About Us

Thursday, May 12, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 25

BAB 25


Kedua tangannya disilangkan didahi. Matanya tajam merenung siling bilik. Lagu yang berkumandang di corong radio lansung tak menarik minatnya untuk mendengar. Fikirannya sekarang hanya tertumpu pada kejadian di restoran petang tadi. Sudah seminggu dia tidak bertegur sapa dengan isterinya itu selepas kejadian dia memarahi Alfira dipejabat. Dia tak tahu mengapa tiap kali dia melihat wajah itu dia selalu saja merasa benci. Ada saja perlakuan Fira yang nampak jijik dimatanya. Hidupnya terasa tidak lengkap jika tidak memarahi isterinya setiap hari. Wajah gementar Alfira buat dia rasa bangga. Sedikitpun tidak membuahkan  rasa simpati dihatinya. Kejamnya dia! Amir Firdaus mengeluh.

 Tapi bila berjauhan begini, dia jadi rindu sangat. Dia jadi rindu untuk mendengar bicara gadis yang bergelar isterinya itu. Dia jadi rindu untuk melihat senyuman manis Alfira. Semua tentang Alfira buat hatinya jadi tidak senang. Kalaupun yang keluar dari bibir Alfira hanyalah kata-kata sindiran untuknya, dia tetap rasa puas hati. Sekurang kurangnya Alfira mahu bercakap dengannya. Dia tak pernah berniatpun nak marahkan isterinya. Tapi perkara itu terjadi diluar kewarasannya. Bukan dia tak kasihan melihat wajah sendu Alfira tiap kali mendapat penghinaanya tapi hatinya selalu saja menolak rasa kasihan itu. Sudahnya, hanya marah yang dilemparkan tanpa sebab munasabah. Ya Allah, apa yang tak kena dengan aku ni? Amir Firdaus meraup wajahnya.

Tadi sewaktu melihat Alfira makan bersama Isyraf Rayyan hatinya sudah mendidih marah. Namun mengingatkan Zarina ada bersamanya dia cuba mengawal rasa kurang senangnya itu. Kalau benar dia tak pernah pedulikan kehadiran Alfira, mengapa dia mesti rasa cemburu? Alfira bukan siapa siapa lagi untuknya. Gadis itu cuma memegang sataus isteri dalam surat nikahnya. Hakikatnya, dihatinya sudah tiada ruang untuk Alfira lagi. Yang ada sekarang hanyalah rasa tanggungjawabnya pada Alfira. Tak mungkin dia kan jatuh jatuh hati lagi dengan isterinya! Mustahil!Tapi, kenapa bila dihadapan isterinya selalu saja sikap barannya datang? Bila dibelakang, rindu pula yang bertamu…apa jenis perasaan kah ini?

Amir Firdaus bingkas bangun dari baringannya. Dia perlu bertemu dengn Alfira. Dia inginkan jawapan! Pantas kakinya di atur laju menuju kebilik isterinya yang hanya bersebelahan dengan kamarnya. Pintu bilik diketuk kuat namun tiada sahutan. Setelah lama menunggu, Amir jadi bosan. Dia tak sanggup untuk menunggu esok pagi untuk bertemu Alfira. Semuanya mesti diselesaikan malam ini juga! Tombol bilik Alfira dipulasnya. Dia berasa lega bila pintu bilik itu tidak dikunci. Mungkin Alfira tak menjangka yang dia akan masuk kesitu. Kalau kuncipun, dia tak kisah. Dia ada kunci penduanya. Bukankah rumah ini dia yang beli?

Mendengarkan pancuran air dari bilik air dia tahu Alfira sedang mandi. Matanya melilau kesekeliling bilik isterinya. Cantik dan kemas. Dia memuji didalam hati. Amir Firdaus melabuhkan punggungnya di atas katil. Sementara menantikan Alfira selesai mandi dia menatap majalah Mingguan Wanita yang terletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil. Sedari dulu dia tahu Alfira memang suka membaca. Tak hairanlah bila melihat terdapat almari buku yang penuh dengan bahan bacaan isterinya.

