul2. Tak boleh biarkan dia sorang2 dekat hospital.  Rasa baru je jumpa raya hari tu. Nampak dia sihat & ceria. Samala pak njang saya. Baru je sama2 bersembang sambil makan durian raya lepas, tak lama lepas tu dapat tau dia sakit.
Semoga mereka semua cepat sembuh.

Apa yang berlaku buat saya makin sedar yang nikmat sihat ni satu pinjaman yang sangat bernilai harganya. Nikmat dikelilingi orang2 yang sayangkan saya juga satu nikmat yang sangat besar dalam hidup. Buat kita rasa bersyukur apa kita ada. Rezeki yang sangat besar dari Allah swt. Sebab kasih sayang & kesihatan memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Peluang sihat ni patut gunakan sepenuhnya untuk perkara yang baik2.

Kita tak tahu berapa lama kita akan sihat.
Berapa lama kita akan hidup.
Berapa lama orang yang kita sayang ada disekeliling kita.

Kita tak tahu...


Monday, August 3, 2015

Update Ringkas: Syawal 2015

Sambutan raya tahun ni sederhana aja. Tapi, Alhamdulillah dapat spend masa betul2 dengan family sendiri & family in law. Fayyadh pun happy sangat sebab tahun ni dah tahap berlari ke sana-sini. Penat mama & abah kejar. Nak tangkap gambar pun jenuh paksa. Dia dah tak nak. Huhu..

Alhamdulillah..bersyukur sebab masih diberi peluang merasai indahnya ramadhan & syawal. Bersyukur kerana keluarga kecil, keluarga besar & kelaurga mertua masih lengkap. Semoga Allah terus panjangkan tempoh pinjaman indah ini. Amin..

Alhamdulillah raya tahun ni kami terselamat dari merempuh jammed. Lega rasa. Memang rezeki sangat. Tak perlu nak stay dalam kereta berjam-jam lamanya. Lega jugak sebab Fayyadh sangat behave. 

Sambutan raya di kedah & kelantan memang ad bezanya. Tapi meriahnya tetap sama. Makanan pun tak sama. Tapi saya tetap minat dua2! 

Ada kisah yang sedih syawal kali ni. In sha Allah, ada masa saya akan menulis nanti. 

Tuesday, July 14, 2015

Hati2 Di jalan Raya, Selamat Balik Kampung!


Hari ni & esok rasa ramai dah start balik kampung. Jumaat dah raya kan. Excited sangat nak balik kampung jumpa family. Rindu!

Just nak cakap selamat pulang ke kampung masing2 dekat korang semua. Take care tau. Hati-hati di jalan raya. Drive elok-elok. Jangan lupa baca doa. Kalau rasa letih, mengantuk, berhenti kereta dan rehat. Musim raya ni dengan jammed nya tak tahulah berapa jam makan masa nak sampai kampung kan. Tambah yang ada anak kecik ni, macam mana dengan nak bagi anak behave je dalam kereta. Banyakkan bersabar & kawal emosi ok. kalau saya, memang sediakan stock makanan banyak2 dalam kereta untuk Fayyadh. Sebab dia suka makan & cepat lapar. Hihi....Oh, sediakan jugak stock makanan untuk kami berdua untuk berbuka nanti.

Barang pun dah siap pack. Kalau yang ada anak kecik tu, jangan lupa bawak balik ubat sekali ok. Risau jugak time raya kalau anak demam ke sakit, klinik banyak tak bukak. Kalau tempat saya, klinik dekat rumah banyak yang tutup. Kenala keluar jauh sikit cari klinik. Kalau tutup jugak, kena ke hospital. Apapun, doa-doanya mintak semua sihat. Semua selamat. selamat pergi dan balik.

Ingat, raya nanti spend masa betul2 dengan family. Jaga quality time antara keluarga & saudara. Bukan selalu boleh jumpa kan. So, try kurang aktif dalam media social. Nikmati "the real life" situation. Telefon bila2 pun boleh hadap kan. Orang yang dekat depan mata entah bila nak jumpa lagi. Limitkan penggunaan internet bila dekat kampung. Nikmati indahnya silatulrahim sesama saudara. Feeling macam zaman dulu2 balik. Peringatan untuk diri sendiri & semua jugak.

Ok, Nak wish selamat hari raya awal2 dekat korang semua! Maaf zahir & batin kalau ada salah & silap sepanjang saya menulis dekat blog kerdil ni. Sesungguhnya saya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari berbuat salah.






Monday, July 13, 2015

Thank You PLUSmiles! Marilah redeem semua rebate yang dah dapat!


Nak balik kampung nanti, mana yang gunakan highway plus untuk tarikh2 tertentu akan dapat diskaun tau. Alhamdulillah..lega sangat dengar. Sebab selalu kalau balik kampung saya dari shah alam ke kedah ( exit tol last sekali dekat bukit kayu hitam) harga tol RM 63.30 sehala je tau. selalu pergi balik memang spend RM 130 untuk tol saja. Selalu balik kampung memang duit tol lagi lebih dari duit petrol. Tapi, sekarang ni sebab petrol pun dah naik harga, mungkin sama banyak atau lebih lagi kot.



Tadi baca dekat website plus Malaysia, diskaun akan diberi dari 13 july-23 july 2015.

Sumber dari website plus malaysia berhad
Alhamdulillah..senyum..bolehla berjimat raya ni. Tapi, ada lagi benda yang buat saya senyum dan bersyukur sangat..


Tadaa!!!!




Alhamdulillah....tadi check rebate kad plusmiles tengok dah ada RM 80.54. Bolehla redeem untuk bayar tol balik kampung nanti. Disebabkan saya balik kelantan dulu, lepas tu baru balik kedah, so tol untuk ke kedah dah cukup dah pergi balik RM 80.54 ni.

Korang yang mana pakai plusmiles cepat2 la check berapa rebate yang korang dah dapat. Mana tau boleh bayar toll free je  nanti!

Selagi boleh berjimat, marilah berjimat.

Selamat hari raya semua! Hati2 balik kampung. Maaf zahir & batin

Friday, July 10, 2015

Rindunya Dekat Kampung!


Tinggal 6 hari je lagi nak puasa. Rasa cepat betul masa berlalu. Raa macam baru je lagi masuk bulan ramdhan, tapi tinggal lagi 6 hari je nak lalui. Semoga amalan kita semua dalam bulan mulia ni diterima-Nya & diberi banyak ganjaran pahala. Amin...

Bulan puasa ni rindu sangat dekat famly dekat kampung. Baik family sendiri atau family mertua. Rindu sebab dah lama tak jmpa. Paling rindu tentulah dekat family sendiri sebab dah bertahun-tahun hidup bersama kan. Last saya balik kedah bulan 5 hari tu. Masa cuti hari pekerja. Balik kelantan lagila dah lama tak balik. Last balik Bulan 2 hari tu. Balik kampungpun memang kena bergilir lepas dah kahwin ni. Nak bagi sama adil. Tapi balik beraya wajib balik dua-dua kampung. Bergilir raya pertama jer dekat mana.

Hari ni dah jumaat. memang mood kerja banyak kelaut. Dalam hati, tak sabar dah nak balik jumpa family. In sha Allah..tahun ni turn beraya dekat kelantan dulu, rumah mertua. Lepas tu baru balik kedah. Tak sabar nak jumpa family. balik kampung. Tak payah ingat hal2 kerja, hal2 lain. Just spend quality time dengan family tersayang.


Thursday, July 9, 2015

Ibu Bekerja Tak sayang anak?

Lately ni banyak sangat kes dera budak. Astagfirullahalazim....tekejut sangat tengok. Kadang tak sangka, mak sendiri yang dera. Macam tak logic dek akal ada mak sanggup nak dera anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari? Anak yang memang darah daging sendiri. Sedih (T_T). Itu belum campur kes budak yang didera pengasuh, pusat asuhan. Banyakk...kadang macam bersambung-sambung kes dera budak ni. Orang makin kejam, makin tak waras, makin takde hati perut.

