About Us

Wednesday, December 26, 2012

Tersentuh hati Bila sekali lagi membaca kisah ini..


Tadi time tengah layan lagu Nurani nyanyian Eisya dekat youtube, saya terbaca satu komen yang kata kisah dalam lagu Nurani tu sama macam kisah Teh Afifah. Dalam hati terus terdetik, siapa Teh Afifah ni? Apa lagi, saya pun google la sebab excited sangat nak tahu apa yang terjadi pada insan bernama Teh Afifah.

Dan..saya terjumpa kisah menyayat hati ini. Baru saya perasan yang rupa-rupanya teh afifah ni adalah menantu kawan sekerja emak saya. Cuma saya tak ingat nama Teh Afifah tu. Yang saya ingat Arwah Pakcik Kadir & isterinya (ibubapa suami Teh Afifah).Mereka berdua kenalan mak & ayah saya. memang sedih sangat bila sekali lagi saya membaca kisah ni....

Ini kisah yang saya baca daripada blog suami sepupu Teh Afifah sendiri....
 sumber klik  SINI . satu perkongsian buat kita semua.



Kisah yang akan kuceritakan ini adalah kisah benar yang berlaku pada bulan Disember 2009. Peristiwa yang menjadi satu iktibar buat semua yang mendengar dan mengetahuinya. Masing-masing merasa tergamam dan bersimpati diatas musibah yang menimpa seorang wanita yang baru beberapa jam bergelar seorang isteri.
Isteriku mempunyai ramai sepupu tetapi yang seorang ini mempunyai satu kisah yang agak luar biasa. Teh Afifah Shahirah atau Afifah, adalah anak kepada seorang  pesara kerajaan yang menetap di sebuah taman di Anak Bukit, Alor Setar. Ketika kejadian beliau masih lagi seorang penuntut disebuah university di Aucland,New Zealand. Suaminya Ariff pula baru sahaja menamatkan pengajiannya di United Kingdom dan telah mendapat tawaran sebagai seorang pensyarah di UiTM di Perlis.
Mereka berkawan sejak dibangku sekolah lagi di MRSM Beseri, Arau Perlis. Setelah habis SPM masing-masing terpisah kerana menyambung pengajian di dua benua yang beribu batu jauhnya.  Jarang sekali mereka bertemu dan hanya kiriman email menjadi  penyambung cinta mereka yang tetap utuh walaupun terpisah dengan jarak dan waktu.
Belum lagi habis pengajian mereka telahpun diikat dengan tali pertunangan. Entah mengapa tunang Afifah beria benar hendak menamatkan zaman bujangnya walaupun belum tamat pengajian. Afifah selalu bertanya kepada isteriku tentang hajat tunangnya itu dan apa yang harus dia buat, keputusan apakah yang terbaik.
Isteriku, juga berkahwin denganku ketika dia masih belum tamat pengajian dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Ketika kami bernikah, isteriku masih ada baki selama 2 tahun untuk menamatkan Ijazahnya. Alhamdulillah dia dapat menyempurnakan pengajiannya dan membuatkan ibu mertuaku bangga kerana itulah harapan ibunya. Ayah mertuaku sudah tiada, meninggalkan isteri dan anaknya ketika baru berusia 50an. Isteriku ketika itu dalam tingkatan 4 di sekolah menengah agama di Mergong.
Isteriku selalu memuji sepupunya, Afifah kerana dia seorang yang cantik, lemah lembut, menjaga solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwudhu. Tunangnya juga orang yang baik dan sentiasa menjaga solat 5 waktu.  Tunang Afifah adalah anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Dia adalah seorang anak yang begitu manja dengan ibu dan bapanya. Kemana pergi selalu bertiga, hingga setiap malam jika dia pulang ketanahair, dia akan tidur bersama kedua ibubapanya. Siapa sangka yang mereka bertiga sudah ditakdirkan sehidup semati bersama.
Sebulan sebelum perkahwinan Afifah dan Ariff, persiapan telah berjalan dengan rapi. Majlis yang akan diadakan agak besar juga kerana ini adalah khenduri yang pertama bagi ibubapa Afifah. Mereka telah menyewa sebuah homestay yang lebih besar dari rumah yang mereka tinggal untuk keselesaan mereka yang tetamu yang akan datang. Khemah telah didirikan dan pelamin pun ada untuk bersanding dan mengambil gambar.
Aku masih ingat lagi hari itu adalah hari Jumaat, ketika itu aku tidak dapat hadir dimajlis akad nikah kerana bekerja di tengah laut. Isteriku telah datang lebih awal untuk bersama meraikan hari bahagia sepupunya Afifah. Ibu mertuaku dan anak-anakku juga dibawa kemajlis pernikahan itu.
Ketika aku sibuk bekerja didalam Engine Room di FPSO Kikeh, aku telah menerima satu panggilan dari Radio Operator Hj. Rahman. Dia memberitahu yang ada panggilan kecemasan dari isteriku yang bercakap sambil menangis. Aduh…suspens juga aku dibuatnya!
Isteriku memberitahu sambil menangis teresak-esak yang suami Afifah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang kerumahnya di Chuping, Beseri Perlis setelah 3 jam selamat diijabkabulkan dengan Afifah. Kemalangan itu berlaku di Jalan Kangar-Padang Besar, cuma 3 kilometer sahaja sebelum sampai kerumah mereka.
Kata isteriku lagi keempat-empat orang didalam kereta Iswara itu semuanya meninggal akibat tersepit didalam perlanggaran dengan sebuah bas dilaluan bertentangan. Ayah dan kawan sbaik Ariff berada di hadapan manakala Ariff dan ibunya dibahagian belakang. Sebelum bertolak dari rumah pengantin perempuan, Ariff sempat bergurau dan memberitahu yang besok dia akan datang dengan berpakaian serba putih, rupanya itu adalah satu tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Malam itu juga berita itu menjadi topik utama di berita di kaca TV dan keesokannya menjadi tajuk utama dimuka hadapan akhbar-akhbar tempatan. Sampai aku turut melihat kelibat isteriku dikaca televisyen dalam keadaan menangis kesedihan. Isteriku juga menolak untuk ditemuramah oleh pihak media.
Keesokan harinya ramai yang hadir dirumah pengantin perempuan. Bukan untuk makan nasi minyak tetapi untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kepada Afifah. Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan pun turut hadir pada hari itu.
Sekembalinya aku dari kerja beberapa hari selepas kejadian, kami pergi menziarahi keluarga mangsa di Perlis dan ramai juga orang kenamaan yang datang termasuk Menteri Besar Perlis dan juga TPM turut hadir mengucapkan takziah.
Begitulah realiti hidup didunia ini. Dalam kita bergembira jangan lupa hakikat kehidupan yang kita akan pergi pada bila-bila masa sahaja, samada kita bersedia ataupun tidak. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hanya Allah swt yang mengetahui apakah rahsia disebalik ujian yang menimpa keatas hamba-hambanya yang beriman.




