About Us

Thursday, November 22, 2012

Review: Inai





Bab inai saya memang sgt2 “memilih”. Saya tak nak pakai inai tube tak nak inai segera. Nak inai daun. Kalau boleh inai tu nak di giling dengan penggiling. Hah, ambik kau! Nak pakai “Penggiling” ok!(ni sebab dulu2 tok saya rajin gilingkan inai untuk cucu2 dia. Itula tok, rajin sgt duk giling sampai cucu pun demand nak inai giling.hehe…). Inai lukis? Tak minat. Saya sukakan inai “tradisi” macam dulu-dulu. Yang hanya dipakai di jari comel2 aje.Bab warna pun cerewet, jangan haraplah saya nak pakai inai warna oren or hitam. Pujuklah macam manapun saya tetap akan jawab “nehi!” Ok. Saya Tak nak terima perubahan. Mengaku. Huhu…


Maybe sebab saya asal kampung, mak ayah duduk dekat kampung, datuk( wan) nenek(tok) dekat kampung, sedara mara ramai dekat kampung, saya dah terbiasa pakai inai daun yang boleh jumpa tumbuh segar bugar dekat  kampung nu ha…siap boleh main aci sembunyi lagi celah pokok inai. Hehehe…

Inai daun dekat kampung memang senang nak cari. Tapi yang susahnya nak cari yang betul2 merah. Untuk wedding, saya decide nak pakai inai daun dekat rumah kawan saya dekat changlun. Jauh sikit dari rumah tapi xpelah..

Sehari sebelum kenduri mmg busy gila. Dapat pulak hujan lebat satu hari, lebat sangat. Saya dah risau sebab inai tak ambik2 lagi padahal esok kenduri. Nak keluar hujan lebat sgt. Lagi satu orang2 tua tak bagi anak dara keluar rumah dah sehari sebelum kenduri. Kena perintah berkurung. Darah tersangat manis katanya (maybe risau apa2 jadi dekat saya). Tapi saya terpaksa jugak keluar sebab nak ambik inai. Saya sms kawan saya siap2 yang maybe dekat malam jugak saya datang sebab hujan lebat sangat siap dengan guruh kilat lagi. Saya suruh dia tolong petikkan inai siap2.

Kes inai ni ada perbalahan jugak la dengan family. Diaorang suruh saya ambik inai dekat dgn rumah aje then tambahlah nasi la, gambir la apa la untk bagi merah if saya rasa tak merah tapi diorang cakap memang dah merah. Tapi saya tak nak jugak. (degil sungguh!). Nak pakai inai dekat rumah kawan saya jugak sbb saya tahu yang inai tu mmg “confirm” merah. So, dalam hujan lebat lewat petang tu saya drive jugak gi umah dia dengan harapan semuanya selamat. Alhamdulillah…finally  saya dapat jugak inai yang saya nak.

Sedara saya macam biasa, tak caya pun yang inai tu akan merah kalau tak ditambah apa2. asam keping la apa la tapi saya berkeras nak inai tu TAK ditambah apa2. Then, bab menggiling inai memang tak dapatlah sebab batu penggiling dekat umah tok saya. Dah malam sgt tak leh nak ambik. Saya decide nak blend aje tapi mak njang saya volunteer nak tumbuk (sbb dia suka inai tumbuk) so tumbukla guna lesung batu berdua dengan cousin saya. Saya tukang Blend diaorang tukang tumbuk. Gilanyer keja pukul 1 pagi baru nak tempek inai dekat tangan & kaki. Hehe…

Kakak saya dengan cousin saya tukang tempek inai. Bestnya time merasa orang inaikan jari-jari tangan dan kaki. Hehe…Saya tidur dengan penuh yakin yang jari jemari saya akan merah keesoakannya. Dan esoknya….

Taraa….!

Di pagi hari sebelum ke masjid. Inilah hasilnya inai Tuan hamba. hehe..



See my “inai Daun” merah kan? Tak campur apa2 pun tapi merah terang. So, terdiamlah para2 sedara yang duk suruh saya tambah itu ini. I dah cakap, inai ni mmg merahlah…(diaorang pun tumpang pakai inai merah ni then sama2 kagum sbb inai ni merah semulajadi). Encik Suami pulak tak pakai inai dekat jari dia.


Dan....setelah 3 bulan berkahwin, inai masih lagi merah pekat memikat…warna dekat  jari pun tahan tapi after sebulan kawen dia dah pudar. ( itu dah kira hebat dari 1 hari je tahan). Tapi dekat kuku sampai 3 bulan ni pun merah lagi. Dekat kaki lagi la…merah sbb kuku kaki kan lambat panjang so lambatla kena potong.  Yang best inai daun ni dia tahan lama tak kisahlah dekat kuku ke dekat kulitpun. Sental sabun, gosok periuk kuali guna sabun apapun tahan. walaupun dah tinggal sipi2 warna inainya (sebab kuku saya cepat panjang) tapi yang penting “merah”!


oh inaiku yang makin tinggal se"coet" di jari akibat kuku yang kian memanjang...No more pengantin baru dah..hahaha..



P/s: Untuk inai tube, inai jenama RANI saya tahu warnanya merah sebab nenek saya ada bagi masa dia balik dari mekah. Tapi warna dia kalau dekat kulit tak tahan lama tapi kalau dekat kuku saya tak pasti la tahan ke tak. Tapi warna confirm merahlah…hehe. Rani yang kotak warna hijau tau bukan kotak merah. Kalau yang masih ada kampung tu, if  ada jumpa iani daun tapi tak merah, pakai inai daun sebagai based then touch up dengan inai tube. Kalau inai segera ni saya tak tahu mana yang tahan warnanya. Tapi mesti ada kan cuma saya je yg suka inai daun.hehe..

Wednesday, November 21, 2012

Berapa Kos Nak “Memulakan” Hidup Lepas Kawen?




Kos untuk kawen dah settle or “in progress” kan. Ada b2b or g2b yang tengah menghitung hari nak kawen. Ecece..mesti dah tak sabar2 campur debar2 kan? Hehe..saya pun pernah rasa perasaan tu. Kalau boleh nak esok aje kawen, letih nak menunggu!Iye tak?amboi, gatai no! hehehe…

Disebabkan saya bukan lagi b2b, dah dah jadi “mantan” b2b kira2 hampir 3 bulan ni, meh saya nak share experience “seciput” saya ni yang nak memulakan hidup selepas kawen. Adventurous + sweet sour I tell you!


First things, mestilah rumah!

Rumah sewa korang kena cari before kawen lagi supaya senang lepas kawen terus masuk. Tak yah pening2 cari rumah & paling sadis, kena duduk asing2 sementara dapat umah. Mesti enggak mahu berpisah dgn ur hubby kan? Huhu…katakanlah kos sewa rumah paling murah di bandar RM 550. selalu owner akan mintak deposit 2+1 + utilities.

So, 550 +550+550 + 100  = RM 1750.

Banyak?? Kalau bijak, leh la kauntim2 dengan owner rumah tu mintak deposit sebulan aje. So, lehlah bayar dalam RM 1200.  Ini kos yang perlu di bayar if korang decide nak hidup independent la taknak duduk umah parent.

Second, barang Rumah.

