About Us

Thursday, August 11, 2016

Rawatan Akar gigi: Review Klinik Pergigian Prime Setia Alam

Kisah 4 bulan lepas, baru sempat nak meng update dekat blog. Busy benor tuan blog ni sampai nak taip 1 entri pun makan masa banyak hari =P. Tapi, at least ada jugak update kan even lambat sikit.

Ok, balik pada tajuk asal. Cerita pasal klinik gigi. Sebenarnya, dari last year lagi dah rasa tak selesa dekat 2 batang  gigi depan ni ha. Rasa macam gigi nak tertanggal pun ada. Kadang2 siap termimpi-mimpi lagi gigi depan ni patah. Serammmm......Kalau gigi belakang patah ke, tercabut ke, takpelah jugak. Orang tak nampak. kalau gigi depan? Mau tak pasal2 orang panggil "nenek" . Tua sebelum usia. (dahla sekarang pun dah nampak tua dari usia sebenar, kalau gigi depan takde lagi-lagilah bertambah ke"tuan" diri ni. Oh NO!NO! ).

Sebenarnya, saya dah refer klinik government dah. Ikutkan kena buat balik rawatan akar dekat gigi depan ni sebab dah nampak tak sihat. Sebelum dia mati & sebelum jadi dicabut & jadi  rongak eloklah buat rawatan akar. Tapi sebab klinik saya pergi tu tak boleh buat treatment at the same day. Kena by appointment & ada hari tertentu, dengan x-ray pun takde so malas nak buat. Dr just bagi antibiotic saja untuk kurangkan rasa sakit. Tapi dalam hati dah pasang planning nak buat dekat private je. Sebab senang boleh pergi weekend saja.Malas nak buat appoinment & follow up time weekdays.  Sebab bila kerja, bukan banyakpun cuti. Kalau ambik time off pun setakat 2 jam je boleh. Tupun masa menunggu memang lebih dari 2 jam campur perjalanan semua. Campur rasa takut sebab pernah ada bad experience pasal gigi, lagilah cuba nak ngelat. Takut sejarah berulang. sobs..Rasa macam nak try private la pulak kali ni walaupun kena keluar lebih duit. Huhu..

Tapi, sebab tak tahu klinik mana yang ok, so asyik tertangguh je rasa hati tu sampaila satu pagi tu, rasa gigi depan tempat yang kena tampal tu serpih. Terus risau tahap gaban. (T_T). Menyesal tak sudah2 sebab tak jaga gigi betul2.Risau betul kalau hilang gigi depan ni. Huhu....time ni dah terbayang-bayang muka senyum nampak gigi rongak. Kihkih.....takutnya.So, masa tu plan nak pergi klinik dekat rumah je. Baca review sikit2, so saya pilih ke klinik Pergigian Prime Setia Alam.

Inilah kliniknya.,...dekat pusat komersial setia alam. Deret kedai yang depan sekali. sebaris dengan Bank RHB, Hong leong Dan bank2 lain. Tapi klinik ni sebalah Am bank je. Dekat tingkat 1




Oh ya, nak ke sini still kena buat appointment. Tapi time saya datang tu, weekdays. Kebetulan cuti jaga Fayyadh yang demam. So, buat appointment petang, mintak husband jagakan Fayyadh sebelah petang & saya ke klinik. Datang sorang jela sebab husabnd kena jaga Fayyadh tak sihat masa ni. 

Waktu operasi Klinik




Lokasi klinik dekat Tingkat 1. Dekat tingkat atas farmasi Health Lane

Hari saya datang, tak ramai pun orang. Tak sempat nak snap banyak gambar sebab sibuk melayan rasa tak selesa dekat gigi. Ni sikit tempek gambar

Kaunter Registration







Bilik Rawatan



Saya plan nak buat scaling sekali time ni. Ha...punyala lama tak buat scaling gigi kes takut datang klinik. Hihi.. . last buat masa dekat university dulu.Lepas tu non ado. Teruk betul. Haha.. Dah bertimbun plaque dalam gigi ni ha baru sibuk nak datang cuci. Even hari2 kita gosok gigi macam biasa & kumur pakai listerine pun still kena datang buat scaling dekat klinik gigi sebab segala plaque lagi mudah dibuang. Seriau jugak sebab gigi sensitif kan. Tapi demi kesihatan & kebersihan gigi ku redahla jugak.

