About Us

Monday, May 9, 2011

Novel Kerana Cinta Itu 24

BAB 24


 Laporan tapak pembinaan projek yang berada ditangan Alfira hanim diteliti satu persatu sebelum telefon ditas mejanya berbunyi. Tangannya segera mengangkat gagang telefon.

“Hallo”

“Masuk bilik saya sekarang!” Terkedu Alfira hanim dengan suara nyaring Amir Firdaus di hujung talian.

“Ok!” gagang telefon diletak semuala. Dia mengetap bibir menbahan geram.

Macamlah aku pekak nak jerit jerit. Agaknya lupa nak pasang volume controller kot dekat mulut tu. Ingat aku ni duduk sebatu agaknya yang nak tinggi suara tu. Entah apa lagi angin Amir Firdaus kali ini. Semenjak seminggu ni suaminya itu selalu sahaja marah marah. Apa yang dilakukan semuanya nampak tidak kena dimata Amir Firdaus. Buat ini salah, buat itu salah. Suara pulak memang tak pernah berlembut. Alfira  cuba menyabarkan hatinya dengan sikap Amir Firdaus sekarang. Dengan rasa malas, dia menuju ke bilik lelaki itu.

Sebaik saja membuka pintu bilik Amir Firdaus, dia tergamam saat melihat zarina yang sedang tersenyum sinis kearahnya. Alfira tidak membalas senyuman itu. Dia masih belum lupa dengan apa yang dilakukan Zarina padanya ketika di Venice. Janganlah perempuan itu nak buat hal lagi dipejabatnya pagi ini, Alfira hanim berdoa didalam hati.

“Apa yang kau dah buat ni?” Fail berwarna biru itu dicampak kasar diatas meja. Terkejut Alfira dengan tindakan Amir Firdaus. Dengan pantas juga, fail itu diambilnya. Matanya difokuskan pada apa yang terkandung dalam fail itu. Beberapa ketika dahinya berkerut.  Air mukanya terus berubah bila membaca angka yang tertulis diruangan harga tender.

“Saya tak tahupun pasal hal ni. Sebelum ni saya memang dah make sure yang harga yang kita letak dalam tender ni tepat. Tak tahu macam mana benda ni boleh bertukar. Lagipun , ini bukan signature saya.” Alfira menjawab. Memang dia terkejut dengan sebut harga yang terkandung dalam dokumen tender tersebut. kelihatan hampir sama. Macam mana boleh bertukar pula sedangkan dia sendiri yakin dan pasti harga yang direkodkan dalam tender itu. Sudah banyak kali dia menyemaknya sebelum menurunkan tandatangan.

“Tak tahu? Aku benci sangat dengar perkataan tak tahu. Kau belajar bukan main tinggi lagi. Sampaikan ke Jerman. Benda macam ni takkan kau tak boleh nak alert. Kau tau, disebabkan kau terlebih letak satu saja sifar dalam harga tender ni kita dah terlepas satu projek besar! Aku dengan Datuk ambik kau kerja dekat sini bukan untuk merugikan syarikat. Kau faham tak?” Jerkahan Amir Firdaus memang buat hatinya tersiat.  Ditambah lagi melihatkan wajah Zarina yang tersengeh sengeh kearahnya, hatinya jadi bertambah sakit. Mungkin perempuan itu seronok melihat dia dimarahi oleh sang kekasih. Alfira mengetapkan bibirnya cuba menahan rasa geram. Kesabarannya sudah semakin nipis dengan penghinaan Amir Firdaus.

“Macam mana saya nak cakap saya tahu sedangkan saya tak buatpun semua ni. Saya memang dah semak dan tandatangan tender dokumen tu tapi bukan yang ini. Kalau Encik tak percaya, Encik boleh tanya Zahirah. Dia tahu pasal hal ni. Betul, ini dokumen palsu. Bukan yang saya buat hari tu” Alfira hanim berkata tegas. Fail ditangannya diletakkan kembali di atas meja lelaki itu namun Amir Firdaus membalingnya kasar ke lantai. Terkedu Alfira dengan perbuatan suaminya itu. Rasa mahu gugur jantungnya. Sampai hati Amir melayannya sehina ini.