Kadang bila tengok isu2 ni timbul dekat media sosial, baca komen2 ibu bapa. Banyak juga yang salahkan ibu yang bekerja.

Kenapa tak nak jaga anak sendiri?
Kenapa mesti hantar dekat orang jaga?
Apa duit lagi penting dari anak? Duit boleh cari, anak?
Lagi sayang kerjaya dan duit dari anak sendiri?

Kadang rasa macam terlalu menyalahkan ibu bekerja la punca anak di dera pengasuh. Di dera di pusat asuhan. Memang ada ibu yang tak ambik kisah soal anak. Tak nafikan, memang ada. Memang ada yang sibuk buru kerjaya. Tapi, tak semua ibu bekerja macam tu. Paling penting, kalaupun seorang ibu tu sibuk dengan kerja, buru impian nak berjaya dalam kerjaya tak bermakna yang ibu tu tak sayangkan anak dia. Sayang seorang ibu tak boleh di "judge" macam tu jer. Setiap orang ada alasan tersendiri.

Tahukah korang, sebolehnya kebanyakan ibu yang berkerja ni nak berhenti kerja jaga anak sendiri dekat rumah?

Tahukah korang, hati-hati ibu yang bekerja ni merintih setiap hari, sebak, sedih sebab terpaksa tinggalkan anak dekat rumah pengasuh sebab nak keluar cari rezeki untuk keluarga?

Tahukah korang, yang setiap masa ibu-ibu bekerja ni dekat office tak pernah sesat pun lupakan anak dia yang dekat rumah pengasuh, setiap masa menghitung masa sebab tak sabar sangat nak balik peluk anak?

Tahukah korang, yang ibu-ibu bekerja ni kadang berperang dengan rasa rindu dengan anak yang ditinggalkan? kadang kena bukak phone belek gambar & video anak dekat office sebab rindu.


Tak ada ibu yang mintak anak didera. Sepatutnya, pengasuh atau taska kena pikul tanggungjawab & amanah dalam jaga anak orang. Bukannya mendera. Kalau tak boleh nak jaga, inform parent, jangan pukul budak tu. Jangan jaga budak hanya sebab nak duit semata-mata. Kerja tu kan amanah. Kena jujur. Setiap pengasuh mmg kena ad sifat penyanyang, sukakan budak2. Bukan mendera. Mintak dijauhkn anak-anak kita dari jadi mangsa deraan fizikal & emosi.

Layakkah kami dilabel ibu yang tak sayangkan anak hanya kerana kami bekerja? Layakkah kami dituduh lagi pentingkan kerja & duit dari anak? Kami sayangkan anak kami lebih dari segalanya....kalaupun orang tak percaya, cukuplah hanya Allah yang tahu betapa kami sayangkan anak kami.

Alasan mudah? Susah sebenarnya nak explain apa yang terpaksa dilalui. Setiap ibu yang bekerja ada alasan masing2. Ada tanggungan masing2. Dalam zaman serba mahal ni, memang ada ibu yang terpaksa bekerja supaya dapat tambah pendapatan keluarga, bantu suami, untuk pastikan kelansungan hidup sekeluarga. Bukan semua ibu2 pergi bekerja semata-mata nak beli handbag mahal, boleh shopping apa dia nak.  Bekerja sebab cari rezeki yang halal untuk anak, untuk diri, untuk family. Ada ibubapa yang sanggup bersusah, biarlah diorang tak dapat makan yang sedap-sedap, tak dapat nak shopping apa yang dia nak, tapi anak cukup makan pakai. Pengorbanan yang dibuatpun demi keluarga, Bukan untuk orang lain. Tapi, ada jugak ibu yang bekerja sebab nak tanggung orang tua yang uzur dekat kampung.

Tinggalkan anak sementara di rumah pengasuh, di taska. "Dibayar". Bukan tinggal free2 je. Bukan tinggal anak macam tu je dekat orang sebarangan. Memang masa tinggal anak, selalu doa dekat Allah mintak Allah sentiasa lindungi dia. Doa supaya hati pengasuh sentiasa lembut je tiap kali pandang muka anak. Ikutkan hati, kalau bukan terpaksa, ibu mana yang rela tinggal anak dekat orang? Sebolehnya, seminitpun tak nak tinggal. Setiap ibu ada alasan masing2. Janganlah menempelak semua ibu yang bekerja tu tak sayang anak. Pentingkan duit.Tuduhan ni terlalu kejam buat kami. Kalau cari duit sekadar cukup makan pakai saja & untuk tampung perbelanjaan harian. Bukanlah kejar duit sampai lupa anak & suami.

Tipu kalau cakap tak pernah risau tinggalkan anak dekat pengasuh. Memang ada risau tu, tapi Allah kan ada? Selalulah berdoa anak kita tu sentiasa dalam peliharaan-Nya, sentiasa dilindungi, sihat selalu & pengasuh sentiasa sayangkan dia macam anak sendiri. Ada banyak tips yang boleh digunapakai oleh ibu2 masa tinggal anak dekat pengasuh. In Sha Allah..nnt saya akan share tips2 yang saya praktikkan.

Tak tahulah nak cakap macam mana lagi agar orang faham. Memang kerja cari duit. Cari rezeki. Bukan tak percaya dengan rezeki. Bukan tak bersyukur. Bukan2....!  Memang ada kelebihan & kekurangan ibu yang bekerja tapi setiap orang ada masalah, situasi yang berbeza. Rentak hidup, takdir kita tak sama. Jangan samakan kehidupan & situasi kita dengan orang lain.





Ada jugak yang cadangkan buat bisnes dari rumah sambil jaga anak. memang idea yang bernas tapi bukan semua orang ada minat dalam bisnes. Bukan semua orang "menjadi" nak buat bisnes. Tak..semua perlukan plan yang betul. Nak berhenti kerjapun, ibu2 perlukan simpanan yang banyak untuk cover segala tanggungan yang ada sebelum bisnes betul2 stabil. Tetap kena ada perancangan kewangan.

Sejak saya jadi isteri, saya dah fikir, saya tak perlukan kerja yang hebat2. Walaupun kerja dalam bidang engineering,  saya tak pernah fikir nak jadi orang2 atasan. Saya tak  bercita2 terlalu tinggi dalam kerjaya saya. Cukuplah saya bekerja dengan bersungguh-sungguh, amanah & dapat siapkan kerja dengan baik. Pebgalaman yang best2 Dan dapat belajar banyak benda. Tak terfikirpun nak naik pangkat atau bukak company sendiri.

Kenapa?

Sebab saya fikir suami, anak lah saya behati-hati dalam pilih kerja. Takpela kerja yang biasa-biasa dengan gaji yang tak banyak mana, tapi company tu faham hidup wanita yang bekeluarga. Bidang saya kebanyakannya memang perlukan banyak pengorbanan masa.  saya taknak kerja yang sampai  takde masa untuk anak. Saya nak spend banyak masa dengan anak. Saya taknak terlepas peluang tengok anak membesar sebab saya sibuk dengan kerja. Saya tak nak tiap kali balik kerja anak dah tidur. pergi kerja pun anak masih tidur. Hujung minggupun masih datang office tinggal anak dekat rumah. Saya taknak hidup yang macam tu. Cukuplah hidup yang biasa-biasa ni....walaupun bekerja, tapi masih banyak masa dengan anak.

Setiap hari sebelum pergi kerja, dari Fayyadh start makan sampaila dia dah nak masuk 1 tahun 5 bulan ni saya mesti bekalkan dia makanan yang saya masak. Walaupun saya terkilan sebab saya tak dapat nak suap dia makan, tapi saya tetap happy bila dia makan apa yang saya masak. Saya cuba buat apa yang mampu untuk anak walaupun saya tak dapat berkepit dengan dia 24 jam. Allah tahu niat saya. Allah tahu apa saya rasa.Walaupun bekerja, saya usaha untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu. Maybe tak perfect & tak setanding dengan ibu yang tak bekerja buat tapi saya dah cuba bagi yang terbaik.

Sayang saya pada anak, pada suami, tak boleh diukur dengan kerjaya. Tak boleh nak compare pun. Takde yang lebih penting dalam hidup ni selain Allah & keluarga. Kerja dah jatuh no.3 dalam hidup saya.