Ini part yang paling best. Cari barang rumah sambil cuci-cuci mata dan jeling2 poket sendiri mampu ke idak. Tapi kalau korang suka umah korang kosong macam padang bola, tak yah pening2 fikir hal ni. Tapi kalau korang macam saya yang nak hidup “senang” sikit so, kena la fikir2 benda2 macam ni..

Part Barang di Dapur Rumah:

Saya nasihatkan barang2 dapur ni jangan beli sehinggalah selosai kenduri. Sebab majority hadiah kawen adalah barang2 dapur tau..  Insya-Allah barang2 macam rice cooker,  kettle, pinggan mangkuk gelas (ini paling bnyak!), blender, periuk kuali tu ada orang yang bagi. So, berdoalah mintak2 banyak barang rumah yang orang hadiahkan. Aminn..

So, barang asas yang penting , dapur gas & tong gas. Ini kalau hadiah kawen tak termasuk benda2 ni lah…saya tak dapat pun so kena beli sendiri.

Kos untuk Dapur Gas dalam lingkungan RM 60-100 lebih.
Kos untuk tong gas memasak dalam RM 75
 
Lain2 barang2 dapur especially untuk memasak yang orang jarang bagi macam sudu garfu, pisau, sudip, senduk, penapis teh, penapis santan, papan memotong, lesung batu, botol letak air, pembuka tin, besen kecil, besen besar & tempat kering pinggan tu kena la beli sendiri. Tapi barang2 kecil ni harga memangla murah. Tapi bila dicampur2 banyak jugak jumlahnya. So, anggarkan aje untuk benda2 kecil ni RM 100. Ni paling sikit nyer bajet. Korang leh abaikan part mana yang korang rasa tak penting. Lagi untung if benda2 ni korang dah ada masa korang hidup bujang.

Tapi kalau decide tak nak memasak, nak makan luar aje, so tak payahlah beli barang2 ni. Tapi bagi saya, memasak lagi jimat dari hari2 makan di luar . Lagipun salah satu untuk pikat hati suami adalah melalui air tangan isteri =)

Third, Barangan Elektrik ( home appliances) 

Peti ais

Ni  benda penting bagi saya. Kalau masak hari2 lagila penting. Senang nak simpan barang basah.

So, kos untuk peti ais boleh dapat dalam RM 1000. Inipun dah cukup besar & 2 pintu. Ada jugak yang lagi murah dari ni. Bagi saya, walaupun duduk berdua, baik beli peti ais 2 pintu dari satu pintu sbb peti ais ni kita nak pakai lama dan maybe 10 tahun ke atas gak.

Mesin Basuh

Awal2 kawen if tak ada duit lagi tak beli pun takpa. Itupun untuk orang yang rajin basuh tangan. Kiteorang dulu sebulan kawen basuh tangan gak (husband saya) before beli mesin basuh sbb tak decide lagi nak duduk mana. Tapi kalau ada mesin basuh ni senang nak basuh selimut, cadar, towel. So kos untuk mesin basuh kalau yang automatic dalam range RM 600 ke atas. So, bajet aje harganya dalam RM 700 untuk mesin basuh auto 7kg.

TV

Ini kalau korang rasa penting la. If jenis tak kisah tak tengok Tv tak payah beli lagi. Kumpul duit dulu. If jenis yang layan internet aje tak payah tengok Tv, lagi senang. Kos untuk TV dalam RM 900 lah if korang decide ank ambik Tv LCD yang 32 inci tu.

Ok…then part seterusnya, Benda2 mengemas rumah

Eh, apakah itu? Ini bab2 peralatan nak kemas rumahlah. Takkan nak biar rumah berhabuk dan kotor sampai berminggu-minggu kot. Boleh kena penyakit bersin dan selsema nanti. Penyapu, pengaut sampah, bakul sampah, mop, bulu ayam, penyapu sawang tu kena ada. Supaya senang nak bersihkan rumah. So, bajet ciput letak aje RM 50.

Untuk tidur

Yang ni terpulanglah..if jenis yang tak boleh tidur atas lantai, belilah tilam dan bantal kalau tak mampu lagi beli set bilik tidur. Kalau toto harganya dalam RM 50, bantal & selimut mesti korang dah ada dari rumah bujang kan. Kalau tak boleh jugak tidur atas toto, belilah tilam, selesa lah sikit. Kos tilam aje dalam RM 400 ke ats. Kalau takleh jugak nak bilik tidur serba serbi lengkap, belilah set bilik tidur yang ada macam2 harga. Ada yang murah yang mahal. Bajet aje dalam RM 1000. Kena pandai survey dan pergi sale untuk dapt harga yg murah tapi berkualiti.



Untuk jemuran

Hadiah kawen susuah nak jumpa ornag hadiahkan hanger. So, hanger antra benda paling penting lepas kawen. Senang nak sangkut baju, nak jemur baju. So, sila beli hanger banyak2 untuk meudahkan kerja. Kos dalm RM 20. itu kalau beli banyak sikit la…

Then ampaian. If duduk rumah taman mesti kena beli ampaian senang nak jemur baju dekat luar. Kos dalam RM 100- RM 200. Kalau nak jimat sidai aje dekat pagar rumah buat sementara la.

Tapi kalau yang duduk umah flat or apartment, leh beli tempat penyidai besi yang kecil tu. Harga bawah RM 100. boleh snagkut2 baju dekat situ aje.

Langsir

Ha, nipun penting! Kalau taknak orang skodeng2 korang dari luar if rumah tak ada langsir lebih2 lagi time malam. Bajetlah dalm RM 100 untuk langsir rumah. Nak lagi murah, jahit sendiri. Kalau tak ada duit, gantung jelah kain tuala ke kain apa ke asalkan tingkap tu bertutup. Hehe..

Itu je kot yang “asas” nyer. Tapi kornag leh abaikan dan cut agi kos mana korang rasa tak penting atau korang dah ada. Sebab lain orang lain situasi kan. Lain2 kalau nak beli meja makan, sofa dan seangkatan dengannya kemudian pun boleh. beli sikit2 macam kami.  Dahulukan yang asas &penting, then baru yang lain2.

Tapi, lepas kawen kena ada simpanan duit jugak untuk memulakan hidup berdua! sebab tu orang selalu cakap "hidup lepas kawen tu yang lebh penting dari majlis kenduri kahwin" . So, decide lah, nak hidup senang lepas kawen atau susah? peruntukanlah duit sama untuk kehidupan lepas kawen. Jangan letak bajet untuk kenduri kawen2 semata-mata. nanti ada yg hari2 makan maggie lepas kawen. Eh! magie pun mahal gak kan? hehe..

Tuesday, November 20, 2012

“Tak Penting Berapa Banyak Gaji Yang Kita Dapat, Yang Pentingnya Berapa Banyak Yang Disimpan Dan Dibelanjakan”




Saya suka ayat ini. Sebab dalam kehidupan sekarang yang semuanya serba serbi memerlukan duit of coz lah duit tu penting kan. Kita akan fikir  kalau gaji banyak lagi mewahlah hidup! Siapa yang tak nak kaya? Tapi hakikatnya tak semua orang bernasib baik dalam hidup. If dapat hidup sederhana pun dah syukur Alhamdulillah…Kalau kerja gaji banyakpun tapi hutang banyak serupa aje dengan orang yang gaji sikit. Tapi lagi malu kalau orang yang keja gaji sikit tu boleh simpan duit tapi yang si gaji banyak ni duit tak pernah cukup2.



