About Us

Friday, April 19, 2013

Air Untuk turunkan berat badan!!!!




Macam tak caya je kan dengan minum banyak air putih/suam/masak boleh buat kita kurus. Tapi ni cerita betul ok. Tanyalah apa juga produk untuk kurus/ kesihatan yang ada dekat pasaran. Diaorng akan syorkan kita minum banyak air putih masa guna produk tu. At least 8 gelas sehari atau lebih baik dalam 3 hingga 4 liter sehari! Kalau Tanya dekat doctor pun sama. Dia akan nasihatkan kita minum banyak air dalam proses pelansingan badan. Tapi, bukan semua air boleh bantu kita untuk turunkan berat badan. Hanya air kosong/ air suam/ air putih atau segenerasi dengannya saja yang bagus & harus di minum.  Say no to pepsi, coke & air manis2 ok! Yang tu tak membantupun untuk kurus. Mengemukkan badan lagi adalah..Sob..sob…




Macam mana air boleh tolong kita untuk penurunan berat badan?

1) Minum banyak air buat kita rasa kenyang. So, bila dah kenyang, mesti xkan makan banyak2 kan? sebab tu dinasihatkan minum air sebelum makan =)

2) Air membantu mengurangkan kolestrol dalam badan. Kolestrol=lemak. So, lemak harus dinyahkan dari tubuh badan sebab kalau simpan lama2 jadi lemak tepu. lepas tu lama2 jadi gemuk. huhu..

3) Air membantu sistem penghadaman. yup! ini sangt2 penting. Orang selalu cakap, orang yang sembelit tu sebab dia kurang minum air. So, kenalah minum air banyak2 supaya sistem penghadaman lancar!

4) Air membantu hati berfungsi dengan baik. Hati dalam badan kita ni fungsinya metabolizes lemak.So, kalau nak singkir lemak, hati perlukan air untuk melancarkan proses penyingkiran lemak. Kalau hati tak berfungsi dengan baik, maka banyaklah lemak yang tersimpan dalam badan.



5) Air menyah toksin dalam badan. Hari2 kita makan, kita tak tahu berapa banyak dah toksin yang terkumpul dalam badan kita ni disebabkana makanan-makanan yang tersimpan. So, kenalah detox dengan minum banyak air. Bila badan tak ada toksin, proses penurunan badan akan berjalan dengan lancar =)

6) Air membantu meningkatkan kadar metabolisma badan- Bila kadar metabolisma rendah, so makan apapun cepat je naik badan. Selalu kita tengok orang yang kurus, makan cam banyak jugak tapi berat badan tak naik pun. Tu sebab kadar metabolisma dia tinggi. So, nak tinggikan kadar metabolisma badan salah satu caranya ialah minum banyak air.

7) Air membantu meneutralkan asid dalam perut. Ni penting sebab kita tak tahu dah berapa banyak asid tersimpan dalam perut sebab makanan-makanan yg kita ambil. sila neutralkan dengan minum banyak air ok!



Dan banyak lagi khasiat air ni....boleh google sendiri untuk lebih details. Disebabkan sekarang ni saya masih "on diet".(diet yang tahap ringan sederhana je! slow2 buat tak drastik sebab takut badan terkejut. heehe..), so banyak jugak saya saya buat reasearch pasal makanan & minuman. Memang semangat nak turunkan berat badan sampai capai berai ideal saya semula. Saya try buat cara  semulajadi without taking any slimming pils, Benda pertama yang saya usaha buat, minum air at least 4 liter sehari! 

Banyak kan? kadang2 rasa macam kembung je perut ni. dulu time xdiet, saya minum 1.5L je. Tupun saya dah rasa macam saya jenis kuat minum air padahal belum sampai tahap tu lagi! huhu.... Sekarang try 3atau 4 liter sehari. Dekat office, if tak kena keluar gi site or meeting saya try la habiskan 3 hingga 4 botol 1L air tu. Kejap2 asyik berulang ke toilet sampai officemate pun perasan nape saya minum air banyak2 sebab selalu kerap gi toilet..hehehe. Penat gak. Nak sihat & turunkan berat punya pasal....hehe. 