Tapi, kalau ada ibu yang terpaksa bekerja keras dalam hidup, ada yang bercita-cita tinggi itu hak masing2. Ada ibu yang mampu buat semua benda dalam satu masa. Tapi, saya bukan macam tu. Saya dah rasa lengkap & cukup apa yang saya ada. Soal gaji saya dah tak fikir sangat dah. Kalau dulu, memang banyak kali jugak fikir & rasa tak puas hati. Tapi tu dulu, sebelum saya belajar erti "rezeki" yang sebenarnya. Alhamdulillah...rezeki tu datang dari Allah.

Sampai masa, sayapun akan berhenti kerja dan fokus pada rumahtangga. Cuma, belum sampai masanya lagi. Ada banyak benda yang kena settle before saya berhenti melainkan situasi & keadaan memaksa saya berhenti kerja lebih awal. Buat masa ni, saya ditakdirkan untuk bekerja. Rezeki saya Allah dah tetapkan melalui kerja makan gaji. Lepas ni, saya tak tahu macam mana pulak aturan hidup. Perancangan Allah yang paling terbaik.

Cuma, saya nak cakap, jangan mudah lempar tuduhan. Apatah lagi bila melibatkan perasaan seorang ibu. "Tak sayang anak" tu satu tuduhan yang berat untuk ibu-ibu yang bekerja.






Coretan ni sekadar pendapat peribadi saya. Setiap orang ada pandangan masing2 kan. Just nak bagitahu yang ibu bekerja 100% sayangkan anak tapi masing2 ada alasan kenapa kena bekerja. Perjalanan hidup kita tak sama..

Wednesday, July 8, 2015

Jalan2 Sungkai ( Nasi Bamboo sungai Klah) & Teluk Intan

Entri terperam. Cerita Bulan 4 hari tu. Lama dah. Baru berkesempatan nak update dekat blog. Ikutkan plan asal, kiteorang nak jalan-jalan dekat taiping-k.kangsar-ipoh. Jalan2 cari makan. Tapi nak pergi 2 hari 1 malam jer. Manalah cukup. Rasa macam rushing giler kalau buat macam tu. So, tukar palan. Jalan2 dekat2 je dan balik hari. Taiping nanti pulakla pergi.

Saya ni dah lama mengidam nak makan nasi buluh dengan ayam bakar bunian dekat sg. Klah, sungkai perak. lepas masuk majalah 3 tahun lepas, terus rasa tak sabar nak gi makan. Tapi tertangguh-tangguh hasrat. Plan Kalau nak pergi makan nasi buluh tu, bolehla singgah sungai klah hot spring (Felda residence) sekali. Tapi sebab dah  pergipun lambat, mesti orang dah ramai gila dekat sana. Hari minggu kan. So, tak jadi. Pergi makan nasi buluh saja.


Ok dah sampai. Dalam1 jam lebih je perjalanan. Hihi..


Fayyadh excited bila dapat keluar lepas 1 jam setengah duduk dalam kereta.
Sinilah kedai Nasi Bamboo sungai Klah tu!


Location dia dekat dengan jalan nak ke sungai klah Hot spring. Tepi jalan je. Ikut je signboard nak ke sungai klah hot spring. Korang akan nampak kedai ni dekat tepi jalan. Keliling tu kawasan kelapa sawit.


Sini bukan restoran. Dia ala2 gerai tepi jalan cuma lagi besar. Lepas tu, tempat nak pilih nasi, lauk2 dengan air tempat lain2. Senang pada saya. Maybe diorang buat macam ni, taknak orang bersesak kan. Selalu time weekend, tengahari memang ramai orang. Tapi time saya pergi hari tu orang tak penuh sangat. Memang senang nak pilih makanan.



Dekat sini tempat pilih lauk pauk & minuman. Cendol pulut pun ada tau dekat sini!




Ni menu makanan pilihan kiteorang. Nasi bamboo satu set dengan telur masin, sambal belacan & kelapa parut tu ( tak tau panggil apa). Tapi kelapa parut goreng tu memang sedap! Kuah kari tu pun sekali satu set.








Ikan talapia merah dia memang sedap. manis! fresh. Baru je bakar panas2. Nasi ayam bunian pun sedap. Makan dengan kuah dia. Rasa sedap bagi saya sebab isi ayam dia tak liat or keras. lembut je. Nasi bamboo tu rasa wangi je time makan. Tapi, nasi tak cukup! hahaha...husband segan nak gi beli nasi tambah. In sha Allah, nanti kalau on the way balik utara bolehla singgah lagi.

Lepas puas makan, kiteorang terus ke teluk intan. jarak lebih kurang sejam dari sungkai. Saja je jalan2 dekat sana sambil cari makan.

Kiteorang singgah dekat menara condong. Dapatla naik atas ni. Rasa dah lama tak jejak kaki ke sini. Saya & husband pencinta sejarah. Kiteorang suka jugak jalan2 tempat bersejarah.  Tengok sejarah tinggalan dulu2.






Lepas tu teringin nak makan udang galah dekat teluk intan ni. Orangcakap tak sah datang sini kalau tak pekena udang galah & mee rebus mastan gani teluk intan. Tapi sedih, kiteorang cari restoran mee rebus mastan gani tu tak jumpa. Tah mana2 je gps bawak kiteorang pergi. Satu lagi, maybe restoran dah berpindah kot. Takde rezeki. So, just dapat merasa udang galah saja dengan cendol teluk intan.


Sedap udang galah ni. Fresh & manis rasa. Ambik satu set dengan tom yam. 
Yang cendol, laici kang dengan satay tu kiteorang makan depan menara condong je. Turun dari menara, rasa dahaga, terus cari air. Hihi..semua sedap!

Yang restoran Restoran udang galah ni dekat2 dengan pekan teluk intan je. Selalu orang akan datang malam. Tapi petang dah bukak dah. Kedudukan dia tepi sungai.

Ok..tu je short trip kiteorang ke sungkai & teluk intan. Setengah hari je sebab kiteorang gerak dari shah alam dah lewat. Tapi tetap enjoy dapat makan & jalan2 cuci mata tengok tempat orang.




p/s: tengah kumpul mood menulis nak update pasal percutian kiteorang dekat sabah bulan 5 hari tu. Makin lama peram takut terlupa plk. Hihi..

Monday, July 6, 2015

Senang giler mop lantai pakai spin mop ni

Bercerita bab mengemop rumah, saya bukan kategori yang rajin sangat. Tak rajin nak mop rumah hari2. Tapi, every weekend memang wajib mop lantai. Hari biasa, kalau ada tertumpah apa2 atas lantai baru mop. Sapu sampah je yang rajin sikit. Kalau dapur, berminyakje memang terus mop. Tupun terpaksa sebab dapur paling mudah sikit kotor banding kawasan lain. Lepas masak memang kena sapu. Mengemop pun bahagian yang rasa berminyak je. Memang tak berapa nak rajin. hihi..

Tada!!! nilah spin mop yang beli bulan lepas


Before puasa hari tu, ( awal bulan 6), jalan2 dengan husband dekat expo barang2 rumah dekat Setia city convention centre. Best sebab dapat tengok macam2 barang & macam2 demo dekat sana. Paling tertarik dengan Spin mop ni. Rasa senang sangat orang tu tunjuk cara nak mop lantai. Sebenarnya, before beli spin mop ni, saya pakai mop yang jenis bawah ni..



senang jugak. sebab masa nak keringkan air/ perah just tarik dekat pemegang dekat tengah tu ke atas. Awal2 guna ok, memang perah elok je. Bila lama2 rasa longgar sikit tempat handle tengah tu. So, air tak betul2 kering. Kena perah pakai tangan & lekatkan balik span dekat bawah tu. Tapi span tu boleh tukar2. Dekat kedai ada jual. Murah je.

