About Us

Sunday, January 16, 2011

BAHAYA TIDUR PAGI


Gambar sekadar hiasan ( Sumber: Google)


Tidur pagi yang dimaksudkan ialah tidur selepas azan subuh...Aku rasa nilah perkara yang paling ramai orang huat sebab pagi2 ni memang liat betul lebih2 lagi time cuti.Le[as solat subuh je mesti nak pejam mata balik kan?Huhuhu...Tapi dari sisi islam perbuatan ni tak digalakkan. Bahaya dari segi rohani dan kesihtan..Antara bahayanya..
1)Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
2) Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3)Tidak mendapatkan berkat di dalam waktu dan amalannya.
4)Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
5) Menghambat datangnya rezeki.( Menutup pintu rezeki)
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
6) Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :
  1. Tidur ketika perlu tidur.
  2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
  3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Sumber rumasyo.com

2 comments:

Terima kasih sudi komen!