“Habis, kau nak cakap siapa yang sign? Hantu? Aku dah tanya Zahirah. Dia cakap memang kau yang sign dokumen ni depan dia. Kau jangan nak buat cerita karut pulak. Kau tahu tak kita dah rugi 400 juta ringgit sebab tindakan bodoh kau ni…” Suara Amir Firdaus masih nyaring.

“sayang dahlah tu. Tak guna marahkan perempuan ni. Dia bukannya tahu apa pun. Harap je belajar tinggi tapi lansung tak boleh buat kerja. Don’t worry, I akan tolong you. Kita akan explain dekat diaorang pasal kesilapan harga ni. ..Ok sayang?” Zarina menghampiri Amir Firdaus. Bahu lelaki itu dipegangnya. Dia mengusap ngusap rambut kekasih hatinya yang sedang mendidih marah.

Alfira hanim jadi menyampah gila melihat keletah Zarina yang mengada ngada itu. Lansung tidak tahu malu! Namun sumpah seranah itu hanya terdetik dalam hatinya. Tak mampu diluahkan dengan kata-kata. Penghinaan yang keluar dari mulut Amir Firdaus tadi buat hatinya kembali berdarah. Dia ingin melawan, tetapi apa lagi bukti yang dia ada? Dengan tahap kemarahan Amir Firdaus sekarang, dia tahu takkan ada satupun alasannya nanti akan diterima lelaki itu.

“I tak tahulah kenapa papa I betul betul nak bela perempuan ni. Sedangkan papapun tahu ni salah dia. I geram sangat ni sayang. You tahukan bukan senang nak dapat projek besar macam ni. Kita dah hampir dapat tau tak?” Amir Firdaus mengendurkan suaranya bila bercakap denan zarina.  Amir Firdaus terbayangkan reaksi papanya bila diberitahu tentang perkara ini. Datuk Ir suffian lansung tak menyalahkan Alfira kerana perkara sudahpun berlaku. Wajah Alfira Hanim yang sugul lansung tidak dipandangnya. Dia jadi benci bila melihat wajah itu sekarang.

“Kau keluar sekarang!” Jerit Amir Firdaus lantang. Alfira segera berlalu pergi. Rasa sebak yang bertandang didadanya cuba diusir pergi namun gagal. Memang dia terasa sangat. Selama dia hidup, inilah kali pertama dia dihina seteruk ini. Lebih kejam, Amir sengaja ingin memalukannya dihadapan Zarina. Dia tahu dia bukan isteri yang diinginkan, tetapi dia punya maruah. Amir Firdaus telah meletakkan maruahnya di tempat paling bawah. Dadanya sudah bergetar menahan sebak didada.

“Puan, saya dah try explain dekat Encik Amir tapi dia..” Alfira mengangkat tangannya kepada Zaidah sebagai tanda dia tak mahu diganggu sekarang. Emosinya masih lagi tidak stabil. Melihatkan ramai pekerja yang memandang kearahnya dia tahu mereka semua mendengar jeritan Amir Firdaus dibilik tadi. Memang dia malu tetapi kala ini hatinya jauh lebih sakit.

Sampai sahaja di bilik pejabatnya, air matanya laju sahaja mengalir. Dia terlalu sedih sekarang. Sikap Amir Firdaus yang lansung tak menghormatinya memang sangat melukakan. Kalau sekalipun dia silap, layakkah dia dihina sebegitu rupa? Dia dihukum tanpa ada peluang lansung untuk membela diri! Dia tak bersalah tapi Amir sengaja menjadikannya pesalah.Dia sudah penat bersabar dengan lelaki itu. Alfira tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan. Ya! Dia memang bodoh! Dia bodoh kerana cintakan lelaki itu! Memang itu kesilapan besar yang dilakukannya dalam hidupnya, menyintai Amir firdaus! Alfira sudah teresak esak menangis.


***************

Mata bulatnya masih belum puas melihat kereta Myvi putih dihadapannya. Kertas yang mengandungi senarai harga kereta ditangannya ditatap lagi. Melihatkan harga kereta itu dia yakin dia mampu menbelinya.

“Macam mana? Puan jadi tak ambik?” lelaki berkulit sawa matang yang sedari tadi duduk disebelahnya mula bersuara. Alfira hanya tersenyum. Otaknya masih belum dapat membuat keputusan. Wajah Isyraf Rayyan dan Nadia dihadapannya dipandang.

“Korang rasa macam mana?”