Ok, balik ke cerita dekat expo tadi, kiteorang rasa spin mop tu lagi senang sebab just letak je mop tu dekat dalam baldi, tekan sikit terus air kering. wah..wah..memang senang keja la macam ni. Air memang kering elok je untuk mop lantai. Kalau mengemop sambil Fayyadh duk lalu lalang pun tak yah nak risau dia jatuh ke apa. Husband terus belikan untuk saya. Dia cakap senang sikit saya nak mop lantai. Tak perlu guna banyak tenaga.



Harga masa beli dekat expo RM 199. Tapi, kalau tambah RM 1 kiteorang akan dapat satu lagi spin mop saiz kecik sikit. Tapi yang ni takde roda & pedal kaki. Memang murah sangat, Sebab harga pasaran 1 spin mop ni aje RM 250+ mcm tu. Yang ni 2- Rm 200. Jimat. Lagipun barang spare part ni ada jual dekat Aeon. Apa2 boleh beli dekat sana. Tapi, dekat groupon ad promosi lagi murah. Tak sampai Rm 100 cuma jenis yang takde pedal kaki dengan roller. Harga ikut design rasanya. Ad yang plastic nipis ada yang tebal. macam yang kiteorang beli yang bekas purple ni plastic dia lebih tebal & tahan lasak dari yang biru tu. Yang biru tu kalau dekat luar harga tak sampai 100 pun. Takde tapak. Tapi kena tekan kuat sikit masa nak guna. Kalau yang purple ni tak yah tekan kuat. Letak tekan sikit je terus spin. Senang!

Ok, takde ambik gambar bila dah guna. So, saya ambik gambar google je spin mop ni nak tunjuk dekat korang.






 Ok..maybe rumah orang lain dah lama ada benda ni. Saya baru nak ada. Hihi..tapi memang banyak jimat masa & tenaga pakai spin mop ni. Jadi rajin sikit nak mop lantai. Tak payah nak terbongkok nak perah ke apa. Yang ni, bucket dia pun tahan lasak. masa demo, orang tu siap naik berdiri lagi sambil hentak2 tapi xpecah. Maybe mahal sikit sebab quality kot. Nak bilas mop dalam air pun senang. Lepas tu pedal mop pun ringan je. nak mop senang sebab bentuk dia leper senang nak mop. material untuk mop pun pakai microfibre.

Ok..ni saya tunjuk demo spin mop ni yang saya ambik dekat youtube.





Untuk sebulan guna ni memang puas hati. Alhamdulillah...

Tuesday, June 30, 2015

Persiapan raya kami 3 Beranak

Sepanjang almost 3 tahun kahwin, bab persiapan raya sama saja macam time bujang dulu. Tambah bab baju raya. Tak pernah saya tetapkan pun nak pakai baju tema warna apa. Beli baju raya mesti "last minute". Tak pernah beli awal. Cari yang ready made saja.

Tahun pertama kami sambut raya bersama, saya tengah pregnant 3 bulan. So, beli baju yang boleh dipakai balik time preggy. Tak belipun baju kurung. Beli blouse labuh pakai dengan kain hitam. Husband tak beli baju melayu. Recycle balik baju melayu time majlis bertandang.

Tahun kedua, Fayyadh dah ada. Persiapan Banyak untuk Fayyadh. Baju budak tak boleh beli sehelai sebab diorang cepat berpeluh, baju mudah nak kotor,  kena bertukar. So, belila lebih. dalam 4 pasang baju jalan2 untuk Fayyadh. Excited masa ni sebab dapat beraya bertiga. Fayyadh baru 5 bulan masa raya tahun lepas tapi mama excited nak belikan baju melayu. Hihi...lepas bei baju Fayyadh, barula husband cari baju melayu dia, dan saya baju kurung. Tupun last minute. Masa minggu ke-2 ke ke-3 puasa baru cari. Saya beli extra dress sehelai dengan Husband beli kemeja & T-shirt.

Tahun ni, tahun ke-3. Sama jugak macam tahun lepas. Kiteorang akan shopping baju raya Fayyadh dulu. Lagi 5 hari nak masuk bulan ramadhan dah siap2 beli baju raya untuk Fayyadh. Baju melayu je belum beli lagi sebab still tak tahu nak pakai tema apa. Saya malas nak tetapkan warna tema. Jenis jumpa mana yang berkenan, saya beli je. Husband dengan Fayyadh follow je warna apapun sebab baju melayu senang nak cari. Kalau baju perempuan ni, macam2 design kan. Lepas tu saya bukan jenis yang kurus, badan chubby,bukan senang nak cari baju yang sesuai. Kalau jumpa yang ok, memang ambik je. Husband cakap tahun ni dia tak beli baju melayu. So, recycle aje baju yang dah ada. Sayapun dah beli dress yang sama warna macam baju melayu husband. Tinggal nak cari baju melayu Fayyadh je nanti. Rasa cukuplah dress saja untuk raya. Malas nak beli baju kurung yang kain fesyen2 susah nak jalan. kalau nak belipun, memang kena cari baju kurung yang kain dia senang nak gerak. Boleh bukak langkah besar. Fayyadh dah mula melasak, kuat berlari, senang nak kejar. Haha..dress okla. Senang nak kejar Fayyadh nanti. Hihi....baju kurung pun kemain mahal tengok orang jual. Harga kadang tak logik dek akal.

Kuih raya pun tak beli lagi. Maybe beli sikit je nanti untuk bawak balik dekat mak. Lepas tu nak cari kerepek dengan kacang sebab yang ni paling laku time raya. Duit raya pun tunggu masa nak tukar dekat bank. Tu je kot. Banyak kena berjimat raya ni. Tak boleh nak belanja suka hati. Tak nak membazir. Sederhana saja. Yang penting balik kampung, dapat sambut hari raya dengan family. Tu yang paling penting kan.

Monday, June 29, 2015

Senyum...

Alhamdulillah..masuk 12 Ramadhan. Masa kerja dekat office pun jadi pendek. Waktu balik dah awal 1 jam 30 minit dari hari biasa. Pukul 4.30 dah boleh balik. So, masa untuk bekerja jadi padat. Memang jadi busy sikit berbanding normal working hours. Sebab nak siapkan kerja dalam masa yang singkat. Tu belum campur kena keluar meeting sana sini. Kadang balik office lepas keluar meeting duduk dalam  sejam dua dah nak balik. Memang terasa masa cepat je berlalu. Weekdays saya kurang penat sikit. Penatpun dengan kerja office je. Balik rumah dah boleh rehat2 sambil spend time dengan Fayyadh.  Tapi kalau weekend akan terasa letih sebab fully breastfeeding. Fayyadh masih kuat menyusu kalau dengan saya. Pantang saya cuti memang nak menempek je dengan kita. Ikut je mama dia ni gi manapun dalam rumah. Hari biasa, dekat rumah pengasuh Fayyadh minum FM saja. Balik rumah barula bf.

Penat2 pun sekarang balik rumah tak sempat nak stress. Memang kalau ada stress pasal kerja awal2 campak tepi. Bulan puasa Memang sebolehnya nak balik on time. Nak prepare masakan untuk berbuka nanti. Dapatla rest2 kejap. Tak kelam kabut sangat nak masak sebab boleh balik awal.

Walaupun Fayyadh dah mula aktif double triple kemain tapi dia tetap buat saya sentiasa tersenyum. Kadang memang mencabar kesabaran jugak. Selalu je dalam rumah tu dengar suara saya je panggil  " Fayyadh....". Ada je aktiviti extra dia dekat rumah. Tambah2 bab sepahkan barang. Mmg win sgt!  Nak nangis trasa kita tengok rumah asyik berterabur segala barang mainan dia. Boleh pulak dia tolak bakul mainan dia ke hulu ke hilir baling keluar segala barang. Bila kita tegur buat muka tak bersalah sambil sengeh2. Nak ambik hati la tu. Manala  boleh nak marah kalau gitu gayanya. Senyum jela..