Membaca 2 buku kewangan hasil Tulisan Hajjah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir ni memang banyak membuka ruang2 sempit di otak saya. Betapa pentingnya urusan “berkat” dalam mengejar harta dunia. Pendapatan yang berkat akan memberikan ketenangan dalam hidup walaupun hidup kita tak lepas dari istilah “hutang”.

Susah nak simpan? Gaji sikit sangat-sangat? Setakat cukup makan? Ok, jom kita menyimpan cara SIKIT ini. Kita mulakan dengan menyimpan RM 1 sehari. Lebih mudah sbb amount yang kecil. Kalau kita melihat duit RM 1 yang kita simpan setiap hari di dalam tabung memang kecil jumlahnya.

1 hari = RM 1
1 Bulan = RM 30 sikit?  Tapi jika melihat wang RM 1 itu untuk 20 tahun akan datang,
1 Tahun = RM 365
20 Tahun = jadinya RM 7,300.

 Banyak jugak kan. Apa? Sikit sangat, so macam mana pulak hasilnya kalau kita invest. Katakanlah kita invest dalam pelaburan yang keuntungannya 10% setahun, jumlahnya akan berganda menjadi RM 24, 386.50! Wow! Banyak kan? Kitapun takkan terfikir yang duit RM 1 yang kita simpan sikit2 tu leh jadi amount sebanyak itu. Dan kitapun tak pasti yang kita akan ada simpanan “tak disangka” sebanyak itu 20 tahun akan datang.  

 Macam tu juga dengan duit syiling. Apa kata setiap kali kita berbelanja dalam sehari tu duit syiling tu jangan digunakan. Simpan dalam tabung. Katakanlah dalam sehari lebihan syiling yang kita dapat selepas berbelanja adalah 50 sen sehari. Kita simpan setiap hari selama 20 tahun. Jumlahnya dah meningkat menjadi RM 3,650! Banyak jugak ya! jika di campur jumlah duit seringgit dan syiling 50 sen yang kita simpan setiap hari tu untuk 20 tahun akan datang akan jadi RM 10,950 kalau kita simpan dalam tabung. Itu belum lagi di campur dengan simpanan peribadi kita setiap bulan. If boleh simpan RM 50 sebulan pun dah cukup untuk gandakan duit simpanan kita! 20 tahun jumlahnya akan jadi RM 12,000. Dan bila dicampur dengan duit RM 1 dan 50 sen yang kita simpan tu tu dah jadi RM 24, 193.25 ! banyaknya! . Itu belum lagi dikira jumlahnya kalau kita invest. Bila kita invest dalam pelaburan yang membawa keuntungan 10% setahun, hasilnya adalah RM 70, 944.40! mesti lagi banyak gandaan keuntungannya! Inilah pentingnya pelaburan sebab duit kalau di simpan akan berkurang nilainya disebabkan kadar inflasi. walaupun bermula dari sedikit, tetapi lama2 jadi bukit. Sekurang-kurangnya di usia 45 tahun( kalau umur skrg 25) kita dah ada simpanan "tak disangka" sebanyak RM 71k. Banyak tu!   

Hakikatnya, gaji sikit, sederhana atau banyak bukan penentu kaya atau miskin. If kita tahu menyimpan, tahu cara betul berbelanja, tahu mengurus kewangan dan hutang, bijak dalam menjana pendapatan Insya-Allah wang yang sedikit itu akan ada hasilnya di masa depan. Yang penting, usaha, disiplin, sabar dan sentiasa bersyukur. Lagi satu jangan ambik mudah soal keberkatan dalam pendapatan kita. Jangan abaikan soal zakat, sedekah jariah dan wang ihsan pada yang memerlukan.


Saya cadangkan dua bua buku ini untuk dimiliki untuk semua. Bukan hanya kepada mereka yang masih tercari-cari sebab mengapa duit selalu tak cukup tetapi buku ini mengajar cara yang betul dalam berbelanja, menyimpan, pelaburan duit dan menambah pendapatan. Buku “cukup wang hati tenang” saya beli bulan lepas. Dah habis pun baca. Buku “ Ke mana Wang Anda” saya beli sabtu lepas. Ada separuh sahaja lagi untuk di habiskan.  Insya-Allah saya akan buat review pasal kedua-diua buku ni nanti. Seyes, time baca buku ni saya betul2 tertarik, baca dari satu muka surat ke satu muka surat tanpa rasa boring sikitpun! Next month, saya akan beli buku tajuk “ Hidup Tenang Walaupun Berhutang” pulak. Ramai yang suggest buku tu best! Macam tu jugak dengan buku “ menjejaki Jutawan senyap”  & “ Rich dad, Poor dad” . Ini antara buku Financial yg harus dibaca!



Monday, November 19, 2012

Review Wedding Blogger ex B2b Kedah : Eika & Ejal


Sabtu lepas, saya dengan encik suami berkesempatan attend wedding Eika, ex-b2b blogger dari kedah. Dulu, time wedding saya, Eika pun ada datang  jugak tau. Suka sangat kenal dengan Eika ni. Walaupun just kenal melalui duani blog, tapi dia sangat friendly! Ok..ini review wedding Eika dari saya.

Majlis eika & husband berlansung dekat Sungai lalang, kedah. Alhamdulillah..dengan bantuan GPS Encik suami kami tak sesat. Walaupun saya orang kedah tapi jalan2 dekat SP saya memang tak pandai. Kiteorang bertolak dari rumah pukul 2 petang,  sampai rumah Eika dekat2 pukul 3 lah jugak. Sampai2 aje, dah nampak muka cun pengantin depan pintu gerbang. Ya Allah..Eika sangat cantik macam princess masa wedding dia hari tu. Tapi xsempat nak snap gambar Eika banyak2 sebab pengantin jadi rebutan ramai hari tu. hehe....

Makanan, lauk kampung, semuanya sedap2. Ada gulai daging batang pisang, kerabu, ada ayam masak merah, gulai ikan masin campur terung dan nanas, ulam-ulaman, sambal belacan. Sedap sangat.



Licin tau di pelahap oleh saya. Tulang pun tak tinggal! hahaha...sedap2


Then, kami suami isteri makan laksa & rojak buah pulak. Ambik satu magkuk aje then share sbb time ni perut dah kenyang tapi teringin nak rasa rojak & laksa tu.






then..meh tengok meja makan beradab & pelamin Eika. Cantik sangat! tak silap saya bunga foam untuk meja makan tu Eika buat sendiri sbb pnah baca dalam blog dia pasal bunga foam ni.




Dah macam ala2 cinderella or princess dah kan? cantik sgt!

Dan ini guest book corner pengantin..


Comel kan kertas ucapan dia?

terambik gambar adik ni sekali untuk photobooth corner. seyes kreatif!

Suka part bunga2 kipas ni. comel..



Dan..last gambar dengan pengantin..

See..macam princess kan? lawa sgt mereka berdua. sama cantik sama padan. 

Gambar dari dekat

Pelamin dan pengantin yang cantik!


 Time kenduri ni encik suami tak sihat. Tapi terharu sbb dia sudi menemani saya ke majlis Eika & Ejal. Tq encik suami!

