About Us

Saturday, April 9, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 18

BAB 18

Amir Firdaus mundar mandir di ruang tamu rumah. Sesekali matanya menjeling ke tingkat atas. Sudah lima belas minit dia menunggu namun Alfira tidak juga turun turun. Lupa ke dia? Amir Firdaus meneka di dalam hati.Tetapi, semalam dia sudah ingatkan Alfira yang hari ini isterinya itu akan mula bekerja di syarikatnya. Masakan Alfira boleh lupa.

Amir Firdaus melihat jam di tangannya. Pukul 8.40 pagi. Tak boleh jadi ni..kenapa Fira lambat sangat ni? Amir Firdaus berlari anak meniti tangga naik ke tingkat atas. Pintu bilik isterinya itu diketuk kuat.

“Fira, kenapa lambat sangat bersiap ni? Kita dah lewat ni..” Jerit Amir Firdaus dari luar bilik. “Fira!” Dia memanggil lagi. Namun, tiada sahutan dari Alfira. Amir Firdaus mendengus geram. Tombol pintu bilik yang tidak berkunci itu dibukanya. Matanya liar meninjau kelibat isterinya itu didalam bilik namun hampa bila tiada lansung kelibat Alfira disitu. Mana pulak Fira pergi ni? Hati Amir Firdaus sedikit merungut. Pantas telefon bimbitnya diambil untuk menghubungi isterinya itu namun dia kecewa bila panggilannya lansung tak dijawab.



Amir Firdaus mengetapkan bibirnya menahan geram. Tanpa membuang masa, dia melangkah laju menuruni anak tangga. Enjin keretanya segera dihidupkan. Dia jadi marah dengan Alfira sekarang. Kenapa sering saja Alfira ingin menguji kesabarannya? Pagi pagi begini menghilang tanpa memberitahunya apa-apa? Hatinya dipalu rasa risau teramat. Kereta Honda citynya dipandu laju meninggalkan perkaranagn rumah teres dua tingkat itu.

Ketika keretanya membelok disatu simpang, Amir Firdaus terpandang seorang gadis sedang berjalan kaki. Fira! Nama itu terletus dari bibirnya. Walaupun hanya melihat dari belakang, dia yakin itu isterinya. Dari bentuk tubuh dan lenggok gadis itu berjalan, dia dapat mengecamnya. Segera keretanya dihentikan dihadapan isterinya itu. Dia dapat melihat dengan jelas riak wajah Alfira yang terkejut dengan perbuatannya.Pantas Amir Firdaus keluar dari keretanya.

“Masuk!” Arah Amir Firdaus. Pintu kereta sebelah pemandu dibukanya.
Alfira hanim pantas menggelengkan kepala. Langkah kakinya ingin kembali diatur untuk meneruskan langkah namun lengannya lebih cepat ditarik Amir Firdaus.

“Masuk abang cakap! Jangan bantah boleh tak?” Amir Firadaus meninggikan suaranya. Tidak dipedulinya mata mata yang memandang kearah mereka berdua.

“ Saya taknak taknaklah..saya tahulah nak pergi pejabat sendiri. Bas dengan teksi berlambak dekat sini..” Alfira hanim cuba merentap pergelangan tangannya namun makin kuat pula Amir Firdaus menarik.

“Yang gatal sangat nak naik bas tu buat apa? Kan office kita sama je. Dah, abang taknak dengar apa-apa lagi..Masuk sekarang jugak!”

Alfira hanim masih menggelengkan kepala.

“Saya tak nak, tak naklah…abang tak faham ke?” Kali ini suara gadis itu pula yang meninggi. Alfira geram bila selalu saja mesti beralah dengan Amir Firdaus. Dia tak ingin terhutang budi dengan kemewahan yang dimiliki lelaki itu . Dia ingin berdikari di atas kakinya sendiri.

“Memang abang tak faham!” Amir Firdaus sudah kurang sabar dengan perangai Alfira hanim. Pantas diheret tubuh isterinya itu kekereta. Dengan paksaan tubuh sederhana itu ditolaknya masuk ke tempat duduk penumpang.

“Sakitlah!” Alfira menjerit sakit bila tubuhnya diheret sebegitu rupa. Tangannya yang sudah memerah dikerjakan Amir Firdaus diusapnya. Wajah lelaki itu dipandang penuh geram.