Nak review yang doktor gigi dekat klinik ni baikla sangat. Suka2. Tak menyesal datang. Sebab doktor baik & lembut je bila bercakap. Takdela risau kena bebel la apa sebab tak jaga gigi. Huhu..Baik siap terangkan satu2 pasal root canal ni siap tunjuk gambar lagi. Tapi sebab dah lama punya cerita, dah lupa apa dr cakap. Hmmm... ;). Dr ni perempuan. Muda lagi. Dalam 30-an rasanya. Dia buat x-ray dulu dekat gigi yang sakit sebab nak make sure yang 2 gigi yang kena bat root canal (rawatan akar) atau 1 gigi je. So, lepas x-ray, 1 gigi je yang kena. Alhamdulillah....maybe sebab saya pernah jatuh masa main netball dulu, so gigi tu nampak macam kesan pernah cedera. Mungkin sebab tu jugak yang akar dia jadi tak berapa kuat. Campur infection lagi, So, kenala buat root canal supaya gigi sihat semula.

Apa tu root canal?

Hah..tak tahu nak describe macam mana. Yang saya tau rawatan akar ni diorang akan tebuk gigi kita, keluarkan segala kuman yang ada, yang menyebabkan berlakunya infection pada gigi, lepas tu masukkan ubat untuk kuatkan akar gigi semula. Lebih kurang macam nila bunyi ayat yang tak  saintifik. Nak yang scientific sila pergi google. Takpun fahamkan proses dari gambar bawah ni..





proses rawatan akar ni kena datang 2 kali. First treatment masa first day saya datang tu. masa yang first ni just buat temporary filling & crown je.  Kali kedua kena datang pulak lepas seminggu. untuk masukkan permanent filling. Masa ni doktor cuci jugak sekali lagi.

Sepanjang proses tu memang tak sakit sebad doktor memang dapat ubat kebas. Kalau tak, mau meronta-ronta..hahaha...proses scaling gigi pun tak sakit. Samala yang tampal pun. Selesa sebab dr baik, lepas tu lembut buat kerja. Memang highly recommended la. In sha Allah lepas ni pun nak datang sini je tiap kali nak buat scaling gigi. Dah janji dengan diri sendiri setiap 6 bulan paling lambat, nak datang buat scaling. Nak jaga gigi elok2 sebab taknak jadi macam ni lagi...Huhu..insaf (T_T)


kos scaling gigi bergantung pada keadaan gigi. Apa2 kos pun bergantung pada condition gigi kita. Macam saya hari tu scaling gigi kena RM 90 je.  Lepas buat memang rasa bersih jer gigi. Nampak putih la sikit sebab dah polish sekali. Sayang pulak nak makan lepas tu. Haha...(statement sayang gigi la sangat). Untuk rawatan akar lebih Kurang RM 350. Phew....rawatan akar ni la paling mahal. Tapi memang standard rate macam tu. Huhu...Takpela, melayang duit untuk kesihatan gigi. Kalau tak dirawat lagi naya. Taknakla nanti kena pakai gigi palsu muda2 bila gigi depan ni takde.Huhu.. Kalau biar kang, Umur 29 tapi rupa dah macam nenek bercucu 1. Kihkih..tak sanggup (T_T)

Apapun. saya suka klinik gigi ni.Walaupun duit banyak jugak sekali keluar tapi berbaloi untuk jangkamasa panjang. Lepas 4 bulan buat treatment ni alhamdulillah gigi depan ni dah ok. takde lagi rasa sengal bisa ke apa. Hopefully okla sampai bila2. Amin.. Tapi kena jaga gigi la. kalau tak jaga, mesti jadi balik. Buat treatment sampai beribu pun kalau tak jaga elok2 memang takde guna jugak. So, imah, silalah insaf .huhu...