Bunyi dari telefon bimbit Alfira menandakan ada mesej masuk sedikit mengangu konsentrasinya. Entah mengapa, hatinya terasa ingin melihat mesej itu. Sambil matanya memandang kearah bilik air, telefon tangan isterinya di atas katil diambil. Bimbang jika Alfira melihat perlakuannnya yang curi curi membaca mesej. Cepat cepat mesej yang baru masuk itu dibacanya.

Assalammualaikum. Maaf sebab ganggu Fira waktu malam macam ni. Saya risau bila tengok Fira balik dengan keadaan bersedih tadi. Banyakkan bersabar. Saya tahu Fira kuat semangat. Saya yakin Fira boleh lalui semua dugaan ini…

Mesej yang dikirim Isyraf Rayyan itu buat darah Amir Firdaus terus menyirap. Hatinya berdetik rasa cemburu. Apa lagi yang lelaki ini nak? Tak sudah sudah mengangu isteri orang! Hati Amir Firdaus memarahi. Dari mesej yang dihantar dia tahu lelaki itu sangat mengambil berat tentang Alfira. Hatinya tak dapat menerima situasi itu. Dia tak suka! Laju saja mesej yang masuk itu dipadam. Dia rasa puas berbuat begitu! Selagi Alfira ini isterinya, jangan haraplah Isyraf Rayyan nak cuba mengoda isterinya. Dia takkan benarkan!

Bunyi pintu bilik air dibuka buat Amir Firdaus cepat cepat meletakkan kembali telefon bimbit Alfira ke atas katil. Dia segera menoleh ke arah pintu bilik air, mengharapkan wajah manis Alfira yang bertamu di ruang matanya.Berderau darah Amir Firdaus saat melihat Alfira keluar dari bilik air itu dengan hanya berkemban. Tubuh putih gebu isterinya cukup terserlah di balik tuala berwarna biru separas paha yang dipakainya. Bagai nak luruh jantungnya melihat pemandangan begitu indah yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.Amir Firdaus menelan liur. Perasaanya sudah terasa lain macam.

 Alfira Hanim lansung tak menoleh kearah Amir Firdaus sebaliknya gadis itu laju saja menuju ke almari pakaian. Tuala yang tersangkut dibahunya digunakan untuk mengelap rambutnya yang basah. Dia lansung tak menyedari kehadirannya disitu. Amir Firdaus ralit memerhati gelagat Alfira mengeringkan rambutnya yang basah. Jari jemari runcing yang mengirai rambut itu terasa ingin digenggamnya. Bahu Alfira yang terdedah menyerlahkan lagi kulitnya yang putih gebu. Amir Firdaus terpegun seketika. Lidahnya sudah terasa kelu untuk bersuara. Nafasnya juga sudah semakin tidak teratur.

“Aaaaaah…….!” Jeritan nyaring Alfira terus mematikan khayalan Amir Firdaus yang ralit memerhatikan gelagat isterinya sedari tadi.Dia ikut terkejut. Cepat cepat dia bingkas bangun dari katil bila melihat Alfira sudah berdiri di balik almari. Mata gadis itu bulat memandangnya. Tangannya juga cuba menarik pintu almari bagi melindungi tubuhnya yang terdedah.

“Siapa benarkan awak masuk sini? Keluar! “  Alfira Hanim menjerit kuat. Mukanya sudah merah padam.Terasa malu dan marah kerana hak privasinya sudah dicerobohi. Dia rasa malu teramat sangat! Tak pernah lagi seumur hidupnya membiarkan lelaki melihat dirinya dalam keadaan tidak sempurna begini.

