Sebenarnya, before Fayyadh genap 2 tahun lagi saya dah mula
risau pikir macam manala nak wean off dia. Even saya tak fully breastfeeding
(bf) , tapi most of the time bila dengan saya mmg Fayyadh Bf. Kadang masa nak
latih dia minum susu botol dekat rumah agak mencabarla, Bila kita bagi, lagi di
tolak atau dia baling jer botol susu tu. Huhu… Kadang2 jer dia boleh terima.
Nak direct feeding (df) jer kalau dengan saya. Tambah2 kalau time dia tak sihat macam
demam ke apa, lagi ar taknak lansung susu botol even dekat Taska pun. Pening
mama fikir macam manala nak wean off ni. Dahla Kuat ngempeng Fayyadh ni. Tidur
malam still berjaga nak df. Huhu…..
Lagi sebulan nak cukup 2 tahun, try jugak acah2 Calit letak
lemon dekat “cik b”. Mula2 dia rasa terus cakap “Eee….”. Siap jelir2 lidah buat
muka masam ya amat. Hahaha….terus tak nak df. Tapi sekejap jer…lepas tu tak
lama mintak balik. Jenuh la mama nak kena letak lemon selalu. Memang takla…redha
lah bagi jugak. Sebab kesian. Tapi time malam memang lansung tak berjaya la.
Sebab dia tengah malam memang akan jaga at least 2 kali nak df. Tak dapat,
memang menangis kuat2. Saya pulak jenis tak sampai hati, bagi jerla. Dapat
pulak kalau tak bagipun dia pandai dah selak sendiri cari. Hihi..
Lagi seminggu dia nak
genap 2 tahun, terpaksa “bertegas” sikit dengan dia untuk wean off. Rasa kalau
tak try sungguh-sungguh, mahu sampai 3 tahun pun tak tentu dia akan wean off
kan. Memang doa sangat2. Setiap hari doa mintak Allah permudahkan urusan saya
nak putus susu dengan Fayyadh. Macam mana selalu saya doa sungguh2 mintak Allah
permudahkan saya menyusukan Fayyadh hingga 2 tahun, macam tu jugakla kena
sungguh2 doa untuk mudahkan jugak untuk putus susu.
Siang hari, saya mula try calit kopi pulak dekat “cik B”. Bila
Fayyadh nampak jer..terus cakap ‘Eee….amau..amau (tak mau)” Dengan buat muka pelik campur geli geleman
dia. Haha..siap angkat2 bahu lagi. Macam geli sungguh! Hahaha…Memang dia tak
nak lansung Bf hari tu. Try pun tak. Setiap kali dia lupa dan mintak2, memang saya kena bergesa gi calit kopi before dia nampak. Haha....so, lama2 dia dah tak mintak.
Sebenarnya, dalam usaha nak wean off ni, sokongan & bantuan suami pun penting. Time ni memang husband yang banyak pujuk Fayyadh & bancuhkan susu FM dekat dia. Botol susu yang asalnya dia asyik buat baling dan tolak je bila dengan saya, dia dah mula “redha” dan terima. Alhamdulillah……. Untuk proses wean off siang hari dipermudahkan sangat. Sekarang, bila dia nak susu, dia sendiri akan mintak. Capai botol susu dia dan bagi dekat kita.
Sebenarnya, dalam usaha nak wean off ni, sokongan & bantuan suami pun penting. Time ni memang husband yang banyak pujuk Fayyadh & bancuhkan susu FM dekat dia. Botol susu yang asalnya dia asyik buat baling dan tolak je bila dengan saya, dia dah mula “redha” dan terima. Alhamdulillah……. Untuk proses wean off siang hari dipermudahkan sangat. Sekarang, bila dia nak susu, dia sendiri akan mintak. Capai botol susu dia dan bagi dekat kita.
Cuma, time malam jer yang mencabar sikit. Tiap kali nak tidur
memang berangkut la thermos air panas, air masak, susu semua naik ke bilik.
Malam2 memang kena banyak bersabar sebab Fayyadh dah terbiasa bila terjaga
malam je mesti nak Df (direct feeding), bila saya berkeras tak bagi dia akan
nangis kuat2. Even mata dia tengah pejam. Berterima kasih banyak2 dekat husband time ni sebab selama seminggu tu jugakla dia berjaga malam bancuhkan susu untuk
Fayyadh dan pujuk Fayyadh yang tengah nangis untuk minum susu botol dan tidur
balik. Dengan saya memang Fayyadh taknakla even try pujuk pun. Memang "marah" dengan merajuk dengan saya sebab tak bagi susu dekat dia. Sebab tu tugas memujuk kena pass dekat husband.
Alhamdulillah…masa time birthday dia yang ke-2 tahun Fayyadh
dah berjaya wean off sepenuhnya. Even time malampun, dia dah tak terjaga dah
mintak susu. Saya dengan husband pun sama2 terkejut. Sebab rasa senang je
Fayyadh boleh tidur lena tanpa bangun mintak susu macam dulu. Terharu sangat
rasa sebab proses wean off ni dipermudahkan sangat2. Kalau diikutkan keadaan
Fayyadh sebelum ni, saya sendiri tak yakin yang dia boleh wean off on time
macam yang saya harapkan. Kalau ikutkan hati keibuan ni, memangla rasa
sayu& sedih nak bercerai susu dengan anak. Proses wean off ni bukan setakat
melibatkan emosi anak jer, tapi emosi ibu jugak. 2 tahun kot saya dah terbiasa
bf kan Fayyadh. Bila kena stop, mesti ada jugak rasa sedih dekat hati. Tapi, semuanya
demi kebaikan bersama dan ikut apa yang disarankan dalam islam.