So, jomlah Jaga gigi elok2 !


44 comments:

  1. Sis lepas sis buat rct tu ade skit tak skrg ... hmmmmm tkut nyaaa nk g buat gg dpn pulk ni ... dah 4 buln dah tangguh πŸ˜“

    ReplyDelete
  2. Disebabkan za akan buat rawatan ni, sampailah za ke sini. Hahaha. Rupanya imah pnh buat.

    ReplyDelete
  3. Boleh sya tya doktor yg buat rawatan Gigi nie Muslim ke non Muslim sbb nk plan buat rawatan Gigi jugak

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum imah... Nk brtanya.. Gigi depan yg imah buat rawatan akar thn 2017 tu masih eluk lg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Saya buat end 2016. Alhamdulillah di tahun 2019 ni masih ok lagi gigi. takde masalah =)

      Delete
  5. Huaaa. Gigi sakit gila mcm semua dh jadisakit.
    Sebelum ni pernah buat tampalan major berlapis2, tapi masih sakit. Nampaknya kene buat rawatan akar jugakla ni. Thanks for sharing dear

    ReplyDelete
  6. Nak tanya , selepas buat rawatan akar ada tak apa2 makanan yg kite perlu elakkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far tak ada. Cuma awl2 elakkan gigit benda keras

      Delete
  7. hi awk nk tanya, awk xbuat gigi palsu kn? kira step first tebuk gigi dulu kn brp kena ya tp dah 2019 nie lain harga kot, awk gigi msti dah brbh wana kn dia sama kn warna balik x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh takla sis. saya buat rawatan gigi asal. yg berubah warna tu kalau gigi palsu kot sis. ni rawatan akar gigi

      Delete
  8. Sis nk tya kalo gigi dh jd sedikit longgar bole ke buat rawatan akar ya...gigi sis longgar x time buat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak rasa longgar sikit dan sakit bahagian gusi. Sis kena refer dentist dulu nanti dia akan bagi suggestion. kalau gigi tu boleh diselamatkan maybe boleh buat

      Delete
    2. Boleh buat sis. Gigi depan sy longgar sikit. Doc buat je root canal treatment ni. Baru td buat kikiki

      Delete
    3. Lepas dah buat RCT, ada rasa gigi longgar lagi tak? Sebab saya pun ada masalah yang sama, tiba tiba rasa longgar

      Delete
  9. sis.. klinik kerajaan ada xbuat rct ni. sy dr meru.. sakit gg geraham.. sama x kos tuk rct gg depan n gigi geraham ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sis. Cuma kna tgok tempt. Ada stgh tmpt xde x-ray. Blh jmpa dr dlu

      Delete
  10. Esok ada appoitmnt utk bwt rwtn akar utk dua gigi dpn ni.. Rasa takut pon ada.. Sbb 1 gigi mcm dah longgar. Hrp tak tercabut la nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smga dipermudahkan. In sha Allah blh slmtkn lg gigi tu

      Delete
  11. Esok ada appoitmnt utk bwt rwtn akar utk dua gigi dpn ni.. Rasa takut pon ada.. Sbb 1 gigi mcm dah longgar. Hrp tak tercabut la nnt..

    ReplyDelete
  12. Hr nie g klinik gigi..doc srankan utk buat rawatan akar..gigi garham bhgian bwh..adoii skitttt.. Hrga rwatan dl rm13++

    ReplyDelete
  13. Hr nie g klinik gigi..doc srankan utk buat rawatan akar..gigi garham bhgian bwh..adoii skitttt.. Hrga rwatan dl rm13++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini pown baru dpt tahu kena buat rawatan akar..huhuhuhu..klinik swasta rm1k..bapalaaa..satu gigi je..sesiapa yg tahu hospital kerajaan yg buat rawatan akar..plezz contact me.. 0146767946

      Delete
    2. Root Canal Treatment harga terbaru 2019 ni utk gigi geraham dlm rm8++ je kat Klinik Pergigian Prime. Kalau nak dtg boleh lah buat appointment dulu.