“Fira..abang, abang..” Nada suara Amir Firdaus sudah bertukar gagap. Entah mengapa dia begitu sukar untuk menyusun ayat ketika ini. Melihatkan keadaan Alfira yang begitu mengiurkan, lupa sudah dia pada tujuan asalnya kemari. Yang ada didadanya sekarang adalah perasaan aneh yang tak mampu lagi dikawal.

“Tolong keluar sekarang!” Alfira masih lagi menjerit. Dia cuba memaksa Amir pergi dari situ. Terasa jantungnya sedang berdegup laju ketika ini. Ya Allah, janganlah terjadi sesuatu diluar kemahuan ku..Alfira berdoa didalam hati. Biarpun segala miliknya halal dipertontonkan pada Amir Firdaus tapi hatinya tidak merelakan. Lelaki itu tidak layak!

Amir Firdaus menapak sedikit kehadapan, cuba menghampiri Alfira yang berdiri menjauhinya. Matanya hanya tertumpu pada wajah ketakutan Alfira. Hilang sudah rasa malunya dengan persengketaan mereka selama ini. Yang dia nampak sekarang hanyalah wajah Alfira yang cantik dan cukup menggoda imannya.

“Tolonglah..saya rayu. keluarlah!” Nada suara Alfira sudah bergetar, menahan rasa takut dan risau dengan lelaki itu. Renungan Amir Firdaus sudah terasa lain macam. Semakin Amir melangkah mendekatinya, semakin dia menapak ke belakang. Tangannya erat memegang kain tuala ditubuhnya. Takut jika lelaki itu ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya lagi. Dia takkkan izinkan! Amir tak berhak!

Alfira sudah tak mampu lagi bertahan. Langkahnya sudah tersekat di balik dinding. Alfira sudah tidak ada pilihan lagi, dia berlari laju ke bilik air yang cuma beberapa langkah saja dengan tempat dia berdiri sekarang. Hanya situ saja tempat yang dia ada untuk bersembunyi. Namun, baru saja kakinya hendak mendarat masuk kebilik air, tanganya sudah ditarik. Alfira menjerit kecil.

“Lepaslah!” Alfira Hanim merayu. Tidak terperi rasa takut yang sedang menjalar di segenap tubuhnya kini. Tangan Amir Firdaus yang kejap memegangnya cuba dileraikan namun gagal. Mata lelaki itu tidak lepas lansung dari memandang matanya. Jantungnya semakin laju berdegup. Dia benar benar takut sekarang. Ya Allah…selamatkanlah aku..janganlah kejadian dibilik dulu berulang lagi. Dia berdoa didalam hati.

Amir Firdaus hanya tersenyum mendengarkan kata-kata isterinya. Wajah takut Alfira dengan mata yang berkaca dibelainya lembut. Takut benar isterinya itu padahal mereka bukanlah orang asing. Dia suami Alfira yang sah! .Perlahan lahan Ttngannya menyentuh pula rambut isterinya yang lembab basah. Sedaya upaya dia cuba menahan gelodak hati yang meronta ronta untuk membelai tubuh itu. Amir Firdaus menarik Alfira kedalam pelukannya. Dahi gadis itu dikucup lembut. Dia nampak Alfira memejamkan mata dengan bibir yang bergetar. Tubuh gadis itu juga menggigil tapi dia tidak peduli. Kemahuaanya sekarang jauh lebih penting. Amir Firdaus mendekatkan lagi wajahnya ke wajah bersih isterinya. Bibir merah pucat isterinya itu mahu dikucupnya. Namun belum sempat bibirnya bertaut disitu, bayangan wajah Zarina datang menghalangnya.

Amir Firdaus terkejut dari khayalannya. Serta merta bahang amarahnya kembali datang.Tubuh gadis itu yang tadinya kejap dalam pelukannya ditolaknya kasar. Hampir saja Alfira Hanim tersungkur namun cepat cepat dia berpaut pada kerusi di meja solek. Dia terkejut dengan tindakan suaminya itu. Mujurlah dia tidak terjatuh tadi. Alfira mengucap panjang di dalam hati. Pantas wajah Amir dipandangnya.