Untuk puan Eika, Tahniah! semoga berbahagia hingga ke syurga =)

Wednesday, November 14, 2012

Review: DIY wall sticker



Alang2 dah buat review pasal bilik pengantin, jom kita wat review sekali dengan wall stickers yang saya DIY dekat bilik tu. 

Puas saya men google sana sini untuk dapatkan maklumat pasal wall stickers yang sangat popular di korea ni. Wall stickers ni ada macam2 jenis tapi yang bezakan dia adalah kualiti. So, nak cari dekat kedai memang tak ada masa. So, saya beli online jer. Harga ada yang mahal ada yang murah, ikut pada design. Lagipun, kualiti memang bagus sbb yang korea nya, senang nak paste dekat dinding then warna sticker pun cantik!

Saya beli dua design sticker. Then, saya gabungkan dua design ni untuk hias bilik pengantin saya. Namapun DIY kan, so fikir2 sendirila mcm mana nak hias. Area hiasan tentu sekali dekat kepala katil. Hehe…ok jom tengok wall sticker yang saya dah beli.






Yang bunga besar tu harga dia tak silap RM 10. yang rumput2 tu harga RM 22 tak silap. Siap dapat  free sticker butterfly lagi ! Saya pilih yang murah2 aje walaupun masa mula2 macam nak beli yang design rimbunan dahan pokok. Tapi harga mahal sikit, so cancel. Takpe, idea tu leh guna untuk hias bilik tidur dekat rumah sendiri. Jom tengok hiasan kepala katil sebelum dan selepas..

Sebelum…




Selepas….







Comel gak kan wall sticker ni? Paling best, sampai sekarang wall sticker tu tertampal elok je dekat dinding kepala katil. Tak tertanggal pun. Tapi kalau nak ditanggalkan pun boleh. Tak rosakkan cat dinding pun. Dan ini beberapa keeping gambar kawen kami dengan wall sticker tu…











Oklah..untuk yang nak beli wall sticker ni, boleh jenguk di TheFusionEnterprise DIY wall stickers. Ada macam2 design wall sticker yang menarik dekat sini. service bagus, penghantaran pun cepat.  Saya dah fall in love dengan wall stickers sbb design dia Masya-Allah cantik bangat! Kiut miut gitu!  Lehlah jadikan ilham untuk hiasan rumah sendiri or inspirasi untuk b2b dalam men”deko” kan? Dekat sini ada jual Yang ready stock, kalau nak di tempah pun ada. Yang penting leh DIY sendiri! Jimat + puas hati… =)

Tuesday, November 13, 2012

Review: Filem Istanbul Aku Datang


Yes! finally dapat tengok filem ni dengan hubby last week. Saya pergi tengok dekat Big Cinema Kulim Landmark central. Ambik tiket tayangan pukul 10 malam hari sabtu. yang bestnya, orang tak ramai sgt. Maybe ramai yang gi bercuti kot. Hehe......apapepun memang layan..





Seperti yang dijangka, macam dalam trailer filem , memang filem ni Best! seriously i tell you, filem ni memang best sangat! even ceritanya ringan & santai, tapi plot cerita tersusun kemas. tak meleret leret dan jalan cerita berkembang baik. Sikitpun saya tak nampak cacat cela bila menonton filem ni. 

Perasaan memang semuanya ada. Ada yang rasa happy, kelakar & sedih. Suka dengan "idea" dalam penceritaan filem ni.  Cara Dian (Lisa Surihani) yang begitu teruja bercerita tentang kisahnya di Istanbul di dalam blog dan reaksinya bila membaca comments2 reader. (saya rasa semua blogger akan suka part Dian tulis blog. hahaha...) Comel tau! Lisa memang comel sangat2 dalam filem ni. Paling best part2 dia  buat mimik muka sekaligus menghidupkan watak Dian dengan cukup berkesan. (sya rasa Filem ni filem terbaik dalam lakonan Lisa)

Lakonan Beto kusyairi memang tak boleh disangkal lagi.Terbaik! (saya mmg peminat beto. hehe..) Rasa macam kena je gandingan Lisa & Beto dalam filem ni. Part diaorang gaduh2 tu yang saya suka exspecially part maggi asam laksa. hahaha.... Cute + kelakar. Filem cinta yang bagi saya mudah difahami. Semua rasa lengkap disatukan. Dalam rasa happy dan kelakar ada jugak part sedih & kesian sgt dekat Dian. Pengorbanan & kesetiaan dian buat saya rasa kagum sebab bukan mudah nak hidup berdikari di tempat orang.  Walaupun filem ni Santai tapi ada "sesuatu" yang buat hati saya terkesan dengan kata-kata Harris (Beto) dalam filem ni. Tentang "Apabila dua jiwa sudah sebati, memang susah nak dipisahkan". Bila difikirkan balik memang betul kata2 harris tu, sebab bila kita dah terlalu sayangkan seseorang semua keburukan yang ada kita akan nampak baik  walaupun hakikatnya benda tu sebenarnya menyakitkan hati. Kita rela hati kita disakiti asalkan dia terus bersama kita. tapi, sampai bila nak bertahan kan?

Yang pasti, korang takkan rasa rugi bila tonton filem ni. Sambil menghayati kisah Dian, Azad & harris, kita juga di bawa menghayati keindahan Istanbul. Boleh tak saya rasa macam nak gi Istanbul bila tengok filem ni? Tapi bila nak sampai tu tak tahulah, mungkin dalam mimpi je dulu kot. hehehe...

Apapun, Istanbul Aku datang memang best sangat!

SINOPSIS FILEM:

Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorg gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.



Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Monday, November 12, 2012

Shopping Barang Rumah Lagi!


Ok..sambungan dari kerja gila balik Kulim Hari sabtu lepas then Balik shah alam semula pagi tadi. Pukul 5 pagi bertolak dari kulim, pukul 9 pagi dah terpacak depan office. yeah! Macam dekat aje Kulim dengan Shah Alam tu kan...4 jam drive macam tak terasa penatnya (padahal malam ni siaplah awal2 lagi nak membuta lepas Isyak). Mungkin sbb traffic lancar, so cepatlah sampai sbb kekdang ada gak terbabas had laju. Mintak2 xkena saman! Ya ampun!Yang penting even penat tapi hati Happy!


 saya tahu saya dah gemuk lepas kawen. 


Semalam saje ronda2 dengan husband gi beli barang dapur dan stock barang basah yang dah habis. Aktiviti biasa bila hari ahad mesti nak pergi pasar pagi dekat Kulim tu. Boleh panggil pasar 1 Malaysia dah dekat situ sebab bukan setakat orang melayu ja berniaga. Cina & india pun ada. Yang best, harga pun murah.

Lepas balik dari pasar, saja menyinggah kedai2 barang elektrik dekat Kulim. pergi dalam 4 kedai aje. Macam biasa, mata saya mesti asyik nak membelek barang elktrik dekat kedai. Aktiviti kegemaran kiteorang. masuk kedai elektrik & perabot. Tengok2 apa yang baru walaupun selalunya tak beli pun. Survey2 sambil  telek poket sendiri. Hahaha...

