About Us

Thursday, November 14, 2013

Hasil Detail Scan Dekat Klinik Ajwa


salam semua.

Ingat lagi tak yang saya pernah bagitau yang saya nak buat detail scan. Bagi yang tak tahu apa tu detail scan ( anomaly scan) boleh refer SINI.

Last 2 weeks masa usia kandungan saya 23 minggu, saya buat appoiment dengan Klinik Ajwa untuk buat detail scan ni.

Time sonographer tu buat scan, baby tido tau. hehe...susah jugak nak kejutkan dia bangun sebab perangai dia sama macam abahnya, tak leh orang kacau time tido. Tapi sonographer tu pandai pujuk2 dia..so dia bangun. Sorry ye sayang ganggu time sayang tido. hehe..

Lama jugak ambik masa untuk detail scan ni. Rasa almost 40 minute jugak dekat dalam tu. Yang best, gambar lebih clear dari scan 2d biasa yang saya buat tiap2 bulan time check up. Boleh nampak jelas organ luaran &  dalaman baby macam buah pinggang dia, otak kanan & kiri dia..paru2 dia, jantung dia ( check ada lubang ke tak) & macam-macam lagi. Memang details sangat. Lagi satu bentuk uri pun nampak jelas selambak kot dalam perut ni. hehe...

Tapi sonographer tu cakap, kalau dalam 20 weeks++ kedudukan baby boleh berubah-ubah lagi. kepala pun tak semestinya duduk dekat bawah. Baby boleh pusing lagi. kalau dah 28 minggu tu patutnya uri dan kedudukan baby dah tempat yang betul la..

Alhamdulillah...result scan takde jumpa apa-apa yang abnormal pada baby buat masa ni. Harap bila dia lahirpun semuanya normal. In sha Allah...Doa saya & hubby semoga baby membesar dengan sihat dan selamat dilahirkan ke dunia. Amin...

Result detail scan hari tu..

Dapat 3 keping gambar scan hitam putih dan result detail scan.

organ dalaman baby. Alhamdulillah..cukup. Heart rate pun normal. 


Gender dah confirm!  Time scan baby tak sembunyi 2 pun tunjukkan gender dia..hehe..

Alhamdulillah..

Best buat detail scan dekat sini, tempat best, sonographer dia pun best. Lembut, baik sangat & pandai pujuk baby. Enjoy sangat tengok baby time ni. Tak sabar nak tunggu dia  lahir. Semoga semuanya dipermudahkan dan selamat. Amin..

siapa-siapa yang nak try wat detail scan dekat sini, harga dia RM 100. Korang akan dapat result dan CD gambar hasil scan baby.



Tapi kena buat appoiment la. Klinik dia dekat seksyen 7 shah Alam. Ada alamat & nombor telefon dekat gambar dekat atas tu.

Kalau nak buat detail scan & 3d4d sini RM 160. bagi saya murah sebab banyak klinik yang harga detail scan & 3D4D Dua ratus ringgit ke atas. Tapi saya buat detail scan je hari tu sebab baby kecik lagi. Lemak tak ada lagi. Paling baik buat 3D4D ni masa 28 minggu hingga 32 minggu sebab time ni baby dah ada lemak, so nampak gambar lebih jelas & comel. Itu kata sonographer . In sha Allah..bakal buat nanti untuk kenang-kenangan =)

Tuesday, November 12, 2013

Jom shopping online Di The Baby Store malaysia!


salam semua!

hari ni saya nak kongsi dengan korang pasal online shop yang ada jual macam-macam barang baby & mommmy! Yeay!!!



Baby Online Shop / Store - www.thebabystore.com.my

kedai bayi online yang dikenali dengan www.thebabystore.com.my yang operasinya terletak di Shah Alam, Selangor. Pada asalnya ianya dikenali sebagai Moms and Babies By RnH Collection tapi telah diberi penjenamaan semula ke TheBabyStore Malaysia pada August 2013.


Selain itu, The Baby Store Malaysia juga mempunyai laman fanpage dan instagram iaitu www.facebook.com/thebabystoremalaysia dan www.instagram.com/thebabystoremalaysia

Likes dan Follow laman fanpage dan instagram kerana akan ada pelbagai peraduan dan promosi akan diumumkan.

Anda boleh lawati Online Store ini di www.thebabystore.com.my





p/s: sekarang tengah ada sales tau dekat online shop ni. Banyak potongan harga untuk barang-barang terpilih. So apalagi jom kita serbu!

Saturday, November 9, 2013

Teaser: Veil baru untuk disewa.. ( in the making)


Alhamdulillah...
Bersyukur atas rezeki yang Allah beri dalam bidang sewaan veil ni. Sesuatu yang pada asalnya tak pernah terjangka dek akal fikiran.  Moga diberi kesempatan masa & cetusan idea untuk siapkan veil baru ni & dimurahkan rezeki. In sha Allah....


p/s: Dah lama x shopping bahan2 nak buat veil, sekali pergi banyak kedai feveret saya yang dah tutup & barang yang dicari dah tak dijual. Huhu...semoga dipermudahkan urusan kali ni.




Untuk sewaan sila klik di SINI

Kedondong oh kedondong!


Cerita lama tapi baru nak update dekat sini. Saya sejak dulu memang feveret sangat dengan buah kedondong ni tapi yang peliknya, saya just suka kedondong yang ada dekat rumah saya kat kampung sebab size dia besar, lemak2 manis masam, memang sedap ya Amat.  kalau tempat lain yang kecik-kecik tu bukan xsuka cuma kurang sikit.

Alkisah dah lama xbalik kedah, so time raya haji hari tu mak saya kirim buah ni dekat mak sedara saya yang balik kampung. Konon nak bagi saya surprise la..xkasi diorang bgtau awal2 nak bawak balik buah kedondong ni. Bila sampai dekat tangan, apa lagi kemain suka la saya. Baby pu  suka. kemain menendang lagi dia time makan buah ni. dekat utara kami panggil buah mera. hehe..

terima kasih mak!


dalam gambar nampak kecik tapi dekat luar memang besar tau

Friday, November 8, 2013

Thursday, November 7, 2013

Hasil Pertama shopping Barang baby!


Lambat sikit nak update pasal ni. hehe...beli masa preggy 5 bulan lebih. Tupun sebab tengah jalan dekat jusco sekali ada sales barang baby. so grab la 3 helai baju untuk bakal anakanda tercinta. Mula2 blurr jugak dengan husband nak beli barang apa. last2 fikir beli lah baju dulu sikit.

Gender baby walaupun time ni dah tahu, tapi rasa lagi selamat kalau ambik unisex kan  sebab saya xberapa yakin walaupun masa scan hari tu clear nampak gender dia. harapkan sekali lagi scan untuk lebih confident. hehe... kalau beli unisex tak kira girl or boy dua2 leh pakai.

So..ni hasil pertama shopping barang baby secara tak sengaja dekat jusco Bukit raja beberapa minggu lepas.




baju lengan panjang, lengan pendek & jenis lubang2...semuanya beli sehelai saja dulu.

Wednesday, November 6, 2013

sandal Mak Buyung


Makin bertambah berat badan, makin lenguh2 jugak bahagiaan kaki. Since dah tahu preggy memang xpakai heels yang rendah ataupun sandal yang seangkatan dengannya. lebih selesa dengan sandal yang rendah & paling penting comfort. Selalu saya suka pakai sandal yang BATA tu jenis yang comfit sebab yang tu selesa. jalan lama-lamapun xrasa sakit sangat. Tapi bila dah preggy ni, try jugak pakai brand lain macam LARRIE ni.. harga boleh tahan tapi yang penting selesa walaupun design cam classic sikit. cam orang tua2. hehe..





kalau setakat nak pergi pasar malam atau gerai2 dekat rumah, saya pakai selipar getah ni jer. hehe..selesa jugak! harga confirm2 la murah kan..hehe



kalau kaki dah bengkak macam gajah nanti xtaula sandal apa pulak nak pakai. hehehe..

Tuesday, November 5, 2013

Nak Bersalin Di mana? Survey Hospital


Saya pernah cakap dekat entri before ni saya & husband dah decide nak deliver baby dekat mana kan? Boleh rujuk entri SINI .since 4 bulan lagi kami dah mula fikir pasal dekat hospital mana nak bersalin. Sekarang ni dah masuk 6 bulan, lagilah kena fikir kan. Disebabkan rumah saya, parent saya & parent in law jauh2,..so mula2 memang pening jugak fikir. kejap rasa nak bersalin dekat kampung saya dekat Kedah, lepas tu husband suggest bersalin dekat kelantan..pening jugak memikirkannya.