Sekarang ni setakat drawer, almari sliding tu memang dia main bukak tutup je. besen, tupperware dekat dapur dia keluarkan dari drawer main susun-susun atas lantai. Sampai kita nak lalu pun penuh barang. Hahaha...taknak main susun tupperware jauh2. Nak jugak susun semua tupperware dekat2 kaki mama (T_T). Drawer kita simpan kain baju pun selamba dia ambik campak keluar.Huhu..alahai anak. Senyum je mama tengok. Nak tergelak tengok gelagat dia. memang kemas rumahpun serupa tak kemas! Hihi..

Baru2 ni dah pandai dah simpan barang mainan sendiri lepas main. Berjaya jugak ajar dia kemas balik barang mainan lepas main. memang dia kutip semua mainan dia masuk bakul. Tapi yang nak tergelaknya, sekarang ni dia jumpa apa2 barang atas lantai, atas meja semua dia kutip campak masuk bakul. Kalau campak masuk bakul mainan dia takpe. Ni dia campak masuk bakul sampah! Hahaha..jenuhla kita kutip segala kad bank, duit dalam dompet, minyak rambut husband yang dia campak masuk dalam bakul sampah. Mujur masukkan dalam bakul sampah kering je. Alahai Fayyadh....tak tau nak marah ke nak gelak bila tengok perangai dia. Haha..

Semalam, kaki saya sakit sebab pingan terjatuh atas kaki. Memang jalan berjengket la sebab sakit. Mula2 dia tengok je. Tak lama lepas tu dia pulak jalan terjengket-jengket. Kalau sekejap je takpe, ni sampai dah masuk dalam bilikpun sibuk ke hulu ke hilir jalan jengket-jengket. Tiru gaya mama berjalan. Haha!!! kelakor tengok. Apa mama buat semua nak tiru. Betul la orang cakap otak budak2 ni macam span. Mudah je serap & tiru apa kita buat.

Senyum..macam2 la kerenah Fayyadh sekarang ni yang buat saya nak senyum je. Dari nak marah terus cool down. kelakar.

Senyum. Tu je yang mampu

Friday, June 26, 2015

Review Buku: Bersamamu Di Firdaus : Sungguh Dia Maha Pengasih


Alhamdulillah..dah masuk hari jumaat.  9 Ramadhan. Macam yang saya janjikan, saya akan buat review sikit pasal Buku Bersamamu Di Firdaus.



Tajuk Buku: Bersamamu Di Firdaus: Sungguh Dia Maha Pengasih
Penulis: Prof Muhd kamil Ibrahim (MKI)
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM 24

Buku ni bercerita tentang harapan untuk "cinta sampai syurga" antara suami & isteri, ibubapa & anak2, begitu juga kasih sayang dengan orang terdekat yang berharap ada kesinambungan silaturrahim itu di syurga nanti. Cinta sesama manusia walau seagung manapun tetap ada pemisah. Kematian yang akan memisahkan cinta & kasih sayang kita dengan orang di dunia. Tapi jika ingin terus menyambung kasih sayang, dan ingin lagi bertemu dengan orang yang kita cintai di dunia selepas kematian, di syurga nantilah tempatnya. kehidupannya kekal abadi. Rasa terkena sangat isi buku ni dengan apa yang berlegar dalam kepala saya. Sebab beberapa hari before baca buku ni, saya asyik berfikir tentang definisi "cinta sampai syurga" yang selalu disebut2 setiap pasangan. Mudah berharap & menyebut. Tapi lagi indah kalau sentiasa berusaha untuk menjadikan ia satu kenyataan. Harus ada "kerja keras" untuk menjadikan syurga tempat pertemuan semula dengan insan2 yang kita sayang di dunia.

Buku ni ditulis oleh prof kamil sebagai hadiah untuk isterinya, Roza semperna ulang tahun perkahwinan mereka. Subhanallah..betapa saya kagum sangat2 dengan kasih sayang antara Prof Kamil & isterinya, Roza dalam buku ni. Prof kamil banyak zahirkan rasa cintanya pada si isteri melalui peringatan tentang kematian. Bagaimana mereka berharap yang mereka akan bertemu kembali di syurga, masuk ke syurga tanpa dihisab. Bersama menghuni syurga yang kekal abadi.


Buku ni jugak banyak bercerita tentang "kematian". Perkara yang digeruni kebanyakan orang tetapi hakikat yang semua orang tahu, Kita semua akan mati & akan di bangkitkan semula di Akhirat sana. Tapi sejauh mana persediaan kita menghadapi mati? Sejauh mana kita mengingati Allah. Penulis banyak menekankan soal perkaitan antara usia dengan Mati. Bagaimana setiap kali menyambut hari lahir, kita patut mengingati mati. Usia yang kian betambah, apakah makin banyak pahala yang dikumpul? kedut2 di muka, mata kian rabun. uban di kepala petanda yang usia kita makin tua, dan kian menghampiri mati. Sepatutnya, tanda2 tua pada tubuh badan & wajah buat kita rasa semakin sedar yang kita dah tua. Kita makin dekat dengan kematian. Mati tak mengira usia tapi sejauh mana persediaan kita untuk hadapinya. Apakah usia yang makin bertambah kita masih pikir hal duniawi? apakah  kita masih sibuk dengan hal dunia, hal kerja sampai takde masa memikirkan soal akhirat? Banyak sangat nasihat & pengajaran yang ada dalam buku ni.

Apa yang boleh saya cakap. buku ni sangat best! Buat kita terleka dengan segala intipati yang ditulis penulis. Buat kita makin mengingati mati, buat kita rasa nak berusaha untuk memperbaiki diri dan berharap yang kita akan bertemu dengan orang2 yang kita sayang di syurga nanti. Cinta sejati adalah cinta yang membawa kita ke syurga Allah.

Memang recommend sangat2 untuk dibaca.

Friday, June 19, 2015

Bersamamu Di Firdaus


Bersamamu Di Firdaus..

Bersamamu Di Firdaus

Tengah baca buku ni sekarang. Dah lama beli, tapi tak sempat baca lagi sebab sibuk habiskan bacaan buku-buku lain.  Semalam, baru start baca buku ni. Subhanallah...baru je baca  muka surat pertama terus rasa nak baca lagi dan lagi...sampai tak sedar hari dah lewat malam. Apa yang ditulis menusuk sampai ke hati. Patutla buku ni antara yang best seller dekat MPH.

Tak sabar nak habiskan bacaan weekend nanti. Nanti saya review ye bila dah habis baca. Banyak buku2 best yang saya dah habis baca tapi tak sempat nak review dekat blog. Ada masa saya akan share nanti.

Thursday, June 18, 2015

Dah setengah Tahun. Ada azam yang belum tercapai..

Alhamdulillah...hari ni first ramadhan. Sahur apa korang pagi tadi? Kiteorang lauk simple je pagi ni . Masa bangun masak pagi tadi Fayyadh tak bangun lagi. Elok tengah menyuap dia terjaga menangis cari kita. Terus makan sambil riba dia dekat kerusi. Fayyadh pun join kiteorang sahur sekali =) . 

Ok.. berbalik pada tajuk entri hari ni. Sekejap je dah masuk pertengahan bulan June kan. Kira dah setengah tahun dah. Bila masuk tengah tahun, dah mula fikir, banyak jugak azam & impian tahun ni yang tak tertunai lagi. Yang nak "dicapai" & "diubah".Hmmm..dah kena tengok balik list2 azam tahun ni. Mana yang belum berjaya diubah & dicapai kena alert  & usaha lebih sikit. Mintak2 kalau bukan 100% pun, dapatla achieve 80% dari semua azam tu. Aminn...

Ambil berkat bulan yang mulia ni, mintak2 ada improvement la jugak untuk setiap yang ada dalam list azam2 tahun 2015 saya tu. Tak mudah sebenarnya nak capai apa kita nak, tambah2 yang melibatkan  sikap. Kalau yang melibatkan orang lain, lagila susah. Tapi tak salah mencuba kan? Kita just boleh merancang & berusaha, selebihnya berdoa & tawakal. Mintak2 Allah permudahkan semuanya.



Posted via Blogaway


Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan Datang Lagi.