Tapi, disebabkan dalam hati ni tak habis2 duk rasa nak TV baru, so memang fokus utama adalah survey TV! Dah puas google sana sini, tnya sales man dari satu kedai ke satu kedai. Duk pikir nak pilih yang mana. Plasma, LCD ke LED? Ikutkan pandangan orang macam-macam. Ada baik & buruknya sampai naik pening nak pilih mana satu. Dari segi brand pun macam2 orang kata. Ini bagus, itu tak bagus..tapi beli barang ni macam kira nasib gak. Ada orang pakai ok, ada yang tidak. Huhu....ada yang kata kualiti yang itu bagus, ada yang kata tidak. So, buat pilihan terbaik dan harapkan yang terbaik.

Kalau ikutkan husband tak payah beli Tv baru. Hadap aje TV pensonic dia yang 14 inci dekat rumah tu. Siap perli lagi saya bukannya suka tengok TV sangatpun bila balik umah. Padahal bukan saya  xnak tengok, tapi kecik sangat, kena duduk dekat2 baru nampak (alasan la tu!) . TV yang saya beli dekat rumah sewa dulupun 24 inci. Besarlah sikit. Tapi TV tu dah bagi dekat budak2 umah sewa skrg. Xdaya nak angkut balik kulim TV tu. Besar sgt.Hehe...

Tapi entah macam mana, tiba2 aje dia bawak gi kedai elektrik suruh saya pilih TV. Eh, apa ke mimpi laki aku ni? sebelum ni beria benar tak kasi tukar Tv baru. Siap panjang berjela ceramah dan bebelannya tapi tiba2 suruh pilih Tv? Dan si isteri tentu aje bagai pucuk di cita ulam mendatang. Pilih2 jangan tak pilih! orang dah kasi green light tu!

Mula2 kiteorang decide nak ambik TV plasma sebab umah kiteorang bukan pakai astro pun. Kebanyakan orang kata TV plasma paling sesuai untuk tengok astro & antenna. Lagipun kiteorang Pakai antenna biasa aje. Walaupun gambar paling clear cuma TV3, TV8 & NTV7 aje, tapi tak kisahpun sbb TV1 & TV2 mmg jarang sgt tengok. nak pasang Astro awal2 lag Encik suami tak kasi dan saya pun tak kisah. Banyak yang perlu di consider dan bila difikir-fikir balik apa cakap suami, tengok ajelah benda free. Hehehe...Kiteorang beli TV ni dekat kedai baru bukak depan Taman kiteorang. Harga memang murah. Promosi pembukaan cawangan baru kan. Beli  SAMSUNG LED 32 inci jer. Tapi ambik extended warranty untuk 5 tahun. Cukuplah 32 inci tu walaupun mula2 pikir nak beli plasma 43 inci....Tapi pikir nyer pikir, beli besar2 pun ruang tamu rumah bukannya besarpun.  lagipun untuk yg pakai TV biasa yang gambar tak cantik cam astro beyond tu, elok ambik saiz kecik macam 32 inci aje. nanti xadalah gamabr nampk pecah2 kan?Hehehe.. Bila balik letak dekat ruang tamu rumah, nampak comel2 & sesuai aje...hehe

So..ini barang baru umah kami...

Encik suami melayan cerita boboiboy? siap tak kasi tukar channel TV lagi!

Alhamdulillah....... lepas ni complete kan barang lain pulak. Tengah survey2 antenna Tv yang bagus & clear  pulak skrg ni. dengar kata ada HD nyer antenna TV. Nak cari ar!


p/s: Ini entri saya yang ke-400 tau setelah 2 tahun berblog =)

Saturday, November 10, 2012

Rindu punya pasal Shah Alam dgn Kulim pun Ku Rasa DEKAT


Yeah...Dengan tak dirancangnya dah selamat sampai ke Kulim. Dari pagi semalam lagi duk fikir nak balik ke tidak, nak balik ke tidak sebab rancangnya khamis depan baru nak balik tapi sebab rindu sangat denagn encik Suami & rasa xsedap hati, redah jugaklah highway PLUS utara selatan tu untuk sampai ke sini. Nak buat macam mana nak beli tiket bas semua dah habis terpaksalah drive sendiri. Memang buat kerja gila padahal isnin ni keja. Khamis depan tu rasa macam lambat sangat nak tunggu. Haha...pasal bila nak balik shah alam itu belakang punya pikir yang penting dah sampai rumah dah. Suami pulak keja hari ni.

Betul la orang kata, kalau dah rindu tu..apa benda pun sanggup buat. Bulan dan bintangpun dirasakan dekat apatah lagi shah alam dengan kulim ni. Dekat je kan? hehe...

Happy weekend! (^_^)

Friday, November 9, 2012

Review: Reception Outfit




 Hari ni nak wat review pasal Reception outfit. Hal ni memang macam2 isu yang timbul. Asyik bertukar baju. Silap saya jugak sebab bayar full awal2 dan tak survey banyak tempat. Lagipun bila dengar owner butik cakap banyak design baju baru nak masuk masa bulan 5 & 6 terus setuju nak ambik baju dekat situ. Mula2 pilih warna biru, lepas tu tukar sebab hampir sama dgn baju bertandang.  Lepas tu, nak warna ungu kelabu, tukar jugak sebab hubby cakap baju tu nampak seksi dengan saya (erk!) dan saya kelihatan lebih chubby. So, cancle. Saya nak baju warna soft yellow with blue tapi terpaksa lupakan sebab baju tu tak padan dengan saya. Memang banyak baju2 cantik dekat situ. Modern design tapi sadis sekali sebab tak semua padan dengan saya. Tahu2 aje saya nye cutting badan macam buah pear, besar di bawah dan butik tu pulak style fix kan size. Kalau size M, M lah..S, S lah..kalau design untuk L & XL memang tak banyak pilihan.  Huhu…So sad! so hadap aje baju mana yang padan dengan saya. No choice! Nak tempah baju baru kena tambah duit dekat 2 kali ganda, tak jadi. Pasrah aje…

Ok. Untuk baju ni, saya pilih yang orang lain nye design. Kira saya orang ke-2 yang pakai baju tu. Harga sewa memang murah. Sebab butik ni tak kisah baju tu design baru pun asalkan orang yang first dah pakai, terus jatuh harga untuk orang seterusnya. Design ala2 baju Farah AF2. Kira hampir samelah style dengan warna baju cuma corak aje yang lain. Agak2nya pengantin yang pilih baju ni mesti minat sgt dengan baju kawen farah AF kan sebab tu nak jugak wedding dress dia macam tu kan? Saya? Sampai sekarang macam paksa rela aje sukakan baju tu. Huhu…..Tambah2 masa tengok wedding orang yang sebelum ni pakai, memang baju tu cantik dengan dia. Tapi bila tunjuk dekat housemate dengn kawan saya, diaorang cakap baju tu kusam. Tak naik. Huh..terus jadi ‘down”.  Satu lagi baru perasan yang bila ambik gambar baju bride & grrom tak nampak sama sebb effect flash camera. Jadi warna “putih” baju lelaki padahal kalau depan mata warnanya sama dgn baju bride. Huhu…ni salah satu punca saya tak suka baju resepsi saya.
Saya tawakal aje…lagipun kakak saya banyak bg nasihat yang pengantin semuanya akan “cantik”…lain orang pakai, lain nampaknya. So, happy2 sudah! Jangan tension2 pasal baju lagi. So, masa hari majlis tu, saya cool aje soal baju tu. Biarlah..benda dah jadi.