Bersalin dekat kedah?

Memang ikutkan saya nak je bersalin dekat kedah. So, pilihan memang hospital Jitra ataupun Hospital sultanah bahiyah Alor star. kalau stay dekat rumah parent memang kena deliver baby dekat Hospital Jitra la sebab tu yang paling dekat. Kalau stay rumah kakak saya, memang dekat dengan hospital Alor star.

kalau hospital Jitra, kira dekat tu xlah dekat sangat. Dalam 30 minit jugakla dari rumah. Hospital ni xbesar sangat, hospital daerah kan. Tapi, suasana ala-ala kampung. Aman je rasa..banyak pokok.  wad pun banyak jenis memanjang ke belakang. Kena banyak jalan sikit la pelawat yang datang  sebab kebanyakan wad semua jenis satu tingkat. xde bertingkat-tingkat. Ada jugak saudara yang pernah bersalin sini, okla. Sayapun pernah kena tahan kejap masa keracunan makanan time awal preggy dulu dekat sini. Time tu doktor & nurse memang ok & baik. xjumpa lagi yang garang. kalau ada yang garang2 pun standardlah kan....hospital goverment, xleh expect layanan first class, bayarpun murah kan. Tapi kalau kes emergency, hospital Jitra ni selalu refer ke hospital Alor star.



Setakat review saudara & kakak saya yang bersalin dekat hospital sultanah bahiyah ni memang ok la. Even nurse dan doktor pun baik2. kakak sayapun tak pernah dapat pengalaman xbest dekat sini. Hospital baru, semua facility lengkap & ward pun selesa.



Tapi yang xbest, mak saya belum pencen time EDD saya nanti. EDD saya hujung bulan 2, tapi mak saya pencen dalam bulan 7. So, rasa xde yang boleh jaga saya berpantang sepenuhnya time ni kalau saya nak berpantang dekat kampung. kakak saya dulupun berpantang rumah mak mertua dia. Huhu...sebab weekend aja mak saya boleh jaga sepenuhnya. Kalau saya stay rumah kakak saya, In sha Allah dia boleh jaga sebab dia full time housewife tapi saya segan nak susahkan abang ipar saya nak hantar gi hospital time saya sakit nak bersalin. Huhu...segan walaupun dia memang senang nak mintak tolong...Satu lagi sebolehnya, saya nak husband saya ada time saya nak bersalin. tak dapat masuk sekali dalam labour room pun xpe janji dia ada time tu. Kalau plan nak bersalin dekat kedah, kena ambik cuti awal utk balik kampung. tapi saya ni keja swasta, manalah banyak sangat cuti. Cuti bersalin pun 2 bulan. sayang nak ambil cuti bersalin awal sangat sebab takut dah balik kampung pun bersalin lewat dari due date. Sebab experience mak & kakak saya anak sulung masing2 lambat seminggu dari EDD deliver baby. So, saya takut sayapun macam tu jugak. So, terpaksa cancel plan untuk bersalin dekat Kedah.

Bersalin dekat kelantan?

Kalau dekat kelantan husband suggest deliver baby dekat HUSM ( semi gov hospital). Satu sebab mak mertua saya semua anak dia bersalin dekat sini dan service Alhamdulillah ok. Satu lagi sebab dekat dengan rumah dia dekat kampung. Husband cakap sini banyak doktor pakar. kekadang kes emergency dekat hospital Kuala terengganu atau Kota bharu pun tolak dekat HUSM.


kami fikir if ada apa-apa komplikasi pada saya & baby, at least dekat hospital ni facility cukup. pernah baca kes mommy yang bersalin dekat hospital swasta, koma then transfer dekat hospital ni. Tapi masalahnya sama macam dekat kedah. Saya kena ambik cuti awal, dan takut kalau xbersalin on due date, cuti xder dah. Satu lagi husband xde time tu sebab dia mesti kena balik shah Alam untuk kerja. Takut ambik cuti banyak2, saya xjugak bersalin lagi. Tapi sebolehnya memang la mintak nak bersalin bila cukup masa, tapi apa jadi ke depan, mana kita tau kan. Saya pulak segan nak menyusahkan mak mertua untuk jaga time berpantang. memang segan sangat walaupun dia memang baik sangat2.. Huhu..So, terpksa cancel  plan nak bersalin dekat Kelantan.

Bersalin dekat Shah Alam/Klang/ KL?

Ni memang last choice la. nak tak nak memang kena bersalin dekat sini. First, sebab tak perlu ambik cuti awal sangat untuk balik kampung. Second, in sha Allah husband ada & boleh jaga kalau bersalin dekat sini. Third, sini pun banyak hospital yang boleh pilih tak kira swasta, semi gov or gov. Apa-apa kena survey jugak. Banyak faktor yang kena di ambil berat bukan faktor layanan/ service semata-mata. kena ambik kira facility yang cukup & canggih, kemudahan doktor pakar, kes2 emergency pada ibu & baby, hospital leh cover ke tak dan macam2 lagi..Sebab ini pengalaman pertama, anak sulung so saya dan suami memang kena betul2 wat pilihan. Selebihnya doa & tawakal semoga pilihan kami tu betul.

Shah alam ni memang banyak hospital swasta. kalau government, tengah construct lagi. kalau government hospital yang bakal siap tu senang, dekat sesangat. dari rumahpun boleh nampak bangunan hospital tu. tapi xsiap lagi..so kena cari hospital lain. Hospital klang? Sebolehnya saya tak nak. Banyak sangat pengalaman xbest masa melawat sedara & kawan sakit dekat sini, Baca review pun banyak yang horror je. lagipun sini crowded sangat. semua orang serbu ke sini, kekadang katil sampai xcukup. Nak bersalinpun siap kena tunggu atas kerusi sebab katil penuh.

Satu lagi, husband saya keja GLC, so memang ada peruntukan untuk maternity cost cuma ada limit la. lepas tu sebolehnya kena cari hospital panel. so, dekat shah Alam cuma ada dua je panel hospital .

1) KPJ Shah Alam


baca review banyak yang ok dari tak ok. Cost untuk bersalin normal pun harga affordable. Tak mahal sangat. kalau kena top-up duit sendiri dalam 2k-3k pun in sha Allah masih dalam kemampuan. Tapi yang xbest harga czer memang mahal sungguh. kalau elective czer ( kes czer yg awal2 tahu memang xleh bersalin normal) pun cecah 8k. Itu kalau kita dah tahu..kalau yang emergency saya baca pernah cecah sampai 10k ++. ada jugak yang kena sampai 12k. masha Allah...memang tak mampu la. terus terang cakap.  Sebab anak sulung memang takleh agak ada kemungkinan tak yang akan kena czer. Sebolehnya kita nak normal, semua nak normal delivery kan, tapi kalau tetiba kena czer, kena fikri jugak faktor kos yang mahal tu. Itu belum campur lagi kalau tetiba anak ada problem ke, xpasti hospital ada kemudahan untuk kes2 yang kritikal & emergency ke x. Kos? mesti lagi lebih. ngeri fikir pasal cost ni. Sebab selalu  hospital swasta banyak yang akan refer ke government hospital bila kes emergency yang diorang xleh cover. Tapi untuk normal delivery, sini memang ok. cuma saya kena fikir jugak faktor lain mcm in case kena czer, anak & saya ada apa2 masalah.....

2) Hospital Columbia Asia



yang ni kalau dekat shah alam, xdapat banyak sangat review tapi kalau yang dekat puchong banyak yang cakap ok. even check up pun ramai yang datang sini. Tapi masa saya buka website hospital dia dekat shah Alam, banyak doktor non muslim, saya x nakla. rate bersalin normal lebih kurang sama dengan hospital swasta lain cuma untuk  czer xpasti. tapi jarak dari rumah nak ke sini tak dekat sangat , saya tak tahu kenapa saya tak berapa minat nak bersalin dekat sini.

Untuk anak sulung, kawan2 yang dah jadi ibu banyak suruh saya refer hospital government atau pun kalau nak gi swasta, pilih  hospital yang besar2 . jangan ambik hospital yang kecik2 sebab takut facility tak cukup. doktor pakar kurang. kalau jadi pape kes emergency kes, takut diorang xleh cover dan selalu memang akan refer government hospital jugak. Kalau sempat Alhamdulillah..kalau xsempat tu yang takut. Tapi, benda macam ni kena doa banyak2 mintak dielakkan. moga klu ad emergency pn semuanya selamat.

