About Us

Friday, August 23, 2013

Baru nak Update Pasal Raya

Fuh...dah 3 minggu tak update blog. Kalau tunggu seminggu lagi genaplah sebulan. Boleh pecah rekod ni sebab before ni tak pernah-pernah lagi selama ni blog kesayangan hamba ni tak berupdate. Berdebu sudah blog ni. Mujur belum bersawang lagi. hehe..

Baru nak cerita pasal raya kami berdua. Raya pertama sebagai suami isteri haruslah happy + excited kan? Puasa terakhir & raya pertama dekat rumah mertua dekat kelantan. Pengalaman berbeza tapi seronok. Dekat rumah FIL hari pertama raya kiteorang ramai-ramai bakar satay. satay tu kiteorg wat sendiri. so, merasalah saya cucuk satay beratus-ratus masa malam raya tu. Makanan pun ada yang tak sama. Tapi time tu saya memang keja bedal je semua makanan. sesi balas dendam sebab 2 minggu before raya saya hilang selera makan kan. Nasi pun xmampu nak telan. Tapi, Alhamdulillah..cuma 2 minggu je. lepas tu selera kembali normal sampaila sekarang (^_^).


Raya ke-2, after open house dekat rumah mertua, kami terus bertolak balik ke kedah. disebabkan perjalanan balik yang berpusing-pusing saya memang asyik nak termuntah je. so..sepanjang perjalanan..hanya baring dan tidur sebab kalau duduk saya akan pening kepala sangat-sangat. time ni minyak cap kapak memang setia menemani.

Raya dekat kedah pun mestilah best kan. mak saya melayan je kerenah saya nak makan itu ini. Pantang cakap teringin nak makan ikan talapia merah la, mesti kejap je mak masakkan. Then bila cakap dah lama xmakan nasi lemakpun, pagi2 tu jugak saya dapat makan. Laksapun, awal2 balik dah dapat melantak. hehe...Satu lagi, setiap kali balik kedah, saya mesti nak makan rebung. Tapi, sebab pregnant, tak berani makan banyak-banyak. setakat merasa je.

Cerita yang tak best raya kali ni, saya alami keracunan makanan. tak tahu mana silap..sebab orang lain ok je. saya sorang je yang kena. maybe dah memang perut jenis tak tahan, bila mengandung jadi lagi sensitif. lepas tu semua benda saya nak makan kan.... Rasa menderita jugakla sampai naik lembik badan. Hilang segala tenaga. Gi klinik tak ok, then kena tahan kejap dekat hospital untuk masuk air. Alhamdulillah..lepas seminggu jugak barulah saya sembuh sepenuhnya. Mujur baby tak de apa2. Alhamdulillah.....

Sekarang, kembali busy dengan kerja. kesihatan pun Alhamdulillah dah ok. Harap tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya untuk semua kawan2  & pembaca blog saya. saya mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang kita berhubung di alam maya ni. Untuk ex b2b yang dah jadi mommy tu saya ucapkan tahniah. Macam tu jugak yang dah preggy, tahniah ya!



7 comments:

  1. as salam Imah, cerita preggy kita lebih kurang sama je..demam n kena masuk air..nyway take care taw..

    ReplyDelete
  2. Salam syawal imah.sarah beraye yg mcm tak je sbb tak dpt semua kuih ry.huu

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri gak untuk akak sekeluarga..
    =)

    ReplyDelete
  4. owhhh..awk sama la mcm saila..raya di rmh mertua kelantan dan kedah..saila pun dr kelantan pergi kedah raya sana pulak nk elak jam :D hehe..

    selamat hari raya imah..jaga diri n baby baik2 :)

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya kak! maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  6. hohoho.. selamat hari raya imah.. za pn xup lagi cerita raya.. giler mls..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Imah! Time raya preggy ke x preggy mmg xleh nak elak makan sedap..kalo boleh yang nak preggy tu adjust sikit time jgn berpantang masa raya...kecur air liur je nnt..hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!