Alhamdulillah…..semakin dekat bulan ramadhan. Sekejap je masa berlalu kan. Hope bulan Ramadhan tahun ni dapat lalui dengan jayanya. Dekat radio Ikim. Fm rancak topic pasal sambutan Ramadhan sejak seminggu dua ni. Apa yang dibincangkan dan jadi isu dekat Ikim.Fm tu memang sampai jugaklah ke hati ni. In sha Allah, dah berazam nak buat yang terbaik.

Persiapan untuk bulan puasa ni untuk keluarga kecil kami sederhana saja. Sama macam puasa sebelum ni, untuk sahur & berbuka akan masak sendiri. Sekarang ni nak mudah kerja, saya buat list apa nak masak sepanjang weekdays (hari bekerja). Since bawak bekal je pergi office, bila buat list siap2 menu untuk 5 hari memang senang kerja. Pasal ni saya akan cerita di entri lain. Lauk & nasi memang saya masak tapi kuih selalu beli.  Weekdays menu simple2 saja. Yang mudah & ringkas. Weekend je yang saya akan buat kuih.  Rasa tahun ni sama jugak kot. Hihi..

Menu yang simple minggu ni. Khamis & Jumaat saja menu untuk puasa.  List ni tampal dekat dapur. Senang! Menu untuk Fayyadh pun saya buat macam ni. Sama jugak menu untuk bekal ke office. Setiap kali weekend saya akan tulis apa menu nak masak untuk next week.


Bab persiapan rohani, berazam untuk buat lebih baik dari sebelumnya. Hope dapat kawal sikap2 yang negative  supaya tak mencacat celakan pahala puasa. Hope “istiqamah” tu lekat betul2 dekat hati. Susahnya nak beristiqamah. Banyak dugaan & cabaran. Hope Ramadhan kali ni dapat bawak perubahan yang positif & berkekalan. Amin..

Bila datang Ramadhan, memang automatic teringat dekat family sendiri.  Rindunya….Rindu nak sambut & berpuasa sama2. Dulu bersahur dengan family, mak yang kejutkan. Bangun, cuci muka terus makan je. Sekarang dah ada family sendiri kena prepare sendiri untuk bersahur. Paling penting, kena make sure bangun awal. Hihi..
Ok korang. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini bawak beribu keberkatan untuk kita semua. Saya mohon maaf kalau ada salah & silap sepanjang saya menulis dekat sini.
Selamat berpuasa!


Wednesday, June 10, 2015

Suami. Yang kita pilih. Yang Allah pilihkan




Rasa sejak mengandungkan Fayyadh memang jarang sangat bercerita perihal suami. Kalau ceritapun banyak general pada family kecik kami. Bukan maksudnya suami dah disisihkan selepas ada anak. A big NO. Tak bercerita, Jarang post gambar berdua dengan suami bukan maksudnya hubungan kami dah tak macam dulu. Tapi hubungan suami isteri & rumahtangga ada perkara yang tak patut bercerita pada orang lain hatta keluarga terdekat pun. Kalau dikarang memang semalaman pun tak cukup nak bercerita perihal kisah kami tapi cukuplah bercerita sekadar yang boleh dikongsi & dengan izin suami.


            Suami. Lelaki yang saya sendiri pilih untuk dijadikan suami. Lelaki yang dapat restu dari parent saya untuk dijadikan imam saya. Tapi, paling penting sekali dan yang selalu saya ingatkan diri saya selalu, dia..suami yang Allah hadiahkan untuk saya, suami yang Allah pilihkan untuk saya, lelaki yang tertulis sejak azali lagi jodoh saya. Walau bagaimanapun diri dia, rupa dia, keluarga dia, saya selalu ingatkan diri, kami dipertemukan & dijodohkan oleh Allah swt. Dan sesungguhnya, pilihan Allah adalah yang terbaik. Saya bersyukur dengan jodoh ini.


            Tipu kalau saya cakap rumahtangga kami tak pernah ada masalah. Tipu sangatla. Rumah tangga mana yang tak pernah ada masalah. Memang tu asam garam hidup. Dah duduk sebumbung, jumpa hari-hari, buat aktiviti bersama, uruskan anak, confirmla ada jugak perselisihan faham dan gaduh2 tu. Memang ada. Tapi “masalah”, “pergaduhan kecil”, “berselisih pendapat & salah faham” tu yang buat kami lebih mengenali. Perkara tu yang buat kami lebih alert apa yang masing2  suka & tak. Dan selalunya akan buat hubungan lebih baik sebab sama2 usaha untuk baiki kelemahan masing2.


            Bila bercakap soal pilihan..dia kita yang pilih. Kita yang nekad nak jadi isteri dia. Dan selalunya, sebelum kahwin sedikit sebanyak, lebih kurang 60%-70% sikap dia kita dah tahu sebelum kahwin. Tak kisahlah dari soal sikap dia, family dia, tahap kewangan dia semuanya dah dalam list “lulus” untuk kita setuju jadikan dia suami kita. Before melangkah masuk alam rumah tangga memang kita dah redha dengan apa2 perkara yang kita tak suka or suka tentang suami. Baik & buruk dia kita terima seadanya. Dan mana yang boleh diubah, kita usaha untuk bantu dia berubah. Tapi, tak boleh mengharap perubahan yang drastic. Sebab before dia kahwin dengan kita, kita dah tahu berpuluh tahun dia sebati dengan perangai yang lama tu. Kena take time. Dan sebolehnya, lepas bertahun kahwin pun kena selalu ingatkan diri tiap kali rasa tak puas hati dengan pasangan, siapa yang pilih pasangan kita tu dulu? Jodoh ni Allah dah tetapkan untuk kita. Memang kena masing2 usaha untuk buat yang terbaik dalam perkahwinan.



            Kadang perlu kita ingat, sentiasa mengharapkan suami kita jadi macam suami orang lain takkan buat kita bahagiapun. Kita takkan pernah puas dengan apa kita ada. Tak semestinya suami orang lain yang kita Nampak baik untuk orang lain baik untuk kita. Macam tu jugak, suami kita yang bagi kita sempurna untuk kita sempurna jugak untuk orang lain. Sebab tu setiap pasangan bila dijodohkan ada baik & buruk masing2. Kelebihan & kekurangan masing2. Sebab setiap kekurangan tu boleh “disempurnakan” dengan keserasian yang ada. Redha. Bersyukur.                                                                                             

            Bila bercakap sanggup hadapi susah senang sama-sama sebelum kahwin, pastikan apa yang kita pernah cakap dulu kita pegang dalam perkahwinan. Cabaran memang ada. Dugaan pun. Masalah memang akan datang & pergi. Kalau boleh hal rumah tangga,hal kedudukan kewangan suami isteri,hal dalam kain, hal yang menjadi privasi suami isteri janganlah dibawak keluar walaupun dengan saudara terdekat sendiri. Cukuplah hanya kita & suami yang tahu. Jaga maruah & aib pasangan masing2. Jaga air muka pasangan kita dengan orang lain.  Walau tak sesempurna manapun dia, pasti ad terselit jugak kebaikan dia yang selalu kita buat2 xnampak. Biarlah orang nak cakap asyik cerita yang baik-baik je macamlah suami kau sorang yang baik. Cakap yang baik-baik lebih baik dari burukkan suami, bukak aib suami. Berdosa besar kot. Sama jugak suamipun, janganlah jatuhkan maruah isteri, kutuk isteri, burukkan isteri sampai memalukan. Isteri tu, awak yang pilih dulu. Ingat sikit. Isteri tu amanah Allah untuk awak jaga, lindungi & didik. Bukan bahan untuk diperlekehkan.                                                                   

           Belajar untuk redha. Untuk terima pasangan seadanya. Muhasabah diri. Pasti ada silap kita juga di mana-mana. Sama2 cari alternatif untuk temukan semula titik keserasian.  Bila bercakap ingin bercinta sehingga ke "jannah". Ingin bahagian sehingga ke "jannah". Mamg kena berusaha untuk itu...Bukan sekadar bercakap. 