“Dasar perempuan murahan! Kau ingat aku nak sangat ke dekat kau? Hey, tengok muka kau pun aku dah rasa jijik, inikan pulak nak sentuh kau! Aku geli kau tahu tak?” Amir firdaus mengherdik. Perasaan bencinya terasa meluap luap bila melihat wajah takut Alfira. Terasa mahu ditampar saja wajah cantik yang tak ubah seperti meraih simpatinya! Benci sungguh hatinya kala ini!

“Apa awak cakap ni? Awak yang cuba nak sentuh saya..” Alfira menjawab. Hatinya sudah terasa sebak. Amir ingat aku ini apa? Mainan ke boleh diherdik dan dimarah sesuka hati? Bila dia mahu dia datang, bila tak ingin, aku dihina seperti samaph terbuang. Ya Allah bantulah hambamu ini…..dia bukannya barang terbuang! Dia manusia yang punya hati dan perasaan! Mengapa Amir selalu tidak faham tentang hakikat itu?

“Hey, kau yang cuba cuba nak goda aku. Kau ingat aku akan jatuh sayanglah dekat kau kalau kau goda aku macam ni. Cermin muka tu sikit! Kau tak layak untuk aku..” Amir Firdaus mencemuh.  

“ Sampai hati awak hina saya macam ni. Saya tahu saya tak layakpun untuk awak. Tapi saya tak mintakpun awak kahwin dengan saya. Kalau saya tahu nak jadi macam ni saya takkan terima awak dulu..saya takkan percayakan janji janji awak ” Alfira meraup wajahnya. Air matanya yang sudah bergenang di kelopak matanya cuma tunggu masa saja mahu menitis. Sampai hati Amir berkata begitu padanya sedangkan 7 tahun dulu lelaki itu yang beria ria mengejar cintanya. Sekarang, bila hatinya sepenuhnya diserahkan pada Amir Firdaus, dia dilayan tak ubah seperti sampah. Terlalu hina sangatkah dirinya di mata suaminya itu?

“Aaah..kau jangan fikir aku suka suka nak kahwin dengan kau! Nenek kau yang buat aku jadi macam ni. Sudahlah! Betul cakap Zarina. Kau dengan keluarga kau sama je! Cuma tahu nak kikis harta aku! Aaah!..aku malas nak cakap dengan kau lagi. Buat sakit hati aku saja!” Selesai menuturkan ayat itu Amir Firdaus melangkah keluar dari bilik. Tidak lansung terukir riak bersalah diwajah lelaki itu kerana menyakiti hati isterinya.

Air mata Alfira sudah menitis laju. Tangannya ditekapkan ke dada. Cuba mengusir pergi rasa sakit yang menyucuk nyucuk tangkai hatinya. Sungguh, dia masih lagi terkejut dengan tindakan Amir tadi. Sampai bila dia mesti disakiti? Sampai bila lagi dia harus bertahan? Hatinya sudah hancur lumat dikerjakan lelaki itu.Alfira hanim merintih pedih. Andai masa boleh diundur, dia tak mahu mengenal lansung lelaki yang bernama Amir Firdaus itu! Biarlah dia hidup menyendiiri dari terus menerus dihina insan yang pernah berjanji menyintainya sepenuh hati dulu. Dia tak sanggup menghadapi semua ini..tak sanggup!

*************

Isyraf Rayyan meletakkan fail perubatan pesakitnya di ats meja. Lega rasanya kerana sudah selesai menjalankan tugasnya pada hari itu. Sejak dari pagi tadi, ramai juga pesakit yang harus diperiksanya. Badannya turut terasa penat kerana terpaksa bergerak kesana sini, melayani bermacam kerenah pesakit namun hatinya tetap puas. Dengan apa yang dilakukan sekarang dia tak pernah sikitpun menyesal. Inilah kerjaya yang diimpikannya sejak kanak kanak dulu.

