Teringat nak tulis perkembangan Fayyadh setiap bulan dekat
blog ni. Itupun lepas husband tanya xde tulis dekat blog ke. Senang nak ingat.
1 bulan
-
Tak suka di bedung. Kemain merah lagi muka marah
bila kita bedung dia.
-
Tak suka main air lama-lama. Ikut mood dia. Ada
masa tak nangis bila kena air. Ada masa menangis kemain kuat lagi.
-
Cukup susah nak pakaikan baju dan pampers.
Meraung-raung dia macam kena pukul. Memang bertabahlah siapa yang nak pakaikan baju
dekat dia.Hihi..
-
Suka menangis, menangis dan memangis tanpa tahu
sebab musabab. Bermata pandalah mamanya masa ni.
-
Nak beriba. Tak nak kita letak dia dekat bawah.
Memang nangis teruk kalau letak dekat bawah. Huhu..
-
Kadang-kadang nak kita dukung dia. Tapi kalau
kita dukung dia sambil duduk dia tahu. Memang start lah test vokal dia tu.
Pitching pilih paling tinggi ok! Takde bagi intro2 dah terus "Huwaaa....."
-
Tidur kerap terkejut.
-
Tidur kejap2. Tak pernah nak betul2 lena..malam
je yang ok sikit dia tidur
-
Kuat kentut. Haha…
-
Kaki tangan gerak kemain aktif lagi.
-
Kuat menyusu. Pantang lambat sikit bagi memang
kuat dia menjerit.
Genap Sebulan |
Hai kawan2 mama! Macho tak cara saya nangis? saje tau nak bagi mama panik sikit. |
2 Bulan
-
Still kuat menangis cuma dah kurang dari dalam
pantang.
-
Dah pandai senyum. Memang cair hati tengok anak senyum kemain
lebar lagi
-
Cukup susah nak tidur siang. Malam je yang dia
boleh tidur lama. Kalau kita jaga dia time siang memang tak boleh buat kerja
apa. Kita gerak jauh sikit je dari dia mulala erk..erk..huhu.
-
Dah pandai tertarik dengan TV. So..kena letak
dia jarak jauh sikit dari Tv. Takut rosak mata
-
Suka masuk tangan dalam mulut. Masa pakai
mittens memang basah mittens tu dgn air liur dia. Huhu..kalau jari dia x hisap
sungguh2. Just letak gitu je dekat mulut sambil hisap. Ambik rasa dulu kot? Hihi..
-
Tak suka duduk dalam car seat. Jenuh train dia
duduk dalam tu. Siap beli soft toys untuk gantung dekat car seat nak bagi dia suka. Beberapa
kali jugak tiap kali ambik dari pengasuh abah dia kena behentikan kereta pujuk
sebab kuat nangis. Hihi..
-
Dah pandai bagi reponse bila di agah.
Dah senang nak pakaikan baju dan pampers. tapi kena pandai tengok mood dia. Tak boleh lambat2..hihi
-
Dah boleh direct feeding walau macam manapun
lapar. Before ni dia reject DF kalau lapar sgt. Nak botol. Mentang2 la botol
laju flow dia kan. Tak penyabar betul anakku ini. Huhu..
-
Dah boleh letak baring dekat bawah. Tapi tak
boleh lama sangat nanti memang merengek-rengek la dia. Kejap-kejap je. Cepat
jemu. Huhu..
Ok..itu je kot setakat ni. Nanti nak update perkembangan dia
masa 3 bulan.
geramnya...aunty asa nak cubit2 ja pipi fayyadh ni!!
ReplyDeleteBnyaknya persamaan fayyadh ngan ayra.. Hihi..
ReplyDeletelagi satu nak tambah, makin bulat!hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum imah. comelnya Fayyadh! takpelah ragam dia ni lah yang buat kita rindu bila dia besar dengan lajunya kannnn. heeee sheila pun tengah panda mata ni... rajinkan diri feeding baby dan pam susu sebab nak turunkan bacaan kuning.. T______T"
ReplyDeleteeee tembamnye pipi die...geram nak geget..
ReplyDeletehehehe comelnya dia.. seronok tgk perkembangan anak ni.. nnt mesti rasa mcm ehhh ehh dh setahun heheh..
ReplyDeleteselalu pakaikan minyak jhonson walaupun xde rambut..:)
ReplyDeletegerammmmmm nyer nanny.....tk sabar nk nimang cucu...hehe
ReplyDelete