Sayu sangat bila membaca kisah ini sekali lagi. Dulu, sebelum saya kawen, ketika masih lagi menjadi tunangan encik suami, saya selalu rasa takut, risau dan gentar. Saya tidak berani hendak mengatakan dia jodoh saya selagi belum terlafaz ijab & kabul. Apa yang berlaku di masa hadapan kita tak tahu. Jodoh kita, hidup mati kita...semuanya rahsia Allah. Cuma sebagai hambanya, kita perlu usaha, bersedia dengan bermacam dugaan & berdoa, selebihnya tawakal dan berserah. Mereka berdua ada jodoh cuma jodoh mereka hanya seketika. Dia di angkat martabatnya sebagai isteri walaupun hanya untuk 3 jam.

Setelah 3 tahun berlalu...mudah-mudahan Teh Afifah berjaya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang. Gadis yang cantik, lemah lembut, pintar, &  taat pada agama, mudah-mudahan dia sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Begitu juga dengan kita semua.  Begitu cekal dan tabah hati wanita ini. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi menghadap ilahi. 

Tuesday, December 25, 2012

Musim Orang Kasi Kalendar. Mana satu pilihan hati??


Bulan ni bulan dapat kalendar. Gi kedai dpt kalendar, gi restoran mamak pun dpt kalendar, g kenduri pun dpt kalendar, Gi kedai buku pun dapat kalendar. memang musim orang mengedar kalendar 2013 sekarang ni.

Dekat office pun sama. Banyak kalendar yang dapat. Ada macam2 jenis. Yang jenis kecik, besar, yang comel2 untuk letak dalam wallet, jenis book mark, jenis table calendar, ada jugak jenis poster utk gantung dekat dinding dan paling banyakkkkk dapat semestinya kalendar kuda!!!



Pilihan hati???

Saya paling suka kalendar kuda sebab klasik! senang nak conteng2 dan nak pangkah apa yang patut dekat situ. nombor dia besar2 senang nak nampak dari jauh. haha...nak tengok cuti umum pun senang sebab dekat petak2 tu dah ada gambar2 cuti umum dah. Tak penat nak mencari bila cutinya. Eh?Eh? bab cuti suka sungguh no... hehe...cuti sekolah of coz petak dia warna kuning.Semua orang tahu pasal tu. Kalendar jenis ni paling cepat utk disemak. believe me, dekat kampung kalendar kuda ni paling femes ok!

Pakcik ni simpan kalendar kuda sejak dari tahun 1962 tau!. Hebat! sejak dulu2 tetap begini rupa kalendar kuda..xberubah pun. hehe...


Tapi kalau dekat office, of coz lah i suka kalendar yang jenis letak dekat table tu. mudah! tak kuasa nak gantung2 dekat dinding.huhu... lagipun orang banyak kasi kalendar style macam ni dekat office. kalau dekat rumah suka gantung kalendar yang ada waktu solat sama. senang nak tahu bila masuk waktu solat.

 p/s: saya suka conteng tarikh2 penting dekat kalendar. senang nak ingat!then higlight siap2 time cuti umum, time ambik annual leave, mc dll. Macm tu jugak dgn birthday. in case terlupa leh check dkt kalendar balik.

Monday, December 24, 2012

Pesta Penang!!


Cerita semalam. Tapi baru hari ni nak update.


Tempek gambar dulu sekeping......


Hai! Comel tak kami? hehe....si pembonceng tu bukan main chubby lagi kan? Pipi dah kembung, mata pulak kian sepet akibat rajin menternak lemak. Hehe..

Semalam kiteorang gi meronda penang island naik motor. Cadang nak ke pesta penang. Untuk mengelak jamed, kenalah naik motor kan. First time tau naik motor berdua lepas kawen. hehe..gila best! lebih2 time duk atas penang bridge tu. angin sepoi2 gitu..dengan laut yang membiru....memang best sangat! hehe..

Then, jejalan jap dekat Jusco Queensbay. teman encik suami shopping barang dia. Then, kiteorang lepak2 jap dekat pantai yang mengadap Pulau jerejak.


Lepas tu, terus ke pesta penang. first time nak ke sana. Gila ramai orang. Keta berderet-deret sepanjang jalan. Traffic jamed!!Mujur kiteorang naik motor. even ter stuck jugak sikit2 tapi still ok lagi compare dgn naik keta yang bagai tak gerak2 pun. orang memang banyak sangat!

So..di sinilah kami semalam.....



Serabutnya rambut hubby saya! hehe..












banyak tempat shopping moping dekat sini. harga barang super duper murah tau! Tapi saya "baik", apapun tak beli. Just beli air dgn keropok leko je. Kiteorang ronda2 jer tengok gelagat orang. Ada yang duk terjerit2 main permainan nama apa tah. tapi yang pusing2 tu. Seyes takut gila saya tengok. Dilambung2 macam nak jatuh jer. berani sungguh diorang naik, kalau saya confirm pitam sebelum naik lagi! hahaha...dasar penakut kan..

macam2 ada jual dekat sini. Boleh kelabu mata tengok. Nasib baik semalam saya jadi "baik", kalau tak habis jugak duit. hehe...

Ku Sangka Satu, Tapi Rupanya 3 BE!


 Ingat ke bulan ni just dapat 1 je BE. Tapi rupanya 3 BE! Tq Nuffnang!!! super duper happy! Sayang Nuffnang lebih..hehehe. Alhamdulillah..rezeki.


Korang yang belum dapat BE jangan risau sebab saya dulu pun penah xdapat. Letak ads dekat tempat betul, jangan lupa  update Blogger Bio, Insya-Allah ada rezekinya nanti.