      Delete
    3. Gigi geraham kos mmg mhl dr digi depan. Around 800-1k++. Try survey klinik goverment.

      Delete
    4. Salam.. mak sampai kt sini sbb tgh study pasal RCT ni.. smlm bwk ank mak umur 3y4m utk check gigi sbb dia mngadu sakit.. doc bg appointment utk buat RCT minggu depan. mak is so nervous.. mak bwk dia pegi klinik kerajaan je sbb mak tak have2.. huhu.. alhamdulillah utk kids free ajer.. doakan ank mak kuat utk melaluinya minggu depan ya.. tq..

      Delete
  14. Salam....Saya baru buat 1st time treatment....bila bangun tidur rasa Gigi sakit ....normal ker rasa mcm tu?

    ReplyDelete
  15. Salam....Saya baru buat 1st time treatment....bila bangun tidur rasa Gigi sakit ....normal ker rasa mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya dulu tak sakit just rasa tak selesa sikit. Tapi dr blhada bg ubat tahan sakit sbb ada stgh org akan rasa sakit. Depends org. Blh tnya balik dkt klinik klu diorg xbg ubt tahan sakit

      Delete
  16. Saya buat dekat klinik kerajaan. Gigi depan punya. Setakat 4 kali treatment, overall habis dalam belas ringgit jela.

    ReplyDelete
  17. Saya buat dekat klinik kerajaan. Gigi depan punya. Setakat 4 kali treatment, overall habis dalam belas ringgit jela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Appointment tu setiap berapa minggu sis?
      Saya nak buat tapi takut.
      Huhu.
      Macam mana sis rasa masa treatment?
      Ade keluar darah macam cabut gigi ke utk RCT?

      Delete
  18. Rawatan akar gigi berapa kali ya buat

    ReplyDelete
  19. saya plak bru lpas buat rawatan akar temujanji yang kedua dia xbius langsung kat kerajaan..xlah sakit cuma rse mcm ngeri mse dia bersihkan pulp gigi kita tu klu sakit kne cakap dia akan kurangkan tusukan dalam lubang akar gigi tu...rse mcm nak nagis ada xsakit tapi ngeri sb tusukan mse cuci pulp tu..

    ReplyDelete
  20. gigi depan akak tu kena buat crown tak lepas RCT?

    ReplyDelete
  21. Kak lepas buat rawatan akar tu gigi ok lagi tak mean warna gigi, ketahanan gigi tu ade perubahan tak, skrg dah 2020 gigi akak yg buat rawatan akar ok lagi tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah still ok lagi sampai sekarang. Dah dkt 6 tahun dh. Cuma dlu akk buat RCT saja. Tak buat crown. So far ok je smpai skrg. Tak pernah lagi sakit ke apa

      Delete
  22. Saya baru jer buat rct gigi geraham besar ni, dah 4 kali korek cuci sebab still rasa denyut denyut walaupun slps dibersihkan akar oleh doktor. Harapnya appointment ke 5 nanti, boleh tampal kekal terus lah dan pastu nak buat crown. 1st cuci 2 jam, kali kedua pun 2 jam, kali ketiga cuci 3 jam sampai rasa nak give up coz sakit kepala sgt sgt apabila nganga lama lama. Tadi cuci lak kali ke empat just 2 jam shj. Apa masalah pun tak tau lah ngan gigiku ini...doakan rct saya berjaya yer..rm1500 kau..rugi kalo gagal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian sis..gigi geraham sbb akar lagi besar kan. Lagi sakit. Sy yg gigi depan pun sakit. Tapi so far lps RCT ni Alhamdulillah ok..tapi saya xbuat crown just buat whitening je after 6 tahun

      Delete

Terima kasih sudi komen!