About Us

Thursday, May 22, 2014

Breastfeeding journey- Bukan seindah yang disangka


Mungkin entri kali ni ada orang yang tak setuju dengan apa yang saya nak cakap. Maybe ada yang nak condem. Persepsi orang macam-macam kan. Tapi saya xkisah sebab orang yg pernah alami je faham. Cakap pasal susu anak ni memang boleh jadi topic hot. Boleh buat ada yang terasa hati, ada yang sampai nak gaduh.
Niat saya dari mula memgandung memang nak susukan Fayyadh sepenuhnya. Kalau boleh nak selama 6 bulan tu hanya susu ni je yang fayyadh minum. Memang itu yang jadi nawaitu saya.
Tapi apa yang berlaku bukan macam yang saya nak. Bukan saya tak pernah terfikir nak jadi tapi tak sangka kerana sikap bertegas saya dalam breastfeeding saya hampir buat fayyadh sakit. Memang sedih bila ingatkan balik. Kesilapan yang saya takkan lupa sampai bila-bila.
Hari pertama Fayyadh lahir, memang takde susupun yang keluar. Sedih sebab saya tak dapat terus susukan Fayyadh sebaik dia menjenguk dunia. Hari ke-2, nurse datang ajar saya cara nak bf kan baby. Itupun susu nak tak nak je keluar. Jenuh picit baru keluar. Tupun sikit. Fayyadh pulak masih x pandai na hisap. Dia xnak bukak mulut lansung untuk hisap susu. Bila nurse macam  paksa dia untuk hisap susu dia menangis teruk. Tapi nurse pesan keep bf kan baby. Lama2 susu akan keluar banyak.so, masa dekat hospital memang diorang bagi fayyadh susu formula. Memang time ni saya sedikit kecewa tapi saya yakin saya mampu bf kan fayyadh. Susu ada. Cuma sikit.
Balik rumah sewa kami dekat setia alam..saya still jugak usaha nak bf fayyadh. Saya pernah baca yang baby baru lahir minum sikit je. So saya bf je fayyadh dengan yakin yang susu yang keluar sikit2 tu cukup untuk dia. Fayyadh pulak kuat nangis so husband suruh bagi formula milk( fm)  sebab fikir dia tak kenyang. Tapi saya bertegas tak nak bagi fayyadh fm. Only breast milk untuk fayyadh. Sebab selama ni saya dah selalu didedahkan yang susu ibu adalah susu terbaik buat dia. Susu ibu kalau diberi kerap akan jadi banyak. Baby baru lahir x minum banyak susu. Cuma kerap.
Tapi saya lupa yang tak semua baby yang lahir dekat dunia ni sama perangainya. Fayyadh ada masalah nak hisap dengan betul maybe sebab n****e pendek sama. Tak semua wanita yang melahirkan tu ada susu yang sama kuantiti.tak semua akan dapat rezeki susu meriah. Saya pulak susu keluar sikit sangat time tu. Lepas tu bertegas sangat nak bg bm je taknak fm. Siap hampir bergaduh lagi dengan husband yang fayyadh dah cukup dengan susu badan je. Tak perlu fm.
Tapi apa yang berlaku sebab sikap yakin saya tu? Fayyadh dehydrate! Saya rasa bodoh giler time tu.rasa bersalah sangat dekat fayyadh. Sebab nak sangat fayyadh just minum bm saya. Sampai dia kencing pun berdarah. Bukan sekalu banyak kali. Dia dehydrate.
Sebab dehydrate jugakla dia kena jaundice. Saya rasa bersalah sangat. Rasa x berguna sebagai ibu. Lepas tu saya bagi je fm dekat fayyadh. Saya tak peduli dah apa orang nak kata dekat saya. Sanggup saya bagi fm dekat anak. Ikutkan bacaan saya memang banyak yang cakap bagi je bf nanti susu keluar banyak. Memang betul. Tapi take time. Bukan waktu tu jugak.saya hari ke-5 baru keluar banyak sikit. Bagi fm. Bukan benda jahat pun. Bukan maknanya kita ni pemalas. Tak usaha. Tak sayang anak. Daripada baby tu dehydrate yang effectnya lagi buruk baik bagi je fm. Saya dah usaha tuam, pump tapi memang hasil sikit sangat. Tapi saya bagi jugak fayyadh minum walaupun sikit. Takkan nak biar dia lapar dan dehydrate sekali lagi kan?
Mujur ada jugak yang faham bila dekat hospital saya terpaksa bancuh susu formula dekat fayyadh masa dia tengah jaundice. Saya tahu bf ubat terbaik untuk jaundice. Kena bagi dia kerap bf tapi nak buat macam mana susu saya sikit sangat. Tupun saya  kerap pump dan bf. Saya bagi dia kerap minum supaya dia banyak membuang supaya jaundice dia turun.