Thursday, December 20, 2012

Setelah 2 minggu berhijrah...


Diam tak diam rupanya dah dekat 2 minggu saya berhijrah ke kulim. Alhamdulillah..saya dapat sesuaikan diri dengan keadaan dekat sini. Saya suka sgt tempat baru saya ni!

Mula2 balik sini, saya banyak habiskan masa dengan mengemas barang2 saya yang di bawa dari shah alam. Barang saya masya-Allah, banyak giler. berkali-kali bawak balik pun tetap penuh jugak keta sampai kan encik suami bebel cakap napelah barang perempaun ni banyak sgt? dia yang duduk umah bujang pun sikit aje barang. Yolah..yolah..perempuankan suka membeli. baju aje dah ber beg-beg kan. Time ni baru rasa banyak nyer pembaziran yang saya dah buat. Terus bertekad xmau beli baju banyak2 lagi. sebab banyak yang beli lepas tu xleh pakai dah. xmuat la, kecik la.....Insaf! huhuhu....

Barang rumah, untuk bulan ni...ini yang ditambah...Alhamdulillah..almost complete rumah kecil kami. Bunga atas meja tu ex officemate bagi. Buat hiasan...




Kiteorang beli almari buku ni sebab dah berlambak sgt buku2 saya tersusun dalam kotak. Tu belum campur dengan buku2 dan novel dekat umah mak & ayah dekat kampung dan novel2 yang dipinjam sedara. Huhu....

Then, beli meja makan comel ni. Oklah untuk rumah kecik kami. Mula2 ingat nak ambik yang 6 kerusi tapi terbekenan yang 4 kerusi ni. Saya minat meja makan dari  kayu  =)

Sekarang ni, dah bermula rutin baru dalam hidup saya. Kalau dulu masih rasa hidup macam orang bujang even dah kawen pun sekarang tak lagi. kalau dulu hanya fikirkan hal diri sendiri sekarang kena pikir hal si dia jugak. Banyak benda yang dah xsama macam dulu.

Kerja dekat office baru so far ok. best sebab pergi dan balik keja lansung tak jamed. sebab saya keja area seberang perai kan. If dekat pulau dah tentu2 la jamed! Saya siap boleh prepare breakfast lagi dekat umah. Lepas tu sidai kain baju dekat luar. Lepas  breakfast baru saya  gi keja. Tak sampai setengah jam pun dari rumah. Then, balik keja pun lansung tak rasa penat gila macam dulu. traffic lancar kan...hehe. Lalu highway je. Bayar tol utk traffic yg lancar lagi better dari bayar tol untuk jamed kan? hehe. sampai rumah awal then leh masak cepat untuk makan malam. boleh santai2 tengok tv lagi..hehe.

Makan tengahari dekat office pun super duper murah! dah 4 hari saya makan dekat restoran dekat tempat keja xpernah lebih dari RM 4.50! murah kan? makan ikan kembung bakar saiz besar dengan sayur terung 2 potong besar baru RM 4.50. Makan ayam goeng berempah dengan sayur tauhu telur baru RM 4. kalau setakat makan nasi dengan gulai daging baru RM 3. oh...sangat murah kedai tu! sedap pun sedap!

Sejak 2 minggu hidup bersama saya rasa banyak yang jimat dalam kewangan. Kira duit yang ada dalam dompet tu lama jugak la nak luak atau nak gi mesin atm untuk cucuk duit. Ini perkara ketara yang saya dapat detect sepanjang 2 minggu ni. Jimat belanja...

Lain2 hal macam  keja rumah Alhamdulillah..bersyukur sangat sebb dapat suami yang sangat rajin. Kiteorang uruskan hal rumah sama2. Yang best, saya tak pernah sekalipun suruh dia buat kerja tapi dia yang rela hati nak buat. Maybe sebab selama nipun dia dah selalu buat sendiri then memang dah rajin dan kemas dari kecik2 kot so, memang saya rasa senang banyak sangat. Ini titik keserasian yang paling bagus untuk rumah tangga kami. Kami serasi dalam tak suka rumah bersepah-sepah dan kotor. suami pulak rajin menolong bukan hanya tahu duduk goyang kaki. Alhamdulillah....

Pasal kerja dekt tempat baru saya masih try sesuaikan diri. kerja memang banyak giler sbb company ni banyak wat private project so semua benda nak cepat. deadline dia lagi singkat dari tempat lama saya. beza memang banyakla compare dengan keja dekat kelana jaya dulu tapi for me, satu bonus. Banyak benda yang saya leh belajar & cari pengalaman. Officemate banyak melayu tapi engineer saya aje yang melayu. Lagi 3 orang chinese tapi Alhamdulillah..diaorang ok. Muda2 lagi then tak lokek ilmu. Saya masih try sesuaikan diri. hope saya leh stay lama dekat sini. Hope so lah..hehe

Kulim memnag bandar kecil tapi bukanlah kecil sangat. Dalam pembangunan dan banyak kemudahan yang ada dekat sini. shoppung mall yang ada giant, panggung wayang dengan The store tu depan perumahan saya je. Then Tesco pun xjauh dari rumah. Xlama lagi ada mydin hypermarket pulak.  Benda2 lain pun banyak ada. Yang best, sini tak crowded, jauh dari kesibukan dan suasana bising kota. Rumah saya atas bukit. buka pintu nampak pemandangan hijau dekat depan. Nyaman je..tenang...suka duduk sini tapi tak tahulah kalau2 nanti saya akan balik ke kl or selangor semula. Risau gak if husband saya dapat keja dekat sana. maklumlah, dia skrg kan calon simpanan dgn company GLC. Tapi harap2 kalau dia dapatpun biarlah area penang. Rasa dh malas nak pindah2 lagi..huhu

Ok..tu je nak cerita. Ada masa saya menulis lagi dekat sini.

Tq for reading!

Saturday, December 15, 2012

Review: Tutorial DIY Veil Bertandang


veil bertandang saya jenis simple & mudah nak buat. Disebabkan time nikah & reception saya dah pakai veil kain chiffon & shawl, so time bertandang, saya nak kelainan. Saya try pakai veil dari kain net lembut dengan tudung awning (saya tak suka pakai tudung ni dekat luar).