                              




Tak perlu nak mengaharap prince charming or jejaka idaman malaya macam yang selalu dalam drama or novel ceritakan. Tak perlu nak cari suami serba sempurna kalau kita sendiri pun banyak compang campingnya. Suami yang ada, kita yang pilih. Kita yang sayang sepenuh hati. Dan paling penting, Allah yang pilihkan untuk kita. Cuma, bila masuk ke alam rumahtangga memang kena sama2 usaha untuk jadikan rumahtangga tu bahagia & dalam redha Allah. 


Entri ni just reminder untuk diri sendiri & orang lain. Biarlah apa orang nak fikir tentang kita. Biarlah orang nak kata suami kita itu ini, dia tak sempurna, dia tak kaya, dia tak sama macam suami orang lain, dia tak romantik tapi dialah suami yang kita pilih. Yang Allah pilihkan. Yang Allah jodohkan. Apa yang Allah bagi tu dah cukup terbaik. Cuma kita je yang kena usaha untuk corakkan hubungan tu supaya kekal bahagia sehingga ke jannah.










Tuesday, June 9, 2015

Ini Namanya "Peminat Fanatik"


Memang tak sangka ada peminat fanatik yang super duper fanatikkan saya. Haha..Umur 27 tahun baru start ada peminat fanatik. Yang minat teramat sangat dengan saya. Kalau boleh nak 24 jam je dengan saya. Hmm...Tak jadi artis pun boleh ada peminat fanatik rupanya.

Nila peminat fanatik saya.....


Sayalah peminat  fanatik yang dimaksudkan tu!
    
Peminat yang kalau boleh nak 24 jam je berkepit dengan saya. Eh..sayapun kalau boleh nak 24 jam berkepit dengan dia, tapi apakan daya, ada masa memang terpaksa jugak berpisah kejap. Tapi tiap kali kena berpisah kejap, mesti senyum2 ingatkan dia. Satu2nya peminat saya yang paling hebat sekarang ni. Haha...


Dia bangun tidur, kalau tengok saya takde dekat sebelah memang siapla nangis macam ape lagi. Kalau dia duduk dalam bilik dia akan turun katil cari saya. Jenguk dekat toilet. Kalau pintu bertutup memang dia ketuk panggil2 guna bahasa jerman dia sambil nangis. Hihi...

Kalau saya dekat dapur tengah masakkan bekal untuk dia, saya & suami ke office, saya letak dia dekat ruang tamu bagi dia main2. Kalau mood ok, nakla dia main tupun sambil kepala sikit2 jenguk saya dekat dapur. Takut lari...hahaha. Takpun datang jadi "assistant" dekat dapur. Sebab tu time nak masak pagi2 memang bersilat macam apa.

Tengah buat keja rumah memang kadang tak jadi apa. Sebab dia rajin tolong "kemaskan" sekali. Ikut je bontot saya pergi manapun. Memang bodyguard paling setia. Sampai masuk toilet pun dia tolong jadi guard dekat depan pintu toilet. Haha..Kadang, kalau nasib tak baik,  dia meraung nak masuk sama. Sabar jela..

kalau dia sampai rumah dulu dengan husband, memang dia akan gi jenguk ruang tamu, dapur & bilik bawah cari saya. kalau tak jumpa memang dia bebel2 sambil panggil "mama". Paling tak tahan, siap nak panjat tangga cari saya dekat tingkat atas. Memang husband kena jaga bagi dia tak panjat tangga, memang peminat fanatik sungguh! Hihi..

Bila balik keja, sampai rumah, bukak je pintu memang nampak dia jalan tekedek-kedek datang dekat saya. Agaknya memang menunggu je tengok bila pintu tu nak terbukak. Dia datang terus angkat tangan mintak dukung. kadang tak sempat nak bukak tudung, letak beg dia dah merengek nak didukung. pegang je kain ikut kita gi letak beg, bukak tudung. Terus saya ambik dia & susukan. Sebab tau dia dah tak sabar nak menyusu. Hihi..

Tengah dia ralit main depan saya, saya bangun kejap nak pergi buat air pun dia bangun ikut gi dapur. Dulu masa dia kecik-kecik kena duduk dalam radius 1m je dari dia . Gerak keluar sikit je, siapla dia menangis macam apa. Tak boleh gi mana-mana. Kena duduk dengan dia je..hahaha. Mana nak jumpa peminat fanatik kita yang macam ni?

Kalau malam2 tidur memang nak saya yang tidurkan. Malam masa nak menempek je dengan saya. Kalau terjaga malam tapi mata pejam. Memangis cari saya. Hihi.. nak menyusu. Nak saya peluk.






Peminat fanatik ni, Walaupun ragamnya macam-macam, kerenahnya kadang tak terlayan tapi bahagia yang dia bagi Allah saja yang tahu. Syukur sangat ada peminat fanatik macam dia. Kecik2 dah nak jadi bodyguard saya. Walaupun tahu, mungkin dia tak dapat protect saya walaupun asyik mengikut saya ke sana sini. walaupun dalam rumah yang ruang kecik tu nak jugak mengikut, tapi saya tahu yang dia nak saya sentiasa ada dengan dia. Tak payah berangan nak jadi artis sebab tak glemer pun dah ada orang yang suka kita tahap  kaw2. Husband sendiri pun tak sefanatik ni dulu masa suka dekat saya. Hihi..








Dia..anak saya, Nik Aqil Fayyadh Bin Nik Muhd Azri.

Satu-satunya peminat fanatik saya yang paling setia sampai sekarang. Dan sayapun secara rasminya jadi peminat fanatik dia sejak dia dalam perut lagi. Hihi..

Cepatnya dia membesar. Rasa macam baru semalam je lahirkan dia. Sekarang dah nak masuk 1 tahun 4 bulan 25 jun nanti. Hmm..kadang nak je cakap, please don't grow up too fast. Mama rindu zaman kecik2 awak, selalu jadi peminat fanatik mama. Sentiasa harapkan mama ada dengan awak. Tak nak sikitpun jauh dengan mama.

Sekarang Fayyadh masih breastfeeding. Tapi saya dah fikir macam manala nanti nak putus susu bila sampai masanya nanti. Hai..jangankan anak, emosi mama pun tak kuat jugak nak bercerai susu nanti.

Kadang2 kalau letih layan kerenah anak, buntu dengan ragam diorang yang tak pasti apa punca & apa kehendak just fikir, masa2 nilah diorang jadi peminat fanatik kita. Masa ni jela yang paling banyak diorang nak berkepit dengan kita. Layankan saja sebab anak ni anugerah tak ternilai harganya. Sekejap je masa berlalu. Nanti bila diorang dah pandai urus diri sendiri, dah pandai pakai baju sendiri, makan sendiri, pergi toilet sendiri memang kita akan rindu! Memang rindu!

Untuk Fayyadh,
Mama akan sentiasa jadi peminat nombor satu Fayyadh sampai bila-bila..
I Love You

Monday, June 8, 2015

Semoga Mereka Di Ranau-Kundasang Dilindungi & Selamat


Masih terkejut dengan gempa bumi yang melanda sabah. Terkejut sangat sebab kiteorang baru lagi balik bercuti dari sabah 26hb may lepas. Lebih kurang seminggu lebih balik sini, terus dapat tau Ranau dilanda gempa bumi. Gegaran pertama sampai ke Kota kinabalu.

Ramai pendaki gunung kinabalu yang meninggal & cedera. Masih terbayang lagi indahnya gunung kinabalu. Tak sangka, balik je dari sabah, dalam mood yang masih terbayang-bayang indahnya kundasang dapat berita sedih ni.

Mujurlah, masa gempa bumi ni jadi, kami dah balik sini. Alhamdulillah...terselamat dari musibah di sana. Tapi, time cuti sekolah ni mesti dekat ranau-kundasang ramai pelancong yang datang bercuti. Harap2 mereka semua ok dan cepat pulih dari sebarang trauma.

Sama2 doakan keadaan kembali pulih macam sediakala. Semoga penduduk dekat sana berada dalam keadaan selamat. mesti tak lena malam bila pikirkan keadaan yang tak selamat. Semalam, tengok berita ada lebih dari 12 gegaran dapat dikesan. Allahu...walaupun kita tahu malaysia bukan dalam lingkungan garisan gempa bumi, tapi kuasa Allah siapa yang dapat tandingi? Tak ada yang mustahil.

