About Us

Thursday, February 17, 2011

NikMaT TerHeBat YaNg JaRang DisEdaRi!!!

"Tunggulah bila aku kaya nanti... " Ini ayat yang kerap sangat aku ucap setiap hari. Siapa tak nak kaya, hidup mewah, boleh beli apa jer barang yang kita suka....tanpa perlu pikir soal duit. Aku ingat lagi time aku belajar dulu, PENJIMATAN adalah tangga teratas untuk aku. Makan pun hari-hari aku masak, jarang beli dekat kedai, barang-barang pun memang aku beli yang murah-murah jer.. ( yang mahal2 mmg xad dlm senarai....sebelum beli apa2, aku suka survey harga dulu...) Pendek kata, time study aku tak tahu bermewah hidup macam student2 lain..boleh beli beg berjenama, kasut berjenama... Siap ramai yang mampu bawak keta gi kelas..( Aku sampai sekrang masih dengan motor aku).Time cuti semester aku siap keja part time lagi sebab nak cari duit lebih. Dari aku kecik-kecik memang sikap aku tidak tahu meminta dari parent..kalau ayah hulur duit baru ambik..kalau aku sendiri nak mintak memang payah..sebab tu aku suka belajar berdikari..

Dulu aku selalu fikir bila aku nak kaya ni..setiap hari aku cakap.."bila aku nak kaya"..aku jeles jugak tengok kawan aku yang kaya sebab diaorang bila beli barang pakai ambik tak payah tengok harga..terus bayar. Kira duit tu bukan masalah lansung untuk diaorang. Tapi aku, dekat dalam kedai tu jugak aku akan buat comparison harga..nak cari yang termurah dan bagus!hahahaha...


Kebelakangan ni aku mula terfikir..Kekayaan harta benda bukanlah nikmat terhebat yang patut aku kejar2 dalam dunia ni..Aku mula faham kenapa aku bukan dilahirkan sebagi orang kaya raya macam yang aku impikan dulu...Aku mula sedar ada lagi nikmat terhebat yang Alllah berikan untuk aku, tapi aku selalu tak sedar.

Aku dilahirkan sempurna sebagi manusia...dan sehingga hari ini dalam usia aku yg sudah 24 tahun, aku bersyukur sangat kerana aku masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia ini dengan kesihatan yang baik..Yup! kesihatan yang baik,,inilah nikmat terhebat yang Allah berikan pada aku dan orang lain yang jauh lebih hebat dari nikmat kekayaan harta benda yang semua orang gila-gilakan tu..

Aku selalu bayangkan, bagaimana kalau aku dilahirkan dengan mata yang buta? Tentu sekali aku tak berpeluang menatap wajah2 orang yang aku sayangi, aku tak dapat membaca novel2 yang sering jadi kegilaan aku, aku tak boleh melihat betapa indahnya alam kurniaan tuhan ini....dunia aku hanya dalam gelap..



Dan aku selalu bayangkan jika aku bisu, pasti mulut aku takkan ramah berbicara seperti sekarang, aku tak boleh lagi bernyanyi lagu-lagu yang aku suka...dan paling sedih bila aku tak mampu nak berbicara langsung dengan emak dan ayah aku..sedihnya..

Apa jadinya jika nikmat telinga yang aku ada ini ditarik semula..pasti aku takkan dapat mendengar lagi lunaknya suara mak dan ayah memanggil aku, betapa indahnya alunan azan dan ayat2 suci Al-Quran singgah ditelinga aku..semua itu pasti sukar untuk aku..sukar sekali...

Bagaimana pulak jika aku sakit dan tak mampu berbuat apa2? Sekadar terbaring lesu macam orang lumpuh? Aku tak boleh lagi berjalan kemana-mana saja tempat aku suka....aku tak boleh merasai nikmatnya punya sepasang kaki dan tangan yang dikurniakan Allah ini..aku tak boleh lagi menulis, berlari....sedihnya.

Mungkin Allah tidak menganugerahkan aku kemewahan hidup seperti orang lain, tetapi Allah berikan aku kehidupan yang bahagia..Biarlah aku tak kaya harta benda tapi aku mewah dengan kasih sayang..aku punya mak ayah yang selalu menyokong impian aku,mereka selalu ada waktu aku perlukan mereka, aku punya adik beradik yang bahagiakan aku, Aku ada Encik PH yang masih setia dalam susah dan senang bersama aku, aku ada teman-teman yang selalu ceriakan hari hari aku..Syukur Alhamdulillah..


kawan-kawan..kesihatan adalah nikmat terhebat yang Allah berikan untuk kita sebab tanpa kesihatan yang baik, harta setinggi gunung pun tak mampu nak bahagiakan hati kita..hargailah apa yang kita ada sekarang kerana itulah nikmat terhebat sebenar benarnya.

* All pictures from google..

1 comment:

  1. nikmat kesihatan perlu disyukuri dengan berusaha mengekalkannya..

    banyak orang kaya harta tapi miskin hati..lagi banyak duit lagi lupa akan kewajipan lain.

    semoga Allah memberi kita petunjuk. Amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!