Bahan-bahan yang Diperlukan :


Ni bahan yang perlu ada k. Tolak 2 jenis kain chiffon tu. Yang tu saya pakai untuk DIY baju bertandang



- 1 m kain net lembut. Saya beli dekat Kamdar. Ambik yang bidang 60. Harga 1 m RM 6.80.

kain net lembut


- boarder lace. Yang ni saya beli dekat Kedai Bunga reben. jalan TAR. Ada macam2 jenis boarder lace dekat situ. Saya beli yang ada 2 side harga dalam RM 15 semeter. saya beli 2 m. sebab nak pakai untuk baju dan tudung sama.

boarder lace ni ada 2 side. so, saya gunting dekat tengah dia. so, jadilah panjang sikit.

-Lepas tu pearl. Nak wat camne saya peminat setia pearl,. benda ni harus ad. hehe...

Step:

Sorry sebab tak ambik gambar time tengah DIY hari tu. Tapi step mudah je. kain net tu gunting bentuk bulat macam dekat bawah ni. Saiz agak2 sesuai untuk pakai dengan kita lah. Macam saya, saya wat saiz sedang2 jer, tak labuh sangat, tak singkat sangat.



Then, patchkan boarder lace tu..jahit sembat jer..


Lepas tu jahitlah pearl..saya just jahit sikit jer. tak nak banyak2 sebab dekat bahagian baju dah banyak pearl kan. Tudung, saya patch kan boarder lace dekat bahagian atas jer. then, jahit pearl sikit.

Dah Siap!!!

Details untuk veil & tudung



Friday, December 14, 2012

Patut Ada (For ladies only!)



Sebenarnya, dah lama nak beli benda ni tapi asyik tertanguh-tangguh sebab busy sangat last week. Time cuti ni baru sempat nak membeli online. Dah pasang streamyx, baru rajin nak usha2 barang dekat groupon. Haha...sebelum ni slow jer internet, nak tengok gambar pun xlepas. huhu..

Saja nak tunjuk sale dekat groupon ni. Rasa ramai dah beli sebab dah lama iklan ni ada cuma saya jer yang tak sempat nak grab lagi. hehe...masa beli tadipun banayk yang dah sold out tau! giler ramai yang beli!!!barang baik kan

Ops! Ini untuk ladies aje k!




  • Nylon and spandex seamless silk panties.
  • Seamless panties prevent visible panty lines.
  • Available in in black or nude colour.
  • Made from comfortable ice silk material.
  • Suitable to be worn under suits, dresses, pants, and other outfits.
  • Nationwide delivery available.


Untuk keterangan lanjut. Sila lihat di sini http://www.groupon.my/deals/national-deal/EH-Global-Trading/716562010

Panties ni jenis x berklim dekat tepi. So, kalau pakai jubah ke, dress ke, long skirt ke or seluar taklah nampak line panties tu kan.

Ikutkan, seluarpun walaupun pakai baju labuh tapi ada gak yang still leh nampak line panties. Macm tu jugak dengan jubah & dress. walaupun xjarang & tak ketat ada certain material kain yang takleh nak cover. huhu...

So, panties ni memang bagus lah untuk cover apa yang tak patut dilihat tu ok! oh ya! dekat luarpun ada jual panties untuk cover2 benda cam gini cuma harga yang dekat groupon ni gila murah !

Jimat!!! beli banyak2 pun bukan rugi. hari2 pakai kan. hehe....



2 BE dah credited, Tapi dapat Lagi 1 BE baru! Thank You Nuffnang =)


2 BE yang saya dapat masa bulan November dahpun di creditkan. sob..sob...hanya bersiaran di blog ini selama sebulan. Tapi, Bulan 12 ni saya dapat lagi 1 BE. Alahmdulillah.....

Tq Nuffnang!!!!





Thursday, December 13, 2012

Yeay! dah ada streamyx dekat rumah!


Angan-angan nak pakai unifi tapi disebabkan kawasan rumah saya belum ada coverage untuk unifi, lupakanlah aje. so, layan streamyx aje dulu. hehe...

Tadi baru lepas orang datang pasang streamyx dekat rumah. Yeay!!! suka2. sebelum ni pakai broadband dekat 3 bulan jugak lepas umah sewa saya dulu dah potong streamyx. memang  slow giler2. macam rugi jer bayar tapi service hampeh.

So, dah balik kulim ni, discuss dengan encik hubby untuk sama2 pasang streamyx. Kiteorang ambik pakej yang RM 110 ni.



Even speed dia 1 Mbps, tapi laju jer...Lepas tu senang mak ayah saya dan mertua nak call sbb dekat kampung kiteorang masih guna telefon rumah. Free jer call kan..hehe

Kiteorang baru gi daftar semalam, tapi hari ni dah siap pasang. Cepat kan?

Bye2..tu je nak bebel. nak sambung kemas barang

Wednesday, December 12, 2012

Alhamdulillah...I got a new Job! Allergic pun dah hilang!

Alhamdulillah.....




Rezeki......rezeki. Baru lepas attend interview semalam. penat sangat sebab baru sampai dari kota bharu terus gi interview. Time ni saya tawakal je. kalau ada rezeki ada ar kan lagipun company yang saya nak atend interview tu ada dua branch. satu dekat butterworth satu lagi dekat georgetown. Sebolehnya saya nak kerja area seberang je tapi kekosongan ada di pulau.

Sesi interview taklah lama sangat. Just macam sembang2 aje. Then after interview terus dia tawarkan saya kerja. Wah, cepatnya!!!   Alhamdulillah.....Allah memudahkan urusan saya. Yang best, saya leh kerja dekat office butterworth. Yeay!!!!!  memang terkejut sangat bila terus dapat kerja. Siap bos company tu kenal-kenalkan saya dengan staff dekat situ then tunjukkan meja saya lagi. Happy!!!

Kalau nak di compare benefit yang company ni bagi dengan company sebelum ni macam lebih kurang dari segi cuti dan apa2 berkaitan labour law tapi company yang ini salary dia kasi memang tinggi dari yang saya dapat dekat company saya dekat kelana jaya. ada elaun lagi. Then, bos dia memang baik sangat. Ni saya tahu dari cerita kawan saya yang pernah kerja dekat sini before ni. Staff dekat situ pun nampak ok. Majoriti staff dekat office butterworth ni melayu walaupun ownernya cina. office dekat georgetown kot yang banyak cina. hehe.....