Isyraf Rayyan menyandarkan bahunya di kerusi. Matanya dipejamkan, cuba menghilangkan rasa penat yang menjalar di segenap ruang tubuhnya. Namun beberapa ketika,dia membuka kembali matanya. Masakan dia boleh memejamkan mata jika hanya wajah Alfira Hanim saja yang dilihatnya ketika ini? Isyraf Rayyan melepaskan nafas berat. Kepalanya tidak pernah berhenti berfikir mencari jawapan pada peristiwa yang berlaku dua hari lalu. Sudah bermacam jenis andaian yang dibuatnya namun tak ada satupun yang menemui jawapannya.

Wajah Alfira yang penuh duka dan hiba memang meraih simpatinya. Walaupun Alfira tidak menitiskan air mata ketika itu, tetapi dia tahu hati gadis itu terluka. Wajah itulah yang dilihatnya sewaktu pertama kali mereka bertemu dulu. Apalah masalah yang ditanggung Alfira sekarang? Mungkin sahabatnya itu punya masalah dalam rumahtangganya. Melihatkan riak terkejut di wajah Alfira sewaktu bertemu suaminya bersama seorang gadis di sisi, dia yakin tentu ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan mereka suami isteri. Cara Amir yang hanya mendiamkan diri bila Alfira dimaki hamun tempoh hari memang buat Isyraf Rayyan kecewa. Bukankah yang dihina itu isterinya? Mengapa Amir hanya melihat tanpa berkata apa-apa?

Kepala Isyraf Rayyan sudah terasa berat memikir. Kalau boleh, dia mahu saja bertanya terus pada Alfira, namun dia tahu dia tak berhak untuk masuk campur dalam hal ini. Jika benar Alfira punya masalah dengan Amir, dia berharap sangat agar masalah itu cepat selesai. Dia tak sanggup lagi melihat sinar duka di wajah gadis itu. Hatinya mudah saja jadi simpati. Yang dia mampu hanyalah mendoakan yang terbaik untuk pasangan suami isteri itu.

“Rayyan, jauh betul mengelamun. Dah banyak kali aku panggil tapi tak dengar-dengar”
Tangan yang melambai lambai dihadapan matanya buat Isyraf rayyan terjaga dari khayalannya. Hilang sudah wajah Alfira yang bertamu diruang matanya tadi. Yang dia lihat sekarang hanyalah wajah teman sekerjanya, Doktor Fikri. Lelaki itu mengukir senyuman untuknya. Isyraf Rayyan membalas.

“Apa yang kau fikir ni Rayyan? Jauh benar mengelamun. Kau fikirkan dia lagi ke?” soal fikri sambil menarik kerusi dihadapan Isyraf Rayyan. Tanpa disuruh dia duduk di atas kerusi itu.

Isyraf Rayyan tidak menjawab sebaliknya hanya keluhan berat dilepaskan.

“Aku tak boleh berhenti dari berfikir tentang dia Fik. Entahlah , aku rasa memang aku tak patut ingatkan dia. Lebih lebih lagi bila dia ada masalah macam sekarang. Aku risau sangat keadaan dia Fik” Lancar saja bibir Isyraf rayyan menuturkan ayat itu. Memang hatinya tidak tenteram sekarang. Hendak menghubungi Alfira dia jadi gusar. Dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Rayyan..dia isteri orang. Kau memang patut lupakan dia” Fikri menasihati. Bukan dia tak tahu sahabatnya itu pernah jatuh hati pada gadis bernama Alfira. Dia masih ingat pada wajah ceria Isyraf Rayyan bercerita tentang gadis yang ditemuinya di laman hospital. Kasihan sahabatnya itu, jatuh cinta pada tempat yang salah. Hati gadis itu rupanya telah lama dimiliki.