 Entahlah..walaupun orang cakap hospital government layanan xbest, tapi dari segi kelengkapan facility, kepakaran diorang handle kes2 emergency memang kebanyakkan hospital swasta xleh nak challenge. Cuma yang letih bab menunggu sebab ramai orang ataupun layanan kurang mesra. Tapi goverment hospital dekat dengan tempat saya cuma hospital klang yang crowded sangat tu, review banyk xok dari yang ok, so terpaksa cari hospital lain. contohnya macam semi government hospital. Separuh swasta, separuh government.

So..saya decide nak gi semi government hospital saja. In sha Allah...Pilihan saya nak deliver baby dekat sini.

Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM)


kenapa PPUM?

sebab sini facility untuk ibu bersalin dan baby cukup. Satu lagi, kalau kes emergency untuk baby macam masalah pernafasan & lain-lain kes, in sha Allah sini ada kemudahan untuk semua tu. Orang cakap sini banyak pakar kanak-kanak & O&G. Hospital pakar kanak-kanak yang hasil idea Datin sri rosmah mansur pun nak buka dekat sini.  Oh ya, satu lagi sini wad bersalin dia dah tukar bangunan baru tau, memang cantik dan selesa.

PPUM ni kalau ikut xde dekat manapun dengan shah Alam. tapi tu je semi gov hospital yang paling dekat dengan saya. kalau HUKM jauh. HUKM husband dibenarkan masuk tapi PPUM xboleh. Huhu....ni yang tak berapa best. ada yang cakap PPUM ni boleh request doktor perempuan cuma caj dia lebih sikit. Dari segi lokasi dari tempat kerja saya dengan husband memang dekat jer cuma dari rumah je jauh sikit. kalau sakit dekat tempat kerja, senang jugak. PPUM xjauh. hehe...Kalau kena sakit nak bersalin time pagi2 orang nak gi keja tu yang parah. federal highway kn jammed teruk. Huhu..kena pujuk baby ni suruh keluar time weekdays malam je takpun weekend aje. Boleh x baby? hehe..

Bila baca review, ada yang cakap ok. ada yang cakap so-so je tapi pengalaman kawan kawan baik & officemate saya bersalin dekat sini Alhamdulillah ok. Kalau baca review hospital swasta yang best2 pun ada jugak cakap service xok, ada yang ok. yelah tiap orang pengalaman xsama kan. Ada bahagian masing2. sakit bersalin pun xsama. keadaan anak pun xsama. Tak boleh nak expect lebih2 sebab situasi kita masing2 xsama cuma apa yang jadi dekat orang lain kita wat panduan.  kawan & officemate ramai  recommend saya pergi sini. Saya belum booking lagi. Rasa dalam 7 bulan macam tu baru nak gi booking. kalau dah berjaya booking & check up dekat sini baru saya story k. Harap2 semua dipermudahkan sepanjang pregnancy journey & anak & ibu selamat.

In sha Allah..


Monday, November 4, 2013

Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah


Kita dah makin menghampiri permulaan baru tahun hijrah. Jangan lupa baca doa akhir & awal tahun. Semoga amalan kita pada tahun ni diterima dan tahun baru menjadikan kita insan yang lebih baik.


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa AWAL TAHUN :
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1435.


Friday, November 1, 2013

Detail Scan ( anomaly scan)- Apa yang patut mom to be tahu?

Sekarang ni dah 23 minggu ++ dah hampir sangat nk masuk 24 minggu. Dah mula terfikir untuk buat 3d/4d scan tapi rasa macam awal pulak  sebab ramai yang suggest 28 minggu nanti baru buat. Sebab time tu baby dah besar sikit dan dah berlemak. So, gambar lebih clear & cantik. Tapi.....keterujaan untuk buat 3d/4d scan belum tahap maksimum tapi keterujaan nak buat detail scan dah tahap maksimum walaupun sebenarnya dalam hati takut jugak. sebab waktu terbaik untuk buat detailed scan adalah antara 18-24 minggu. Saya dah tanya doktor kalau nak buat detail scan better buat sekarang sebab time ni baby aktif gerak, xbesar sangat dan mudah nak check detail & kesan ketidaknormalan pada bayi.

So, sini saya letak maklumat yang saya dapat tentang Detailed Scan:

Apa itu detailed scan?

Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.

Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?

Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Detail scan ini jugak dapat mengesan kecacatan bayi seperi kecacatan muka seperti mengesan sumbing, struktur kecacatan jantung, organ-organ bayi seperti kaki & sebagainya. Namun, scan ini hanya boleh mengesan 70-80% kecacatan fizikal bayi tetapi bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.

Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?

Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:
  • Anencephaly ( tiada otak )
  • Exomphalos/gastroscisis – masalah perut
  • Spina bifida- masalah saraf tunjang
  • Diaphragmatic hernia
  • Hydrocephalus- air berlebihan dalam otak
  • Masalah buah pinggang
Dan lain-lain
Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom bukannya fizikal bayi.

Bolehkan scan menentukan jantina anak saya?

Sepatutnya pada masa ini jantina bayi sudah dapat ditentukan dengan jelas.


Kira detailed scan ni boleh check part yang dalam2 badan baby la kan..

Saya memang nak sangat2 wat detail scan ni sebab nak tahu tahap kesihatan baby, kesempurnaan tubuh badan baby & juga lain2 abnormality yang boleh dikesan dari peringkat awal. sekarang ni zaman serba canggih, since dalam kandungan lagi dr boleh detect apa2 yang tak normal pada baby.

Ok..saya bukan mintak nak anak sakit, xnormal, xsempurna macam orang lain. Tiada perkara lebih indah kalau ibu bapa tahu anak dia sihat, sempurna sifat & membesar macam anak-anak yang lain. Tapi kalau perkara macam ni terjadi, saya & husband harus bersedia untuk terima. At least dari segi mental &fizikal. Macam tu jugak kewangan. In case kalau jadi apa-apa, kami boleh ambik langkah awal, planning untuk perkara seterusnya. Dan ada juga perkara abnormal yang boleh dirawat awal oleh doktor ada jugak yang memerlukan rawatan selepas dilahirkan. Tapi kalau kecacatan kekal, mungkin peluang tu tipis. Sebab tu xsalah kita tahu awal, at least kita bersedia bila baby lahir apa rawatan yang patut dilakukan. Dari segi kos, penjagaan & so on. Semua tu doktor akan bagi penerangan nanti.

Detailed scan ni dengar macam takut. Ada orang cakap tak payah buat sebab kalau kita tahu hal sebenar kita akan sedih, tapi bagi saya normal atau tak dia tetap anak kami. Persediaan tu perlu dari segala sudut. Scan ni bukan semata-mata seronok tengok baby dalam perut tapi jugak nak tahu perkembangan bayi, tumbusaran dia macam mana. Sebagai parent, memang kita nak yang terbaik untuk anak kita since dia dalam kandungan lagi.

Dah buat appoiment dengan klinik esok. Berdebar sangat. Semoga segalanya baik-baik saja & diberi kekuatan untuk terima sebarang kemungkinan. In sha Allah...

Untuk lebih penerangan tentang detailed scan boleh rujuk SINI

Wednesday, October 30, 2013

Hidup “Di Bawah Kemampuan” Bukan “Ikut kemampuan”


Baru jumpa ayat best ni semalam time blogwalking pasal2 bab kewangan. Macam yang saya cakap dalam entri lepas2 dalam  blog ni, tahun 2013, di usia 26 tahun barulah saya rasa yang saya celik sikit bab-bab kewangan ni. Baru nak serius dalam menyimpan, serius dalam berbelanja & serius dalam pelaburan. Sebelum ni setakat ala kadar, fokus simpan duit tu banyak untuk capai matlamat sendiri, contoh macam simpan sebab nak kawen, nak beli kereta. Menyimpan untuk benda yang belum nampak tu memang takde kesedaran pun. Maybe sebab baru keja dalam setahun dua, so masih bertatih pasal financial planning. Takpe, xde istilah terlambat untuk sedar. Lebih baik sedar dari tak jugak sedar2 kan? Jom nak share dengan korang apa yang saya dapat dari blogwalking semalam!