“Dah tahu sakit, duduk dalam ni diam-diam..” Amir Firdaus membalas sambil meneruskan pemanduannya. Wajah masam Alfira diapandang sekilas.

“Fira dah makin melampau, makin degil kan sekarang? Lepas ni jangan cuba-cuba nak lawan cakap abang. Mulai hari ni, abang nak Fira pergi dan balik kerja dengan abang “ Perintah Amir firdaus. Alfira mencebikkan bibirnya.

“Yang abang nak paksa paksa saya ni kenapa? Biarlah saya nak pergi kerja dengan apapun, dengan sapapun..itu hak saya. Saya dah bersetuju nak kerja dekat situpun dah cukup baik “ Alfira membuang pandangannya keluar tingkap. Dia makin sakit hati dengan Amir Firdaus sekarang. Semua janji lelaki itu sebelum mereka berkahwin dulu hanya lakonan semata. Tak ada satupun yang dipatuhi. Siksanya, dialah yang terpaksa menanggung semua ini!


“Whatever! Abang tak peduli. Selagi abang ni suami Fira, Fira kena ikut cakap abang! I don’t care ..”
Alfira hanim mengeluh. Amir Firdaus yang mendengar keluhan isterinya itu hanya berlagak selamba. Dia tahu sekeras keras manapun hati Alfira, gadis itu tetap akan menurut arahannya. Dia kenal sangat dengan Alfira Hanim.

‘One more dear..jangan pakai handphone kalau tak tahu macam mana nak guna. Tolong belajar cara nak jawab phone denagn mesej ye..” Sindiran Amir Firdaus membuatkan Alfira Hanim lebih sakit hati.

*******************************

Hari pertama memulakan tugas di Brilliant Corporation , Alfira Hanim cuba menyesuaikan diri dengan para pekerja dan suasana kerja disitu. Kali pertama meneyeburi alam pekerjaan semuanya merupakan pengalaman baru buat Alfira. Lebih lebih lagi bila terpaksa bekerja sebumbung dengan suaminya sendiri. Namun, Alfira tetap berasa lega kerana bilik pejabatnya terletak ditingkat dua. Tidak sama dengan bilik Amir Firdaus yang terletak ditingkat satu. Sekutrang kurangnya, tak perlulah dia seharian terpaksa bertembung pandang dengan Amir Firdaus.

“Puan, dah time lunch hour ni..” Alfira hanim yang sedang sibuk meneliti laporan projek projek syarikat menghentikan tindakannya. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Zahirah, setiausahanya.

“Thank’s ingatkan saya..awak keluar makan tak?” Soal Alfira hanim. Dia senang denagn perilaku Zahirah yang sangat mesra dan peramah. Alfira hanim melihat jam ditangnnay. Sudah pukul 1 petang rupanya, patutlah perutnya terasa lapar. Pagi tadi, dia tak sempat bersarapan sebab takut ketinggalan bas. Alih-alaih, dia dipaksa datang bersama Amir Firdaus.

“Jomla puan..kita makan sekali dengan staff staff yang lain..” Ajak zahirah, ramah. Alfira Hanim menganggukkan kepala. Tas tangan dicapainya sebelum pintu biliknya ditutup rapat. Dari jauh dia dapat melihat dua orang pekerjanya, Emilia dan Wani sudah menanti dipintu pejabat.

“Puan, kami makan dekat kedai makan biasa je..takpe ke puan?” Soalan yang terlontar dari mulut zahirah buat Alfira Hanim tersenyum kecil.

“Saya tak kisahlah Irah. Sayapun suka makan dekat kedai kedai biasa jugak..lebih murah kan”
“Kami takut Puan tak biasa makan dekat tempat macam ni..yelah, tempat macam ni tak sesuai untuk orang kaya” celah Emilia pula. Alfira Hanim pantas menggelengkan kepalanya.



“Sayapun orang biasa. Asal kampung jugak. Kamu semua janganlah risau..anggap saya sama je macam kamu semua. Tak ada bezapun..yang kaya, family suami saya. Bukan saya” Kata Alfira Hanim, merendahkan diri. Biarpun kini dia bergelar isteri pengurus syarikat disitu, Alfira masih ingat akan asal usulnya. Dia hanya orang biasa, tak berharta. Dia takkan pernah lupa akan hal itu. Malah, sewaktu dia mengenali Amir Firdaus dulu, dia tak pernah tahu yang lelaki tiu anak orang kaya. Dia menyintai Amir setulus hatinya, bukan harta kekayaan yang dimiliki lelaki itu.