Hari ke-7 barula susu keluar banyak lepas berurut. Tupun jenuh usaha bagi fayyadh nak bf. Dia dah biasa minum pakai botol dulu kan so bila nak direct feeding dia macam tak nak. Asyik nangis. Tak boleh nak hisap betul2. Mak dengan kakak usaha ajar cara bf yang betul. Saya usaha...usaha...memang tak putus asa untuk bf fayyadh.  Tak putus berdoa agar susu saya banyak dan fayyadh nak direct feeding sepenuhnya. Bukan ikut time dia je. Doa semoga Fayyadh cepat pulih dari sawan tangis dia.
Dengan dia yang siang malam asyik nangis. Saya dalam pantang terpaksa handle anak sorang diri. Time dekat kedah mak dapat ambik cuti seminggu je untuk jaga saya sepenuhnya.  Lepastu dah kena keja tapi ada adik tolong tengokkan saya. Petang ke malam baru mak dapat tengok2kan fayyadh. Balik kelantan lagila kena usaha handle fayyadh dan diri sendiri dari pagi sampai pukul 3 ptg seorang diri sbb mil keja jgk. Lepas tu bru dia tolong2 tengokkan. Tahu tak mcm mna saya nak handle anak yg keja nangis xnak berhenti dengan zero knowledge & experience? Tak boleh tinggal lansung dan dlm msa yg sama nak bagi dia bf kdg2 dia tolak. Ada masa kalau tak lapar sangat je nak. Nak pump sapa nk jaga dia? Saya sendiri pukul 2 baru boleh mandi. Rasa tak terurus lansung diri.  Pagi tu mandikan dia dulu. Uruskan dia saya kemudian lepas mil balik. Saya bersyukur sebab mil banyak tolong tengok dan jaga fayyadh bila dia nangis teruk . samala makpun even masing2 keja. Saya takde nak terasa apapun tp bersyukur sebab diorang banyak tolong saya walau xdpt nk jga saya sepenuhnya sepanjang hari saya berpantang. Saya banyak pikir macam mana nak buat bagi fayyadh tak menangis sangat. Kadang2 saya menangis sama sebb sedih sangat.dia tolak untuk direct feeding bila lapar, saya terpaksa bagi fm. Terpaksa campur susu. Bm & fm. Tapi fm tu sehari sekali dua je bagi. Tupun bila dia dah mengamuk. Kecewa..tapi nak buat macam mana itu je yang mampu buat. Takde rezeki nak fully breastfeeding kan fayyadh.
Bila fayyadh dah masuk 2 bulan baru penyakit menangis tak berhenti dia hilang. Baru nak jugak tido. Kalau tidak, tido kejap je jaga. Barulah dia nak direct feeding sepenuhnya kalau dengan saya. Alhamdulillah saya bersyukur sangat. Berkat kesabaran saya. Kalau tak bila dia nangis memang dia lansung tak nak direct feeding. Kna pump masuk botol. Tupun kalau sempat nak pump. Kalau tak, memang selalunya fm je.
Bila saya masuk keja lepas 2 bulan cuti memang saya takde stock banyakpun untuk ebm fayyadh yang nak dihantar pada pengasuh. Saya bagi formula milk untuk pengasuh dia dan stock ebm hari2. Tapi ebm saya hantar memang tak cukup untuk tampung keperluan dia dari pagi sampai petang. Saya bagi 10-11 oz je sehari sebab tak cukup stock. Memang kena top up fm. Dia pulak kuat menyusu.
Dekat rumah memang bf je. Alhamdulillah lepas 2 bulan dah hilang sawan tangis dia. Dia takde dah mengamuk nak botol. Semua df je kalau dengan saya. Even kena top up fm pun saya usaha jugak untuk banyakkan stock ebm walau susu saya tak meriah macam org lain tapi cukup untuk fayyadh.  Dapat maintain pling kurang 10oz ke atas hntr ebm dkt pengasuh pun dah ok. Kalau dapat banyak dari tu memang dia tak top up fm lansung dengan pengasuh.
Terpulang la apa orang nak cakap pada ibu2 yg terpaksa bagi fm dekat anak or bm dan fm. Saya sendiri tak pernah kutukpun org bg fm dekat anak. At least kita dah usaha dan sentiasa usaha nk bnykkan susu nak bf. Kakak saya dlupun anak sulung dia tak dapat nk bf sepenuhnya. Sampai 9 bulan je. Tupun campur. Tapi anak kedua dpt fully bf sampai umur 2 tahun. Rezeki dia. Maybe anak seterusnya nanti ada rezeki nak fully bf. Tapi saya harap sangat untuk fayyadh kalau tak dapat fully bf pun tapi dapat bf dia sampai umur 2 tahun.
Saya memang terasa kalau orang nak cakap org yg bg fm tu xsayang anak. Malaslah. Jangan mudah menuduh kalau tak tahu cerita sebenar.  Ujian dan rezeki setiap dari kita xsama.

