About Us

Monday, January 14, 2013

Belum masanya Boleh duduk sama2. PJJ again (T_T)


Bila cakap dekat orang, macam kelakar pun ada. Yelah...dari duduk jauh usaha nak duduk dekat dengan suami, tapi bila duduk sebumbung dalam 3 minggu, si suami pulak dapat kerja dekat selangor. Alhamdulillah..suami dapat kerja dengan GLC. Rezeki buat kami berdua.  Alhamdulillah..

Kalau ikutkan hati memang sedih sangat. Sayu pun ada. Hampir menangis pun ada. Yelah, kena tinggal lagi kan. Emosi memang asyik terganggu. Tapi ini rezeki Allah bagi. Ini peluang untuk kami stabilkan hidup. Ini doa dan harapan kami selama ni. So, setelah apa yang diminta Allah tunaikan, untuk apa saya merungut? Untuk apa saya menyesali apa yang dah tertulis oleh-Nya?

Walau macam mana kami berusaha untuk duduk bersama, tapi kalau belum sampai masanya, takkan berlaku juga. Kami hanya sempat merasa 3 minggu duduk sebumbung, suami kena gi outstaion 10 hari. Time tengah outstation, dapat call dari company GLC tu suruh lapor diri hari ini. Alhamdulillah...syukran, bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi. Kami belum berpeluang untuk dapat rezeki anak, tapi Allah bagi kami rezeki lain.




Buat masa ni, saya masih stay dekat Kulim ditemani sedara saya. Bekerja seperti biasa. melalui hari2 macam biasa. Saya kuatkan semangat dengan beri kata2 positif pada diri setiap hari. Ini ujian buat kami, tak perlu merungut, tak perlu menyesal, semua ni ketetapan-Nya. Bersyukur dan gembira dengan rezeki yang Allah beri. Tak perlu tertekan. Redha dan hadapi sahaja. Ada hikmah yang tersembunyi.

Sekarang..hanya menunggu. If suami memang tak ada peluang untuk bekerja di Utara, saya akan sekali lagi berhijrah ke sana. Ikutkan hati dan perasaan, kami sama2 suka tinggal di Kulim, kerja di penang. Tempat ni sesuai dengan jiwa kami. Dah mula merancang dan meninjau untuk membeli rumah di sini. Parent pun sama, suka kami tinggal di sni. Tapi xsemua yang kita nak, kita akan dapat. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Insya-Allah...saya mula kuat semangat melalui kehidupan di sini dan dia di sana. Insya-Allah kekuatan tu masih ada dalam jiwa saya. Mudah-mudahan perasan tu kekal begini dan kami akan terus berdoa moga masih diberi peluang untuk tinggal bersama semula.

10 comments:

  1. tak pe kak.. doa byk2 , doa yg baik2 sahaja.. mungkin penghijrahan ini ada hikmahnya,,,

    ReplyDelete
  2. Sekarang walau pun jauh sudah senang nak berhubung, sedikit kerinduan itu senang untuk diisikan. Lagi banyak pengorbanan kena buat, lagi murah rezeki.

    ReplyDelete
  3. sama2 la kita cekalkan hati eh.. ;)

    ReplyDelete
  4. Bersabarlah di atas dugaannya... saya juga pernah berjauhan dengan hubby untuk 2 tahun (johor-penang) dan berjumpa sebulan skali...Alhamdulillah.. msk tahun ketiga baru lah dapat tinggal bersama... itupun setelah kelahiran anak ke-2.. Imah kena fikir positif.. semua ini ada hikmah di atas segalanya... semakin jauh... semakin rindu... semakin sayang... he3...

    ReplyDelete
  5. xpe la dear....Allah dh rancng apa yg terbaik tuk korang 2...
    mungkin ada rezeki lain yg kiter xsangka kn....sbr k..

    ReplyDelete
  6. ujian buat sementara kan...semoga imah terus bersabar n cekal..insyaAllah nnti...

    ReplyDelete
  7. sbr ye..tp rezeki dpt krj tnb bukan senang nk dpt kan..so nnt klo xbly pindah utara, terpaksa la imah yg pindah sana..

    ReplyDelete
  8. semoga apa yg diidam akan termakbul. tp, Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hamba-hamba-Nya..

    ReplyDelete
  9. syukur dah dapat kerja tetap..walaupun terpasak PJJ semula..jgn risau ada hikmah di sebaliknya..semoga cepat2 dapat baby pula..

    ReplyDelete
  10. Dugaan....insya-allah nnt Allah bagi rezeki lagi..mana tau kan...yg penting banyak hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!