Selalu kita guna ayat “ikut kemampuan” kan bila cakap tentang cara kita berbelanja. Tapi the best things, kalau kita mampu untuk tukar “ikut kemampuan” tu pada “bawah kemampuan”.  Nampak pelik kan ayat ni?
Macam mana tu?

Maksudnya, kalau kita mampu untuk pakai kereta besar yang bayaran bulanannya cecah ribu ringgit, kita downgrade untuk pakai kereta sederhana yang bayarannya dalam ratusan saja bulanan. Lebihan dari duit tu kita simpan atau laburkan. Satu lagi kalau kita mampu pakai baju branded, tudung branded yang harga memang tentu2 mahal, kita downgrade kan pakai baju yang sama jugak kualitinya, tapi harga jauh lagi murah. Kalau kita mampu untuk buat majlis dekat hotel mewah, apa kata kita tukar buat saja di dewan yang harga sewanya jauh lebih murah. Walaupun pada dasarnya, kita “mampu” untuk buat semua di atas tapi cara terbaik untuk berbelanja & gandakan simpanan adalah berbelanja di bawah kemampuan. Means, kalau mampu bayar 1200, kita turunkan sikit pada 900 je ke? So kita dah jimat 300 dekat situ. Kalau ikut kemampuan kita berada betul2 di garisan kemampuan kita kan? Mungkin jugak kita xleh berjimat sangat pun dengan cara hidup macam tu. Ada benda yang patut di upgrade, ada benda yang patut di downgrade. Downgrade cara hidup yang selalu berbelanja secara boros & upgrade kan simpanan & pelaburan kita.

Hah, ni yang saya dapat belajar semalam. So, lepas ni kena praktik la apa yang saya belajar ni. Oh ya! Lagi satu ayat yang selalu saya pegang sampai sekarang, “ Tak pentingpun berapa banyak pendapatan kita dapat, yang penting berapa yang dibelanjakan & yang berjaya disimpan”.  So, kalau sikit ke banyak ke xpe, yang bezakan kita cara kita berbelanja & berapa banyak yang kita leh simpan.


harap-harap kita dijauhkanlah dari benda-benda macam ni.....hidup yang dikelilingi hutang sampai hadapi masalah kewangan yang kronik & jadi muflis.




Tak kisahlah apa orang nak cakap, pakai baju xbranded, keretapun biasa, rumah biasa..semua biasa2 aje . X macam orang berduit. Takkan itupun xmampu beli kan?  Xpe2….apelah sangat kata orang kan? Yang menanggungnya kita. Yang nak membayar segala bagai tupun kita bukannya orang yang kata tupun kan. Kena fikir jugak belanja sebab nak tunjuk dekat orang, nak orang puji or kita belanja ikut keperluan, bawah kemampuan kita? Yang penting kita rasa senang je hidup tak sesak kepala pikir hutang yang berkepul2 nak kena bayar setiap hujung bulan. Orang hanya Nampak yang “kasar” depan mata, kereta mewah, rumah mewah, barang2 mewah tapi perkara “halus” macam hutang piutang, asset & simpanan bukan org tahupun kan. So, jangan judge kewangan seseorang hanya berasarkan apa yang kita nampak.

Jom sama-sama ubah cara hidup!


Makanan Sunnah Rasulullah SAW


Jom sama2 amalkan!



Monday, October 28, 2013

BFF: Kami selalu kongsi “rasa& perasaan” yang sama. Memang betul lah kawan baik!


Pagi tadi topic dekat hotFM pasal kawan baik, buat saya jadi rindu sangat dekat BFF saya yang jauh di mata. Oh..rasa dah lama xcerita dekat sini soal BFF saya time dekat UiTM dulu. Kawan yang kekadang orang anggap kami cam belangkas. Ke hulu ke hilir sama2. Pantang salah sorang jalan seorang or dengan orang lain mesti orang akan tegur tanya mana yg lagi sorang tu? Hehe..Kadang2 naik penat menjawab sebab orang fikir kami memang xleh duduk jauh2. Tapi memang betul kot sebab kami start duduk jauh bila dia kawen. So, rasa kosong tu ada. Awal2 nak berpisah tu memang sedih jugak tapi sekarng Alhamdulillah dah ok. Maybe sebab masing2 dah ada suami, ada tanggungjawab lain tapi yang penting kami xpernah lost contact. Selalu contact each other even dah lama xjumpa pun. Last jumpa maa bulan 5 hari tu. In sha Allah next month plan nak jumpa dia dekat Kemaman..rindu sesangat kat dia!


Oh..bercakap tentang BFF saya tu kan, bila ingat balik memang banyak persamaan & kebetulan dalam hidup kami. Suami kami masing2 dari universiti yang sama, UTM. then, diorang pun punya tarikh lahir yang hampir sama. Husband saya 23hb 10, husband dia 22hb 10. memang kebetulan! time berkawan dulu, kira saya & BFF saya ni memang berhubung dengan husband kami tu jarak jauh la. Maybe sebab tu kami rapat sangat kot sebab time belajar banyak spend masa dengan dunia sahabat. Then, kami sama2 bertunang dengan pasangan kami tahun yang sama ( 2011), berkahiwin pun tahun yang sama ( 2012), selang 2 bulan lebih je tarikh nikah kami walhal kami xpernah plan pun nak tunang dekat2, nikah dekat2. hehe....Yang tambah seronok masing2 pregnant masa tahun 2013. Tupun selang 2 bulan je. Ya Allah..sungguh banyak kebetulan. lepas saya tahu saya  pregnant, 2 bulan lepas tu dia pun pregnant jugak. teringat lagi time asyik duk sms, tnay khabar, sibuk tanya " dah ada berita baik ke?"..hehe..selalu kongsi tips& petua sama2. Tapi kami xstress pun bila orang cakap kami lambat jugak mengandung. Itu semua kan ketentuan Allah. Bila tahu kami sama2 preggy terus sedara & kawan terdekat cakap, " korang berdua ni..nak jugak pregnant time yang sama!" hehe..

Before tu kami dah plan & booked tiket flight untuk ke Medan bulan 2 tahun depan. Konon nak spend masa dengan kawan & husband masing2 la..tup, tup bila perut dah membuncit terpaksalah cancel. saya ingat ke dia boleh gi, tapi rupanya dia pun tak gi jugak. hehe..masing2 duk membawa perut. Tapi saya memang suka sangat2 bila tahu dia pregnant. Tapi masa awl2 dia pregnant tu saya suruh dia diam2 dulu sampaila dah cukup 3 bulan baru bagitau orang. Ingat dulu, time nak tunang, sibuk kongsi cerita bab tunang, dah  nak kawen, kongsi cerita & perasan nak kawen, bila dah kawen, mcm2 jugak ceritanya..hhehe..dan sekarang cerita bab pregnancy & barang baby pulak. Tapi dulu2 kalau kiteorang ada masalah ke, sedih ke mmg selalu kongsi sama2. Sekarang dah bersuami pun best jugak sbb husband kiteorang pun sama2 kenal, boleh lagi join bila kiteorang nak jumpa. So, bagi saya dalam berkawan jangan letak perkahwinan tu sbg jurang besar. As long pasangan kita faham & dia pun leh kawan & terima shabat kita In sha Allah ok.

In sha Allah..kami bakal bergelar ibu pada tahun yang sama, 2014. BFF! Memang indah bila kita selalu kongsi rasa yang sama dengan dia. Kongsi suka, duka dan segalanya dengan dia even dah kawen pun. Harap hubungan ni akan kekal sampai bila2. 

Saturday, October 26, 2013

Bila Patut Beli barang Baby?


Dah nak genap 23 minggu dah usia kandungan sekarang ni..so memang rasa patut prepare dah sikit barang-barang baby. Tapi bila baca dekat internet/ forum mostly cakap bila kandungan 7 bulan ke atas baru beli. Takut jadi apa-apa yang tak elok. Asalnya, saya memang plan nak prepare barang baby masa dah cukup 6 bulan means dalam 24 weeks tapi bila fikir2 balik rasa xde masalah kot kalau dalam 5 bulan lebih dah beli sikit-sikit. Bukan apa, kalau dah time jalan-jalan dekat shopping Mall, sekali dah ada  sales barang baby, xkan tengok je kan? kalau ikut mak & mak mertua saya xkisahpun..kalau 5 bulan lebih nak beli pun ok dah. officemate pun cakap benda yang sama. Beli sikit2 supaya taklah teruk nak mencari barang time dah sarat nanti. Dari segi kewangan memang kami berdua  dah menabung awal. Since tahu pregnant mmg dah wat saving untuk baby every month, bukak akaun bank lain khas untuk baby jer. Orang tak kaya cam kami ni haruslah menabung dari awal, kalau hujung2 pregnancy baru menabung memang leh naik semput jugak. hehe...