Nanti saya share pasal diet saya pulak ok! saya dah turun 2kg lepas 2 minggu lebih  kawal pemakanan (saya tidak melalui diet ketat) , minum banyak air kosong & senaman ringan.  Mood Happy!

13 comments:

  1. sep! sama la imah..
    sekarang mmg tengah minum banyak air kosong..
    mujur jenis suka minum air kosong ;)

    ReplyDelete
  2. Mmg pun kalau ambik apa2 utk reduce weight mesti akn bgtahu minum plain water secukupnya.tp sarah mcm teruk.tak pndai sgt minum byk air kosong ni.skrg kalau dpt 1l sehari mcm dh bagus.hehe

    ReplyDelete
  3. Setuju. Nina masa nk loseweight dulu 6 liter sehari. Huwaaa

    ReplyDelete
  4. Selain dri minum banyak air kosong elak kn pengambilan gula , sarapan pagi jgn lebih dri pukul 9 pagi , makan tengah hari jgn lbh dr pukul 2 ptg, bolih ambik nasi setakat 2 sendok tp lbhkn sayor and lauk pauk. Makan malam jgn lbh pukul 7 ptg elak mkn nasi tp ratah sayor ikan ayam atau dagng. Elak makan pisang, manga n durian . Minum green tea. Klu blh sarapan dgn oat saja. Mao cik amalkan pemakanan ni dn dh turun 10 kg dlm masa 2 minggu. Selain tu kena buat senaman ringan sbb nk bakar lemak . Air kosong tu Auntie minum setiap waktu solat 2 gelas air kosong. Selamat mencuba semoga kita semua sehat dan bolih beribadat dgn tenang.

    ReplyDelete
  5. aah imah minum air masak dengan banyak boleh turun berat badan tapi bukan semua orang...nak tahu badan kita memerlukan berapa liter air...setiap 20kg berat badan memerlukan 1liter air masak..memang selalu pergi tandas...tapi pergi tandas 2 kan satu senaman...heheheh

    ReplyDelete
  6. betui2..... setiap 10 kg berat badan = 1 liter utk pumps all the lemakssss... hehe.... xpe, try sikit2, hari ni 2L , esok 3 L... tp mmg betui... semua produk pn suh kita amik air dgn byk... lg byk kita kencing, lg byk lemak2 kuar...

    ReplyDelete
  7. Air ni jgk blh mengeluarkn toksid dlm badan klu tak caya tgk bawah ketiak klu warna hitam tu tanda banyak toksid dlm badan klu kita amalkan minum air yg banyak kita akan lihat warna ketiak kita pun akan jadi cerah sbb air yg keluar melalui kencing mengeluarkan sekali toksid yg terdapat dlm badan selain itu juga kita blh mengelakkkan batu karang sbb pundi kencing kita itu sentiasa bersih . Klu rajin tgk rancangan dr oz yg selalu bagi tip2 nk jaga badan dgn cara yg semula jadi tanpa ubat2tan. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  8. bila minum air masak dh jadi rutin, lama2 akan rasa yg air masak la air yang paling sedapppp sekali...kulit pon rasa moist tau...kene buat jadi rutin la....semua smooth...hehe

    ReplyDelete
  9. qaseh minum air putih dlm kuantiti yg banyak seharian. sampaikan kwn2 yg dekat dgn toilet dok kira brape kali qaseh ke toilet sepanjang 8jan bekerja..hihihi

    ReplyDelete
  10. nk tnye.. kalo trlebih minum pon boleh menyebabkan gemuk ke?

    ReplyDelete
  11. xblh gmuk...minum air kosong lbh cpt menurunkn berat bdan.. ☺

    ReplyDelete
  12. xblh gmuk...minum air kosong lbh cpt menurunkn berat bdan.. ☺

    ReplyDelete
  13. nasib suka minum air kosong. tapi berat tak turun. sbb xjaga makan. heeeeeeeeee hari ni pun dah 2L air minummm.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!