Pasal kerja wallahualam...tapi semestinya banyak sebab company ni banyak buat private project. Tapi saya dah tak kisah soal kerja sebab  rasanya dulupun saya dah biasa kerja banyak  tapi paling penting sekarang dekat dengan husband.

Nanti dah masuk kerja baru saya tahu macam mana lah kan. Harap2 semuanya oklah...Azam tahun baru, nak kerja lebih rajin then tahu banyak benda tentang design. kena explore banyak lagi. Hope compny baru ni banyak benda yang saya leh buat & sumbangkan selain dari  belajar benda baru.

Oh ya, pasal allergic kulit saya tu kan, lepas balik kelantan terus ok. Macam magic pun ada. Padahal time tu saya mana pantang makan pun. macm2 family in law kasi makan, xtahan godaan lansung! Sekarang, saya jadi peminat makanan dekat kelantan tau! sedap sangat2.hehe...Dapat pulak FIL memang ada warung jual makanan yang best2 lagilah saya suka. Saya rasa maybe sebab air dekat umah FIL saya tu air dari bawah tanah (kira air mineral la kan) sebab tu baik aje allergic ni. maybe sebab air dekat selangor tu tak betul2 bersih yang buat saya allergic teruk. Now, dah ok. Tingal parut2 aje.  Alhamdulillah.....

Mintak2 dekat Kulim ni pun ok jugak la. Ok, tu je nak bebel. hehe...

Tq for reading. sorry  tak sempat nak blogwalking then balas komen korang. sibuk sangat mengemas sekarang ni. Barang banyak giler...

Tuesday, December 11, 2012

DIY baju Bertandang (Hijau Turquoise)


Quick update. Tinggal baju ni jer lagi yang belum sempat di review. Ok..tempek gambor aje k..

Bahan2 just maxi dress, bunga fabric & lace, pearl


Lace yang ada bunga fabric. beli dekat nagoya dengan harga RM 28 semeter kalau x silap

pearl yang di beli dekat kedai sebelah jakel jalan masjid india


Yang ni dalam pembikinan...sebelum di jahit dengan pearl








Yang ni bila dah siap di jahit pearl & diguna pakai untuk kenduri. Tudung dengan veil pun DIy tapi simple jer..






Monday, December 10, 2012

DIY Guestbook


Guestbook saya hari tu simple aje konsepnya. Print kertas, wat hard cover, then hias sikit2 dekat front page dah siap!

Kertas saya guna kertas A4 biasa je. saya wat design sikit then print. Adalh dalam 100 page jer saya print. Then, saya gi kedai dekat seksyen 2 shah alam untuk binding dengan hard cover. nama kedai seyes saya lupa tapi sederet dengan kedai kad kawen lestari. Kedai2 dekat situ semua ada buat hard cover cuma berapa dia caj saya tak pasti la. Tapi kedai yang saya gi tu dia caj RM 20.

lepas siap binding dengan hard cover, saya terus main tampal2 dekat front page dia. Dah siap!

So, inilah guestbook hasil diy saya...


Ni time pembikinan...






Yang ni dah siap sepenuhnya....





Sunday, December 9, 2012

Sudah boleh bukak ladang ternakan lemak!


Huhu...rasanya macam baru jer lagi timbang berat badan bulan lepas. naik 4 kg. ok. masa tu semangat berkobar2 nak diet. Dalam sehari hanya sekali jer makan nasi. tambah2 dengan penyakit alergic dengan ambik mcm2 ubat, then kena pantang makan itu ini so saya yakin saya boleh kurus.

Tapi semalam, bila saja2 nak timbang badan sebab rasa dah turun sikit berat, memang terkejut beruk bila berat badan naik lagi 3 kg. OMG! Biar betul! Saya tak puas hati. rasa mcm penimbang tu rosak, ajak encik suami timbang tempat lain then dapat the same result!! huhu...memang takleh terima kenyataan saya dah demuk!

Memang kecewa sangat. Lepas kawen bertambah naik pulak berat badan. Kalau pregnant, normal lah naik tapi ini tidak. Takkan sebab pengambilan ubat allergic tu buat saya gemuk? makan pun since tengah allergic ni taklah banyak mana. Ada masa lansung tak sentuh nasi sebab banyak benda tak boleh makan. Tapi, nampak gaya macam dah boleh bukak ladang ternakan lemak dah ni. Cukup berjaya menternak lemak. haha..

Ok2. stop mebebel. Dah start ber diet semula. Dah palnning dnegan encik suami nak gi jogging sama2. Then planning menu makanan kiteorang hari2. Sama2 semangat nak kurus. depan tv, xnak kunyah2 snek mengarut lagi. nak kunyah tomato, carrot...haha.

Ok..mintak2 berjaya kurus dengan sihat. Family sendiri dengan family in law dah mula menegur saya chubby dah ni. Chaiyok2! 

Pasal allergic saya tu, malam ni nak jumpa pakar kulit swasta dekat kota bharu. jumpa pakar dekat sini dulu sebab rasa macam teruk dah. Takut ada infection dalam darah. Doakan semua baik2 k...

Till meet again. Thank you for reading =)

Friday, December 7, 2012

Last Day In Office, Last Day in Shah Alam




Sumpah rasa sebak giler sekarang ni. Sambil settlekan kerja, pesan itu ini dengan officemate terasa jugak sebak dalam hati. Maybe sebab saya resign bukan sebab tak suka kerja dekat sini tapi sebab nak ikut husband, itu yang rasa sedih semacam. Kalau pindah area sini maybe tak terasa sangat tapi nak pindah jauh nu ha di  kulim, kedah.

 Hampir 5 tahun saya di shah alam. 2 tahun bekerja dekat office. Dah bermacam suka duka saya lalui dekat sini. Mula2 jadi student dekat uitm, then dapat kerja dekat sini. Bertunang & kahwin pun time di sni. Beli kereta pun dekat sini. jadi mangsa ragut & accident pun dekat sini. Kira semua benda akan selalu dikenang.