Untuk tudung butik provide tudung awning & saya memang taknak pakai tudung awning ( Tak biasa pakai takut xselesa). So, kena ar cari idea lain untuk tudung.  Saya decide untuk pakai shawl (murah je..RM 5 untuk shawl & RM 5 lagi untuk inner). Ok, masa hari wedding, saya yang siapkan diri sendiri untuk tudung & veil sebab nak sangat buat style sendiri kan. Lagipun yang butik sediakan tudung awning, so style shawl staff butik tu xtahu nak buat. Kena la pakai sendiri. Tambah pulak kelam kabut sama sbb rmbgn pihak lelaki nak balik awal. Sebenarnya, veil dia agak keras sbb ditampal gam & bukannya dijahit, mmg susah nak pakai. Mmg bnyak pin yg saya gunakan untuk betul2 buat dia lekat elok di kepala. Huhu…



Dress saya dari belakang. kosong jer...

Masa hari kenduri disebabkan hujan turun lebat sangt sebelah malamnya dan kawasan rumah saya lecah dan tanah basah, saya just pakai selipar. Tak pakai pun high heel yang saya beli tu. Masa outdoor je pakai. Pengatin hanya berselipar time kenduri! Hehe…Overall untuk outfit, saya kira oklah. Service memang terbaik walaupun kami just sewa baju & makeup dekat situ. Hargapun berpatutan..perbincangan pun mudah. Highly recommended butik pengantin untuk b2b kedah sbb design pelamin, bilik tidur, meja makan semua up to date dan cantik2.


Thursday, November 8, 2012

REVIEW: Bride Hand Bouquet




Ok. Macam yang saya janjikan before ni, saya nak men”review” pasal HB masa wedding saya yang lepas. Mulanya, untuk HB ni saya nak DIY. Saya tak ambik pakej untuk wedding, so memang tak adalah dapat HB dari vendor. Tapi lepas menang GA contest dari AAWD, hasrat untuk DIY tu cancle lah..dah dapat Hb free, tak payah penat2 nak DIY lagi. Hehehe..

Sebenarnya, owner AAWD ni, Cik Mila tu classmate saya masa dekat UiTM dullu. Tapi saya menang GA bukan sebab saya kawan cik Mila ok, tapi saya terpilih secara random. Kira rezeki nak kawen lah katakan. Asalnya, HB ni dapat fresh flower tapi saya request tukar jadi artificial flower. Kampung saya kan jauh, mau layu kalau pakai fresh flower. Huhu….saya just mention dekat cik Mila warna baju saya untuk nikah & reception then nak bunga yang nampak “hidup”. Yang lain serah pada Cik Mila bulat2. Saya percaya dengan hasil kerja Cik Mila lepas tengok semua HB yang AAWD buat. Cantik2 ok!

Ok..inilah HB yang saya gunakan time nikah & reception masa majlis 25 hb 8 lepas….









Cantik! Saya suka sangat Hb saya ni. Even masa mula2 saya fikir bunga warna merah paling cantik & sesuai untuk nikah, tapi bila tengok Hb buatan cik mila yang ada campuran warna putih, cream & merah then hijau sikit2 saya terus jatuh hati. Kira kombinasi warna ni sesuai jugak untuk dua2 majlis saya. Thank You Cik Mila =)

Untuk majlis bertandang, cadang  mula-mula memang nak DIY. Tapi bila dah ter “jatuh” hati sgt2 dengan HB buatan cik Mila, terus tukar plan. Dapat pulak time tu penyakit malas dah datang, lagilah rasa nak tempah aje HB dekat Cik Mila. Malasnya nak DIY. Hehehe…. So, saya terus call Cik Mila untuk tempahan HB for majlis bertandang. Sama jugak macam yang dulu, saya tetap nak pakai artificial flower. Harga? Masih bawah budget saya =) . Oh ya, dengan AAWD kita boleh beritahu berapa budget kita dan Cik Mila akan buat HB based on our budget. Kan senang gitu. Warna HB kali ni pink2 + peach sikit. Cuma saiznya  kecik sikit dari HB yang first tu tapi still ok. Kata nak kelainan kan? (^_^)






Hb2 tu still masih dalam simpanan saya. Cadangnya nak letak dalam pasu sebagai hiasan dekat ruang tamu rumah dan bilik tidur.  Tapi, sekarang ni tak ada idea lagi nak hias rumah. Sibuk nak melengkapkan dulu barang2 rumah. Untungnya bila guna bunga artificial ni sebab ia masih  boleh diguna pakai walaupun dah habis majlis. Sesuai dengan konsep perkahiwnan yang saya nak. Boleh digunapakai semula, tak membazir & jimat. Alhamdulillah….



Untuk b2b yang masih tercari-cari vendor untuk wedding korang, bolehlah terjah FB AAWD & blog AAWD  dan boleh jugak serbu blog  Cik Mila yang baik hati & comel tu disini. Hasil kerja AAWD memang terbaik dengan harga berbaloi-baloi!




Tuesday, November 6, 2012

Review Filem Sinister

Baru berkesempatan nk tengok filem Sinister weekend lepas dengan housemate. Last week xbalik kulim, so gi jejalan dengan housemate. hehe...untuk peminat filem horror macam saya ni, mana leh terlepas peluang tengok filem yang dikatakan filem paranormal seram ni kan?



Filem ni mengisahkan tentang seorang penulis kisah jenayah sebenar yang melalui zaman kegemilangan dengan hasil penulisan beliau, Ellisson. Namun, bila mengalami zaman kejatuhan, Elisson nekad untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan tersebut dengan merungkai misteri sebuah kes jenayah di sebuah rumah. Tanpa pengetahuan isteri dan anak-anaknya, Elisson membawa keluarganya untuk tinggal di rumah yang menjadi sebuah tempat pembunuhan satu keluarga. Dia ingin merungkai misteri kehilangan seorang kanak-kanak dalam keluarga tersebut.

Di rumah itu, Elisson menemui rakaman beberapa pembunuhan di dalam beberapa tape di dalam kotak  yang diberi nama "home Movie". melalui rakaman pita-pita itu, dia menemui beberapa kes pembunuhan yang melibatkan beberapa keluarga. Ada pembunuhan yang dilakukan dengan mengantung ahli keluarga di pokok, ada jugak yang di sembelih ketika tidur, di bunuh dengan menggunakan mesin pemotong rumput, di lemaskan dalam kolam renang dan di bakar hidup-hidup dalam kereta. Yang peliknya, setiap pembunuhan itu diikuti dengan kehilangan seorang kanak-kanak. Di rumah yang sama, Elisson turut mengalami gangguan-gangguan misteri sehingga memaksa dia membawa keluarganya berpindah dari rumah itu dan bertekad untuk melupakan impiannya untuk menjadi penulis jenayah terkenal semula.

Apakah yang berlaku seterusnya? berjayakan Elisson lari dari semua gangguan misteri itu? Siapa pembunuh keluarga-keluarga itu? Kenala tengok filem ni sendiri. Mana leh story kan..

