Sebabkan semalam tertengok wall Fb banyak update video
friendship, Terfikir nak tulis pasal tu dekat sini. Takde apa dekat gambar di Fb sebab banyak yang saya dah buang dan private kan. Rasa dulu before kawen,
entri lama2 dekat blog, banyak jugak saya up pasal kawan2 ni. Time bujang. Memang masa
banyak dengan kawan je sebab duduk jauh dengan family. Tapi bila lepas kawen,
slow sikit. Banyak fokus pada rumahtangga . Sama jugak macam orang lain.
Kalau throwback balik zaman muda mudi dulu, time ni la saya
rasa relationship dalam berkawan tu paling kuat. Yelah..start umur 15 tahun dah
stay dekat hostel. Tak tinggal dengan family . So memang most of the time
banyak habis dengan kawan2. Pergi mana kawan yang teman. Siap ada geng2
lagi..Hihi..persahabtan time sekolah & university la yang paling best!
Sampai sekarang semua moment2 tu still ingat even dulu takde smart phone, takde
Fb, Ig or whatsapp group semua. Takde jugak nak ambik gamabr2 sangat tapi “moment”
tu still hidup dalam memori otak & lekat di hati sampai sekarang…
Saya da geng2 sendiri masa zaman sekolah sampai ke
University. Ada bff yang start kenal
dari sekolah rendah. Ada yang masa sekolah menengah baru kenal. Dan ada jugak
yang masa university. Bila masuk kerja pun dalam setahun lebih terus kawen. So,
takde masa sangat nak berkenalan dengan kawan lain. Kenal setakat kawan tapi
belum tahap boleh jadi kawan rapat & so on. Yela dekat office mostly dah
kawen semuanya. Yang bujang2 tak ramai
mana.
Saya takdela memilih kawan. Kawan je dengan siapapun yang
nak kawan dengan kita. Tapi, mesti ada kawan yang kita anggap sebagai bff.
Selalu kita ni kawan memang ramai..tapi kawan baik, yang serasi & susah
senang bersama boleh bilang dengan jari je jumlahnya. Kalau ada geng, mesti
dalam geng tu sorang dua je yang kita rapat betul2. Yang kita boleh kongsi
bermacam benda dengan dia. Tak semua kawan boleh jadi sahabat baik kita.
Yang selesa & boleh terima kita seadanya. Tak semua.Even kitapun, tak
mungkin boleh jadi sahabat yang baik untuk semua orang. Ada orang2 tertentu
jugak yang boleh “masuk” dengan kita. Kalau kita harapkan sahabat kita baik, kitapun kena buat benda yang sama kan? Tula bff! Even penyangak pun ada jer kawan
baik dia. Yang serasi dan sehati sejiwa dengan dia kan? Hihi..
Selama lebih 10 tahun berkawan dengan bff saya sekarang,
termasukla bff dari zaman sekolah rendah & menengah, ada yang dah lebih 20
tahun kenal, belum lagi wujud istilah “kawan makan kawan” or “kawan tikam
belakang”. Bergaduh tu pernah la. Tapi time muda mudi dulu. Tambah zaman tu kan mentah sangat. Tak berapa
nak matang. .Tapi gaduh berperang macam mana pun mesti akan baik balik. Jenis gaduh kalau apa tak suka or tak setuju cakap depan2. Tak
pernah pun nak putus kawan. Why? Sebab “ikhlas”, “jujur” dan “kasih sayang “
dalam persahabataan tu yang buat our friendship tu kukuh & bertahan sampaila
sekarang. Sahabat adalah orang yang setia bersama kita dalam susah &
senang. Saat bangun & jatuh. Saat kita kecewa & gembira. Yang simpan
kejap setiap rahsia kita even time gaduh pun tetap amanah menjaga rahsia &
maruah kita.
Boleh kata, saya dengan bff jenis outspoken sikit bila
bercakap. Teguran yang diorang bagi even nampak pedas, tapi jujur& ikhlas. Kalau benda tu tak baik untuk kami,
sama2 akan tegur. No heart feeling. Kalau bergurau kasar pun memang takde
sorang pun yang nak makan hati sebab mmg dah dri sulu style kami macam tu. Tapi kalau dengan orang yang bukan baik dengan
kita memang terasa la hati kalau tetiba nak sound direct. Sebab bukan kenal
rapat pun kan.
