About Us

Sunday, September 9, 2018

Setelah 2 Tahun jadi Suri rumah. Mudah ke?

Alhamdulillah..diam tak diam dah almost 2 tahun saya jadi suri rumah. Rasa macam mimpi pun ada. Hihi....sebab memang tak sangka lansung saya mampu jadi housewife setelah 6 tahun bekerja sepenuh masa. Sebab asalnya, saya bukanla yang jenis suka duduk rumah. Suka bekerja. Buat aktiviti luar. Tak pernah terfikir pun nak jadi housewife dalam masa terdekat ni. Ingat bila dah umur 40 tahun ke atas barula nak retired. Tapi, kita as manusia ni merancang saja, tapi Allah yang menentukan. Kita pun tak tahu apa akan jadi dengan hidup kita pada masa depan kan?

Mudah ke jadi housewife?

Honestly tak mudah. Setiap pekerjaan di dunia ni tak ada yang mudah pun. Semua ada cabaran masing-masing. Tambah bila jadi housewife yang work from home ni, lagila. Mana nak uruskan rumahtangga, urus anak-anak,  manage bisnes online. Rasa challenging sangat-sangat. Kadang saya rasa kerja dekat pejabat dulu lagi senang compare jadi housewife ni. Betul. Paling susah bab pengurusan masa. Kadang kita plan dah cantik je semua benda nak buat, tiba hari kejadian, semuanya tak menjadi. Mood anak memang penentu jadual kerja kita setiap hari. Hihi....so kena make sure mood & sikap anak dalam keadaan baik & terkawal.


Masa jadi housewife dengan anak sorang (last year) keadaan lebih terkawal. Sebab Fayyadh pun dah 3 tahun masa tu. Jenis yang behave & boleh bawak je ke mana-mana. Sayapun takdela bosan sangat asyik duduk dekat rumah jer. Selalu jugak keluar  dengan Fayyadh. Bila masuk fasa mengandung second baby keadaan dah berubah sikit. Pregnancy sickness teruk sikit masa ni. Tapi masih ok. Bila lahirnya second baby keadaan jadi sangat-sangat mencabar. Saya alami postpartum depression lepas kelahiran anak kedua ni. Sungguh sangat memeritkan. Ambik masa 8 bulan juga untuk fully recover. Pasal ni In sha Allah saya akan kongsi di lain entri. Memang depression ni "sakit emosi" yang tak terluah dengan kata-kata. Hanya yang pernah alami je faham situasi saya masa tu.


"Kelam kabut" tu dah perkara biasa bila jadi housewife dengan 2 anak kecik ni. Haha....kadang macam tak perasan jer cepatnya waktu berjalan. Pukul 8-5 petang tu macam tak rasa apa. Bangun pagi, siapkan anak pergi Tadika. Hantar dia. Balik uruskan si adik nak menyusu, nak mengempeng, bagi dia tidur. kemas rumah, basuh kain baju. sidai.  Lepas tu kalau ada masa buat kerja-kerja bisnes online, layan whatsapp customer semua. Anak bangun, menyusu, mandikan dia. Bagi makan. lepas tu masak untuk makan tengahri. Ambil anak balik tadika. Bagi dia makan. Spend time main dengan anak-anak. Layan diorang. Biasa petang adik akan tidur. Abang kalau penat sangat baru tidur. Selalu dia main, buat homework (kalau ada) atau tengok Tv. Petang buat kerja bisnes, layan whatsapp/ order customer. lepas tu bawa anak-anak keluar main/ jalan-jalan dekat taman. Sebenarnya, kalau tengok rutin nampak macam mudah je jadi housewife. kerja senang. Tapi percayalah, jadual dekat atas ni banyak berubah hari-hari. Ada hari, apa kerja pun tak dapat buat. Masak pun campak-campak asal kenyang perut. Anak kedua saya perangainya macam anak first jugak masa baby, jenis kuat menangis, tak boleh nak berengang. Mama jauh sikit nangis. melekap macam koala bear. Selalu sangat masak or mandi sambil dia menangis. Huhu...so memang selalulah tak dapat buat apa kerjapun. Jangankan nak makan, nak ke toilet or mandi pun tak sempat. Dengan kita rasa nak nangis sama.  haha..struggle sangat-sangat ok!





Ok, stop pasal "kelam kabut", cerita bab diri sendiri pula. Boring tak jadi housewife ni?

