About Us

Thursday, September 11, 2014

Isteri. Mama. Impian.


Yeah..! dah lama tak bercerita hal diri sendiri dekat blog. Seyes,,rindu. rindu nak menulis. nak update macam2 dekat sini. Kadang rindu benda2 lama, godek2 balik entri lama.
Sebenarnyakan..banyak hutang dekat blog ni. Hutang nak update hal2 lepas bersalin. review product segala. Ada yang sampai email saya sebab nak tanya itu ini. Kalau korang nak tanya pape tapi lambat tunggu saya update just email je ke norfahimah87@yahoo.com. In sha Allah saya akan balas. Hihi..

Dah 6 bulan lebih jadi ibu. Alhamdulillah..dah berjaya sesuaikan diri. Kalau dulu terhegeh-hegeh nak buat apapun. cemas kemain. panik. Tak tau nak handle anak macam mana. Tak tau nak faham mood anak. Semuanya rasa serba tak kena. Tapi Alhamdulillah...boleh lalui semua tu. Boleh jaga khalifah kecil ni sendiri. Ya Allah...syukur sangat kerana bagi kekuatan tu pada setiap ibu. Alami  Fasa baru. perubahan baru dalam perkahwinan kami. Lain..memang lain keadaan sekarang. Ape2 buat mesti pikir anak, anak, anak. Hihi..eh..suami pun fikir jugakla!  cuma perhatian kiteorang sekarang lebih pada anak. Hari2 gi keja tak sabar nak balik rumah nak jumpa anak. Kadang kalau husband sampai lambat sikit dari saya, dengar je bunyi enjin kereta terus bukak pintu tunggu dekat luar nak sambut suami & anak. Tak sabar nk peluk anak. Rindu yang tak sudah2. Anugerah yang paling bernilai dalam hidup...subahanallah...pinjaman yang tak ternilai harganya. terima kasih ya Allah..

Bila dah ada anak, always cakap I want to be a good mother. nak didik anak saya jadi anak yang soleh. Saya harus berubah jadi baik supaya anak saya juga jadi anak yang baik. Azam. Walaupun banyak yang masih kelaut impian tu tapi sekarang set je dekat kepala otak, nak Fayyadh jadi baik, mama dia jugak harus baik jugak. Just remind my self everyday. Mintak2 Fayyadh jadi lebih2 baik dari parent dia. Amin...

Rutin harian macam biasa. Pagi2 busy siapkan Fayyadh nak hantar dekat pengasuh. Husband yang ambik dan hantar Fayyadh setiap hari. Orang cakap janggal sebab selalu ibu yang hantar. Tapi anak tu tanggungjawab bersama. So..klu time lain Fayyadh banyak berkepit dengan mama dia sebab menyusu badan, biarla time tu bonding time Fayyadh dengan abah dia. Hihi...Lepas tu Pergi kerja. Balik je kerja, letak beg terus masuk dapur tung tang tung tang masak untuk makan malam dengan suami tercinta. Kadang sambil masak tu jugak berlari-lari ambik Fayyadh. Pujuk dia. Fayyadh sekarang tak boleh nampak mama dia. nak saya duduk tepi dia je. tak leh gerak gi mana-mana. Hihi.. Sebab tu kadang tengah masak pun boleh tutup api dapur. Kadang bab menggoreng husband yang tolong buatkan. kadang jadi sangat terharu tau bila anak perlukan kita, nak kita je ada dengan dia sampai tahap tu walaupun agak susah nak buat kerja apapun. Huhu....tapi apa cara dia tu buat kita terharu sangat. dia perlukan kita (T_T). Dia dah kenal mama dia. Dia nak mama dia ni..

" Fayyadh..mama akan selalu ada dengan Fayyadh. Kalau bukan tepi Fayyadh pun, hati mama, jiwa mama, ingatan mama, doa mama sentiasa untuk Fayyadh ya sayang..."

Kadang bila dengan anak, ada masa terlupa jugak bancuh air dekat suami . Tapi mujur suami boleh buat sendiri. Hihi,...busy kan. Tupun kerja rumah banyak jugak suami tolong. Alhamdulillah..syukur dapat suami yang rajin menolong. Tapi saya try manage time untuk buat yang terbaik untuk dua hero kesayangan saya tu. Try untuk masak macam selalu dekat suami. Try bahagi masa betul2. walaupun masak simple2 tapi nak suami masih rasa air tangan isteri. Cuma kalau penat sangat, malas sangat je baru beli. Mujur suami faham. Makan malam pun kami try untuk makan sekali. Rasa janggal nak makan asing2. Tapi Fayyadh ok je join kiteorang makan. Hihi..tengok je. kesian jugak tapi  dah bagi dia makan awal lagi before kiteorang makan. bab solid food fayyadh nantila saya cerita.

sekarang ni tengah slow2 dengan impian baru. Bukan pasal menulis novel. Huhu..xtau bila nak balik menulis novel. Benda ni  baru permulaaan. Dah siap nanti saya bagitau. Berdebar jugak nak start benda baru ni. Impian jugakla benda ni.

Ok tu je nak cerita. Life baru. Harap semuanya baik2...Amin..




6 comments:

  1. dulu kelam kabut..skang dh okey..ecah anak dah besar baru nak masuk fasa kelam kabut..sebab baru nak masuk belajar...hehe

    ReplyDelete
  2. wahhhh tahniah.. biase lah bnd2 baru ni byk jugak kelam kabutnye.. nnt mase sy xtau lagi mcm mane serabut nye pulak..

    ReplyDelete
  3. walaupun kelam kabut tapi syok sebab tahu dia sangat perlukan mak dia. hilang semua penat lelah.

    ReplyDelete
  4. waa..ade project baru...story la nanti ye!

    ReplyDelete
  5. Kan2.smlah imah...mmg kdng tu air en suami pun lupa n xsempat..syukur dpt suami yg memahami..insyaallah mrk paham...fayyadh mnja2..takut mama lupa die lah tu .hehe..seronok layan kerenah anak kan...setuju juga..anak kn ada bonding time ngan abahnya..xla asyik mak je slalu kan..

    ReplyDelete
  6. apa ek impian baru kak imah.. hurmmm ce teka..ce teka.. heheh

    gud luck kak imah :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!