About Us

Wednesday, June 18, 2014

Perkembangan Fayyadh 3 Bulan


Before Fayyadh genap 4 bulan hujung bulan ni, memang kena update dulu perkembangan dia masa 3 bulan.

Berat: 6.7 kg ( just naik 700g je dari bulan lepas)

Panjang: 61 cm

-          Dah pandai senyum kemain lebar lagi. Selalu pagi2 bangun tengah bersiap nak pergi kerja time nila dia paling ceria sekali. Senyum je. Tak sabar nak tunggu dia gelak mengekek pulak. Seyes..tak sabar sangat! Hihi.

-          Dah pandai nak menyembang. Asyik hu…ha..hu..ha…kadang2 panjang pulak “huha” dia tu. Banyak benda nak bercerita dengan kita.hihi..

-          Suka sangat masukkan tangan dalam mulut. Paling suka hisap part belakang tangan dia. Hari tu time belek gambar 3d dia masa dalam perut baru perasan yang dia memang dari dalam perut suka hisap bahagian belakang tapak tangan dia. Habit dari dalam perut!

-          Suka tarik2 tudung dan baju kita dah. Kadang2 rambut pun kena Tarik jugak. Kuat pulak tu Tarik…sakit jugak ok. Hihi…Memang tangan dia dah explore dengan baik. Gud boy!

-          Masih belum boleh meniarap. Just pandai mengiring je. Tupun bila nak n****n.

-          Dah “sporting” sikit untuk bawak keluar jalan dekat luar. Tak menangis macam dulu2 dah..Cuma kuat lagi merengek. Tapi still “sporting” bagi mama..

-          Waktu tidur dah normal. Malam pukul 8 lebih dia dah zzzz….. . Bangunpun kejap2 je nak susu. Lepas tu sambung tidur. Siang kuat main. Xnak tidur sangat. Tapi Alhamdulillah malam dia tidur dengan nyenyak. Takdela bermata panda lagi mamanya ni.

-          Memang suka sangat dengan TV.

-          Still xsuka kita letak dia lama2 dekat bawah. Nak orang dukung. Huhu..

-          Dah cam muka mama dengan abah dia. Kalau orang ambik, kiteorang tak boleh tayang muka depan dia. Nanti memang dia menangis nak kita dukung.


Sejak 3 bulan jadi ibu ni memang banyak rutin dah berubah. Tapi enjoy sangat even penat macam manapun. Tengok muka anak memang boleh hilang semua penat dan rasa sakit. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan terindah ni. Semoga Fayyadh terus membesar dengan sihat, cerdik dan menjadi anak yang soleh. Mama & abah love you so much!

Nah..gambar2 Fayyadh masa 3 bulan.











8 comments:

  1. fayyadh muka mcm mama la....comey!

    ReplyDelete
  2. comel sngt fayyadh..wah fayyadh lagi tembam dari azwa..azwa 4 bulan baru 6.1kg..tinggi sm ngan fayyadh...semoga fayyadh membesar ngan sihat n jadi anak yg soleh ye...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum imah.. comelnya fayyadh. haiii laaa tak sabar nk tgok anak membesar. heeee

    ReplyDelete
  4. salam awak.. comelnya anak awak.. comel fayyadh.. semoga membesar dengan sihat..

    ReplyDelete
  5. comey n bambamnyeeee....gerammmm

    ReplyDelete
  6. Alahai tomey fayyadh.geram nengok.hiks.

    ReplyDelete
  7. imahh! comel sgt fayyadh nii.. geram tgk ketul2 kat kaki tuu.. heee

    ReplyDelete
  8. comelnyee..mata dia paling cute :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!