Review saya:

Ok, bagi saya filem ni filem yang seram tanpa hantu. Eh? Yup! elemen seram yang diterapkan tanpa perlu di sogok dengan kelibat dan wajah hantu yang buruk. Huhu..Tapi tak bermakna filem ni tak ada hantu, ada. Unsur bunyi dalam filem pun dah boleh buat saya naik seram.

Plot cerita agak perlahan tapi masih belum boleh buat saya mengantuk. Yang bestnya, Filem saya ni buat saya turut berfikir sama seperti Elisson. Siapa yang jadi dalang untuk semua pembunuhan tu? mengapa keluarga tu di bunuh? dan macam-macam persoalan yang buat saya tak senang duduk. tak sabar nak tunggu ending. Dan tak henti-henti buat andaian sendiri.

Tapi endingnya memang agak mengecewakan. Huhu..saya tak suka ending begitu! Tak suka! Tak suka! tapi biasalah, dah namapun saya bukan pengarah cuma penonton. So, hadap ajelah ending nya cam gitu. Apapepun, overall kira oklah. Tapi masih belum dalam level "seram" sgt2 bagi saya. Biasa aje. hehe...Next, rasa nak tengok filem paranormal Activity 4 pulak. Tapi baca review banyak cakap xbest sgt dan plot berterabur. So, masih fikir2 nak tengok ke tidak. Tapi yang pasti, Filem Istanbul Aku Datang memang nak gi tengok! hehehe....macam best jer tengok trailer filem tu. Suka filem macam tu!




Monday, November 5, 2012

SPM, Exam & Parent





Kadang2 bila dah lama tinggalkan zaman sekolah & zaman U ni saya jadi rindu.  Rindu dengan suasana2 yang dah lama saya tingalkan. Dapat pulak hari ni student Form 5 start ambik SPM lagilah buat saya teringat-ingat kn. Untuk adik bongsu saya, Good Luck ye! Semlm call dia dah untuk kasi semangat & nasihat. Hope dapatlah jawab semau soalan dengan jayanya. Chaiyok2!

Terkenang dulu2 zaman saya sibuk dengan persiapan SPM dan juga exam dekat U. Teringat tiap kali nak exam mesti call mak , nak dapatkan kata2 semangat & nasihat. Bila dah habis exam pun call mak jugak. Kalau xleh jawabpun call, boleh jawab pun call. Dah jadi rutin biasa call dia sejak dari sekolah sampailah ke U. (Time sekolah dulu saya duduk asrama).  Dan mak tak pernah bosan mendengar. Tak pernah bosan bagi semangat pada anak dia ni. I love you so much mak!

Dan saya yakin semua ibu bapa akan rasa takut, berdebar dan risau tiap kali anak mereka nak hadapi peperiksaan besar. Ibu dan ayahlah yang jadi tukang semak jadual exam anak, tukang kejut bangun tidur pagi2, sediakan breakfast, bekal, botol air supaya anak bertenanga time exam, pembekal makanan minda macam kismis & seangkatan dengannya, tukang control makanan yang masuk ke mulut anak supaya hanya makanan berkhasiat aje yang dimakan, buat solat hajat dan lain2. Ada yang siap ambik cuti lagi bila anak exam tau! Kadang2 mungkin ada anak yang rimas sebab terlalu diberi “perhatian” , macam “di control”tapi ketahuilah, bila korang dah besar panjang ni, saat2 macam nilah yang korang akan rindu, yang akan buat korang lebih menghargai pengorbanan mereka. Huhu….

Macam mak saya, dia akan baca surah yassin sepanjang kami adik beradik tengah jawab exam dekat dewan. Dulu, saya tak tahu tapi bila mak buat perkara yang sama untuk adik2 saya yang nak exam, barulah saya tahu. Bila di ingat-ingat balik, saya memang rasa terharu sangat. Sedihpun ada. Huhu…Betapa besarnya pengorbanan, doa dan restu seorang ibu. Ayah lebih bersikap “cool” tapi tegas. Nasihat memang tak putus2 dan dia jugalah tukang pantau aktiviti anak2.  Huhu…..so adik2, yang masih duduk sebumbung dengan mak ayah, hargailah masa2 yang korang ada bersama mereka. Sebab bila dah hidup berjauhan & berasingan ni, korang akan rasa rindu sangat nak lalui saat2 tinggal sebumbung dengan mak ayah macam korang kecik2 dulu. Huhu…..

Friday, November 2, 2012

Review :Nikah Outfit



Untuk nikah outfit memang saya & suami prefer untuk sesuatu yang “simple” dan nampak Suci &lembut .Kalau pernah baca entri2 saya yang lepas, time saya buat preparation kawen, saya memang taknak pakai warna putih untuk nikah. Saya prefer warna lain macam soft yellow, soft blue atau soft peach. Tapi Encik suami tak nak. Dia nak jugak pakai warna putih. Tapi saya tak suka warna putih, rasa macam xkena aje dengan saya bila pakai. So, lepas discuss dan discuss dan discuss  kiteorang decide pakai warna light cream atau pearl white untuk nikah. Kira warna tu taklah putih sangat. Time ni tawakal ajelah moga2 pilihan kami ni tepat dan sesuai untuk dua2 warna kulit. Eh?


After bertunang, saya terus survey2 baju nikah. Time tu walau masih belum dapat kata putus tentang tarikh nikah, tapi family cadang nak buat bulan 6 tahun ni. So, dalam bulan 12 saya dah start cari baju nikah. Tapi last2 terpaksa postpone ke bulan 8 sbb dh ramai yang booked nak wat kenduri kat kmpung saya tu. Time ni serius saya memang tak terfikir lansung nak upah tailor buat baju nikah. Selalu baju kurung saya beli siap dah , so baju nikahpun saya fikirkan benda yang sama. Nak cari tailor pun malas sebab tak kenal lansung tailor2 area shah alam ni.

Saya nak pakai baju kain chiffon, taknak pakai lace, tak nak pakai satin sebab tak suka nampak kilat2. Sebolehnya nak baju nikah saya tu boleh dipakai balik. Cari nyer cari terjumpa dekat TESCO Shah Alam. Baju kurung moden yang dah siap berjahit manik & pearl. Terus ambik. Harga sepasang RM 170. Kira ok lah kan sebab ada lining sekali. Dah siap berjahit manik semua. Hehe..





Then, baju tu terperap macam tu jer sampailah dah dekat2 tarikh nak nikah. Masa tu rasa macam baju saya “simple” sangat. Maybe sebab selalu tengok baju nikah orang lain lawa2 dan modern. Hehehe.....Then, saya tambahkan sikit jahitan manik dengan bunga lace dekat bahagian bawah baju supaya taklah nampak kosong sangt. Ambik lebihan kain lace buat Veil. Dah siap! (oh ya, pasal veil yang saya DIY tu, saya pernah wat review di SINI )

Ni tambahan beading untuk baju Yang saya  DIY sendiri =)




Untuk outfit husband pun sama. Lepas beli baju saya baru beli kain untuk buat baju melayu dia. Husband pulak suka tempah baju melayu sendiri. Dia pun tak suka baju satin. So, kiteorang cari kain yang jenis lain tak nampak kilat2. Jenis apa dah lupa. Beli dekat kedai Impression Jalan TAR. Time tu ada promosi. 1 meter kain RM 12. beli 4.5 m dapatlah RM 54. tapi kain dia memang sejuk, tebal then sedap di pakai. Kira husband tak rasa panas pun time majlis kami tu walau kena jalan kaki gi masjid. Hehe… untuk sampin memang beli yang murah, beli dekat Muaz textile jer. Harga RM 14.90. murah giler…..Harga upah baju melayu RM 60. Dia upah dekat kampung.





