About Us

Friday, January 14, 2011

Biar menangis Sebab tak tahu membaca Al-Quran Dari Menangis sebAb Tak Pandai Menyanyi

Panjang betul tajuk entri aku kali ini..hehehe.Cerita lama, aku just nak kongsi kata-kata nenek aku yang sampai sekarang aku ingat. Bukan nak menghina sesiapa, atau mengaitkan kata-kata ini  dengan seseorang, TIDAk!. Aku cuma nak berkongsi kata-kata nasihat ni dengan korang semua.

Nenek aku ni bila dia tengok Tv yang siarkan rancangan2 realiti hiburan mesti akan mengeluh marah bila orang islam boleh menangis teresak-esak, meraung2 bila tak terpilih masuk pertandingan menyanyi. Takpun melalak menagis bila kalah dlm pertandingan nyayian..dia selalu cakap dekat aku dan adik beradik lain macam ni :

" Biar kita menangis penuh kekesalan sebab GAGAL membaca Al-Quran dengan BAIK dari menangis berlebih-lebihan sebab tak dapat MENYANYI dengan BAIK.."

Sebenarnya nenek aku ni kesal sebab ada budak2 zaman sekarang yang masih tak tahu  membaca Al-Quran. Lebih sedih bila asyik alpa dengan hiburan duniawi...sampaikan abaikan bekalan untuk akhirat. Kalau boleh seimbangkanlah...aku memang suka ayat nenek aku ni..Penuh makna tersirat. =). Betul tak?


1 comment:

  1. salam kami pun suka ayat nenek awk...menginsafi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!