Bila patut beli barang baby?
Kalau ikut cakap orang tua dulu2 memang time 7 bulan baru start beli sebab takut kalau pape jadi dekat kandungan si ibu sedih tengok barang2 baby yang dah beli. Satu lagi takut meroyan..Yelah..siapa nak benda tak elok jadi pada kita & kandungan tapi saya percaya pada "kun Fa Ya Kun"..kalau Allah berkehendakkan sesuatu tu terjadi, tetap akan terjadi tak kiralah masa tu dah 7 bulan, 8 bulan, 9 bulan.... Ia tetap terjadi tak kira walau macam manapun keadaan kita, bersedia atau tak. Rezeki tu ketetentuan Allah. Ujian & dugaan pun setia menanti di mana saja. Apa yang kita ada sekarangpun semua pinjaman sampai masa akan di ambil semula. Cuma bila tu wallahualam..Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bila ingat balik time mak saya  lahirkan arwah adik2 saya yang kembar dulu buat saya lebih yakin yang setiap sesuatu tetap akan terjadi kalau itu ketentuan Allah tak kiralah apapun perancangan manusia. Adik2 kembar saya meninggal masa dilahirkan. Ikutkan cakap doktor boleh selamatkan seorang tapi ketentuan Allah, takdirnya dua2 tak dapat diselamatkan. Tapi mak saya redha..sebab dia tahu Allah lebih sayangkan adik-adik saya. Syurgalah tempat mereka berdua. Sedih memang sedih tapi siapa kita nak lawan ketentuan Allah?

Sekarang ni malas nak fikir terlalu negatif, takut effect baby jugak. Always think positive dan percaya pada rezeki. Selalu berdoa semoga Allah lindungi anak ini, sihatkan dia, mudahkan urusan untuk saya lahirkan dia ke dunia. Memang besar sangat hasrat mahu menjadi ibu buat si kecil di dalam rahim ni.. Naluri ibu tu dah kuat sangat dalam diri. Sayapun tak yakin yang saya kuat kalau pape terjadi tapi apa yang mampu sekaang teruskan berdoa mintak yang terbaik. So, saya memang nak start beli sikit2 walaupun kandungan baru 5 bulan lebih sebab saya ada alasan sendiri. Nanti next entri saya story k?

Bila korang start beli barang baby ye?

Ikutkan pihak hospital, patutnya masa dah 28 minggu barang2 asas untuk ibu & baby dah patut siap sedia dalam bag dah sebab takut kalau tetiba bersalin awal ( premature baby). kalau boleh mintak dijauhkanla....tapi xsalah kan kalau kita bersedia dari awal dari kelam kabut last minute if pape terjadi? saya pun tak tinggal dekat dengan family. Family sendiri dekat kedah, family mertua dekat kelantan. First pregnancy, nak sambut anak sulung memang banyak yang tak tahu.

List barang baby dah prepare dah masa 4 bulan lebih. since 4 bulan lebih memang takde lagi keinginan tahap maksimum nak beli barang baby, cuma ada jugak survey2 harga dengan hubby. Tengok dan congak sendiri berapa peruntukan untuk baby & mommy masa melahirkan nanti. Tapi masuk 5 bulan lebih ni excited tu memang dah lebih sangat..hahaha...giler geram tengok barang baby yang kiut miut! itu belum campur lagi keterujaan tengok barang baby online. comel sesangat kot...

Pendapat korang macam mana?

Wednesday, October 23, 2013

Orang bunuh orang macam bunuh nyamuk je sekarang ni


Baru baca cerita budak form 3 kena bunuh dgn teman lelaki. Mayat mangsa kena sumbat masuk dalam beg lepas tu buang dalam semak. Huh…kejam! Memang kejam! Senang je kan bunuh anak orang. Sekarang ni bunuh orang dah macam bunuh nyamuk. Memang xde perasaan. Tupun nyamuk ada gak rasa xsampai hati nak bunuh. Kalau kena gigit  barula pasang ubat nyamuk ke apa. xpun berkelambu. Tak jugak sanggup nak bunuh pakai tangan. Tapi ni orang kot yang kena bunuh tu!

Hari tu kes bunuh orang pakai tembak-tembak punya style. Dah macam zaman cowboy dah gayanyer. Kejap2 kes  orang mati kena tembak. Selang dua tiga hari ada jer yang kena tembak. Macam bermusim pun ada. Kejam..memang kejam. Rasa orang yang buat keja ni semua jenis xde hati perut. Sifat kesian tu secalit pun xde dalam diri. Apela nak jadi sekarang ni? Jenayah bersepah..bunuh orang merata-rata. Tak suka je bunuh! marah ke benci je bunuh! Jealous je bunuh! Huh! Macam best je bunuh orang tu kan?


Memang mintak dijauhkanla benda2 cenggini jadi dekat kita semua. Berdoa selalu pada Allah semoga sentiasa dilindungi dari orang2 jahat & khianat ni. Takut dengan keadaan sekarang. Tak selamatpun nak ke sana sini, semua tempat ada orang jahat . kita je tak tahu yang mana yang jahat kan. Nauzubillah..mintak dijauhkan dari mereka2 ini..

Monday, October 21, 2013

Genap 3 Tahun Sudah Berblogging


Hari ni genap 3 tahun usia blog ni. kejap je kan masa berlalu? rasa macam baru2 sangat start godek2 blog ni masa mula2 nak buat blog sendiri. Sampai sekarang ni masih lagi aktif. Tapi xtahula sampai bila. Hehe..sebab tulis blog, blogwalking ni benda xleh paksa..kalau suka buat mmg akan buat kan melainkan kalau dah xde masa or xde mood kan.

Teringat dulu-dulu masa mula ada blog seronok bila ada follower walaupun xsampai sepuluh orang. Tambah suka kalau ada orang visit blog walaupun pageview sehari xsampai 50 pun. Hehe..kelakar bila ingat balik. Satu lagi excited kalau ada orang komen dekat blog. Sibuk nak pin kan blog dekat ruangan geng blogger la..faceblog la sebab nak orang baca entri. Tapi tu dulu la..masa 3 tahun yang lepas. Bila dah setahun berblog jadi xkisah dah berapa orang nak follow, berapa orang nak baca blog ni sebab saya sedar yang saya menulis sebab saya suka bukan sebab nak orang baca blog saya, nak orang follow saya ramai2, nk popular kan...letihla kalau asyik fikir macam mana nak up kan traffic blog. lagipun saya fikir kalau follower ramaipun kalau orang tak nak buka blog kita, same je macam xde followers kan.  baik buat macam biasa, tulis apa yang saya nak tulis, berbalik pada tujuan asal kan. Lagipun pembaca blog bukan semua datang dari followers. Ada jugak visitor dari luar. Pasal follower, traffic tu akan meningkat sendiri kalau orang suka baca blog kita. ( ada ke yg suka? entahlah!  hehe...). Ikut saja niat asal, kenapa saya berblog? sebab saya suka tulis kan..so tulis je seikhlas hati. Hal2 lain kalau ada rezeki datang kemudian.  Dan lepas dari tu memang followers & visitor meningkat sendiri sikit demi sikit tanpa perlu saya promote pun blog ni. kalau orang nak ikut or baca dia akan buat tanpa perlu kita cari or paksa diaorang kan? lagipun cerita tentang personal life bergantung pada orang jugak dia nak baca atau tak.

Selama 3 tahun ni saya dah cukup bersyukur & puas hati apa yang ada. Ada ramai kawan2 blogger, banyak tingkatkan ilmu pengetahuan dengan blogwalking & paling penting antara blogger akan kongsi minat yang sama. minat berblog! ye tak? so entri yang naik dekat blogger home takde sapa yang paksa nak baca. If nak baca, klik. Tak nak, xpe. so..kita ada pilihan dekat situ. Hak masing2, minat masing2..  Entahlah..antara semua media sosial yang ada saya paling suka blogger. Maybe sebab perangai sendiri yang suka menulis kot. Tapi tetap ada batasnya kan. Ni dah kira diary online. Ada masa saya akan baca balik entri saya yang lama2. Ingat balik apa yang jadi dulu2....