“Laa..kau yang nak beli, tanya kiteorang pulak.Bagi aku ok je..” Jawab Nadia. Sedari tadi dia lihat sahabatnya itu bagai keliru untuk membuat pilihan. Isyraf Rayyan yang berdiri disebelahnya juga turut mengangukkan kepala. Dua hari lepas bila Alfira mengajaknya menemaninya membeli kereta terus saja dia memberikan persetujuan. Kadang kadang dia jadi simpati sangat dengan teman baiknya itu.Terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi Alfira. Ingat ke selepas kahwin sikap Amir akan berubah, tapi makin menjadi jadi pulak. Banyak perkara yang terpaksa diuruskan Alfira sendirian.

“Saya pun rasa macam tu. Kereta ni dah cukup sesuai untuk Fira. Lagipun tak mahal sangat kan?” Isyraf Rayyan menambah kata. Dia yang membawa Alfira ke kedai ini kerana pengurus kedai ini merupakan kawannya.

“Oklah macam tu. Saya tak pandai sangat bab bab kereta ni. Itu yang tanya korang. Maklumlah, tak pernah ada kereta sendiri lagi..” Alfira ketawa kecil.

“Tak nak tanya suami Fira dulu ke?” Isyraf Rayyan menyoal. Sejak dia mengenali Alfira, gadis itu lansung tak pernah bercakap tentang suaminya. Lebih memelikkan, Alfira banyak kemana mana berseorangan. Dia berfikir mungkin suami Alfira terlalu sibuk bekerja.

“Dia tak kisah..” Seperti yang dijangka, memang ayat itu yang selalu keluar dibibir Alfira bila bercerita tentang suaminya. Namun, dia tak pernah nak bertanya kerana menghormati hak peribadi gadis itu. Lagipun siapa dia nak menyibuk hal rumah tangga orang?

“Saya jadi ambik..” Akhirnya Alfira memberikan persetujuan juga. Dia memang sudah tidak sabar untuk memiliki kereta sendiri. Selepas ini, bolehlah dia berulang alik ke tempat kerja sendiri. Tak perlu lagi menumpang kereta suaminya. Lebih lebih lagi dengan sikap panas baran Amir yang selalu memarahinya. Dia tak sanggup lagi!

“ Kalau macam tu, Puan boleh ikut saya ke dalam office. Ada banyak dokumen yang perlu diisi..” kata lelaki tadi.

Alfira mengangukkan kepala. Gembira rasanya kerana dapat memiliki kereta sendiri. Dia sudah tidak peduli dengan apa kata Amir Firdaus tentang kereta itu. Lagipun sampai bila dia nak hidup menumpang? Selepas ini dia akan diceraikan juga. Lantaklah kalau lelaki itu nak marahpun, duit dia. Suka hatilah dia nak buat apapun. Kalu bukan memikirkan Amir itu masih suaminya yang sah, dia mahu saja berlari keluar dari rumah itu. Sudah banyak kali hatinya disakiti. Kalaupun Amir bencikan dirinya, janganlah melayannya seperti barang tak berguna. Dia punya hati dan perasaan. Alfira mengeluh sebelum turut melangkah masuk mengikut jejak lelaki tadi.



***********************

“Disebabkan hari ni korang dah temankan Fira beli kereta, Fira nak belanja korang makan. Korang pilih je nak makan dekat mana” Nada suara Alfira Hanim bertukar ceria sebaik saja mereka bertiga keluar dari pejabat urusan kedai kereta itu. Hatinya terasa lapang kerana semua urusan telah selesai Cuma tunggu kereta yang ditempahnya sampai saja dalam masa 2 minggu lagi.

“ Kalau macam tu aku nak makan dekat tempat paling mahal dekat Malaysia ni. Boleh tak Puan Alfira?” Cepat saja Nadia menjawab. Isyraf rayyan disebelahnya hanya ketawa. Mungkin terasa lucu dengan permintaannya itu.

“Daripada kau cakap termahal baik kau cakap tersedap. Mahal tak semestinya sedap la sayang!” Balas Alfira. Memang betulpun. Baginya harga murah atau mahal bukan penentu rasa makanan itu sedap atau tak. Dia pernah makan makanan yang dijual di kedai dengan harga yang mahal di restoran mewah tapi tak dapat diterima anak tekaknya. Kadang dia rasa, gerai tepi jalan jauh lebih sedap dari restoran taraf 5 bintang.

