About Us

Wednesday, May 14, 2014

Cerita selepas 2 bulan Bergelar Ibu (^_^)

Rindu nak bercerita dekat blog ni. Since jadi ibu ni kena curi-curi masa nak update blog. sebab masa dah kena dibahagi-bahagikan =)

Alhamdulillah Fayyadh pun dah 2 bulan lebih. Dah hilang dah sawan tangis dia. Sekarang menangis & meragam pun normal macam budak2 lain. lapar, tak selesa, mengantuk. Sayapun dah makin dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru. Dah pandai dah nak uruskan masa. Kalau mula2 dulu punyalah lama nak pakaikan dia pampers dan baju. Terkial-kial buat sebab takut, xpandai. Badan dia pulak lembik lagi kan time tu.  Penah jugak pakaikan pampers dia terbalik. Haha... .eh, seluarpun pernah  pakai terbalik ok. Apa punya kalut la mama fayyadh ni kan. Haish...
Sekarang dah pandai dah. kejap je dah settle. ewah!suka pulak ....hehe.

 Mula2 masuk kerja bila Fayyadh dah cukup 2 bulan memang lain je rasa. Sepanjang duduk dekat office memang ingat dekat dia je. Dah macam projector dah mata ni. Tengok dekat mana pun nampak muka dia. Alahai anak......tinggal kejap pun dah rindu. Fayyadh kami hantar dekat pengasuh. Mujurla dia serasi dengan pengasuh tu. Tenang hati mamanya ni. Kalau tak risau kemain lagi. Oh..pasal pengasuh tu dalam entri lain saya story. Sekarang ni bangun awal pagi, siapkan anak semua untuk husband hantar dekat pengasuh dia. Boleh menitik air mata  bila letak dia dekat car seat. sebab tiap kali letak je dia pagi2 dalam tu mesti mata dia xlepas tengok muka saya sampaila kereta gerak.  sobs..sedih ( T_T).

Sekarang ni nak buat apapun kena la bergilir-gilir dengan husband. Time mandi, makan, solat, buat kerja rumah. Sebab dah ada si kecil yang nak kena jaga. Malam2 tidur pun kena selalu bangun sebab baby nak menyusu. Tapi dalam dua kali macam tu je. Mujurlah malam dia senang tido. lelap je. Kalau tak, mau jadi mata panda masuk office mama dengan abah dia ni. hehe...

Sekarang ni balik keja kalau boleh nak on time aje. Rindu oo..nak jumpa anak dekat rumah. Eh..suamipun rindu jugak. Tapi si kecik tu lagila terlebih rindu.Mana taknya 39 minggu 4 hari bawak dia dalam perut ni 24 jam, mestila rindu si ibu tu bertambah-tambahkan. Penat macam manapun bila jumpa anak memang hilang semua penat. Selalu memang bergilirla mandi dan solat. . Tunggu husband mandi& solat sambil saya jaga baby. Then giliran saya pulak. Lepas tu, masak simple2 je untuk makan malam kami. Lepas makan..relax kejap tengok tv sambil main dengan baby lepas tu tido. Saya tido awal sekarang ni sebab nak kena bangun lagi menyusu malam-malam. since dari berpantang lagi buat macam tu. sebab dulu dia kuat nangis kan. kalau dia tido sayapun cepat2 nak tido sama. kalau tak, xcukup rehatla jawabnya. Kelakar bila ingat balik. Berlumba nak tido sama dengan anak. Hehe...

Oh ya. sorry pada yang request nak soft copy semua tu. tak menyempat nak cari balik sebab laptop dah format. file semua transfer dalam external hard disk. tak sempat nak cari balik. nanti free saya hantar. sorry k..huhu. Ok lah..nanti sambung cerita lagi.

Nah..tempek sekeping gambar dengan fayyadh baru2 ni..



7 comments:

  1. Tomeynya fayyadh. Bam2...geram kite tengok...cepat2 la baby Thaqif bam2 jugak, boleh ibu gomol.Hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah imah.. seronok dengar ur journey being a mother! tak sabar sheila.. tunggu detik melahirkan zuriat kami.. Allahurabbi... berdebar sangat... semoga Fayyadh membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. In shaa Allah. take care imah ~~~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum . .sweetnya baca pengalaman akak :D hehe . .and babamya abk akak :D
    ~menabung nuffnang disini :)

    -aineddihar.blogspot.com-

    ReplyDelete
  4. woi imah dah kurus..

    woi jeles plk...cepatnya kurus..
    bolat Fayyadh..
    hu..mata

    ReplyDelete
  5. Hai imah..lame x singgah sini..sebab sendiri pun malas nak update blog..alhamdullilah anak kite membesar dngn sihat..comel je anak imah =)

    ReplyDelete
  6. Hai imah..lame x singgah sini..sebab sendiri pun malas nak update blog..alhamdullilah anak kite membesar dngn sihat..comel je anak imah =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!