“Untung Encik Amir tu dapat isteri macam Puan Fira..kalau si Zarina tu, saya memang tak suka sangat, sudahlah berlagak, budi bahasa lansung tak ada!” Kata Emilia pula. Namun, gadis itu pantas menutup mulutnya bila menyedari yang dia sudah terlepas kata.

“Err..maaf Puan. Saya tersalah cakap tadi..sorry sangat” Nada suara Emilia sudah berubah resah. Wani disebelahnya sudah menjegilkan mata, mungkin kurang senang dengan mulut Emilia yang tak tahu bertapis itu. Alfira hanya tersenyum kecil

“It’s Ok..saya faham.” Balas Alfira. Dia hanya mampu tersenyum kala ini. Kedatangan pelayan untuk mengambil pesanan menghentikan perbualan mereka. Alfira Hanim cuba menyabarkan hatinya. Dia beranggapan pasti hubungan Amir dan Zarina sudah begitu jauh. Kalau tidak, masakan pekerja pekerja dipejabatnya dapat menghidu hubungan sulit yang terjalin antara pasangan itu. Alfira Hanim melepaskan nafas berat. Dia hanya mampu mendengar saja apa yang sedang dibualkan oleh 3 gadis dihadapannya ketika ini sedangkan fikirannya sudah tidak berfokus disitu. Dia tidak tahu perasaan apa yang sedang bercanggah dihatinya sekarang. Cinta, benci, rindu, geram semuanya sudah tersimpul rapi dijiwanya.

*****************************

“ Tiga tahun tu dah macam 3 kurun bagi Mir tau. Lamanya Mir nak kena tunggu sayang..” Keluhan yang terkeluar dari bibir Amir Firdaus membuatkan Alfira jatuh simpati. Direnungnya wajah tunangnya itu. Hari ini dia meluangkan hari terakhirnya untuk bersama Amir Firdaus sebab esok dia akan bertolak ke Jerman untuk melanjutkan pelajaran disana.

“ Fira boleh cancel je pergi sana kalau Mir berat hati. Fira tak kisah kalau further study dekat sini je..asalkan Mir senang hati.” Balas Alfira lembut. Perpisahan ini memang berat untuknya juga lebih lebih lagi bila mereka baru lagi mengikat tali pertunangan. Rasa sebak mula bertandang disudut hatinya.

“Inikan impian Fira. Mir taknak Fira sia siakan peluang ni sebab perkara ni je. Bukan senang nak dapat peluang belajar dekat oversea. Pergilah..” Amir Firdaus menatap wajah Alfira yang agak sugul. Sudah beberapa hari Alfira muram. Malah gadis itu tak habis habis bertanyakan keizinannya untuk dia menyambung pengajiaan disana.

“ Lamalah tiga tahun tu Mir. Mesti Fira akan rindu sangat dekat Mir. Selalu Mir, mak dan nenek ada je dekat dengn Fira. Tapi dekat sana Fira sorang-sorang..Fira tak tahu macam mana hidup Fira dekat sana nanti” Alfira hanim mengeluh lagi.

“Mir akan sentiasa tunggu Fira..Mir janji”

Alfira Hanim melihat tepat kedalam mata Amir Firdaus, mencari keihklasan yang wujud disitu. Sesaat kemudian, dia tersenyum. Dia percayakan Amir Firdaus. Lelaki itu selalu jujur dengannya. Walaupun tiga tahun itu satu tempoh yang lama, dia yakin, jika Amir ikhlas menyintainya, seribu tahun sekalipun, lelaki itu pasti takkan lelah menanti.


“Manalah tahu, kalau nanti ada perempuan perempuan cantik goda Mir, time tu manalah Mir nak ingatkan Fira ni lagi..mesti dah lupa” Alfira Hanim sengaja ingin menduga hati tunangnya itu.

“Fira..kenapa cakap macam ni? Mir tak sukalah. Sekali Mir cakap Mir cintakan Fira. Sampai bila bilapun Mir akan tetap cintakan Fira sorang je.Mustahillah Mir akan berubah hati. Dijamin seratus peratus. Kalau yang datang tu cantik macam Aisywarya rai pun fir akan tolak mentah mentah tau!” Amir Firdaus ketawa saat menuturkan ayat itu.

Alfira hanim yang mendengar turut ketawa.