“He eleh..cakap jelah kau tak cukup budget” Nadia sudah memuncungkan bibirnya, pura pura merajuk.

“Mana ada. Betul apa aku cakap. Betul kan Rayyan? “ Alfira mengalihkan matanya pada wajah Isyraf Rayyan pula

Isyraf Rayyan mengangukkan kepalanya. “betul tu Nadia. But don’t worry. Saya ada satu tempat makan yang memang sedap sangat. Tempat tu nampak eksklusif macam dekat hotel tapi harga dia berpatutan. Awak dengan Fira memang suka punyalah..”

“Ok..Jomlah cepat. Saya dah lapar ni. Perut saya ni mana boleh dengar kalau ada orang nak belanja..cepat je memberontak” Nadia menjawab sambil ketawa kecil.Isyraf rayyan dan Alfira hanim turut sama tergelak dengan kerenah Nadia yang agak kelam kabut itu.

Mereka bertiga tiba di Restoran Pesona Damai ketika jam menunjukkan hampir pukul 2 petang. Suasana di restoran itu memang cantik dan redup mata memandang. Ditambah pula dengan senibina restoran yang ala ala kampung. Memang memukau pada siapa saja yang memandang.

“My mom suka sangat makan dekat sini. Dia cakap boleh buat dia ingatkan kampung” Isyraf Ryyan memulakan bicara setelah mereka membuat pesanan makanan kepada pelayan.

“Awak asal mana Rayyan?”Alfira bertanya. Hampir berbulan dia mengenali lelaki itu dia tidak pernah bertanya sangat tentang latar belakang doctor itu. Yang dia tahu, rayyan menetap bersama keluarganya di Subang Jaya.

“Saya asal Johor. Tapi family Saya dah lama menetap dekat sini. Nenek dengan Atuk  pun dah lama tak ada. So, jarang jugak kami balik kampung. Selalu, time raya baru balik..” Isyraf Rayyan membetulkan kolar baju kemeja T nya yang sedikit berlipat.

“Thank’s lah Rayyan tolongkan Fira beli kereta tadi. Kalau nak harapkan Fira dengan Nad ni, kami bukannya tahu sangat pasal kereta. Yang pandainya bawak je. Apa benda pun tak tahu..” Alfira tersenyum. Memang dia banyak sangat terhutang budi dengn lelaki itu.

“Tak ada apalah Fira. Apa gunanya kawan kalau tak boleh menolong. Lagipun saya  tak kerja pagi ni. Malam ni baru shift saya bertugas. So, memang saya free untuk temankan awak dan Nad” Isyraf Rayyan masih lagi tersenyum. Memang niatnya ikhlas membantu. Biarpun dia tahu dia tak wajar terlalu rapat dengan Alfira kerana status gadis itu sebagi isteri orang, tetapi dia tak sampai hati melihat Alfira yang dalam kesusahan. Hati lelakinya mudah saja jadi simpati.

Mereka bertiga berborak tentang bermacam cerita sebelum seorang pelayan datang menghantar makanan. Ada bermacam macam jenis makanan terhidang di atas meja. Ikan masak tiga rasa, ayam penyet, udang goreng tepung, terung goreng berlada, tomyam dan buah buahan yang sangat membuka selera mereka bertiga. Dengan lafaz bismillah, mereka menikmati makanan tengahari itu dengan hati yang riang.

“Saya nak ke toilet kejap” Alfira meletakkan sudu dan garfu yang dipegangnya diatas pinggan. Dia sudah selesai makanan. Perutnya juga sudah terlebih kenyang. Mana taknya, semua makanan hendak dimakannya. Dan paling penting, semuanya sedap-sedap. Nampaknya lepas ni bolehlah dia bawa emak dan nenek makan disini pula. Pasti mereka suka.

 Alfira berdiri sambil mencapai tas tangannya. Baru saja dia hendak melangkah tiba tiba saja tubuhnya dirempuh kuat. Berpusing tubuhnya dek rempuhan kasar itu sehingga dia tersadung pada meja. Air oren yang masih berbaki separuh gelas di atas meja itu tumpah mengenai baju yang dipakainya.