Lepas ni permulaan baru dalam hubungan saya dan suami. Bila hari2 dapat duduk bersama, mungkin banyak jugak perubahannya. Hope apa saja dugaan dan cabaran lepas ni kami dpat lalui sesama. huhuhu...risau jugak. Harap saya dapat jadi isteri yang baik dan dia imam yang terbaik untuk saya. 

tempat kerja baru....saya masih takut & risau. memang takut sangat. Hope semuanya oklah..


Doakan saya k!

Thursday, December 6, 2012

Sibuk!


sibuk bebenor sekarang. Keja tiap2 hari balik malam. sampai umah sibuk pulak packing2 barang. then sibuk duk atur temu janji dengan kawan2 dekat shah alam ni. semua sibuk nak jumpa. Then sibuk jugak duk mintak2 movie2 banyak2 dekat hard disk orang. sibuk copy & fotostat ilmu2 dekat company sekarang..oh...sibuk2!!!!

last minute punya keja. dulu relax sangat. sekarang sudah carca merba..huhuhu....

Wednesday, December 5, 2012

DIY bantal Nikah




Bantal nikah saya cukup simple. Murah lak tu..mula2 ingt nak sewa tapi pikir nya pikir beli jelah. Tapi bukanlah bantal yang mahal tu, saya beli bantal biasa ja saiz 21 ke 22 inci tah? Serius lupa tapi yang paling besar ar. Beli dekat tesco. Harga Rm 19.90 satu. Beli 2. Time tengah sale dapat murah, so grab aje..hehe.

 Then, saya beli kain kosong. Bukan kain nipis tapi tebal sikit. Ada sale dekat dekat Jakel. Harga 1 m rm 2.60. beli 3 meter. Then, beli pulak border dia, murah je. 1 m, 1 ringgit. Beli 8 m. Mula2 bantal yang first ni selamat saya jahit tangan. Tapi lepas habis je jahit bantal yang first,m mesin jahit wat hal. So, bantal ke-2 terpaksa di jahit tangan sepenuhnya. Huhu….gila sabar time ni. Then..ini hasil bantal nikah “simple” saya.





Bantal ni after nikah, kiteroang buat bantal lepak2 dekat ruang tamu rumah sambil baring tengok Tv. Tukar je sarung bantl tu dengan warna lain sebab kalau putih nanti cepat kotor.

Ok. Tq for reading!

DIY Baju Bertandang ( Peach colour)




Quick update pasal DIY baju. Mahu cepat2 habis bab2 wedding ni. Peram lama2 nanti confirm malas dah nak update dah. Lagipun bila balik sana of coz lah takkan rajin nak upload gambr bnyak2 dengan internet yg lembab mengalahkan kura2. Pasal baju & veil ni saya dah pernah cerita dekat entri saya sebelum ni di SINI & di SINI. Sila refer link tu ya. Malas nak story banyak kali. Huhu…

Hari ni just nak cerita pasal DIY saja. Saya guna fabric flower je untuk baju ni. Mula2 nak buat bunga rose guna fabric, tapi xmenjadi sangat, tangan xberseni. Huhu… so tukar guna reben yang saiz besar ckit. Senang jer buat macam buat bunga ros dari reben or straw. Satu lagi bunga yang kecik2 comel tu buat dari kain chiffon. Yang ni say ayakin ramai b2b semua tahu buat kan. Hehe..Then, saya just tambah pearl.

Ok..ni bahan2 yang saya guna. Tapi chiffon warna orange tu x jadi guna sebab rasa xsesuai pulak kombinasi warna. manik yang warna oren tu pun xguna jugak. Beli kain 1/ 2 meter jer tapi xhabis pun guna. Hehe..reben pun sama. Tak habis jugak guna sebab saya just nak corak separuh baju jer.






Ini baju before dijahit bunga2 fabric & pearl….







Then..ini after dah siap. saya ada tambah border lace dekat bahagian lengan & bawah baju sebab nak bagi sama denagn tudung & veil. Then saya tambah pearl dekat baju.



Asyik ulang tayang gambar yg sama aje kan….Sudah rasa bosan. Karang ada pulak yang muntah dekat sini. hehe…so saya tempek gambor baju aje udahlah ye... 






ok2..tu jer nak cerita hari ni. Kelam kabut sikit sekarang ni. Banyak keja..



Tq for reading!




Tuesday, December 4, 2012

Panggilan Interview Lagi…





Ikutkan saya memang malas dah nak cari2 keja lain lepas dah dapat keja hari tu. Even saya memang tak berapa nak suka dengan tawaran keja baru tu, tapi bila fikirkan senang nak gi keja, then accept aje lah. Lagipun paling penting leh duduk dgn hubby kan.

Tapi last week, kawan saya call bagitau yang ada company yang nak pakai C&S engineer. Consultant jugak. Office dia dekat seberang ada, dekat pulau pun ada. Yang best, salary yang dia offer lagi tinggi dari gaji saya dekat selangor ni. Then, my friend cakap bos pulak baik gilerr…So, saya trylah apply. Just try my luck kot2 ada rezeki panggil interview kan

Then, last Saturday bos company tu call saya suruh attend interview tapi saya mintak postpone sampai miggu depan sebab nak settlekan semua keja dekat sini. My last day kan Jumaat ni. Sob..sob…sedih pulak rasanya. Then, orang tu cakap ok, takpe leh datang minggu depan. So,s aya setuju je. If ada orang lain yang attend interview tu next week, dan tak ada rezeki saya takpelah sbb company tu nak pakai orang cepat.

Papepun, semuanya bergantung pada rezeki. If saya berjaya interview tu saya kena fikir & decide betul2 yang mana satu offer yang saya nak ambik. So, just tunggu minggu depan. Harap2 jawatan tu still lagi available then saya sempat attend interview.  

Ada  3 hari jer lagi keja dekat sini. Ikutkan memang seronok sbb tak payah jauh2 lagi dgn husband tapi dalam masa yang sama sedih jugak sebab ni company first saya keja. Suka sgt keja dekat sini. bos baik, officemate baik. semua ok......tapi bak kata orang, dalam hidup ni kita tak boleh tamak. Hilang 1, saya dapat yang lain kan..So, tengok ajelah nanti macam mana nanti.