“ Aku tahu Fik. Dari hari dia bagi aku kad kahwin dia lagi aku dah buang perasaan aku tu jauh jauh. Dah memang aku tak ada jodoh dengan dia. Aku letakkan diri dia sebagai kawan aku sekarang. Aku tak pernah berniatpun nak hancurkan rumah tangga orang. Tapi, aku tak boleh tengok dia bersedih. Hati aku jadi tak tenang” Isyraf rayyan memandang wajah Fikri, mengharapkan lelaki itu mengerti tentang perasaannya kala ini.

“Rayyan..jangan fikirkan sangat hal ni. Aku tahu niat kau just nak tolong dia tapi jangan biar perasaan simpati kau tu nanti buat kau makan hati. Aku taknak kau lebih terluka. Masalah rumahtangga dia kita tak ada hak nak masuk campur..”

Isyraf Rayyan mengangukkan kepalanya. Memang dia patut masuk campur tapi hatinya ini meronta ronta untuk tahu apa yang sedang dihadapi gadis itu sekarang. Kalau boleh, dia mahu berhenti dari mengingati Alfira tapi dia masih belum mampu lagi. Perasaan indah yang pernah hadir walaupun seketika itu harus dibuang jauh. Biar tak ada satupun yang tertinggal di lubuk hatinya. Itu tekadnya sekarang.



 P/s : Cepat2 saya update KCI 25 ni sebab tak sampai hati nak hampakan korang semua yang setia membaca penulisan saya. Terima kasih sangat2! tapi kalau lagi banyak orang yang sudi komen, lagi lagilah saya terharu! Hehehe....Enjoy ur reading ya..Maaf kalau plot novel ni tak macam yang korang inginkan..But, ur comments sangat2 berguna untuk saya! sayang korang semua!  

32 comments:

  1. yey!!! aku dapat comment dulu hehehe. thanks ya cz post cter ni. happy sangat ni. dah nak baca ni. hmm sebab nak jadi org pertama post comment. trus aku tekan lepas 4min cik penulis posst cter ni.

    ReplyDelete
  2. adoyai..
    bila nk muncul n3 yg mengembirakan
    sakit ati je bace..
    cpt la post n3 yg best2 yer
    xmo dh gado2

    ReplyDelete
  3. Young Jiao Xiu:hehehe..thank's comments!

    Zue:Huhuhu....tak happy ye baca?huhuhu...camne saya nak buat bagi diaorang tak gaduh ye? Huhuhu..sabar ya Zue..saya nak cakap lebih2 pun tak boleh, papepun, tunggu bab2 seterusnya

    Yoonmin:Hmmm...maybe ye maybe tak. Hehehe..jawapan tergantung pulak saya bagi. saja nak suruh korang berteka teki lagi

    ReplyDelete
  4. hah, bongok punye amir. kan dah kena ngn aku.
    cis cis cis.
    nak je sekeh sampai botak.

    kan, rsa macam amir ni kena guna-guna lah. macam pelik perangai dia.

    ReplyDelete
  5. hmm amir memang dah kena guna2 gan zarina tu. tapi i still vote for rayyan tuk bersama fira. hehehe. biar nanti amir ternganga bila dah sedar balik. hmm klo aku gan rayyan pun sweet jugak ni. hehehe.. gatal jap.
    tapi aku memang bersimpati gan fira. sabar je lah.

    ReplyDelete
  6. a'ah.. kesian kat amir pun ade jugak... memang sah dia dah dibomoh oleh pompuan tak tahu malu tue... siapa lagi kalau buakn si zarina...

    janganlah bagi cerita panjang2 watak rayyan.. takde kena mengena pun ngan watak utama....

    bagitau sipi2 dahlah...

    oh ya! bila nak post n3 yang menggembirakan nie....

    asyik makan hati jer n3 yang lepas2.. takde satupun yang mengharukan...

    beginilah.. selesaikan dahulu masalah mereka.. biar mereka berbaik-baik dahulu walaupun kajahatan zarina belum terdedah tapi bagilah mereka berbaik2 macam suami isteri dulu...

    tak sukelah masalah memanjang begini.. geram sangat2 tau dak!!!!

    bagi sini si zurina tue... kucekik-cekik leher dia sampai mampos....

    eiii.... bencinya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. I suka kalau Alfira dgn Rayyan. Biar si Amir tu frust menonggeng, tergolek2. Dia yg gatal dah lupakan Alfira, bercinta dgn si gedik tu. Tak peduli, nak Alfira & Rayyan. Si amir tu kena bomohke, apake, biarkan dia dgn si gedik...