“Hey, jalan tak reti tengok kiri kanan ke?” Kedengaran suara wanita menjerit lantang dibelakangnya.Kurang ajar betul perempuan ni. Dia yang langgar aku, lepas tu boleh pulak terjerit jerit macam oaring sasau! . Alfira cepat cepat menoleh kebelakang. Dia ingin melihat wajah angkuh perempuan yang sedang memarahinya itu namun melihatkan wajah dihadapannya sekarang terus lidah Alfira jadi kelu. Dia tergamam. Zarina dan Amir Firdaus  juga turut terkejut.

“Fira? Kenapa ni? “ Isyraf Rayyan dan Nadia turut bangun mendapatkan Alfira. Mata mereka berdua juga turut terkejut dengan kehadiran Amir Firdaus dan Zarina disitu. Melihatkan tangan Zarina yang erat memeluk lengan Amir Firdaus dan wajah Alfira yang masih terkejut mereka terus terdiam.

“Aku ingat ke setakat bodoh buat kerja, rupanya cara berjalan pun bodoh jugak. Harap muka saja cantik..” Zarina menyindir Alfira. Dia perasan mata kekasihnya itu tidak lepas merenung wajah Alfira. Perasaan bencinya semakin meluap meluap.

“Kurang ajar punya perempuan. Mulut longkang betul! “ Nadia sudah mara kehadapan. Tangannya sudah diangkat untuk menampar mulut lanacang Zarina namun pantas saja dihalang Isyraf Rayyan.

“Sabar Nad. Cik, saya minta maaaf. Saya rasa kawan saya ni tak salah. Ini semua salah faham. Kami minta maaf..” Isyraf rayyan cuba berdiplomasi. Dia tak mahu ada pergaduhan yang terletus disitu. Melihatkan wajah Alfira yang sudah keruh, dia tahu hati wanita itu tengah terluka sekarang. Siapa perempuan ni? Bukan main lagi peluk suami orang? Takkan girlfriend Amir kot? Bermacam macam soalan menerjah fikiran Isyraf rayya. Tetapi, sekarang bukannya masa yang sesuai untuk dia bertanya.

“Ohh…inilah boyfriend bini you ni sayang. Huh, high taste jugak ye perempuan ni….” Zarina memeluk pula pinggang Amir Firdaus. Lelaki itu hanya membisu. Pelukan yang mendarat dipingangnya juga dibiarkan.

“Fira ni kawan saya” Isyraf rayyan menjawab. Dia tak mahu hubungannya dengan Alfira disalah ertikan. Dia belum gila lagi sampai hendak mengacau isteri orang walaupun dia akui dulu dia memang sukakan Alfira.

“Huh! Yelah tu. Jomlah sayang kita pergi. Semak je mata I tengok muka perempuan ni. Menyampah!” Zarina sudah menarik tangan Amir Firdaus untuk keluar dari situ. Mereka bertiga sekadar memerhati langkah pasangan itu keluar dari restoran.

Nadia menghampiri Alfira yang masih lagi dalam riak terkejut. Bibir gadis itu sudah bergetar cuba menahan tangis. Tubuh sahabatnya itu dipeluk.

“Fira, aku faham perasaan kau….aku faham. Kau bersabarlah…” Hanya itu yang mampu diucapkan Nadia ketika ini. Dia tahu hati Alfira pasti terluka lagi.


Bersambung...


P/s: Sorry lambat update. banyak sangat masalah yg saya hadapi dalam seminggu dua ni. Badan pun masih belum sihat sepenuhnya. Masih sakit. Thank's pada semua yang menyokong karya saya. Doakan saya baik2 saja dan semua urusan saya berjalan lancar =) .

24 comments:

  1. hisy geram tul lah watak si amir ni!!menggedik je ko ye amir!!!zarina pun sama lah!!!bile nk insaf wahai amir??jgn clap pilih ant kaca dan permata inche amir..klu fira lari bw diri nti baru padan muka ko amir!!anyway,best n3 kali ni..njoy sesangat..xsbr nk tggu next n3..moga cepat sembuh ye cik writer

    ReplyDelete
  2. kejamnya amir nih! cerai kang baru tau!

    ReplyDelete
  3. sian kat fira.. amir jahat.. xske die.. zarina plak mmg betoi2 perempuan sihir.. menyampah betoi ngan die 2.. ish..
    anyway good job.. tahniah writer...

    ReplyDelete
  4. good ....akan ada pembaharuaan nanti dalam hubungan fira dan dr ryaan...

    ReplyDelete
  5. geram la...asal si amir tu wat don't know jer..si zarina tu plak lebih2..nyampah ar.
    cian kat fira..

