Banyak yang terjadi masa tahun 2014 ni. Banyak kenangan yang
harus disimpan. Yang baik, yang buruk semuanya kenangan. In sha Allah mana yang
buruk tu jadi tauladan, yang baik harapnya berterusan..Amin..
DIRI
Paling best tahun ni sebab berat badan dah turun sikit dari
berat before mengandung masa 2013. Tapi belum kurus, Cuma turunla 5kg dari
berat asal sebelum pregnant.Tupun dah cukup buat saya happy walau masih lagi chubby! Tapi
nak maintain cukup susah. Tak leh nak kawal nafsu makan. Diet banyak yang
kelaut. Harapnya tahun ni dapatla berat badan before kawen. Tak nak kelaut..nak
balik ke darat. Hahaha…
Pasal diri, tak tahu nak cakap apa yang berubah. Orang
terdekat je lah yang tahu kan. Harapnya dah makin baik berbanding sebelumnya.
Cuma yang dapat rasa, saya lebih matang berbanding sebelum ni. Dapat pulak dah
ada anak. Memang kena matang dalam banyak benda. Cuma lepas bersalin ni, rasa
diri cepat sikit nak emo. Mudah jugak nak sensitive dan marah. Faktor hormone
sama kot. Mula2 susah nak kawal, tapi lama2 belajar
untuk kawal. Sekarang dah ok sikit. Tupun
lepas husband tegur. Kalau tak, maybe tak sedar diri jugak. Huhu..
SUAMI ISTERI
Tahun 2014, masuk tahun ke-2 perkahwinan kami.
Alhamdulillah…masih dilimpahkan dengan kebahagiaan. Tipula kalau cakap takde gaduh2,
salah faham, selisih pendapat antara kami. Mesti ada. Cuma try untuk tak gaduh lama-lama.
Maximum pun sejam lebh. Lepas tu baik balik. Dari mula kawen macam tulah kami.
Gaduh macam manapun tak boleh nak lama-lama. Hal remeh temeh try untuk tak beratkan. Bila dah cool down discuss balik apa yang tak kena. Try jugak kekalkan kemesraan tu sama macam baru2 kawen. Bila dah ada anak, kadang ada jugak try cari masa spend time berdua. Kadang keluar mkaan kejap time lunch. Kadang ambik cuti gi jalan berdua tengok wayang. Tapi memang tak boleh keluar lama2 tanpa anak! rasa lain dan rindu anak! hahaha....sebenarnya, cabaran tau benda ni! Macam mana nak buat hubungan kita suami isteri still berbunga-bunga, mood cintan cintun walau dah bertahun kawen. Masih belajar. Cuma harap apapun dugaan yang mendatang kami kekal bersama untuk hadapi.
Surprise untuk suami. Candle light dinner masa anniversary kami yg ke-2 |
ANAK
Alhamdulillah Fayyadh dah 10 bulan sekarang ni. Lagi 19 hari nak masuk 11 bulan. Ikutkan rasa banyak lagi yang kurangnya saya sebagai ibu. Masih belajar untuk jadi yang terbaik untuk anak. Masih kelam kabut bila anak sakit. Banyak lagi yang tak tahu. Masih lagi call mak & mak mertua sebagai rujukan. Perangai pun sama. Try untuk banyak bersabar. Banyak spend time dengan dia. Faham kerenah dia. Kadang2 rasa sayu pun ada bila tengok muka anak. Syukran. Anugerah yang tak ternilai harganya dalam hidup. Waktu susah, senang..pandang je muka anak hilang semuanya. Memang kekuatan saya sangat2. In sha Allah..saya try buat yang terbaik untuk Fayyadh.
KERJAYA
Masih bekerja di tempat yang sama. Tahun ni dah masuk tahun ke-4. Alhamdulillah..masih diberi rezeki untuk ada kerjaya tetap. Yang saya rasa enjoy nak kerja, tak stress, happy2 je. Walaupun ada sikit kurangnya dari segi pendapatan tapi saya bersyukur dengan apa yang ada. Apa yang saya peroleh sekarang dah cukup Alhamdulillah. Maybe sebab faktor utama pilihan tempat kerja tu adalah environment yang ok, so malas dah nak pindah2 tempat lain. Buat masa ni stay je dulu. Bukan senang nak jumpa majikan yang ok dan faham masalah pekerja. Tambah2 bila dah ada suami dan anak ni. Banyak faktor yang buat saya masih stay dekat sini.
ONLINE BISNES
Tahun 2014 genap 2 tahun bisnes sewaan veil yang saya buat. Saya start bisnes ni dari bulan November 2012. Alhamdulillah sambutan sangat baik sampai sekarang saya dah ada 7 veil untuk disewakan, In sha Allah akan ditambah lagi dari semasa ke semasa atas permintaan customer. Ada jugak kelakarnya bila ada orang ingat saya ada butik. Bukan sekali orang salah anggap, rasanya dah dekat 10 orang kot yang tanya butik saya dekat mana. Saya takde butik. Buat sendiri2 je.
Bulan 10 2014 saya bukak online shop sendiri, by adeenda . Alhamdulillah..sambutan yang diterima amat mengalakan walaupun baru 3 bulan beroperasi. Buat masa ni just jual barut, bedung & tungku baby. In sha Allah akan tambah lagi item lain selepas ni.
Dunia bisnes ni memang banyak persaingan. Memang akan timbul isu bersaing, caras, orang niaga benda yang sama. Tu semua asaam garam nak berniaga. Bagi saya satu benda je. Ikhlas. Buat apapun try ikhlas dan jadi positive. Percaya yang rezeki tu Allah dah tetap. Rezeki masing2. Ikhlas buat apa2 bendapun. Hati kena bersih. In sha Allah kalau hati bersih semua benda jadi mudah.
TRAVEL
Disebabkan tahun ni saya baru je bersalin masa bulan dua, campur masa berpantang dengan usia Fayyadh yang masih kecil. so, tak banyak sangat tempat kami jalan-jalan.
Sempat pergi jalan-jalan 3 tempat je tahun 2014 ni.
Cherating, Melaka dengan Zoo negara je.
Yang lain jalan dekat2 dengan balik kampung.
Ada impian yang tak tertunai tahun 2014 ni. Harap dapat dicapai masa tahun 2015 ni.
Rasa tahun 2014 ni cerita manisnya, dan fokus saya banyak pasal si kecil Nik Aqil Fayyadh =)
selamat tahun baru..moga tercapai impian imah ..^_^
ReplyDeleteSeronok bc cerita imah....sampah..cik mah pun berharap tahun ni lebih baik...amin2...semoga kita dpt menjadi isteri n ibu yg terbaik...
ReplyDeleteimah..selamat tahun baru.
ReplyDeletesemoga memberi lebih sinar kepada kehidupan kita semua..
hhehehe selamat tahun baru kak imah... happy family 4 ever... insya'allah.. :)
ReplyDeletesemoga lebih maju di tahun 2015
ReplyDeletecepatkan masa berlalu. sy ikut blog akak pon masa belum akak kahwin lgi. hehe apa2 pun selamat tahun bru. semoga tahun ini lbih baik dri tahun2 sbelumnya ^_^
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Imah, gambar last comey, Fayyadh senyum, da besar dy sekarang, bape kilo 2.. da lama x bc pasal perkembangan terbaru dy..
ReplyDelete