P/s: rasanya dah habis wat review untuk wedding. Tinggal sikit2 pasal DIY tu tapi later on lah saya review. Tq for readings & comments. walaupun xsempat nak reply, saya baca satu persatu =)

Bertandang Outfit 2 ( Si Hijau TurQoise)





Ni cerita baju asal untuk bertandang kami. Baju yang sangatlah “simple” & murah bagi saya. Disebabkan majlis di sebelah husband adalah majlis sambut menantu, kiteorang decide tak nak sewa. Nak buat sendiri. Time ni idea saya cuma nak pakai dress. Tapi saya tak tahu dekat mana nak tempah dress. So, saya decide beli jelah yang dah siap. Mula2 berkenan dengan jubah moden, tapi bila try singkat la pulak dengan saya. Tak jadi. Cari lagik, lepas tu jumpa maxi dress yang modelnya pakai nampak lawa sungguh. Haha… Time tu saya cuma fikir beli dress kosong then DIY sendiri. Harga maxi dress ni RM 58, campur postage RM 64. Dress ni dari bulan 1 dah beli. Time ni trend maxi dress tengah duk naik tapi design limited. Banyak yang asyik sold out. Saya berkenan dengan warna hijau turquoise ni.  So, beli jelah. Hubby main setuju aje.

            Tapi, sayangnya warna baju ni tak berkenan di hati FIL, so kenalah cari baju lain. Tapi baju ni kiteorang tetap pakai jugak di sebelah petang. Kesian dekat husband saya time ni sebab demam dan selsema teruk sampai hidung dengan matapun merah. tapi disebabkan hari kenduri, kena gagahkan diri jugak tersenyum. hehe...Ok….ulang tayang lagi baju hijau ni....simple jer, cuma saya DIY kasi ada bunga2 sikit. hehe...











Monday, December 3, 2012

REVIEW: Bertandang Outfit 1 (Si Peach lemak Ketam)



Untuk baju bertandang yang ada isu tu, memang mula2 saya agak stress jugak. Yelah, asalnya kiteorang planning nak baju simple jer then dah pilihpun baju tu. Warna hiaju turquoise (later I review pasal baju tu k!)  tapi FIL suruh tukar sebab rasa tak sesuai dengan Encik Suami. Huhu…Masa tu ada lagi 3 bulan lebih nak kawen. So, masih ada masa nak cari. Memang kelam kabut jugakla. Sebab ingat nak tempah yang simple2 jer tapi time tu tailor pun sibuk duk ambik tempahan baju raya. So, saya harus cepat!

Mula-mula cari tailor dulu. Booking siap-siap cakap nak ambik baju tu before raya. Honestly, saya manalah tahu tailor mana nak gi tempah baju area shah alam ni. Sebab selalu beli baju yang dah siap. Ada baca dekat internet macam mahal pulak tempat yang di suggest tu. Saya tak nak. So, saya decide tempah baju dekat tailor yang saya selalu gi alter baju. Dekat jer dengan rumah sewa. Dekat sekyen 7 Shah Alam. Then, saya mulalah saya men “google” cari baju apa yang saya nak untuk bertandang. So, ni antara baju bertandang yang jadi pilihan hati saya…


baju Nikah Natasha Hudson..


 Baju nikah Fasha sandha ni...






Then, ada jugak beberapa dress yang saya suka untuk buat baju bertandang. tapi bila fikir2, saya nak baju yang simple then tak nak dress sebab dua2 baju saya dah dress, so saya decide buat baju kurung moden tapi kain kembang macam kain nikah Fasha Sandha or natasha hudson tu cuma saya nak ada butang banyak2 dekat lengan. So, saya bawak aje gambar tunjuk dekat tailor. Bila dia cakap dia boleh buat, saya tanyalah berapa meter kain kena beli. lepas tu terus gi cari kain dengan my hubby. Alhamdulillah jumpa walaupun susahnya nak cari warna peach lemak ketam macam FIL request. Huhu...

Then, terus hantar kain dekat tailor. Upah untuk buat baju tu sebenarnya RM 47 ringgit tapi bila ada lining jadi dua kali ganda ar caj. So, upahnya RM 94. Bagi saya murah. Campur harga kain semua kira 100 lebih je harga baju saya tu. tapi saya upah baju plain. Then, beadingnya saya jahit sendiri. Pasal DIY tu later on lah cerita. tak sempat nak bebel semua benda dekat sini. hehe....tapi sekarang ni tailor tu dah tutup kedai dia. pindah tempat lain. 

So, inilah baju bertandang saya tu. Baju upah, beading jahit sendiri....












Baju Encik suami kain memang pilih yang mahal sikit. harga kain aje RM 100 lebih tapi upah murah. Cuma Rm 60. Sampin dengan tengkolok tu kawan ayah mertua saya kasi pinjam. So, no caj lah. untuk tudung dengan veil pun saya DIY. 


P/s: Azam minggu ni nak settlekan semua review2 yang tertunggak. Maklumlah ni minggu last dekat shah alam. Minggu last nak menggunakan kuasa internet sepenuhnya. Dekat kulim nanti broadband slow sangat. Tak dapatla nak upload tempek gambor banyak2 cm sekarang. lagipun banyak benda yang nak di settlekan lepas ni. 

Review: DIY makeup on my wedding (part 2)


ok....sambungan dari entri lepas. pasal DIY makeup tu. I think ramai gak b2b yang makeup sendiri time tunang, nikah or bertandang kan? kita sama!!!! hehe...ok..entri kali ni saya just nak share experience saya masa tengah berusaha untuk belajar makeup. bermula dari bawah, dengan keyakinan yang senipis kulit bawang sampailah tahap keyakinan yang setebal kulit durian. eh!

Saya bukan kaki makeup tapi xadalah sampai tak ada barang makeup lansung. Suka yang simple natural aje. barang makeup macam eye liner, mascara, bedak, blusher dgn lipstick tu of coz la ada. Tapi pakainya je yang jarang2. Ikut mood jugak nak bermakeup bagai ni. Ada masa lansung tak pakai bedak gi office. setakat letak moisturizer cukup. penuh yakin datang keja walaupun muka macam orang bangun tido., sangat yakin diri sendiri walaupun tahu rupa pasti buruk. Bila kena attend meeting baru kelam kabut nak tempek bedak bagai dekat muka. haha...