Nanti, bila masa dah sesuai, saya akan update trip percutian kami 3 beranak ke sana. Yang penting sekarang ni, doakan diorang dekat sana selamat & keadaan kembali pulih.

Macam-macam benda terjadi sekarang ni. Kena muhasabah diri masing2. Dunia dah akhir zaman..

Tuesday, June 2, 2015

Bermulalah perjalanan dengan "Buku Baru"


Alhamdulillah...hari ni 15 syaaban. Hari pertukaran buku baru kepada buku lama. Buku lama diangkat ke langit. Tak tahu apakah kandungan dalam buku tu. Berharap yang lebihnya pahala berbanding dosa. Semoga segala amal saya diterima-Nya.

Semalam, siap berdrama "air mata" depan husband. Rasa dah lama tak menangis. Since Fayyadh lahir, saya jadi kurang sensitif & mudah menangis berbanding dulu. Entahla..maybe dah jadi mak-mak kot. Tapi semalam lepas je solat maghrib berjemaah & baca yassin sama2, salam husband terus menangis beria. Jadi sebak tiba-tiba. Almost 3 tahun kawen, selama tu jugakla husband menanggung segala dosa yang saya buat secara sengaja ataupun tak. Dosa & salah saya dengan husband, memang selalu minta maaf dengan dia. Tapi dosa saya pada Allah yang ditanggung husband? Takut bila fikir..Lagi takut bila fikir banyaknya dosa yang ditanggung ayah saya dulu sebelum saya berkahwin. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kami. Memang saya tak sesempurna mana. Pasti ada khilaf sebagai manusia. Memang ada tersalah & silap dalam perbuatan, bab penjagaan aurat, intonasi suara bila bercakap. Memang  tak sempurna. Susah benar nak istiqamah.

Saya selalu cakap, saya sayangkan suami. Tapi sayang tak cukup setakat perkataan.

"Cinta seorang isteri adalah bila dia mampu menarik suami ke syurga dan bukannya mengheret kaki suami ke neraka"

Ini ayat yang saya pegang sekarang.

Kalau ditenung segala salah & dosa memang takut. Tak sanggup nak fikir.

Bermulanya buku baru. Bermula juga azam baru untuk perbaiki kandungan buku baru ni. Semoga terus istiqamah dalam berubah ke arah kebaikan. Semoga cinta sampai jannah bersama suami & anak-anak itu bukan sekadar angan-angan. Begitu juga saya berharap melangkah masuk ke syurga bersama emak & ayah dan semua yang saya sayang.

Salam nisfu syaaban. semoga buku baru kali ni lebih baik & terbaik dari sebelumnya..=)


Friday, May 29, 2015

Cuti-Cuti Langkawi: Kereta Sewa Murah

Asslammualaikum..

Ya Allah..lama sangat tak update blog. Nak update bab bercuti dekat langkawi bulan 1 hari tu pun tak habis-habis lagi buat review. Busy sikit sekarang ni. Mood menulis banyak kelaut.huhu..

Ok..sambung bab kereta sewa dekat Langkawi. Masa pergi langkawi tu, saya ada jugakla survey2 harga kereta sewa dekat sana secara online.

Masa survey online harga Viva/alza :lebih kurang  RM 70 sehari. Myvi: Rm 80 sehari. Ni rate dapat kalau ambik lebih 2 hari. so, kalau ambik myvi RM 160 untuk 48 jam. Masa tu saya pergi langkawi 3 hari 2 mlm. so ambik 2 harila sebab dia kira by jam kan.

Tapi saya tak booking online. Just survey harga untuk tau bajet harga sewa kereta dekat sana. Pada saya, kalau pergi bukan time public holiday atau cuti sekolah tak payah booking pun takpe. Dekat airport or jetty belambak kereta sewa. Tunggu pilih je. Tapi kalau pergi time public holiday or cuti sekolah, bolehla booking awal. Sebab takut ramai orang dah booking kan. satu lagi, rate kereta sewa time public holiday dengan cuti sekolah mahal sikit dari time biasa.

Bila sampai airport, kiteorang ambik kereta sewa yang dekat kaunter airport je. Paling best, harga lagi murah dari booking online. Kereta viva Rm 60 je sehari. Kalau myvi RM 70. Kalau ambik 2 hari mmg jimat RM 20 la dari booking online. Tu harga dekat airport. Kalau luar airport maybe lagi murah. Harga dekat jetty langkawi saya tak pasti. rasa lebih kurang atau murah sikit.

Tapi, husband taknak ambik myvi. Haha..sebab dah harga murah. RM 80 sehari boleh dapat honda, toyota vios atau mazda. So, husband cakap nak test drive mazda. So, kiteorang ambikla mazda. Time nijela nak test drive pun. Lagipun memang dalam bajet kiteorang. Untuk 3 hari 2 malam dapatlah RM 160 untuk sebijik mazda 2. Petrol pun tak banyak pakai. Tak sampai 50 pun. Rasa kiteorang isi petrol dalam RM 30-Rm 40 sahaja. Sebab banyak tempat yang pergi dekat-dekat.

Saya dah tak ingat letak mana kad kereta sewa tu. Tapi dekat airport, kaunter kedua dari kanan. Ok sangat. Rasa semua ok je kereta dekat airport tu. Apa-apapun boleh check condition kereta dulu masa ambil dari diorang. Kiteorang pulangkan pun dekat airport. senang..

yang kanan ni kereta sewa kiteorang.


Throwback sedikit gambar masa dekat langkawi dulu.





Wednesday, May 20, 2015

Susah Nak tiru mak & ayah

Dulu before kawen selalu cakap pada diri sendiri. Nak jadi macam Mak. Walaupun bekerja, tapi still boleh masak & rumah sentiasa kemas & bersih. Kira dijaga rapi. Mmg masa tu berazam nak masak sendiri untuk anak & suami. Nak rumah sentiasa bersih & kemas walaupun ada anak kecik. Tinggi betul angan2 masa tu. Hihi...

Tapi lepas almost 3 tahun berkahwin angan2 tu masih lagi belum berjaya dicapai. Kalau dikira dari segi percentage maybe 70% saja. Hmm..xmudah nak tiru macam Mak. Tahap kerajinan saya belum setanding mereka.

Ada 3 halangan yang buat saya susah nak tiru macam Mak & ayah jaga Rumah.

- Malas
- Tak disiplin
- Tak pandai urus masa.

Memang 3 penyakit ni je yang buat semua benda jadi tak berapa nak terurus. Kadang weekend dah kemas, dua tiga hari lepas tu mesti sepah balik. Masa hidup berdua dulu semua ok, boleh maintain lg. Kemas, bersih. Bila dah Ada anak...memamg ke laut. Dah Ada " Tukang kemas" yang Setia menjalankan tugas setiap hari, lagi kelaut la jawabnya. Hahaha...itu belum campur time dia nak manja dengan kita sepanjang masa. Lagila xboleh buat apa.hihi..tapi xpe, quality time dengan anak sangt2lah penting. Tambah bg yang bekerja ni. Kalau weekdays malam2 jela nk spend time dengan suami & anak.

Entahla..saya rasa yang paling penting kalau malas nak mengemas setiap hari kena disiplin tak sepahkan rumah kot. Kena usaha maintain keadaan rumah sama mcm last hari kita kemas& bersih. Dapur kalau lepas masak wajib kena lap. Jangan tangguh2. Barang jangan letak merata-rata. Letak tempat asal. Kalau anak sepahkan barang mainan, bila dia tidur nanti, kemas balik.

Sekarang ni, tengah disiplinkan balik untuk maintain keadaan rumah bersih & kemas. Walaupun hari2 kerja nak try tiru cara Mak & ayah jaga Rumah. Tak mudah sebenarnya. Kalau tengok cara Mak ayah, paling utama mmg kna disiplin.

OK. Kena mula balik. Kena cari banyak tips untuk lebih disiplin & rajinkan diri. Mintak2 berjaya dan consistent amalkan.



Posted via Blogaway