“Yelah tu….Fira harap sangat Mir akan ingat janji kita. Fira akan selalu contact Mir nanti dan Mir wajib balas tau!” Kata kata Alfira bagiakan mengarah. Dia yakin, jika Amir Firdaus sudah termaktub adalah jodohnya sejak di lohmahfuz, walau dia merentas tujuh lautan sekalipun, lelaki itu tetap jodohnya. Dia percaya tentang perkara itu.

“Betul syang..Mir janji..” Amir Firdaus mengangkat tangnnya untuk lebih meyakinkan Alfira Hanim namun gadis itu Cuma tersenyum.

“I have something for you..” Amir Firdaus menarik keluar sesuatu dari dalam beg sandang yang digalasnya.
Alfira hanim yang sedang melihat ragam beberapa pemuda sedang berkayak di tengah taman  tasik Titiwangsa itu cepat cepat menoleh.

Bungkusan yang berbalut cantik dengan plastic berwarna merah itu sudah bertukar tangan.
“Apa ni?” Soal Alfira ingin tahu.

“Bukalah..Fira tengok sendiri..”



Rakus jemari runcing itu membuka balutan plastic hadiah itu. Alfira kalau bab hadiah memang sangat teruja! Terserlah sifat keanak anakan yang dimilikinya.

“Teddy bear? “ Alfira menyoal bila teddy bear berwarna krim sederhana besar itu terserlah dibalik balutan hadiah tadi. Matanya dihalakn tepat ke mata tunangnya itu. Hisy, takkan Amir dah lupa kot? Detik hati kecilnya.

“Yalah teddy bear..takkan orang pulak kot..” Jawab Amir Firdaus sambil tersenyum senyum.

“Mir! Fira tahulah teddy bear..ehm, takpelah. Thank’s! “ Ucap Alfira Hanim. Teddy bear yang berada ditangannya itu dibelek. Ada lukisan berbentuk hati dengan tulisan “I love You” di perut teddy bear itu. Sejak dari kecil memnag dia tak berapa sukakan teddy bear. Dan hal itu memang diketahui Amir Firdaus. Tetapi dia tak tahu mengapa lelaki itu bagaikan lupa tentang perkara itu sekarang. Alfira hanim menadang lagi teddy bear itu.

“Mir tahu Fira tak suka teddy bear..tapi lepas ni Mir nak Fira suka teddy bear ni je..sebab dia macam penganti Mir disisi Fira. Mir nak Fira selalau ingatkan mir, dan yakin walaupun Mir jauh dekat sini, hati Mir tak pernah jauh dari Fira..” Kata kata yang terlontar dari mulut Amir Firdaus buat Alfira rasa terharu.

“Nanti nak tidur peluk teddy bear ni tau….nak peluk Mir ni jauh sangat. Tapi nanti bila kita dah kahwin, Fira nak peluk Mir tiap saat pun Mir alu alukan! Best sangat sangat tu!” Amir Firdaus ketawa lagi.

“Amir!!!!” Alfira menjerit kecil sebelum cubitannya mendarat dilengan tunangnya itu. Dan petang itu, hanya kebahagiaan yang menyelubungi hati mereka berdua.

Alfira hanim mngesat air matanya yang menitis. Dia tidak ingat untuk kali keberapa lagi dia menitiskan air mata. Dan dia benci setiap kali air mata itu bagai murah saja nilainya!.Teddy bear hadiah pemberian Amir Firdaus 3 tahun dulu direnungnya lagi. Tadi, ketika dia mngemas barang barangnya didalam kotak, dia terpandangkan teddy bear yang dulu selalu ada dipelukannya semasa di Jerman. Dia sangat sayangkan teddy bear pemberian lelaki itu. Namun, dia kecewa kerana Amir Firdaus tidak lagi berpegang pada janjinya.Hanya janji! Sesiapapun boleh berjanji tapi untuk menunaikannya tak semua mampu melakukannya. Amir takkan pernah ingat tentang janjinya dulu….hari ini, dia bukan lagi gadis yang ditunggu Amir Firdaus tiga tahun dulu..malah dia juga harus percaya yang cinta lelaki itu untuknya sudah lama terkubur. Terkubur bersama api cinta yang sedang marak untuk gadis secantik Zarina.

Alfira hanim mencapai telefon bimbit disisinya bila telefon itu asyik berdering sedari tadi. Punat hijau ditekan bila nama suaminya itu tertera di skrin telefon.