    ReplyDelete
  8. Anon:Aduh! macam kena hentam je saya ni..huhuhuhu.Sabar erk. Saya baru first time buat novel ni. MAsih banyak benda saya tak tahu. Susah sgt saya nak puaskan hati semua pihak.Huhuhu....maafkalah saya kalau rasa tak puas hati dengan apa saya tulis ni..sekarang baru bab 25, masih banyak lagi bab yang perlu saya olah betul2.Hope bersabar ye...

    ReplyDelete
  9. xnak xnak Alfira ngan Rayyan. Nak Alfira ngan Amir jgk. Amir mmg sah-sah cintaka Alfira cuma perasaan dia btindan bila Zarina guna-gunakan dia. Dia confuse ngan hati dia. Dia cintakan Alfira tapi bila tgk muka Alfira dia jd benci. Need someone to help Amir plz. Tolonglah ubatkan Amir tu. Rayyan plz help. huhuhu...
    Pd Alfira jgn terasa akan kata-kata Amir tu. Itu bukan apa yg dia masukkan itu bukan diri dia. Bersabarlah Fira bnyak berdoa. Kemenangan selalu berpihak pada pihak yg bersabar. Insyallah Amir will be yours forever.

    ReplyDelete
  10. bagi akak wlwpn dibomoh ksalahn msh trletak pd amir,dia yg dr awl2 lg mletakkn taraf zarina lbh tggi dr alfira....pd ml akak ingt mrk msh brpeluang utk mmperbaiki hbngn mrk tp bl trnyata amir memilih zarina dr alfira jelas nyata ms mrk brbulan madu...

    mmg xdinafi msh ada sisa kashsyng antra mrk tp amir ttp buta....

    tak salah klw alfira mntk dilepaskn ..biarlh alfira mncari kbhagiannya sndiri...alfira jgn trlalu mnyerah kalah..carilh cinta dr mereka yg mnyintai kita jgn kita mngejar cinta...

    ReplyDelete
  11. kesian dgn Fira x habis dihina
    suami sendiri, Fira carilah
    ketenangan utk diri sdri jgn dibiarkn
    diri diherdik krn bukan kesalahan
    sdri. Hai Amir bila nk sedar yg
    awk tu dh dibomohkan. Sekiranya Fira
    dh tggalkn kerana kecewa baru nk
    menyesal dh tak guna. Beri pengajaran
    sikit pd si Amir ni jgn suka menghina
    org lebih-lebih lagi isteri yg baik.
    cepatlah sambung...

    ReplyDelete
  12. cik writer... saye sokong crite ni.. biase nye law crite mcm ni mesti amir ngnn fira.. tp cube la bg ajr cikit si amir tu.. memag la die dah kene gune2... sian kat fira.. biar la fira ngan rayyan... biar amir nyesal... geram sgt.. tp law last n3 cik writer wat fira ngan rayyan mesti pembace x ske.. wat je la pape cik writer.. yg penting saye sokong jln crite cik writer... sume feel bersatu...

    ReplyDelete
  13. ~amir tuh kna bomoh ke ape..
    perangai sengal memanjang..
    rasa nk bagi penumbuk je.
    haih. lelaki menyusahkan.

    ReplyDelete
  14. aah lah,cam kena bomoh he..hope sgt cite ni akan terus brkembang..asyik2 fira je yg kena!