So, bila dah genap 3 tahun ni, nak jugak review sikit2 perkembangan blog menjaring impian ni.


selama 3 tahun total pageviews baru capai 851, 983. Mungkin bagi orang lain sikit sebab 3 tahun baru nak capai angka macam ni tapi bagi blog kecik macam saya ni, kira happy sangat dah.  total posts pun dah cecah 537 ( termasuk entri yg korang tengah baca ni). Kadang2 pikir macam boleh buat novel dah..banyak sungguh saya merapu dekat blog ni sampai dah 500 lebih entri. Followers tak ramai mana, selama 3 tahun baru ada 771. belum lagi cecah ribu macam orang lain tapi saya hargai sangat2 kawan2 yg sudi follow blog kecik saya ni walaupun entri saya tak ada apa yang lain dari orang lain. cerita life sendiri.Patutnya kan, kalau dah 3 tahun, entri dah beribu ribu tau..ni baru 500 lebih sbb xupdate tiap hari. ikut mood jugak.rasa makin tahun makin merosot jumlah entri. compare dgn tahun lepas, tahun ni paling xbnyk taip entri.

Cakap tentang post yang popular sepanjang 3 tahun ni....yang tinggi semuanya bab2 kawen hari tu. Saya mengaku yang cerita2 bab kawen & time jadi b2b banyak sangat sumbang traffic dalam blog ni. Then, dari entri2 nilah saya dapat rezeki sewakan veil pada b2b yang lain. Alhamdulillah...




3 tahun hasil blogging dengan Nuffnang pun Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang ada. Memang la tak sampai jadi kaya raya or sampai leh buat side income every month, tapi dapat merasa sikit sebanyak hasil blogging pun dah kira ok sangat dah bagi saya. lagipun, sesuailah dengan tahap blog kecik ni. Rezeki sikit atau banyak tetap rezeki.

 Paling penting, saya rasa seronok kenal blogger2 lain..jauh di mata, tak pernah jumpa tapi dekat di hati ok!  ewah ayat!hehe...kita xpernah jumpa tapi saling ambik tahu perkembangan masing2. Rasa happy sangat kenal korang semua tau! share & tukar pendapat masing2 bila ada apa2 isu. Kawan2 alam maya kan..

Terima kasih buat semua pembaca blog saya! Tanpa korang apalah yang ada pada blog menjaring impian ni.


Sunday, October 20, 2013

Pregnancy Check Up: 5 bulan


Sabtu minggu lepas gi pregnancy check up untuk 5 bulan dekat Klinik Ajwa. Macam yang disangka, berat badan naik lagi. extra 1 kg dari yang dibenarkan. Huhu..tapi kira ok la kan sebab bulan lepas extra 2 kg. Kira kali ni sikit jela naiknya. Tapi kan, saya rasa time timbang tu saya baru sangat lepas lunch dengan hubby. maybe berat tu jadi extra sikit kot ( xnak jugak ngaku dah terlebih demuk. huhu..) So, next appointment kena minum air gula. Satu lagi doktor suruh saya stop minum susu. ganti dengan pil kalsium. Nak pantau berat badan saya lepas ni. Sebab doktor cakap ada setengah pregnant woman bila minum susu berat dia naik mendadak. So, try stop dulu. Tapi kekadang saya minum jugak susu tapi kuantiti sikit la...

Yang lain semua ok, berat badan je yang tak ok. Hm..since lepas kawen pun berat badan dah naik mendadak, time preggy ni memang dah tersedia overweight la kan. Entah, kekadang malas nak fikir, nak stress sangat. enjoy je pregnancy life. Nanti lepas bersalin baru nak pikir camne nak kurus balik. Ada harapan ke nak kurus balik macam time before kawen tu? hehe....itu kena tunggu lepas deliver baby nanti la nak tau berjaya ke tak.

Time scan baby hari tu Alhamdulillah..baby gerak2. hehe..suka2!!! sebab masa bulan lepas dia tido kan. kejutkan pun dia xnak bangun. Tapi kali ni awal2 lagi pesan dekat baby jangan tido. Mama & abah nak tengok sayang. Siap asyik tayang muka dia je sampai doktor nak ukur lilit kepala pun susah sebab dia asyik mendongak. Duduk tak diam. Semua part dia nak tayang muka..hehe. Moga jadi anak yang baik & mendengar kata ya sayang! owh..satu lagi, gender baby dah tahu. Time ni nampak jelas dan doktor siap confirmkan lagi. Abahnya dah over excited bila tahu gender baby. Saya? Mestila suka tapi apa-apapun tunggu check up 6 atau 7 bulan nanti untuk lebih double triple confirm. hehe...Time ni doktor check paras air ketuban penuh, kira ok la. Then, yang tak berapa nak best uri saya tak naik sepenuhnya. Kiranya duduk antara bawah ngn atas. hari tu scan 4 bulan dah naik, maybe sebab banyak angkat benda berat kot, ke hulu hilir dengan drawing semua time keja, berat jugak kot..tapi doktor cakap takpe sebab baru 5 bulan. masa 7 bulan yang patut dah naik atas sepenuhnya. Mintak2 next check up uri dah naik atas. orang cakap kena selalu makan kacang bendi kan untuk bagi uri naik atas. so, nak try! tumbusaran baby pun sama dengan usia kandungan. Alhamdulillah..ok. beza EDD scan & EDD LMP pun dalam 3 hari je.

Next check up kena minum air gula & suntikan kancing gigi. Owh..lepas ni dah benarkan naik 2 kg kan setiap bulan? Yeay!..no more 0.5 kg every month lagi! Tapi harapnya, saya tak naik banyak la. sikit pun xpe sebab kalau dah overweight before pregnant ni doktor cakap tak perlu nak naik badan banyak2. klau naik 10 kg ke bawah lagi baik. So, kena control makan secara sihat. Sekarang dah start bawak bekal gi office sebab nak control makan & jenis makanan yang di ambil.


Friday, October 18, 2013

Naik flight Time Pregnant


Baru start keja hari ni. huhu...baru nak warming up..lama cuti kan, otak jadi blurr. Tahun ni sambut raya haji dekat rumah mertua dekat kelantan. Saya & husband awal2 lagi dah booking tiket flight pergi balik ke kota Bharu. Just ambik  cuti rabu & khamis sebab selasa dah cuti kan. Cuti kejap je, rasa malas nak bersesak dengan jammed & duduk berjam-jam dalm keta. So, pilih naik flight. Lagipun time booking hari tu, harga xmahal sgt. Kira murahlah jugak.

Tapi, rasa risau jugak sebab masa ni tengah pregnant. Walaupun ada orang cakap ok, saya tetap risau gak..lain orang lain daya tahan diri kan. Before tu dah tanya doktor dah, dia cakap ok. katanya trimester kedua kira condition paling baikla untuk terbang. So, rasa confident sikit nak naik flight.

Before tu, ada jugak google2 pengalaman mom to be lain yang naik flight. Tak lupa jugak baca dekat forum2..then dekat blog dr zubaidi.

Boleh refer artikel tentang wanita hamil naik pesawat di blog Dr. zubaidi  dekat SINI

Pengalaman saya masa naik flight time pergi semua ok kecuali masa nak mendarat tu rasa macam xselesa sikit sebab terhentak kuat sikit kan. Tapi so far takde apa-apa. Lagi satu yang tak best, telinga jadi bengang kuat sikit. Before pregnant, naik takde la rasa bedesing sampai macam ni. Lagi satu, baby dalam perut kan, diam je dia sepanjang perjalanan. Takut kot anak mama ni. Before naik tu ok je dia godek2..hehe.

Masa nak balik dari kota bharu, naik flight ke KL jadi terbalik pulak. Baby macam suka pulak duduk dalam flight. sepanjang perjalanan, tak diam lansung duduk dalam perut. asyik gerak2 je..hehe. suka ya sayang ke takut ni? Tapi, Alhamdulillah..semua ok. Harap xde masalah lain. In sha Allah..

Owh, satu lagi kan, kalau naik Air Asia dia benarkan pregnant women naik flight tanpa surat dari doktor hingga minggu ke 28 tak silap tapi kena tandatangan surat la. Lepas dari tu kena ada surat doktor. Dalam minggu yang ke 35 dah tak dibenarkan.  Tapi yang xbest, if pregnant xleh nak check in online. kena check in dekat kaunter. saya pulak prefer check in online sebab takut terlewat sampai airport kan. So, saya carila baju yang tak nampak sangat macam pregnant. Lagipun time ni baru 21 weeks, so masih boleh cover sikit2 perut. baju kurung hitam la paling ok time ni.  So masa pergi dan balik memang tak kena tahan. yeay!Rasa baik sungguh bila pakai baju kurung naik flight.hehehe...