Kalau tanya saya, apa tips penting untuk wean off anak, saya
rasa paling penting adalah doa. The power of doa. Saya ingat dulu, masa saya
terpaksa campur susu FM dekat fayyadh masa dia baru lahir dan masa hantar dia dekat
pengasuh sebab tak cukup supply susu badan, saya memang sedih. Pernah rasa
kekurangan pada diri ni sebab tak mampu nak fully bf anak walaupun hanya untuk
6 bulan pertama. Tapi saya buang jauh2 rasa rendah diri tu sebab saya yakin
mungkin setakat tu jer rezeki saya. Rezeki tu bukan terhad pada satu benda saja.
Kalau terkurang di situ, mungkin terlebih pada tempat lain kan? . Apapun, saya
tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk terus menyusukan Fayyadh even
tidak sepenuhnya. Sebab tu saya selalu berniat dan selalu berdoa mintak Allah
bagi saya rezeki susu badan untuk terus menyusukan Fayyadh hingga 2 tahun.
Mungkin dalam tak sedar, doa saya tu
jugakla yang memudahkan Fayyadh untuk wean off dengan sendirinya. Sebab saya selalu
doa untuk susukan dia sehingga 2 tahun =) . Memang tepat2 2 tahun jugakla dia stop
sendiri. Alhamdulillah….
Untuk ibu-ibu yang dalam usaha untuk wean off anak, jangan
stress sangat dalam soal ni. Banyakkan berdoa. Baik isteri atau suami. Mintak
Allah permudahkan urusan kita sebab dialah sebaik-baik penolong hamba-Nya.
Always doa dan always yakin yang Allah akan bantu kita. Mungkin take time, sebab
setiap anak lain ragam dan penerimaannya, tapi In sha Allah akan dipermudahkan.
Boleh practice segala tips yang ada, macam letak asamla, kopi la..dan yang
lain2 tapi jangan lupa diiringkan dengan doa yang sungguh2. Petua yang adapun kena
tengok jugak, cari yang tak memudaratkan. Paling penting, adalah kita kena try buat anak faham, yang dia dah kena terima situasi sekarang. Tak boleh nak menyusu badan lagi. Kena bagi banyak positive words. Sebab kita Kena bagi dia faham dan terima keadaan
baru. Emosi anak jugak penting. Kuasa memujuk dan sebagainya. Macam tu jugak
support dari pihak suami dalam tenteramkan emosi anak dan biasakan dia dengan formula milk / fresh milk sangat2 la penting.
Samala jugak dari pihak kita as mama. Kadang2 rasa nak
mengalah je dengan emosi anak, jatuh kesian je dengan tangisan dia. Ha..sebab
kita ni ibu. Memang hati tak kuat tengok anak dah mintak2 tapi kena try untuk
bertegas sikit kalau kita memang dah target untuk wean off bila anak dah genap
2 tahun. Sebab saya pun mula2 banyak kali jugakla tewas dengan muka kesian
Fayyadh tu. Hihi…alahai anak. Mana2 ibu pun mudah jer tewas dengan muka kesian anak kan. Hihi...
Apapun, Hati dan emosi memang kena kuat. In sha Allah…akan dipermudahkan. Good luck untuk semua yang dalam situasi yang sama.
Apapun, Hati dan emosi memang kena kuat. In sha Allah…akan dipermudahkan. Good luck untuk semua yang dalam situasi yang sama.
betul.. syuha pun seminggu dua before insyirah 2thn lg stress. at least fayyadh blh terima susu fm. insyirah langsung tak nak. syuha try ltk kopi... tp insyirah isap jgk.last2 berdoa byk2. alhamdulillah.. insyirah da totally wean off siang. mlm.. masa nak tdo je bg. susu fm mmg xbg sbb dia mmg xnak.cume bykkan mknn utk cukupkan zat dia. ni dah masuj 2thn sebulan.. dah nak kna start slowly wean off utk time nak tdo pulak. doakan ye.
ReplyDeleteKalau baby fully bf lagi la mencabar kan. Semoga dipermudahkan urusan awak ya. Amin...
Deletealhamdulillah sy pun baru je selesai proses weanoff anak..fuhhh mmg penat die mencabar mental dan fizikal. alhamdulillah dah 3 bulan berjaya..tp mslh sy skrg, anak kerap sgt bgn menyusu.mmg time masih bf die kerap bgn malam. skrg ade la dalam 2 3 kali die akan bgn mtk susu.kdg2 fikir kenapa anak aku ni slalu bgn tgh malam sb slalu dgr kwn2 ckp anak dorg kalau dah tido mmg xkan terbgn dah smpai pagi. tak pasti kenaapa. tp xpelah jnji die boleh terima susu tu pn dh kire cukup bagus hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah. Take time jugak tak bangun malam tu. saya wal2 memang anak bangun malam lagi untuk minum susu. memang kena bangun buat susu. Lama2 nanti ok.
Delete