    ReplyDelete
  15. mamat poyo tu da dibomohkan ke oleh mangkuk hayun Zarina..tu..
    Pi la berubat..ngan uztaz ke..
    Teremosi pulak dan rasa mcm nak kasi mamat poyo tu flying kick..pada apa yg dibuat nya ke atas fira..
    Fira whynot jalinkan salam perkenalan ngan Rayyan..
    biar mamat poyo tu berputih mata..
    cepat cepat la ya masukkkan entri baru at least dapat tahu juga apa yg berlaku seterusnya..kat fira..kesian dia..why not fira bersemuka ngan nenek dan maknya..minta mrk memahaminya..

    ReplyDelete
  16. adoyai...bila la mamat sengal ni nk sedar..

    xmo la fira senang2 je trima dia

    ReplyDelete
  17. amir tu mmg sah la kena mandrem ngnn zarina sihir tu.suka ati dia je tolak fira cmtu.apa ingt org xde prsn ke?isyraf ptt rpt ngn fira bg amir akt ati kaw2 pnya.baru pdn muka.tp xnk la smpai divorcekan.next n3 plz..........

    ReplyDelete
  18. tak suke ngan amir !! harap2 suatu hari nanti amir ceraikan fira . dan , rayyan jadi hero novel ni . dr rayyan caring... baik.. gentleman dan, dia sesuai berdampingan dgn alfira
    ~MISS_BZbody~

    ReplyDelete
  19. Makin menarik dan makin ingin tahu apa yg berlaku lg.Cepat2 sambung wahai adk penulis.Gdlck.

    ReplyDelete
  20. sah2 la amir 2 dh kna jampi...jng la ksi div0rce..kasi aimr 2 skit ati je...n bg dia rsa apa yg fira rse...g0odluck pnulis...chaiy0ok...

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum....Thank's 4 ur comments. i really appreciate it =0. Saya mohon maaf sgt2 sebb tak dapat nak update novel KCI ni dalam tempoh yang agak lama. Banyak faktor dan perkara yang terpaksa saya selesaikan dulu sebelum fokus pada novel ni. Mungkin juga dalam 3 minggu ni takkan ada n3 baru untuk KCI. Saya minta maaf sangat2.Huhuhu... Terima kasih yang tak terhingga kerana selalu baca dan sokong karya tak seberapa ini.

    ReplyDelete
  22. apsal rs cam penah bc dah ni...
    owh..ari2 xleh komen blog..
    best2..
    cpt sambung..
    geram sgt dgn si amir ni..
    sabar ye alfira..

    ReplyDelete
  23. ye la, confirm kene bomoh... nape fira je asyik tanggung pedihnye... sampah masyarakat tol zarina mangkuk tu..

    ReplyDelete
  24. dah sah amir kena guna2 ngan zarina...kesian fira....harap2 dia cpt sedar....

    ReplyDelete
  25. mmg amir dah terkena guna2 si zarina ..sampai bilalah fira kena hidup dihina cam tu sabar pun ada batas.. x kan x da sapa pun perasan yg perangai amir x cam dulu... do something .. kecian fira ..harap2 amir cpt sedar yg zarina tu sebnrnya perempuan jahat seblm sesuatu yg x elok berlaku

    ReplyDelete
  26. Plz x nk Fira ngan Rayyan... nak Amir gak..jgn ler smpi divorce...

    ReplyDelete
  27. hye akak..bila nk update yg bru ni..xsbr2 dh sngt2...smpai nk hilng sbr..huhuhu

    letih laa nk tnggu..tp xpe..sbb KCI punya,sy setia menunggu...borng laa syik bce kat p2u.my...entrnet jd xbetl..lambat!!!hehe

    ReplyDelete
  28. bila nak update ni...dah setahun 2ggu ni kak oi...xsabar2 nak baca..
    sy mohan spya akak update cpt

    ReplyDelete
  29. best nye...akhirnye dapat bce sambungan nye...x saba nk dapat kan novel ni...:)

    ReplyDelete
  30. novel ni dh di terbitkan ke?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!