Sekarang ni kan, banyak betul brand2 tudung yang kita boleh
tengok dekat pasaran. Tak kiralah yang di jual secara offline atau online, tapi
memang banyak sangat pilihan sampai berpinar bijik mata tengok. Macam2 fesyen
kan. Hihi..Kalau nak dibandingkan masa dulu-dulu susah nak jumpa brand2 tudung
ni. Dulu beli tudung mostly takde tag pun dekat tudung. Lepas tu design pun
lebih kurang sama saja. Sekarang kalau beli boleh kata semua tudung dah ada tag
brand masing-masing. Lepas tu ada yang exclusive design. Sekali tengok pun kita
dah tau ni brand apa. Kira design hijab Muslimah eksklusif
ni memang dah ada style masing-masing.
Ok..dari banyak2 brand tudung yang ada dekat Malaysia
sekarang, boleh kata 4 jenama tudung ni antara yang paling popular dekat
Malaysia ni sebab diorang ada design exclusive masing2 and tengah mendominasi
fesyen tudung dekat dalam negara. Jenama tudung yanag mana? Jom kita tengok
list dekat bawah ni..
Bokitta Hijab
Korang ingat lagi tak
time mula-mula bokitta hijab diperkenalkan kat Malaysia ni? Memang tengah
trending sangat time tu. Sebab diorang ni antara pelopor terawal yang
perkenalkan trend shawl pinless. Just sarung je than tudung terletak cantik je
dekat kepala. Tak perlu nak pin-pin lagi. And paling best, bokitta hijab ni
revolusi kepada orang yang sukakan tudung awning tapi nak dalam gaya shawl.
Instant shawl yang ada awning dekat bahagian muka supaya senang nak dibentuk
bila pakai. Makin lama, design ni makin up to date ikut peredaran zaman.
Sugarscarf
Sapa tak kenal sugarscarf? Salah satu
jenama yang tudung yang memang femes dekat Malaysia ni dan ada ramai peminat.
Diorang ni bermula secara kecil-kecilan je dulu dengan menawarkan aneka pilihan
shawl kepada rakan terdekat, than akhirnya Berjaya buka butik sendiri dan kini
aktif dalam penjualan tudung secara online juga. Design2 shawl dekat sugarscarf
ni jugak exclusive & sentiasa ada jer design baru dari masa ke semasa.
Galeri Ariani
Sebut saja galeri Ariani boleh kata
semua orang tahu. Antara nama besar yang pernah jadi duta Tudung Ariani ni
termasukla Dato Siti Nurhaliza & personality TV3 Nurul syuhada Nurul Ain
sebagai duta diorang. Masa mula2 Ariani diperkenalkan dulu memang berebut-rebut
orang datang butik diorang. Masa tu diorang yang mula2 trendkan tudung awning
tapi dalam design yang nampak lebih exclusive & cantik. Bukak je butik,
bersusun orang masuk. Hihi…Tapi sekarang ni tudung Ariani pun boleh dapatkan
secara online. Lepas tu sekarang ni macam2 style tudung dah ada termasukla
shawl & instant shawl.
Naelofar Hijab
Naelofar Hijab pun antara yang pernah cetuskan fenomena dalam
trend instant shawl dekat malaysia. Tambah2, pemiliknya adalah artis popular
Malaysia, Neelofa. Design instant shawl Naelofar hijab ni lain dari lain dari
segi reka bentuk & material kain yang digunakan. Sebab tu, ramai yang jadi
peminat setia & pengumpul koleksi Naelofar Hijab ni. Masa mula2 Naelofar
hijab ni keluar memag laku keras & catat jualan yang tinggi.
Oh ya, kalau nak beli tudung2 dari
jenama2 hijab popular ni korang bolehlah
beli secara online juga . Banyak pilihan & gerenti korang puas hati.
Senang kan.. semua da boleh beli online.. mcm2 fesyen skrg
ReplyDeletekena tambah lg satu kot.. MF..
ReplyDeletemira filzah pulak tgh hot, huhu