Mula-mula dulu memang ada jugak rasa "boring" or "lonely" sebab rasa takde kawan. Hari-hari kawan saya dekat rumah anak & husband jer. Jauh beza masa kerja dulu kita ada kawan kerja. Bolehla bersosial dalam dunia realiti. Tapi bila dah berhenti ni memang family jerla kawan kita. Memang mula-mula rasa sunyi jugak sebab saya ni dahlah jenis suka bercakap, ramah-tamah. Tapi Alhamdulillah..bila fikir sudut positifnya, bila kurang bercakap, kurangla sikit buat dosa bergossip. Hihi....Even teman dalam media social pun tak ramai. Saya tak banyak whatsapp group. selain group family, jiran tetangga ( lebih kepada hal kejiranan / order makanan), group tentang pengisian rohani , just ada group kawan baik saya saja ( ada 3 org jer ahli group. hihi..). Tapi mujurla saya ada jiran-jiran yang baik-baik, dan ada jugak yang jadi housewife. So, petang-petang kalau bawa anak pergi taman main, dapatla berborak hal mak-mak sikit. Hihi...

Paling best, setiap hari saya & anak memang tertunggu-tunggu bila la husband nak balik kerja. Ha..dia punya excited tunggu suami balik tu semacam jer tau. Masa time kerja dulu takdela excited tunggu macam tu, Maybe sebab rasa "yeay! kawan borak dah balik!". Haha...Lama kelamaan saya dah boleh adapt situasi baru. Dah ok dah. Hihi.. selalu weekend memang family time la. Kiteorang akan keluar jalan. Kalau tak boleh tepu jugak kepala kalau asyik duk dalam rumah je. Hihi..





Housework / kerja Rumah

Pandangan orang luar, rumah yang si isterinya jadi housewife ni mestilah teratur, kemas, cantik & bersih. Memang mentality orang tak boleh ubah. Namapun housewife kan, so expectation orang memang tinggi. Duduk rumah hari-hari haruslah tahap kekemasan & kebersihan rumah gred A ++ kan? lepas tu dapat masak yang best-best dan sedap hari-hari.

Hakikatnya, tak macam tu pun. Housewife yang belum ada anak atau anak dah besar maybe la. Tapi kalau ada anak kecil yang sedang membesar untuk diberi perhatian ni, percayala kadang nak buat apa pun tak sempat. Alhamdulillah...anak saya yang first bukan jenis suka menyemak rumah. Dia main pun dekat kawasan dia je. Tahan mata la kalau dia tengah main barang tak berkemas. memang ruang dia main dekat living room pun. Tapi, lepas main dia akan simpan balik mainan. Makan pun takdela merata-rata dia sepahkan. Dan bukan suka sepah-sepah kain atau barang rumah. Yang si adik belum tahu. Tapi hopefully samala macam si abang.

Bab kerja rumah, basuh kain baju, menyapu, vacuum, mop lantai semua memang terkawal before saya bersalin anak kedua dulu. Sayapun bukan jenis suka tengok rumah sepah-sepah dan tak berkemas. Tak pandai deco takpe, janji rumah kemas dan bersih. Sebab hari-hari duk rumah so memang nak suasana rumah yang sedap mata memandang. Tapi lepas bersalin keadaan berubah 360 darjah. Huhu...so ada kerja yang saya terpaksa pejam mata je hold dulu buat macam lipat kain baju semua. Sedangkan nak cari masa untuk diri sendiri rehat dan makan pun susah, apatah lagi nak settlekan kerja-kerja rumah yang tergendala. Mujurlah husband jenis faham dan banyak tolong buat kerja rumah. Tahu macam mana struggle nya saya nak handle anak kategori "high needs baby" ni masa dia tak ada. So bagi saya, even jadi housewife pun tak semestinya semua benda kita kena handle sorang-sorang. peranan suami sangat penting. Suami kena ringan tulang bantu isteri juga. Jangan fikir duduk rumah ni takde kerja nak buat. kerja tak pernah habis. Saya pulak tak suka stress kan kepala  dengan kerja rumah, take it easy. Kalau sempat buat masa tu. Tak sempat hold dulu. Fokus pada apa yang patut jadi priority kita masa tu. Contohnya, anak dulu.



