About Us

Sunday, April 10, 2011

Kasih Sayang Bukan hanya pada Manusia

Assalammualaikum semua..

Terasa dah lama tak menulis disini. sepanjang 2 minggu ni memang banyak yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang manis dan ada yang pahit.Alhamdulillah, semua yang berlaku banyak mengajar aku untuk terus menghargai hidup ini.

Last week, Encik PH datang lagi ! sebelum sebelum ni dia banyak kali jugak datang jenguk aku dekat sini, tapi kejap jelah sebab dia datang pun sebab ada hal.Tapi, kedatangan dia kali ni memang aku tunggu tunggu la! hehehe..Thank's Encik Ph sanggup datang dari jauh walaupun tengah demam semata mata nak jumpa saya!..=)




Ikutkan memang aku tak tahu nak jalan jalan dekat mana..huhuhuhu. Dari dulu lagi aku tak suka jalan jalan dekat shopping mall kalau tak nak beli barang. Memang boring! Mujur minat Encik Ph pun sama je macam aku..hehehe. Aku decide gi zoo negara je sebab dah lama sangat aku tak gi sana. Last time pergi sana masa aku kanak kanak ribena lagi kot..hahahahahaha.. harga tiket untuk masuk Zoo memang agak mahal, RM25.00 seorang sebab termasuk denagn tiket nak masuk taman rama-rama. tapi aku rasa berbaloi, sebab bukan selalu nak menjenguk kesana kan..memang rasa release tension je kat dalam tu..hehehe

Aku yang makin chubby..


Dekat sana, memang aku jumpa macam macam jenis binatang yang aku tak pernah tengok. Aku dengan Encik Ph asyik ketawa je bila tengok gelagat diaorang yang macam2 tu..so cute! hehehe..keadaan dekat sana memang sangat tenang, damai je...walaupun ditengah bandar, aku rasa macam dalan hutan je. jauh dari kebisingan dan kesibukan..memang sangat best!

Tangan dia sangat panjang!!


Indahnya alam ciptaan Allah ini, lengkap dengan bermacam jenis hidupan didalamnya....bila aku lihat haiwan2 dekat sana begitu kasihkan anak-anaknya, aku jadi sedih. Yelah, manusia yang dikurniakan akal fikiran pun banyak yang suka buang dan bunuh anak...jauh lebih teruk dari binatang.

Beruang air ni keja pusing pusing je time mandi..kesian jugak tengok sebab ruang dalam kolam tu sempit untuk  badan sebesar dia


Memerang yang comel tengah mandi manda....lucu gila tengok gelagat diaorang! hehe..

Aksi tayang badan..hehehe

Aku memang penakut gila dengan ular, tapi nak jugak pegang..ular ni tidur bergulung gulung badan dia..erk! mmg geli!

Ular Sawa Albino..


Serangga yang diawet

Aku sempat tengok gelagat gajah mandi pasir, tapi xsempat nak ambik gambar..hehehehe


Memang betul..kasih sayang bukan perlu wujud sesama manusia saja, malah pada binatang juga..jangan bersikap kejam dan tak berprikemanusiaan pada mereka kerana mereka juga makhluk Allah..
kalau korang ada kelapangan pergilah kesana, memang best sangat!

3 comments:

  1. hamboi.

    dating sampai ke zoo naa. hehehe

    ReplyDelete
  2. imahh.. awat hang makin chubby ni? hati bahagia ye? hehe same la aku pun makin gemok weh.. adehhh..

    pssst: sempat tgk gajah buang air besar x? besar gileeee.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Anis:hahaha..saja suka2..

    Maria:huwaa...xtau mcm mana nak slim balik ni..huhuhuhuhu

    Gajah buang air besar xdpt nk tengok live tp tahi dia mmg nmpak ar..hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!