About Us

Wednesday, September 14, 2016

Anak- Rezeki Dan Amanah

Just nak cerita sikit pasal kejadian beberapa hari ni yang buat jiwa saya sebagai seorang ibu tersentuh. Masa tengah on the way balik kampung sabtu lepas, tiba-tiba dapat mesej dari salah seorang customer by Adeenda yang baby dia baru meninggal. Ya Allah..sedihnya rasa sebab customer saya ni baru je beberapa hari beli barut baby dengan saya untuk kali ke-2. Baby dia meninggal dalam tidur. Secara tiba2 takde sakit apa pun. Tapi, Allah lebih sayangkan dia kan. Dia mintak saya doakan dia kuat dengan dugaan ni. Customer saya tu siap send gambar "anak syurga" dia pakai barut baby saya jual. Sedih..sebak sangat rasa masa ni. Saya daoakn dia kuat semangat. Hanya mereka yang terpilih saja yang Allah uji dengan "kehilangan" ni.

Semalam, balik dari kenduri korban dekat kawasan apartment kami. Time sesi pillow talk kami suami isteri, husband cerita dekat saya pasal jiran kami (blok lain) yang anak dia baru meninggal masa bulan puasa hari tu. Sedih sangat cerita dia, anak dia baru setahun masa meninggal tu sebab ada jangkitan kuman dalam darah. Sedih sebab tu anak sulung. Sedih sebab anak dia seorang je. Sedih sebab dia tunggu kehadiran anak tu lepas 2 tahun diorang berusaha untuk dapatkan anak barula isteri dia pregnant. Dia rasa bersalah sebab lambat dapatkan rawatan dekat PPUM. Sebab mula2 pergi private hospital. 4 hari dekat sana baru DR mintak transfer ke PPUM sebab diorang takde ubat dekat anak dia. beberapa hari anak dia struggle dekat ICU lepas tu dah baik sikit dah boleh balik rumah. Lepas sebulan, anak dia demam balik. Bawa ke PPUM, kemudian esoknya meninggal. Diorang tak boleh terima bila anak diorang takde mualanya, isteri dia lebih2 lagi. Hari2 balik kerja akan pergi kubur anak dia. Baju terakhir anak dia pakai pun sampai sekarang tak basuh. Jadi teman tidur diorang. Sekarang je suami dia rasa kuat sikit & boleh terima apa yang jadi. Cuma isteri dia jer yang still masih lagi bersedih dan susah nak terima apa yang jadi. Sebab masih baru kan. Masa sembang tu, dia tak putus2 nasihatkan husband saya jangan "terleka" sikitpun jaga anak. Kalau sakit berpanjangan if pergi private tak ok, terus ke Government hospital. Jangan leka jaga amanah Allah bagi. Bila Allah nak ambik balik, bila2 dia boleh ambik. sebab anak ni cuma pinjaman. Dia cakap masa dia hari2 pergi kubur anak dia pun, ada seorang lelaki yang selalu pergi kubur anak dia. Sama macam diorang. Lelaki tu asyik cakap menyesal dan bersalah dekat anak dia. Anak dia pun umur dalam setahun macam tu. meninggal sebab terjatuh kolam renang dekat rumah. Kecuaian dia sendiri. Rasa menyesal dan bersalah tu tak tau nak cakap macam mana. Takkan hilang. Tapi nak buat macam mana, anak dia dah takde. Kena usaha redha dengan ketentuan Allah. Nak ubat rasa hati, hari2 dia pergi kubur anak dia (T_T).

Hari ni, masuk berita yang baby 1 tahun meninggal sebab terkunci 5 jam dalam kereta. Allah...saya rasa sedih dan sebak sangat. Saya taknak cakap apa2 pasal ni sebab tak tahu macam mana situasi sebenar parent dia. Kitapun tak sesempurna mana jaga anak. kadang2 ada jugak terleka, cuma masih bernasib baik sebab Allah masih bagi kita peluang untuk terus bersama dengan anak. Huhu... Tapi sebagai manusia, sebagai parent, beringatlah selalu. Jadikan kisah mereka ni satu pengajaran. Supaya kita tak buat kesilapan yang sama.


Semalam pun tetiba je nangis lepas dengar cerita husband. Terus peluk Fayyadh yang tengah tidur kuat2. Saya cakap, "anak kita sorang ni je abang. Kalau jadi apa-apa dekat Fayyadh sayang pun tak kuat". Samalah husband pun. Sebab nak dapat anak pun bukan mudah.  Orang lain bertahun tunggu nak dapat anak. Ada yang masih tak putus2 berikhtiar nak dapatkan zuriat. Kita yang dah Allah amanahkan rezeki ni, jagalah anak betul2. Huhu...

Anak...Bukan untuk dibanggakan pada orang lain yang kita punya anak.
Bukan untuk jadi sebab  untuk kita rasa riak kalau ada anak yang comel, pandai, bijak & soleh.

Tapi untuk disyukuri, disayangi ,dijaga & dididik sepenuh hati agar sama2  dapat bertemu di syurga selepas mati kelak. Anak ni peneman & penyeri hari2  kita yang tak ternilai harganya. Hubungan yang takkan putus sampai bila-bila. Dunia akhirat dia anak kita. Dan dunia akhirat jugak kita ibubapa dia (T_T).

Sebab tu hargailah apa yang kita ada. keluarga, suami, anak, parent..adik beradik semuanya pinjaman. Rezeki yang Allah bagi. Bahagiakan mereka selagi boleh. Sayangi mereka sepenuh hati. Sebab kita tak tahu berapa lama Allah pinjamkan insan kesayangan ini untuk kita. Spend our quality time together.




6 comments:

  1. Allah, sedihnya, :( kalau fiza diduga macam ni, tak tahu la nak buat macam mana. Anak baru setahun lebih, memang pernah terfikir kalau kehilangan anak ni, tak tau la apa jadi dengan saya, :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala Kita Fiza. Rasa gelap dunia kalau benda ni jadi dekat kita. Mintak dijauhkan dan doa selalu semoga dipanjangkan lagi tempoh pinjaman ni

      Delete
  2. imah...... sedihnya entry ni.. terus rasa nak balik rumah skrg & peluk anak2. kita hari2 doa supaya ditingkatkan kesabaran dlm mendidik anak2 tapi kerap kali jugak tewas dgn amarah sendiri dgn tantrum anak2. sedih & rasa bersalah tapi bila tgh marah terus lupa semua. Allah! ampunkan hambaMu ini ya Allah.... (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala Imahpun. huhu...kdg2 ada masa hilang sabar, cepat nak marah dengan tantrum anak. Bila dah reda marah tu mesti menyesal sangat2. takut sgt hilang diorang kan? In sha Allah..kita sama2 doa kita dapat jadi ibu yg lebih baik & dipanjangkan kebahagiaan & pinjaman Allah bagi ni.

      Delete
  3. Kita baca laju-laju sebab takut ter-menangis dekat office. Sedih

    ReplyDelete
  4. sejak ada anak, tidur saya memang tidur2 ayam je.. tak pernah lelap sampai tak tersedar... even anak pusingkan badan pun akan tersedar... risau kalau kita tak perasan dia muntah susu, kain selimut tutup muka dia.. banyak la aspek2 lain yang buat saya rasa tak senang duduk.. paling risau part nak tinggal bila kerja nanti.. Allah.... haraplah anak kita semua dalam lindungan allah s.w.t

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen!