About Us

Monday, January 28, 2013

Genap 5 Bulan


Alhamdulillah..dah genap 5 bulan bergelar isteri. Even masih lagi ber PJJ, tapi semuanya tak jadi beban untuk saya. Just follow the flow.  Lagipun saya baru sebulan lebih kerja dekat penang ni, takkan tetiba nak berhenti kerja kan? Bukan senang nak cari kerja baru dekat area PJ or shah alam. At least, kena la planning financial saya untuk 4 atau 5 bulan mengangur (Amboi! lama betul berangan nak mengangur!hahaha). Bila baru masuk kerja, bukannya boleh sesuka hati nak cuti. Tambah2 nak ulang alik dari kulim ni gi sana untuk interview. Susah2.  Itu belum tentu dapat keja lagi. Huhu... So, kiteorang plan saya stay dulu dekat sini untuk beberapa bulan sehingga apa yang kami rancang settle satu persatu. Insha Allah..

Dalam masa 5 bulan, apa yang berubah erk??

Rasa banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Tapi tak adalah ketara sangat. Yang ketara pun si lemak2 tepu dekat badan ni je. hehe...Baby? belum ada rezeki. Orang bertanya tu ramai..normallah kan, bila orang baru kawen mesti orang akan tanya dah pregnant ke belum? Tapi saya cool jer. Tak adalah tension2 pun. Belum ada rezeki anak lagi kan. Then, saya minta orang yang rajin bertanya tu doakan kami dimurahkan rezeki untuk dapat anak cepat2. Amin..

Hal2 kerja rumah taklah banyak sangat berubahnya sebab before kawen, saya memang dah tahu buat kerja2 rumah. Masak pun dah selalu buat cuma belum sampai tahap "hebat" la. Setakat masakan kampung & simple2 tu saya tahulah masak. Husband pun jenis tak cerewet. makan je apa yang saya masak. Tapi bila balik umah mertua saya lansung TAK masak. Takut!!! haha..tahap confident diri jatuh tangga sifar!!!! Sebab family in law semuanya set2 tukang masak untuk kedai makan. Malu nak suruh diorang makan apa saya masak. So, saya jadi tukang potong2 sayur, siang2 ikan, perepare bahan untuk dimasak aje..hehehe. Jadi assistant saja dekat dapur. memang takut betul nak masak dkt umah mertua. Huhu...Dahlah berlainan negeri & cara masakan..sob..sob..Tapi, sampai bila nak ngelak kan????? (T_T) . Ingat raya cina ni balik umah mertua nak berguru cara masakan kelantan.


Dari segi urusan rumah tangga rasanya tak ada yang jadi beban untuk saya. pergi pasar, masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah semuanya dah selalu buat time bujang dulu. Time ni rasa bersyukur dan berterima kasih sgt2 dekat mak & ayah sebab train kiteorang wat kerja rumah & masak sejak kecik. Train kiteorang semua bangun awal pagi. Jangan nak membuta sampai tinggi matahari..so, benda tu semuanya saya praktikkan balik dalam perkahwinan. Si suami pun bukan jenis membuta sampai tegak matahari even time weekend pun. So, dah jadi geng! Time weekend selalu kiteorang  bangun awal, breakfast sama2 then pergi pasar. petang pulak kalau tak ada aktiviti nak buat dekat rumah, keluarlah beriadah =) .

Saya belajar untuk sentiasa wangi & cantik depan suami. Haha...gila malu tau bila husband selalu kemas & wangi sentiasa. Duduk rumah pun dia sentiasa bersiap kemas. Mula2 kawen dulu mesti tanya dia, nak keluar ke??? Bila dia cakap taklah, duduk rumah je terus rasa malu sendiri. Orang selalu cakap, perempuan kena cantik2 & selalu berhias untuk suami, tapi dalam hidup saya, suami yang start bersiap cantik & kemas wangi untuk saya..hehe...so, memang kena praktik jugak apa yang dia buat. barulah best kan?? Adil!



Ok..tu je nak carita kali ini. Rasa lama x update blog. Busy...& tak ada benda nak tulis.

 TQ for reading! 

6 comments:

  1. sama la.. saya pun angkat tangan kalau kat umah mertua.. masakan kelantan pun sy tak terror ni kan pulak nak masak masakan kedah.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita samala. org negeri kedah kawen dgn kelantan. hehe..tu ar, xconfident lnsung nk masak umah mertua

      Delete
  2. dah lama tak baca entry baru imah..

    ReplyDelete
  3. Allah bagi rezeki pada masa tepat untuk kita, kalau anak tu, walaupun dapat lambat, maknanya Allah beri pada masa yang paling sesuai untuk kita. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. setuju sgt. rezeki tu ada macam2 bentuk. Kalau bukan anak, dalam bentuk lain, kewangan, kesihatan..

      Delete
  4. thanks for sharing imah. lepas ni akan practice wangi selalu. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!