    ReplyDelete
  6. tah-tah amir dah kena guna2 gan si zarina tu dah kot? tapikan, hehehe happynya cam rayyan gan fira on je. cik penulis yang cantik dan menawan lagi baik hati...boleh tak kalau pasangkan rayyan gan fira..please...
    klo amir tu pas ni insaf pun,biar la fira gan rayyan gak. pls jangan pisahkan mereka... oh i love rayyan so much. semoga cik penulis yang comel dan penyayang dilimpahkan dengan idea untuk terus mengarang, jadi cepat ada posting baru. hehehe dan sy boleh baca...thanks

    ReplyDelete
  7. cuba buat kelainan dr crita2 lain...xsemestinya amir harus barbaik dgn fira...
    sbg suami dan ketua kluarga amir harus brtjawab tp dimana tjwab amer??
    fira xharus korbankn dirinya pd lelaki sprti amer..mmg syurga dibwh tapak kaki suami tp suami yg mcm mn???klw dh suami seorg yg curang psti tuntutan fasakh dibuat...

    ReplyDelete
  8. dr ryan tu just to make amir jelos!!!!

    mana mungkin dr ryan jadi watak utama...

    amir tetap watak utama..

    mungkin zarin atelah membomohkan amir tu kot!!!
    siapa tahu.. zaman sekarang orang masih tahu menyihir orang...

    harap2 amir sembuh dari sihir tu....

    dan... writer!!! kenapa setiap n3 asyik fira jer yang kena..

    cubalah sekali sekala amir dengan zarina tu pulak yang 'kena'

    sakit hati lah kalau macam nie....
    memang mengamuk habis aku sekarang nie....

    ReplyDelete
  9. setiap perlakuan tak kira baik dan buruk pasti ada balasannya..hehehehe.Skrg memang turn alfira rasa macam ni tapi turn amir pasti ada jgk...sebenarnya, plot novel ni dah siap cuma tak sempat nak taip.Mungkin ada kejutan atau benda yang tak disangka lepas ni.Thank you sebab banyak bg komen dekat saya.Saya akan try improvekan lagi apa yg kurang

    ReplyDelete
  10. best2....nk lg...
    *wink wink

    ;-)

    ReplyDelete
  11. sian fira..
    geram tul ngn zarina n amir ni...
    cpt2 sambung ye..best!!!

    ReplyDelete
  12. salam ...at last..ada entri ari ni..TQ..walaupun tak sihat ..masih ingat kat kami..hope u cepat sembuh ya..
    membaca cerita ni..emosi akak mmg terganggu..mcm nak cakap ngan fira..pack yr things and bla..
    bagitau kak mak ngan nenek..enough is enough..sebagai org tua ..akak rasa mak ngan nenek boleh terima..
    mcm kata semua peminat novel ini..cuba kena kan balik mamat poyo tu kaw kaw..in every relationship..there is always a way out..walaupun agama tegah..tetapi mamat poyo tu da melampau..mungkin perpisahan adalah lebih baik..utk mrk berdua menjalani kehidupan masing masing ngan lebih ceria...

    ReplyDelete
  13. isk...sakitnya hati....bila lah Amir nie nak datang penyesalan...kejam tul...cepatlah bagi dia cemburu plak dengan hubungan Alfira & Dr Rayyan.....asyik Alfira ajer yg makan hati....rasa nak luku ajer...

    ReplyDelete
  14. Assalam...betul cakap Ida tu. akak rasa fira patut berterus terang dengan keluarga dia dan keluarga mertua juga. mesti mereka boleh faham. janganlah asyik nak mengalah aje dan makan hati sorang2. kalau amir memang tak boleh terima fira, fira should do something, kalau amir x nak ceraikan fira, fira patut minta fasakh. janganlah fira jadi wanita yang lemah. dia patut fikirkan kebahagian dia juga.