Saturday, October 12, 2013

DIY: Bekas Letak Tisu Muka

Dah lama berhenti dari buat project2 DIY. Dulu selalu share DIY bab2 kawen je kan..tapi lepas kawen ni mestila DIY benda lain pulak. hehe..So, hari ni nak share DIY project saya, bekas untuk letak tisu muka. So..share gambar je la k. saya guna barang sedia ada. kotak solution contact lense, pembalut & sikit hiasan.

Ni kotak asal saya simpan tisu muka. Tapi kotak ni dah start kemek, satu lagi susah nak buka tutup..so memang decide nak tukar bekas lain.



Saya guna kotak ni ja. Mula2 rasa nak buang tapi tetiba dapat idea. hehe..



Then..after diy dengan bahan2 sedia ada..jadilah cegini..




Ok..dah siap bekas tisu muka saya! Senang je kan?

Friday, October 11, 2013

Susun Atur Peti Ais


Sejak dulu-dulu kan, saya memang jenis tak suka sumbat banyak-banyak barang dalam peti ais. Kalau tetiba terbanyak pulak stock makanan, jangan main campak or sumbat je dalam tu. Maybe sebab dekat rumah family sendiri dah kena train ngan mak ayah dari kecik jangan main campak-campak barang dalam peti ais. Kena letak & susun kemas-kemas. Kalau ambik apa-apa makanan jangan sampai berterabur atau tumpah-tumpah,  Kalau tak nanti kena bebel.hehe….So, bila dah kawen haruslah practice apa yang selalu buat time duduk nagan mak ayah dulu kan. Bonusnya bila dapat husband yang jenis rajin mengemas jugak, memang senang sikit kejanya.

Berangan nak organize peti sejuk ni cantik-cantik dalam dia. Tapi ada beberapa bekas storage yang nak kena beli. Konon-konon nak bagi seragam warna bekasnya ikut jenis makanan. Tapi xde masa nak menyoping lagi.  sekarang ni, just susun atur guna mana bekas  yang ada. Mix saja. Tak cantik, tapi oklah kan dari rasa sakit mata  tengok peti ais berserabut.

Jom tengok susun atur peti ais saya yang tak seberapa ni! Tak besar manapun peti aisnya. hehe..



Dekat bahagian beku tentu-tentulah simpan makanan basah je kan, macam ayam, ikan, sotong & udang.  Selalu stock makanan ni untuk 3 hari jer.  Kalau bekas yang besar letak ayam dengan ikan, yang kecik letak sotong ngan udang. Kalau ada cheese ke sosej ke apa saya letak bahagian tepi peti ais tapi lupa pulak nak snap gamba tepi. Bahagian atas tu nanti leh la simpan stock susu untuk our future baby. In sha Allah..azam kuat nak  try bagi full BF dekat dia.

Ok..ni bahagian bawah peti ais. Ya..macam saya cakap tadi, macam2 warna bekas  ada. hehe..




Ni bahagian atas sekali tempat letak barang yang nak guna untuk masak. Bekas putih tu saya letak cili kering yang dah siap di blend. senang kalau nak masak, ambik je dalm tu. Then yang tengah tu bekas ikan bilis. letak asam jawa jugak. Then bekas pink tu tempat letak bawang yang siap di blend macam bawang putih, bawang merah, bawang besar. Senang keja sikit. Kalau balik keja nak masak jimat masa sikit sebab bahan-bahan sampingan ni dah ada.



Tingkat kedua ni tempat saya letak bakul buah dengan bakul sayur macam tomato dengan cili padi. Kira ni bahagian bakul la...open concept tak nak guna tupperware. Macam buah tu senang nak capai & ngap terus. Hehe..selalu buah-buah ni saya basuh dulu before simpan dalm peti ais.



Ni bahagian yang saya masih pikir cara susun atur. Rasa tak kemas. Ni tempat letak makanan macam kek, majerin, kaya , susu ( kebetulan susu dah habis time ni) & seangkata dengannya. Selalu susu saya transfer masuk dalam bekas supaya senang nak guna masa bancuh air.


Last sekali tempat simpan sayur. Selalu saya tak suka beli sayur banyak-banyak. Setakat untuk makan dua atau 3 hari je sebab sayur kan mudah layu tambah-tambah yang jenis daun. So, sayur berdaun saya akan potong siap-siap masuk dalm bekas yang warna pink tu. Jimat masa bila balik dari kerja nak masak. tak payah nak potong-potong sayur lagi. Lagipun sayur x mudah layu kalau simpan dalam bekas. kalau sayur buah macam timun dan yang tak mudah layu macam kobis tu saya letak gitu je dalam bekas sayur ni. 



Ok..ni dekat bahagian pintu peti ais. Bahagian atas sekali tempat letak telur ayam. Yang tengah tu letak air sejuk. cukupla dua botol sebab husband je yang suka minum air sejuk, saya tak suka. Then, mayonise, orange sunquick & yogurt. Yang bahagian kecik tu saya letak pes tomyam dengan kuah rojak. Bahagian bawah sekali tempat letak segala botol-botol untuk kegunaan memasak macam sos cili, kicap, sos tiram & so on. Oh! budu encik suamipun di simpan di sini. hehe..

Tu je susun atur buat masa ni. Guna barang sedia ada.Lepas ni maybe bertukar lagi susun aturnya sebab memang nak cari bekas yang lebih practical & jimat ruang untuk simpan barang.  Hehe...Kalau bab mencuci peti ais, ada masa saya buat, ada masa husband buat. Tapi bab mencuci & mengelap barang ni husband la paling rajin. Dia kata nak barang nampak sentiasa baru. hehe..

Thursday, October 10, 2013

Jom shopping online baju cantik & comel Di Moms & Kids Store!


Ok..hari ni nak promote sikit online shop kawan saya ni. Korang suka shopping online tak? Suka baju kurung cotton yang comel-comel? Maxi dress or jubbah yang gojes & cantik? Barang baby? Produk kesihatan? Korang boleh dapat dekat Moms & Kids Store  pada harga yang sangat-sangat berpatutan!!  
Jom tengok apa yang ada dekat online shop ni!


Koleksi jubah moden / dress ( harga just RM 89 termasuk postage! murah kan?)








Baju kurung cotton bermanik / Tanpa manik

kalau yg bermanik mcm dekat bawah ni harga dia RM 125 termasuk postage. Tapi sekarng tengah sale just tinggal RM 110 jer.




Kalau yang tanpa manik, harga just RM 89 je termasuk postage.



Saya dah pernah beli baju kurung cotton ni dekat dia. Memang sangat puas hati. cutting dia elok2 je dengan badan. kain best, warna cantik, corak comel! ni contoh baju yang saya ada beli dengan dia..

baju bunga2 pink

then ada juga jual beauty drnk jenama BLINQ


dan banyak lagi barang-barang best ada di jual.

Jom singgah online shop ni dekat sini

Wednesday, October 9, 2013

Sudah separuh perjalanan (^_^)


Cepat betul masa berlalu, tahu-tahu semalam genap 20 weeks sudah usia kandungan ni..Alhamdulillah….rasa makin sihat & bertenaga. Banyak orang cakap 2nd trimester ni memang mom to be kebanyakannya akan rasa lebih better, lebih bertenaga kan? Alhamdulillah…

Baby pun dah start wat kicking kat mommy dia. Hehe..rasa halus2 je baby kicking. Bukan “sedebuk” lagi dia bagi. hehe....saiz baby pun kecik lagi kan.  Suka sangat bila rasa dia tengah godek2 dalam perut ni. Tengah main ke, lompat ke, tak pasti pulak. Tapi enjoy sangat this moment! Senyum sorang2 sambil cakap dengan baby. Hehe.. Tak sabar nak tunggu weekend ni nak tengok kamu sayang! Hope everythings ok la..Risau jugak ni.