“Hallo Fira, abang balik lambat hari ni. Mungkin malam kot” Laju saja Amir Firdaus memeulakan perbualan.

“Ok..” Alfira menjawab sepatah.

“Are you ok?” Alfira hanim cepat cepat mengelap air mata yang masih bertakung di pelupuk matanya bila mendengar soalan Amir Firdaus. Pasti lelaki itu perasan akan perubahan pada nada suaranya.

“Saya Ok..”

“Kalau macam tu takpelah. Abang keluar dengan Zarina ni. Oklah, take care. Bye..”  Amir Firdaus membalas, sedikit kelam kabut. Mungkin sedang mengejar masa untuk diluangkan bersama Zarina.

“Bye..” Alfira hanim segera mematikan talian bersama keluhan dibibir nipisnya.Dia sudah cukup masak dengan aktiviti Amir Firdaus jika tidak ke pejabat.

 Semuanya bersama Zarina! Walaupun hari minggu begini, Amir Firdaus jarang nak lekat dirumah. Hanya dia yang setia menjadi penunggu dirumah itu. Alfira memandang geram kearah teddy bear dihadapannya. Pantas teddy bear itu dibalingnya kearah dinding sekuat kuatnya. Dia bagai melihat wajah Amir Firdaus dan zarina yang dibalingnya. Dia puas bila melihat patung beruang itu terkulai jatuh.Namun rasa puas itu hanya seketika sebelum air matanya kembali gugur membasahi pipi. Alfira Hanim sudah tersedu sedan didalam biliknya menangisi nasib sendiri.

Bersambung....


 P/s: Really sorry lamabt update this new entri.Huhuhuhu...Internet dekat rumah ada problem..By the way, enjoy ur reading & don't forget leave ur comment ya! Thank's


12 comments:

  1. geramnya ngan amir ni,,

    tak puaslah baca..nak lg,,hehehe,,

    ReplyDelete
  2. sengal la amir ni..
    pilih la antara 2
    xde side hero ke?
    bg amir ni jeles ckit
    xmo la asyik dia je tayang gf

    ReplyDelete
  3. sakit ati btul ngn amir ni.dia xpernah fikir ke psl perasaan wife dia.rs cm nk tumbuk2 je muka dia.by the way nice story.cpt smbung ye

    ReplyDelete
  4. alah .... mana doktor isyraf rayyan biar si amir cemburu ... I LIKE DR. ISYRAF RAYYAN than amir doktor tu lagi baik, dia lagi layak untuk alfira :D doktor tu layak untuk dijadikan hero dalam novel ni

    ReplyDelete
  5. salam..sengal la amir ni..geramnya..i sambil menusuk ke hati..mcm nak kasi flying kick kat mamat poyo tu..apa kata alfira keluar dating ngan Dr tu..gua rasa mesti gempak giler la..barula di namakan adil dan saksama..betui tak...

    ReplyDelete
  6. betoi2,bg si mir tu pengajatan sikit,kasik jeles,,haha,bior padan muka die..sy pasti,fira akn ttp cintakan mir,tp,cik writer,bg la pengajaran sikit kt mir tu supaya die tau siapa sbnrnye yg ade dlm hati tu,,

    ReplyDelete
  7. dear All: Thank's for ur comments! hehehe..wah, bnyak yg tengah marah dekat Amir ye..cadangan korang mmg sangat bernas!Thank's! Setiap yang berlaku ada balasannya kan? Tunggu...

    ReplyDelete
  8. unfair tol amer ni..
    nyamph gile2 dgn die..tp sbb nk jk die jd hero kn la syg sket..huu
    x sba nk tngggu next n3..
    btw cik writer, bole x this week nye post, buat hari khamis..coz i x ley bc for almost 1 month aftr dad, ad least bole la jugk bc yg this week nye is khamis..huuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  9. Anonymous:Oh, ya ke..huhuhuhu. saya akan try update cepat ye. Insya-Allah hari rabu malam sbb naskah dah siap cuma banyak nak edit2. Terima kasih sngt2 untuk sokongan awak!

    ReplyDelete
  10. tahnaiah penulis...suka bca story ni..keep it up k!!=p
    n cpt2 post y bru xsbr nk bca

    ReplyDelete
  11. yeeeeeeeeeeee...thnxQQQQQQQQQQQQQ....sgt hargai.....

    =))

    ReplyDelete
  12. sdih nyer..nape amir lyn fira cm nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!