About Us

Tuesday, September 30, 2014

REVIEW: Soft Structure Carrier (SSC) Snuggbaby



Before bersalin lagi dah masuk dalam list benda nak beli lepas deliver baby is soft structure carrier selain stroller. Tapi, stroller kiteorang tak beli sebab officemate husband bagi hadiah. Fayyadh kiteorang bawak keluar rumah pun lepas dia dah nak masuk 3 bulan. So, masa ni memang tak beli pape pun. Huhu..sebab dia kuat menangis time tu, dengan keadaan dia yang kecil lagi so memang tak berani nak bawak dia pergi mana-manapun.

Bila Fayyadh dah 3 bulan lebih, saya decide nak beli ssc sebab bila keluar dia tak nak duduk dalam stroller. Nangis nak berdukung. Saya aim nk beli boba or ergo. Sebab ada corak plain. Klu jumpsac dengan snuggbaby banyak bercorak. Tapi still msuk dalam list la.
Saya tak prefer untuk beli online sebab harga agak pricy kan, lepas tu takut baby tak nak duduk dalam tu. Prefer pergi kedai sendiri testing. So, dekat shah Alam kan ada Fabulous mom. So..saya decide untuk test dekat sana.

Masa test ssc, mula2 saya try ergo. Fayyadh nangis tak nak duduk dalam tu. Try pulak Boba, pun dia tak nak. Nangis jugak. Huhu..time ni dah risau dah. Masa tu promoter dekat situ suggest untuk try Snuggbaby. Mula2 macam tak nak sebab design banyak bercorak. Husband tak nak corak2. Huhu..Tapi ada exclusive design yang plain. So try la yang tu. Surprisingly, Fayyadh suka! Siap sengeh2 lagi duduk dalam tu. Amboi sangat baby zaman sekarang kan…kecik2 dah pandai memilih. Hihihi…so, sebab anak suka dan kiteorang try pakai selesa, so kiteorang belila snuggbaby! Yeay!!
Harga beli time sales 20% : RM 341.00.

-          Bila pakai ssc  snuggbaby ni  memang senang sangat nak angkut Fayyadh gi mana-mana.  Dia selesa je duduk dalam tu. Kalau dia ngantuk dia tidur je. Tak kisahla dekat luar tu bising macam apa..sedap je dia tidur. So, mama & abah lehla shopping dengan senang hati! hihi..siap boleh jalan pegang2 tangan lagi ok sebab baby dah sangkut dekat badan. Tak yah tolak stroller. hihi..

-          Nak bergerak senang sebab anak memang dengan kita. Jalan2 tempat sempit, nak mencelah pun senang. Gi kenduri..gi jejalan or kemana-mana memang kami selesa berbabywearing.
-          Snuggbaby material kain dia sejuk & lembut. Memang baby tak panas or berpeluh-peluh tak selesa dalam tu.

-          Kemas bila pakai! Terletak elok dekat badan. Boleh adjust nak bagi kedudukan dia selesa

-          padding dia tinggi. Bagus untuk leher baby yang awal2 tu lembut  dan kalau baby dah tinggi pun still selesa lagi pakai.

-          Kalau betul cara pakai memang tak rasa lenguh or sakit pinggang dengan belakang nak angkut anak
-          Cutting dia besar. Klu baby kecik ada tali untuk ikat sikit supaya baby tak terkankang sangat.

-          Senang nak cuci!

-          Senang nak breastfeed dekat public. Tak pernah try lagi bf dekat public sebab kalau keluar sama2 selalu husband yang pakai. Tapi pernah try dekat rumah. Senang! Saya keluar berdua dengan Fayyadh pun baru dua kali. Tapi memang angkut dlm ssc la.

-          Snuggbaby product Malaysia. So design dia memang ikut cuaca, environment & mengikut kesesuain baby Malaysia ni.
     
      Ada sleeping hood. Boleh cover kepala baby time dia tidur, panas or tetiba hujan rintik2,

-          Pendek kata, tak rugi invest lebih sikit duit untuk SSC snuggbaby ni sebab sangat2 berguna pada kiteorang. Memang guna sungguh2. Hihi..

Nasihat saya, tak kisahla nak beli brand apapun, pastikan ianya selamat digunakan, Kalau boleh yang ada warranty & dah buat testing product before diorang jual. bukan yang fake, selesa untuk kita & baby. Lebih baik, test dulu before beli. Study sikit pasal jenis2 carrier ni before nak beli.

Ok jom layan gambar kiteorang kendong  Fayyadh. Eh..tapi gambar abah dia je yang banyak!

 
First babywearing masa Fayyadh 3 bulan lebih



sedap je anak mama ni tido!

Time gi zoo melaka

Dekat rumah kenduri. dua2 sedap je tido..hihi




Tak sempat nak snap picture details SSC Fayyadh tapi gambar dia macam bawah ni


5 comments:

  1. Assalamualaikum imah.. thanks for the review.. sheila cari gak carier.. letih angkut stroller gabak tu. hihiiii

    ReplyDelete
  2. Bestnye... tapi SCC mmg agak pricey. Kena la menabung kalau nak beli T_T

    ReplyDelete
  3. menarik! tgh usha lg nak beli SSC yg mana...

    ReplyDelete
  4. huhu...dok aim je nak beli scc.malang sekali kelantan takde kedai jual scc.terpaksa beli online juga.harap anak suka

    ReplyDelete
  5. Cik jelita..ada je di kelantan. .di kubang kerian..try join group babywearing fb..ada updates kedai bru buka mana2

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!