Mula2...saya search dekat internet foundation apa yang tahan lama. Yang nampak natural, xbercapuk, nampak muka smooth, cantik...so google nyer google saya dapat tahu majoriti orang suka pakai krim Naturactor & kryolan. Tapi kryolan mahal. I tak mampu. naturactor yang murah sikit then hasil lebih kurang kryolan. so, saya belilah naturactor secara online. Time beli ni pilih warna yang natural & gelap sikit dari kulit. Beli online kan, so bila sampai dekat tangan baru perasan yang warna tu kontra jugak dari kulit. Nampak kulit gelap sikit. Tapi i like it!!!! saya tak suka muka saya nampak putih melepak, suka yang nampak gelap sikit dari kulit.  Harganya cuma RM 35.




Time ni bedak compact saya pakai bedak pixy. so, time makeup wedding pun saya masih pakai bedak yang sama. Tupun saya perasan mak andam pun banyak guna bedak pixy & krim naturactor ni time diaorang make up. Bedak pixy ni macam bedak miyami jugak rasanya. Harga pun belasan ringit jer. tak mahal tapi hasil terbaik! rasanya dah setahun lebih pakai bedak ni. Terpengaruh dengan adik saya. Tapi seyes bedak ni best!



Then, untuk eye shadow memang tak ada. so, kena beli. Saya beli jenama Miss Rose. Warna dia cantik2, terang & tahan lama. bau pun best. yang penting tak allergic dengan saya. Saya tahupun lepas baca banyak review dekat internet. Miss rose ni jenama dari Dubai. saya beli yang ori. Tak mahal pun. ada macam2 harga. belasan ringgit pun ada. Pilih jer mana yang kita nak. yang bestnya Miss rose ni sebab dekat belakang dia ada tulis tarikh barang di buat dan tarikh luput produk. Bagus kan?



Untuk kening, saya guna Miss rose  gak. Murah jer. time beli harga RM 10. Tapi best sebab sampai sekarang saya pakai. maklumlah..I jenis kening tak lebat..hehehe...



Barang2 lain semua saya dah ada. Macm blusher, eye liner, lipstick, lip gloss, eye premier, makeup based tu semua guna yang saya ada. Cuma masa time wedding hari tu, mak teh saya ada hadiahkan barang makeup, so saya guna aje barang2 dia bagi untuk makeup.

Untuk makeup sendiri, saya lansung tak attend mana2 kelas. Giler kedekut. nak attend kelas pun kena bayar 200 ringgit. lagipun kalau gi kelas, saya bukannya nak jadi mak andam. untuk diri sendiri jer. Kalau untuk diri sendiri saya prefer simple. Untuk wedding pun nak yang simple. so, belajar dari benda free pun ok gak kan. Saya banyak tengok dekat youtube. belajar cara apply foundation, cara nak buat shading muka, shading hidung (walaupun xmenjadi sbb hidung i kan kembang..hehehe), then belajar nak bagi lipstick tahan lama, cara apply eye shadow, eye liner, cara bentuk kening ( suka buat bentuk kening sendiri yg tak berapa nak nampak tu), lepas tu belajar cara pakai eye lashes, dan macam2 lagi. Kira saya memang bermula betul2 dari bawah.

Then, dalam 3 bulan lagi nak kawen, saya pun startla practice. Kan orang kata practice make perfect right? if tak cantik pun xpe asalkan jadi muka saya bukan muka hantu. hehe...sebab saya malu nak gitau org saya nak try makeup sendiri time wedding, so saya jadikan kamera sebagi "kawan" saya. Saya makeup then ambik gambar. rasa kurang, improve lagi. Tangkap gambar lagi. so, dari gambar yang saya tangkap tu saya leh tahu dekat mana yang saya rasa tak ok kan...kdg2 makeup ni dekat luar kita rasa ok dah, tapi dalam gambar tak. so nak nampak dua2 ok, kena pandai balance kan. kira untuk makeup ni saya fikirkan kepuasan diri sendiri. dah tak peduli apa orang nak kata kalau jadi ke tidak time wedding tu nnti.

So..ni antara salah satu  gambar yg saya ambik time saya belajar makeup sendiri dulu..



siap try pakai veil lagi nak tengok ok ke tak  makeup..kelakar betul..hehe

Dan ini lagi gambar ambk masa main2 conteng muka...


So, sejak 3 bulan tu bukanlah hari2 saya belajar makeup. dalm busy tu sempatla dalam 2 minggu sekali try2 makeup sendiri. Saya tak tunjuk dekat hubby (time tu bertunang) tapi saya tunjuk dekat adik & kakak saya sbb saya tahu diaorng takkan buat moral saya down. Siap kasi semangat lagi adalah...Tq my kakak & adik sayang!

Then...masa hari kenduri saya dah dapat keyakinan untuk makeup sendiri walaupun saya masih tak pro. Saya time makeup sendirik memang tak nak ada sebarang gangguan. so, saya kunci pintu bilik dan makeup sorang2. Rasa kalau ada orang duk tengok, saya tak boleh nak buat. Rupa, berserah aje. Tapi syukur sebab time wedding tu ramai yang puji hasil tangan saya walaupun cuma simple je pun. Paling best time nak gi makeup dekat butik untuk resepsi pun orang butik tu puji saya pandai makeup. cantik katanya. Gilerrr perasan time tu walaupun i tahu makeup i simple ok. sapepun leh buat. tapi disebabkan saya belajar dari bawah saya rasa bangga lak dengan diri sendiri. macam xcya yg saya leh buat benda ni.

so...tempek lagi hasil makeup wedding saya. sila jangan muntah. Hahaha...

Suka gambar ni sbb nampak shading muka yang saya buat. Gabungan blusher & shading sikit dekat pipi. natural. kira nampakla jugak cam shading walaupun tak pandai lagi kan..hehe









lepas dah pandai makeup ni, barulah saya rajin sikit makeup. Tupun sebab nak habiskan benda2 yang ada. kalau tak, rugi. Sekarang saya dah suka makeup berbanding dulu tapi haruslah yang  natural look kan. For me, kalau makeup sikit2 pun akan ada serinya. Untuk suami lagilah bagus berhias cantik ni even duduk rumah pun kan. hehe...

Ni entri untuk mereka2 yang request tips2 makeup dari saya dekat email & Fb. hehe...harap dah terjawab semuanya di sini. If ada soalan lagi, let me know. boleh email atau comment dekat bawah ni. saya akan jawab based pada experience sendiri yang seciput ni.


Tq for reading!