Kalau orang tanya ada tak peristiwa pahit dalam
persahabatan? Mestila ada. Tapi, biarlah benda yang lepas tak diungkit. Ambik sebagai pengajaran &
lebih berhati2 dalam hidup.
Lepas kahwin, memang masing2 ada life sendiri. Lepas tu,
masing2 duduk jauh dah tak dekat nak jumpa selalu. Cuma just boleh contact
& update cerita masing2 dalam whatsapp saja. Tupun bukan hari2 dan selalu. Busy sama. Sebab sekarang masing2 jenis
slow down dalam Fb or IG. Saya je kot yang still aktif sikit. Hihi…Tapi bila
diorang datang Kl or Selangor selalu je jumpa. Datang rumah or jumpa dekat
luar.
Alhamdulillah..sebab kan dari time berkawan dah kenal family
masing2 (parent & adik beradik), bila dah kawen pun husband masing2 pun dah jadi kawan. Sebenarnya, dari time couple lagi dah kawan dah pun. Bila
dah kawen, dah saling kenal, senangla nak jumpa. Datang makan2 & tumpang tido dekat rumah . Pernah jugak time takde anak, mintak izin dengan sumai masing2 nak tido sama sebab dah lama tak jumpa. bersembang itu ini sampai lewat malam. Hahaha... Bukan selalu.
Diorang pun bila datang rumah terus masuk dapur tak segan2 dah! Hahaha…tu la bff. Kalau rumah berterabur dengan barang Fayyadh or bersepah sikit saya tak segan sebab kawan baik. Macam family jugak. Segan tu takde. Kalau masak apa2 pun tak pernah risau kalau tak jadi. Nak Segan kalau tak sedap. Tapi dengan diorang , selamba je. Terkurang rasa , nanti sama2 alter balik dekat dapur.
Diorang pun bila datang rumah terus masuk dapur tak segan2 dah! Hahaha…tu la bff. Kalau rumah berterabur dengan barang Fayyadh or bersepah sikit saya tak segan sebab kawan baik. Macam family jugak. Segan tu takde. Kalau masak apa2 pun tak pernah risau kalau tak jadi. Nak Segan kalau tak sedap. Tapi dengan diorang , selamba je. Terkurang rasa , nanti sama2 alter balik dekat dapur.
Pernah plan la gi holiday sama2. Siap booked tiket semua gi
medan, sekali saya dan kawan lagi satu terpaksa cancel pergi sebab tengah
tunggu hari nak bersalin. Burn gitu je tiket. Hihi.. Bila dah bersalin, plan lagi nak holiday, sorang lagi
pulak tengah tunggu time nak bersalin. Last jumpa jer bila2 free or bila
diorang datang sini. Ada jugak jumpa
time saya pergi tempat diorang. Tapi nak jumpa semua serentak memang susah.
Sekarang, plan lagi untuk next holiday, taktau sapa pulak nak bersalin lagi. Hihi…susah
nak plan2 bercuti time dah ada family ni. Dulu, masa bujang sentiasa on je nak
ke mana-mana. Hihi..Tapi tu dulu. Dah kawen, kena buat cara dah kawen kan. Rumah tangga tetap kena bagi tumpuan utama.
Bila dah kawen, still ada limit jugak nak berkongsi itu ini. Hal rumah tangga yang tak boleh cerita dekat orang luar kiteorang still simpan sendiri. Share mana yang general untuk share je. Yang mana jadi rahsia rumahtangga yang hanya kita dan pasangan je boleh tahu, tetap jadi rahsia exclusive kita.
Bila dah kawen, still ada limit jugak nak berkongsi itu ini. Hal rumah tangga yang tak boleh cerita dekat orang luar kiteorang still simpan sendiri. Share mana yang general untuk share je. Yang mana jadi rahsia rumahtangga yang hanya kita dan pasangan je boleh tahu, tetap jadi rahsia exclusive kita.
Apapun, hope persahabatan ni berkekalan. Baik saya mahupun
mereka tidaklah sempurna Cuma yang penting ikhlas & jujur dalam berkawan.
Seronok ada bff...cik.mah pun ada bff dr zaman skolah..alhamdulillah suka duka bersama..
ReplyDelete