Posted via Blogaway

9 comments:

  1. Tula..masing2 ada bahagian die...biasa jugak dengar ...bf je baby walaupun susu xkeluar, sebab cukup je susu tu untuk baby..rupanya ada jugak kes mcm ni ye..smpai dehydrate...thanks untuk info..at least dpt tau pengalaman org..kot2 esok jadi mcm ni jgak

    ReplyDelete
  2. betul.. fai setuju. perjalanan bf ank ni tak sama utk semua org. ade yg lancar je,dan ade juga yg berhalangan... mcm fai dulu, mmg fai nangis bila mak bagi bby fm sbb mak ckp bby tak kenyang. nak melawan,org tua. nanti kita dicakap kurang ajar pula... so fai diam je la.. alhamdulillah makin lama keadaan semakin ok bila dia tengok sekarang ni adam masih lagi fully bf pada usia 10 bulan..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum imah.. kuatnya semangat awak. Allahuakbar! terus kuatkan semangat ye mommy. doakan sheila sekuat awak juga ye ~~~

    ReplyDelete
  4. Sabar ye Imah. Kuat dugaan Imah ni. Alhamdulillah, susu Za cukup untuk Darwish, cuma bezanya kita Za tak ada peluang nak terus susukan Darwish lepas bersalin sebab kes HIE dia. Dugaan kita berbeza dan cuma kita sahaja yang faham apa yang kita lalui.

    ReplyDelete
  5. berkat usaha nanti ada la balasannya untuk imah...jgn putus asa k imah.kita ni sebagai mak xleh la taksub sgt nak bagi bby kita susu ibu,kalau sampai nak sakit mcm ni better la bg baby susu fm.memang semua orang taw susu ibu 2 susu terbaik,tapi kalau terpaksa xkan la nak biakan anak 2 berlapar n sakit kan...xkisah la baby kita minum susu apa pon imah,asalkan baby kita sihat.itu yang pling penting ika asa.

    ReplyDelete
  6. Jangan give up okeh..Susu saya lagi sikit..stock pun tak boleh nak buat...tapi sedar tak sedar alhamdulillah saya manage menyusukan dia sampai lapan bulan...

    ReplyDelete
  7. Rezeki xsama msg2.. Yg ptg bby sihat.. Xkisahla bf ke formula.. Xkna btg hidung mmg sedap je jri mnuding n mulut mgata.. Hihi.. Biar je imah.. Ank kita bkn yg mngata tu nk jga kn pun.. Huhu

    ReplyDelete
  8. ala..da tulis panjang hilang pulak.. tqah pon same ngan imah dl.. first 2weeks campor jugak..susu sikit..even sampai skrg pon sikit.. huhuhuhu.. xpe imah.. inshaAllah.. janji anak kite sihat ye! lepas tqah baca entry ni http://www.syazni.com/2013/05/pengalaman-anak-warded-sebab-jaundice.html br tqah sedar.. niat asal mmg nk fully.. tp tqah xnak tamak.. nasebla tqah baca before deliver.. so tqah amek pengajaran la.. kalau x tqah pon maybe jadi cm imah jugak..

    ReplyDelete
  9. Baru tau cite full imah pas baca blog..huhu..xpe dear..rezeki Allah bagi..ada hikmahnya kan..yg penting fayyadh sihat...bukan imah sengaja xnk bagi bm...dan apa yg imah buat itu yg terbaik utk anak...xde sape boleh argue..ape pon yg kita rasa n lalui skang, pengalaman berharga utk prepare anak ke-2 nanti..eh?hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!