Sebenarnya kan, saya ni kadang2 ada jugak rasa takut, risau terlebih. Orang cakap banyak membaca tambah ilmu, dengar pengalaman orang pun tambah ilmu..tapi bila banyak sangat baca benda negative, sampai tido pun termimpi-mimpi yang negative memang tak baguslah kan.  Bila baca pengalaman mom to be yang anak dia meninggal dalam perut, terbelit tahi pusat, mati lemas masa dilahirkan, komplikasi time bersalin sampai ada mommy yang tumpah darah & koma..seyes rasa takut. Siapa tak takut kan ? Betul la orang cakap..bila tahu kita pregnant, memang happy sesangat, tetapi belum tentu bila berjaya pregnant tu maksudnya berjaya dapat anak. cuma "bakal" saja. Ada yang berjaya tempuh dengan selamat sehingga ke penghujung ada yang tidak.  Kuasa Allah..dia lebih mengetahui atas sesuatu yang berlaku. Benda macam ni, takdir. Takde siapa boleh menghalang. Sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha untuk beri yang terbaik dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan...selebihnya, tawakal. Sekarang, dah xboleh sebut dah cerita-cerita negative dekat husband, kena warning dah, jangan fikir negatif sangat, fikir positif je...semua tu ketetapan Allah. Kalau benda yang kita tak nak jadi jugak, tu di luar kuasa kita. Ada hikmahnya..Always think positive. Ya Allah..semoga segalanya selamat & dipermudahkan..Kadang2 bukan saya nak baca sangat cerita negative tu tapi dah terbaca. Dekat FB kan banyak link2 soal jawab kehamilan & so on....bila naik je dekat FB, memang terbaca. Hmm...sekarang baca untuk pengetahuan je..bukan sampai takut2 nak tido malam pun siap mimpi bagai. Huhu...


Sekarang ni, baby bump memang dah menyerlah..hehe. kawan2 office pun dah ramai yang perasan. Ngeh..tak leh sorok2 perut lagi. Baju kurung pun dah ada yang rasa sendat dekat perut. Kain kurung pun kena pakai paras pinggang bawah sikit, ketat! xlama lagi kawan cakap kena letak pin pulak dekat kain! hehe...Baju pregnant saya tak bercadang nak beli pun. Setakat ni pakai saja baju2 yang ada. Masih ada baju yang boleh dipakai. Maxi dress pun ada. blouse pun ada. Oh! satu lagi...second trimester ni saya banyak naik jerawat kecik2 dekat dahi..huhu. Sampai berparut jugak ar. dekat pipi pun ada. Ada officemate cakap gaya macam nak dapat baby girl..sbb muka naik jerawat. hehe..xpe..saya tak kisahpun baby boy or girl asalkan dia sihat, sempurna, dah syukur Alhamdulillah..

20 weeks pregnant


Monday, October 7, 2013

Jualan Gudang Karangkraf


Dah terjah ke sana sabtu lepas. Ramai sangat orang. Kami di sini dalam setengah jam je. Sebab ramai sangat orang, jadi panas kalau duduk lama-lama.


Tapi harga buku memang berbaloi-baloi. Saya dapat 30% diskaun untuk semua buku yang saya beli.


Review buku.....tunggu saya habis baca, nanti saya review dekat sini (^_^)

Friday, October 4, 2013

Jom Ke Sini Esok!


Jumaat. Alhamdulillah..esok cuti hari ni dah fikir apa nak di buat. Hehe. In sha Allah, ada dua lokasi yang nak di jengah esok.

First ke sini..


Hantu buku mana boleh tak pergi kan. Dapat pulak rumah dekat shah Alam je pun. Harus lah pergi.

Second, nak jengah ke sini pulak....


Pameran hartanah PKNS. Sekadar nak tambah lagi pengetahuan tentang hal ehwal hartanah. Nak beli rumah tak tau bila. Lokasi pun tak plan lagi. disebabkan kerja husband yang mungkin bertukar-tukar tapak projek seluruh semenanjung Malaysia, dan si isteri nak ikut je mana husband pergi, so belum buat apa2 keputusan pasal hal rumah ni. Just tengok2 je. Beli rumah bukan macam beli baju, perlu ada perancangan rapi. So, perlu ada ilmu banyak2. hehe..

Lokasi dua2 dekat shah alam. malas nak jalan jauh2. hehe...dekat2 rumah je.

Jom la ke sini if korang takde apa-apa aktiviti esok!

Thursday, October 3, 2013

Unique Day


Yup. Unique. Baru terperasan yang hari ni adalah hari  nombor yang unik. hehe..





1 tahun...1 bulan...1 minggu...1 hari. hehe..cantiknya nombor!

Wednesday, October 2, 2013

2nd Pregnancy Check up: 4 months



Hiks….lagi beberapa hari je nak cukup 5 bulan  baru sibuk nak update pasal check up time 4 bulan hari tu. Tapi nak jugak tulis dekat sini sebagai kenang-kenangan time mengandungkan anakanda tercinta.
Macam biasa, saya buat dua check up. Satu dekat klinik swasta (klinik Ajwa), satu lagi dekat Klinik Kesihatan. Dekat Ajwa, masa check up, so far semua ok.  Cuma tak best berat badan naik extra 2kg dari yang dibenarkan. Huhu..tapi doctor takdelah marah2 @ berleterpun, Cuma suruh control pemakanan. Jangan ambik banyak sangat karbo & jangan makan lewat malam. Huhu..dah tahu yang berat akan naik banyak sebab musim raya open house banyak, selera makan pun bertambah-tambah. Hehe…sekarang ni dah control dah makan. Tak nak la awal2 dah kena telan air gula. Huhu..mujur hari tu xkena. Insaf kejap. Huhu..xmau dah melantak tak ingat dunia. Part best, time scan baby la. Mama dengan abah punyala excited nak tengok baby, sekali time ni dia tido. Huhu..usap2 perut panggil pun dia xnak bangun. Hehe..ikut perangai abahnya la ni..xnak orang kacau time dia tido. Paling terharu  sebab dapat tengok baby tido bersujud. Besarnya Kuasa-Mu Ya Allah. Moga membesar dengan sihat & lahir sebagai anak yang soleh ya sayang….Time scan ni, doctor dah start ukur lilit part2 badan dia. Terkurang la sikit dari EDD asal. 3 hari lewat dari tarikh EDD. Huhu..Then, dr tunjuk kedudukan uri pun dah naik atas dah. Hopefully semua ok dan baby membesar dengan sihat.

My baby (^_^)


Then, esoknya gi check up dekat Klinik Kesihatan pulak. Husband pun temankan sekali. Dah cakap dekat dia, xyah teman pun xpe sebab tahu lama tapi dia nak jugak ikut. Mujur check up waktu petang. Dalam 1 jam setengah je dah settle semua. Alhamdulillah..semua ok Cuma kena berleter sikit la dengan nurse sebab berat naik extra 2 kg. Tapi gula, hb semua ok. So, tak kena telan air gula la time ni. Nurse suruh diet sikit. Hehe…., baiklah! Hope lepas ni xde lagi masalah berat terlebih. Hehe..


Saya dah start KIV untuk check up dekat KK. Dah Tanya dah nurse KK banyak kali pasal ni. Dia cakapxkisah pun nak check up mana-mana. Kalau xde buku pinkpun sebenarnya hospital government terima je sebab kalau dah orang nak bersalin takkan nak tolak2 pulak. Cuma buku pink ni bagus untuk rekod la. If kalau check up dekat swasta then apa2 masalh diorang akan refer gov hospital balik. So, kalau dah ada buku pink ni, diorang dah ada rekod kesihatan kita & baby. Bawak je buku pink & buku check up dekat private time refer ke hospital government. Xde masalah…ini yang saya tanya sendiri dengan 2 orang nurse dekat KK.Diorang Tanya jugak saya nak continue check up dekata mana, saya cakap Klinik Ajwa. Diorang cakap boleh check up dekat situ.  Lagipun dekat klinik ajwa, procedure check up sama je macam KK. Just yang extranya leh scan baby. Boleh  Pantau baby development sekali. Lagi satu, saya dah decide dah dengan husband nak bersalin dekat mana. Setelah fikir punya fikir, mahu yang terbaik untuk saya & baby, fikir if kemungkinan apa2 komplikasi untuk saya atau baby, ( kalau terjadi la  tapi mintak dijauhkan..) kami decide untuk deliver baby dekat semi goverment hospital. Inipun dah dikira jugak atas suggestion kawan baik saya & teman2 office. Hospital mana? In sha Allah..bila dah confirm booking nanti, saya story dekat sini.  So, lepas ni saya akan continue check up dekat Klinik Ajwa. Lepas tu masa 6 atau  7 bulan start check up dekat  hospital pulak.