About Us

Thursday, March 31, 2016

Cara Bayar Loan PTPTN guna E-fes. Lebih Mudah & Boleh semak Penyata sekali!

Assalammualaikum!

Hari ni nak share sikit cara bayar Ptptn guna efes. Dulu masa awal2 kerja tahun 2011, saya bayar ptptn guna maybank2u. Time tu kena masuk nombor rujukan bagai. Tapi saya masukkan jer. saya ada dua loan ptptn. 1 untuk diploma. 1 untuk degree. tiap kali nak bayar guna maybank2u kenala key in no. rujukan surat tawaran.  no. rujukan tu ambik dari surat tawaran pinjaman. Tapi yang lecehnya, saya tak dapat nak tengok duit masuk tu sebab penyata dah tak sampai ke rumah. Time tu tak tahu lagi guna e-fes.  Just check sendiri je dengan orang ptptn yang bayaran diorang dah terima. Than, keadaan lebih senang lepas bayaran dekat maybank2u lepas tu just masukkan no.ic. Tapi untuk orang yang ada 2 loan agak susahla. Sebab kalau melaui maybank2u dia akan deduct hutang tu pada loan yang ada tunggakan. Kalau takde tungakan saya tak pasti macam mana dia divide. Saya bertukar pada cara bayaran guna kaedah e-fes. Lagipun service charge cuma  0.53 sen je. Kalau maybank2u RM 1.06 service charge. Yang best kita boleh always check penyata baki pinjaman. Bila buat bayaran esoknya dah boleh nampak dekat penyata pinjaman ptptn yang bayaran dah dibuat. Rasa lagi senang.

Ok, dekat sini saya share dengan korang kaedah bayaran PTPTN dengan menggunakan efes. Kalau guna e-fes ni kena online pakai mozilla firefox atau internet explorer ye.


1. Pergi ke website ptptn. http://www.ptptn.gov.my/
2. Klik pada Laman web Rasmi


3. Bila dah masuk laman web rasmi Ptptn, klik butan e-fes macam dalam gambar




4. Nanti dekat screen akan keluar macam dekat bawah. Kena masukkan nombor ic.



5. Nanti klik pada penyata mana yang korang nak. Macam saya dua2 pinjaman dah tukar ke ujrah. So, klik pada penyata kira-kira pembiayaan Ujrah. Kalau belum tukar, klik pada pinjaman konvensional




6. Than masukkan no.ic dan kata laluan. Ok, nak dapat kata laluan ni korang kena daftar dulu. Macam saya, saya suruh orang ptptn tu tolong buatkan masa berurusan dekat kaunter. Kalau tak, kena daftar sendiri. Nak senang korang boleh call or email je orang ptptn. dekat website ptptn ada nombor2 yang boleh dihubungi. 


7. lepas masuk no.ic dan kata laluan akan keluarlah macam ni dekat screen. Dekat bahagian profile tu korang boleh check penyata baki korang. Nak lagi terperinci, nak tengok bayaran dari tahun ke tahun korang check dekat penyata baki terperinci tu. semuanya ada. 


8. Kalau nak buat bayaran guna e-fes, korang kena klik dekat penyata baki. Kemudian dekat bahagian bawah, yang no.9 tu korang klik dekat bayaran balik melalui FPX.


 10. Lepas tu keluar dekat sreen macam bawah ni. Ada penyata baki korang tapi saya terpaksa tutupla sebab p&c. hihi...korang masukkan amount yang nak dibayar dekat bahagian penyelesaian ansuran. Contohnya RM 300. 



 11. Ok, kalau ada dua pinjaman, nanti dia dah siap2 devide pinjaman tu ikut loan korang. Kalau ada diploma & degree. so dah dibahagi siap2. Yang ni ikut amount yang korang patut bayar la. Yang korang dah setuju dengan ptptn samaada melaui ujrah atau penjadualan semula.  Ada 4 amount sebab 1 tu bayaran pokok. 1 lagi kos pentadbiran. Dia asingkan. Than, klik dekat butang Teruskan.




 12. Last sekali, pilih method pembayaran online banking macam dekat bawah ni. So, settle la urusan bayaran. 







Mula2 buat je rasa susah. Tapi sebenarnya senang. Saya suka sebab boleh nampak amount bayaran, check penyata semua. Selama saya guna rasa ok je. Cuma kekadang tu ada jugakla sistem down. so try la lain kali. Bayar ptptn ni, kos pentadbiran ni dia key in setiap bulan tau. Kalau boleh buat bayaran before 31hb. Kalau tak, bila dah masuk bulan seterusnya, jangan lupa bayar lebih untuk kos pentadbiran tu.

Selamat mencuba!

Kalau boleh, nak cepat2 settle je hutang ptptn ni kan. Mintak2 dipermudahkan urusan untuk segera habiskan bayaran hutang. Amin...




7 comments:

  1. mmg die asing dh ker byr 2 akaun dip n degree.. sebelum nie sy x pakai efes.. nyr online gak.. ikut no rujukan berbeza.. tapi die just potong akaun terawal shj.. org ptptn pon ckp xleh selagi akaun 1 x setel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah dua2 convert ke ujrah mmg automatic dia akn bahgi siap2. Klu 1 ujrah, 1 konvensional kna byr asing. Kalau direct online banking kalau kita ad 2 pinjaman mmg dia akn tolak akaun yg ad tungakan dulu atau akaun 1. Yg lagi satu kna byr direct dkt kaunter. Saya rasa leceh mcm tu sbb tu guna efes sbb senang blh byr sekali je.

      Delete
    2. Dia akan bahagi tu ikut jadual byrn balik yg kita patut byr pada ptptn.

      Delete
  2. Kite potong gaji..lagi senang..tapi slip gaji jadi xcntik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi senang. Hihi...xpe nnt dh hbs byr cantikla blik =)

      Delete
  3. sangat membantu.tq.ptptn banyak lagi nak byr ni. ingat nak keluarkan duit kwsp tuk byr semua baki.hihi

    ReplyDelete
  4. Saya bayar PTPTN guna JomPAY melalui CIMB Clicks tanpa caj.

    Boleh refer link bawah ni.

    Bayar PTPTN tanpa caj melalui JomPAY

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!