Kewangan / Family Financial

Saya berhenti kerja dulu dengan ada komitmen yang belum habis dibayar. Macam kereta & ptptn. Nak suruh husband bayar dia sendiri pun dah tanggung semua kewangan family. Kereta dia pn tak habis bayar lagi. So, nak tak nak memang saya kena usaha untuk bayar sendiri komitmen saya. Ada orang cakap ptptn tak yah bayar pun takpe. Tapi bagi saya hutang tetap hutang. Kena jugak bayar. So, saya buatla bisnes online dari rumah sebab nak cari duit sendiri. Memang fokus bisnes online je. Alhamdulillah..dengan rezeki dalam  bisnes kecik-kecik ni dapatla saya bayar semua komitmen bulanan, berbelanja dan buat simpanan sikit untuk saya dan anak-anak. Life kami lepas saya berhenti ni cukup makan pakai. Kaya dan mewah tu tak la. Tapi Alhamdulillah cukup semuanya. Kami dapat manage kewangan keluarga dengan baik. Kalau dulu sebelum berhenti kerja risau jugak. Cukup ke nak belanja semua. Nak bayar hutang apa. Dah biasa 2 orang kerja tetap kan. Sekarang dah lalui sendiri dah hilang dah rasa risau tu. Kena Yakin  rezeki Allah bagi. Tawakal sepenuhnya pada Allah. Selain tu, kena pandai manage kewangan jugak. Tambah bila buat bisnes ni pendapatan bulanan kita tak tetap. Time untung banyak tu kena beringat sama untuk saving lebih. Tak boleh asyik nak joli jer...hihi..
Last year saya dapat manage hal bisnes dengan baik. Lepas bersalin struggle sikitla nak handle sebab kena fokus lebih dekat baby. Tapi still ok. In sha Allah next year baby dah besar sikit so harap dapat back to the track. Dapat lebih fokus untuk semua perancangan bisnes saya yang tertangguh.

Pernah tak plan nak kerja balik? 

Tipula tak pernah. Masa tengah alami "postpartum depression" dulu memang rasa nak sangat kerja balik. Bukan sebab tak cukup duit. Cukup. Cuma rasa masa kerja dulu takla stress sangat. Lagipun saya berhenti bukan sebab tak suka kerja. Resign sebab nak jaga Fayyadh yang selalu tak sihat dulu. Konflik dalaman kan. Tapi mulut je cakap nak kerja balik tapi tak pernah pun apply kerja, hantar resume semua. Walaupun dulu saya cakap saya nak berhenti kerja sementara je, tapi jujur saya tak ready lagi nak kerja balik lepas 2 tahun berhenti ni. Still tak yakin nak bagi orang jaga anak sepenuhnya  bila saya kena keluar kerja. Rasa fobia, risau tu still ada. Tapi lepas saya fully recover dengan postpartum depression memang rasa taknak kerja dah. Ada dapat tawaran kerja semula dari company lama. Tapi saya terpaksa tolak. Sebab hati saya lebih happy & bahagia duduk rumah jaga anak-anak & fokus pada rumahtangga. Enjoy buat bisnes kecik-kecik. Saya rasa "time freedom" sangat bila kerja dari rumah ni. Kita boleh manage kerja ikut masa kita. Nak cuti ke nak balik kampung atau nak pergi mana anytime je boleh. Husband outstation pun boleh ikut je. Dia pun lagi happy saya duduk rumah compare masa kerja dulu. Hihi ....

Sebenarnya, bahagia tu datang kalau kita redha dengan apa kita pilih dan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Jadi housewife pun banyak cabaran yang datang. Bukan sikit. Tapi bila redha dengan kehidupan sekarang, saya bahagia. Tak pernah pun rasa down sebab dah takde kerjaya, belajar tinggi tapi last duduk rumah. Hihi...at least saya dah menyumbang bakti pada masyarakat selama 6 tahun. So no regrets. Ada jugakla jasa saya dalam mereka struktur bangunan yang disumbangkan pada bangunan -bangunan yang telah siap di bina. Saya dah happy dah tengok hasil kerja saya dulu.
Sekarang, masa saya fokus lebih pada keperluan anak-anak dan suami. Saya tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Maybe saya akan kerja makan gaji semula bila keadaan mendesak. Susah nak cakap. Kita tak tahu apa akan jadi in future kan? Cuma perancangan sekarang ni memang nak fokus jadi suri rumah yang work from home (WAHM) saja dulu 😊.




1 comment:

  1. Assalamualaikum..baca sampai habis post ni..tak sangka awk pun jadi suri rumah jugak..& anak dah dua kan..lama tak baca blog ni..td pun terserempak masa tengah google something..sy pun tak sampai setahun jugak jadi housewife..tup2 dah preggy balik..3rd child..sekarang ni masih terkawal lagi sebab anak2 dah besar diorang boleh buat hal sendiri..means boleh tinggalkan untuk main sama2..tak tawu la bile sikecik seorang lagi ni keluar nanti..sy dah lama x update blog..👏🏻👏🏻 la sebab masih aktif berblog..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!