So, total untuk nikah outfit for

Bride = (shawl & inner shawl)+ Veil+ Baju = RM 10 + RM 50 + RM 170 = RM 230

Groom=  Kain + Upah baju melayu + Sampin = RM 54 + RM 60 + RM 14.90 = RM 128.90

Dan baju tu saya pakai balik gi kenduri dan datang office. Husband pun pakai lagi gi solat jumaat dan gi masjid malam2. Saya Cuma tukar pakai tudung warna lain jer. Segan nak pakai warna putih jugak, nanti rasa macam nak kawen sekali lagi pulak. Hehe…yang tak diguna Cuma veil. Takpe, simpan wat kenangan. Mana tau time anniversary nanti saja nak buat ulang tayang time nikah dulu, leh pakai gak kan. Hehe…










Itu Jer…Hb saya dapat free dari AAWD. Nanti review pasal hb pulak. Make up pun FOC sebab saya make up sendiri. So, setakat itu jer perbelanjaan saya untuk nikah. Harap dapat inspirasi untuk b2b yang lain =)

Thursday, November 1, 2012

Nak Jejalan, Makan Angin, Makan Awan..


Sekarang ni rajin blogwalking the men"google" pasal tempat2 melancong dari dalam dan luar negara. Apa yang saya dapat memang banyak sangaaattttttt! Rupa-rupanya banyak benda yang saya tak tahu. Dari soal bajet, transportation, penginapan, pakej2 menarik, travel agency and so on. Saya bukanlah kategori yang "kuat berjalan" walaupun keinginan untuk makan angin tu amatlah tinggi. Cuma dulu time study masa dan wang tu tak banyak. Time kerja lagilah, sibuk duk simpan duit kawen, duit nak beli keta, beli itu, beli ini. Huhu... So, lupakan aje. Setakat pergi dekat2 tu adalah tapi jauh2 sikit tu jarang sangat. Tapi bila dah kawen ni, dan rasa kepala otak ni macm tak berapa nak serabut sangat memang nak pergi bercuti. tapi xlah sampai ke paris or Italy nu ha..dekat2 aje dulu. (Walaupun dalam hati nak sangat gi Venice, paris..sob sob..). Berangan aje, sedangkan malaysia pun tak habis lagi saya jengah ok!

kalau search dekat tenet tu memang berlambak-lambak dapat tips nak gi bercuti. nak gi mana, medan, bali, krabi, phuket, Bandung, beijing, korea, Sydney, paris ..semua ada! nak jejalan yang dalam malaysia pun Banyaakkkkkk jugak tempat menarik. Rasa macam dah tak sabar sanagt nak ke sana. Dan paling best sebab boleh tahu berapa duit yang harus di spend if nak ke sesuatu tempat tu, especially oversea la. Tapi kalau nak jalan luar dari Malaysia ni kalau tak biasa, pakai agent pun ok. nak ambik agent dari malysia pun ok, agent dekat sana pun boleh. Tapi siasat dulu la latar belakang agency tu takut kena tipu pulak. kalau nak gi umrah pun banyak agency yang tawarkan pakej2 menarik. Cuma kena tahu memilih aje. So, memang kena banyak buat research before ke sesuatu tempat tu la. rajin2 baca pengalaman org yang dah pergi tempat tu. macam isu makanan halal, dekat mana nak stay then tempat2 menarik yang patut dilawati. Oh, satu lagi pasal keadaan cuaca pun kena ambik tau jugak. time nak gi tu musim tengkujuh ke, panas ke , salji ke.. Hehe..

Oh, saya hanya mampu berangan-angan ke sini....sob sob..


Saya? Planning bulan 12 ni before masuk kerja baru nak gi jalan dekat2 aje. Dalam malaysia sudah. Ikutkan hati nak ke pulau2 tapi time musim hujan hujung tahun ni rasa better tak payahlah kot. Kan tak pasal2 pergi sana tak dapat buat aktiviti laut. Huhu...Harap2 lepas ni bolehlah pergi luar dari Malaysia tanah air tercinta ni. Melawat negara dan budaya orang lain pulak. Sekarang, kena start wat planning dulu. Survey2 harga, research sana-sini..dan paling penting duitnya harus cukup! barulah best jejalan kan? hehehe.

Hai sayang! Nak sangat jumpa kamu...hope next year kita jumpa ye!
.

Bestnya gi bercuti .... Tak sabar!



Tuesday, October 30, 2012

Review Meja Makan Beradab



Disebabkan gambar wedding dah sampai ke tangan, so saya akan start men “review” pasal wedding. Sorry ambil masa yang agak lama untuk buat review. Huhu…So, hari ni nak cerita pasal meja makan beradab.

Seperti yang pernah cakap dalam entri yang lepas2, tiada pelamin dalam majlis kami berdua baik di pihak saya atau pihak suami.  So, untuk majlis saya, saya request meja makan pengantin yang nampak cantik sikit sebagai tempat untuk saya bergambar dengan family & kawan2 yang datang. Kira meja makan 2 in 1 la. Untuk makan pun boleh, tangkap gambar pun boleh….So, inilah meja makan penagantin saya hari tu…




Sebenarnya, tak banyak butik pengantin yang tawarkan meja makan pengantin yang ada back drop cantik2. kebanyakannya lebih focus pada pelamin. Huhu….Harga untuk meja makan yang sangat simple pun mahal jugak. If nak back dpop yang just gantung kain tu pun kena tambah duit lagi. Mujurlah dalam saya survey2 tu terjumpa Butik pengantin Dinarias Bridal ni. Saya kagum dengan hiasan meja pengantin diaorang yang cantik2 dan modern. Perbincangan dengan owner butik ni memang mudah. Diaorang sgt2lah friendly! Murah dengan senyuman. Hargapun murah tapi hasilnya superb & berbaloi-baloi. Kata owner ni, diaorang memang ada design konsep meja makan macam ni sebab ramai jugak pasangan pengantin yang tak ada pelamin macam kami, so meja makan ni kira sebagai tempat untuk diaorang bergambar la sebagai ganti pelamin. Meja makan beradab ni saya letak bawah khemah pengantin. Senang bila ada tetamu yang nak jumpa pengantin boleh cari kami bawah khemah jer. Lagipun sepanjang majlis kami banyak stay di sini aje.

Ok..ini beberapa keeping gambar kami bersama meja makan pengantin ni yang saya dapat dari OP.
























Alhamdulillah….with a  “ekonomi” budget, saya still boleh dapat meja makan yang  cantik untuk majlis saya hari tu. Ok, untuk b2b area kedah lebih2 lagi yang dekat dengan Jitra bolehlah melawat FB Dinarias bridal ni untuk lihat hasil kerja kehwin mereka. Dekorasi pelamin, meja makan & bilik pengantin memang cantik2. Harga pun berpatutan. Owner dia, Kak Ina & Abang Din sangat friendly dan baik sangat =) . Puas hati sangat dengan hasil kerja mereka.