    ReplyDelete
  15. setuju sgt dgn komen ida dn sriputra, sekiranya hati dh tambah
    derita dgn perbuatan suami yg x
    bertanggungjawab lebih baik berterus terang dgn kedua family biar mereka faham keadaan sebenarnya. carilah jln keluar untuk mencari kebahagian
    sendiri yg mengikut landasan agama. x guna ditnggu lg ekiranya suami yg curang lg diri siap dihina dpn kekasih lagi seronoklh. seeloknya tak payah lagi tunggu bla je barulh amir tau menilai yg mana permata atau pun kaca. hai bila lg lh si amir ni nk sedar yg dia sebenarnya cintakan si fira...kesian fira ada suami pun spt tiada sudah tentu terus x ada ikatan langsung cari org yg boleh bahgiakan fira itu adalah lebih baik pd menanti pd org yg x sudi. fira seorg perempuan yg bermaruah jgn bg org lain senang sj nk pijak maruah kita w/pun suami sendiri yg curang dn tk bertanggujwb. cepatlah smbg.

    ReplyDelete
  16. ahhhh x sabar sudah nie... sambung cepat

    ReplyDelete
  17. kiranya talaq ditangan isteri... dah duda amir tu kan....buat apa simpan suami mcam tu kan......???? come on fira...wake up girl....pertahankan hak sbagai isteri jgn biarkan zarina mginjak2 maruah.....emo tau...!!! smbg cepat2 ye....

    ReplyDelete
  18. Amir memang dah diguna-gunakan oleh Zarina. Ya Allah is there anybody can help them???? I do think Amir really love Fira but becoz of the "sihir" dia lupa perasaan dia. tertipu ngan Zarina. I hope Fira be stronger n hope Dr.Ryyan can help release Amir from sihir. AMir mcm lembu dicucuk hidung tu. Hope Datin nmpk apa yg blaku direstorant tu. mgkin dia boleh agak apa yg blaku. xnak Fira bcerai ngan Amir. They r really a loving couple. Bcoz of Fira Amir change a lot from before. Lgpun Amir xtinggal solat the chances tuk dia puluh tinggi. xnak org yg guna sihir menang.

    ReplyDelete
  19. amir tu dh mcm kena cucuk hidung.suma bnda yg zarina ckp btul je.bini dia gak yg slh.skt ati dpt husband mcm tu.pdn la ngn muka amir klu dia kena guna2.psl dia suka sgt berkepit dgn zarina gedik tu.n3 plz.....

    ReplyDelete
  20. Banyaknya suggestions..hehehehe.Mana satu saya nak ikut ni?Honestly, dalam banyak2 komen ni ada yang sama macam scenes untuk babak2 seterusnya..Plot novel KCI dahpun siap.Nak kena ubah ke?takut.....kalau2 apa yang saya buat xdpt puaskan hati pembaca semua.Tapi, saya akan try gunakan semua komen2 korang ni untuk menambahkan lagi rencah rasa dlm novel ni.Thank You so much!! Love you all!!!! Lepas ni, komen2lah lagi ye =)

    ReplyDelete
  21. wah!best lah part ni..tp kan aissh!!geram leer dgn minah sengal 2..mengatal jea kije dia..boleh dicopkan minah "4G" betul!!!!!!!!amir pon 1..yng dia buat donno 2 apehal..bile kau nk insaf haa??!!sian kat fira,ni semua mamat poyo 2laah punya kije..klau xmesti fira happy memanjang jea kan?!kang seng klau fira lovey-dovely dgn rayyan jea..haa!!kan xpsl2 amir dgn zarina dicopkan "minah sengal" & "mamat poyo"..memng sesuai lh sngt 2..geram laah dgn amir ni....!!!klau nk sugges suh cerai dgn fira pon sy rsa xnak laah..huhu xtau npe...semkin hari smkin best laah KCI ni kak..!!!hope you sihat sentiasa yea kak & hope jugk spya akak sabr..AMIN!!!nti update yg next n3 plk yea.hehe dah xsbr ni

    ReplyDelete
  22. Eee geramnye kt Si Zarina n Amir ni.Amir x patut mrah Fira sbb x de bukti yg kukuh pasal tender tu.Dh la marah depan kekasih hti dia plak.Lagi gedik la Si Zarina ni.Rasanye baik Fira cerai je dgn Amir ni.Cari kebahagiaan diri sndiri drpd trus dihina & diperlekehkan.6ti mesti Amir tu m'nyesal sbb Fira x b'salah.

    ReplyDelete
  23. eee..geramnya tengok dua2 tu...hope fira jangan asik sabar je..yg kurang ajar, misti diajar..wah! akak plak terlebey emo..;)

    ReplyDelete
  24. mesti x cerai punye. mana bleh cerai hehe..
    nak entry baru!!!!!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!