LAMPU
Untuk lampu semua ruang termasuk bilik dan toilet saya pakai yang jenis downlight LED tu je. Yang jenis attach dekat lantai atas.Ada banyak sebab kiteorang pilih lampu macam ni. First, sebab lampu dia terang even size kecil, Second, Jimat ruang. Sebab shape lampu ni bulat & square je. Untuk ruang2 yang kecik sangatla membantu tambah2 kalau letak antara kipas kan. Jimat space. Lepas tu lampu macam ni sangatla energy saving. Boleh nampak sebab bil elektrik kiteorang lebih murah berbanding duduk rumah sewa dulu. Untuk ruang tamu & ruang makan pakai downlight LED untuk ceiling.
Master bedroom pakai 2 ketul je lampu ni |
Ruang Pintu masuk |
Range harga lampu LED ni kiteorang beli dalam RM 20 -RM 30++.
*Untuk gambar lampu LED downlight dalam bilik boleh refer dekat gambar kipas dekat bawah
Untuk lampu hiasan tak beli banyak sangat. Beli yang mana untuk gantung dekat atas je sebab senang nak buat wiring siap2 kan. Just beli lampu untuk meja makan, counter bar & dekat luar rumah ( depan entrance gate).
Dan kiteorang memang akan on lampu ni setiap kali makan malam. So memang function lampu ni memang bukan sekadar hiasan. Sebab memang hari2 akan on time dinner.
Lampu bar counter. Lampu ni paling pening nak pilih sebab rasa semua lampu dekat sana cantik2. Kelabu mata ni ha..Last pilih yang ni. Yang kelakarnya, salah beli bulb lampu. Sibuk sangat nak semua bulb LED terlupa yang ni patutnya ambik yang jenis clear bulb. Kihkih. So takpe, nanti baru beli bulb yang clear tu ganti . Baru la nampak klasik =)
Lampu ni harga RM 100++.
Untuk lampu luar lagila murah kiteorang beli. RM 49 je. Lupa nak snap gambar. Nanti saya update semula gambar dekat sini. Bulb lampu hiasan pun semua ambik yang LED sebab nak jimat elektrik. cuma warna lighting je ada yang putih & oren.
Pasal lampu tak kisahla nak pakai macam mana tapi mentol better ambik yang led. lepas tu kena tengok watt lampu jugak. Ada setengah lampu watt sikit jer tapi cahaya dah cukup terang. Ada setengah lampu guna jumlah watt yang banyk. so, memang kurang economical la. Apapun pilihla yang menjimatkan tenaga & design ikut citarasa nasing2.
KIPAS
Bab kipas, kiteorang tak meletakkan pasal “brand” popular sangat
time pilih ni. Sebabkan dah ada pengalaman guna kipas brand Panasonic &
KDK, so untuk rumah sendiri nak try brand lain pulak. Dua2 ada pro & cons
pada mata kami. Mula2 memang nak pilih kipas KDK sebab hasil pengalaman sendiri
memang tahan lasak cuma ada certain model, motor dia agak “bising” sikit. Satu lagi sebab design kipas KDK tak berapa nak “berkenan
sangat ” dekat mata saya dan husband. If yang kami berkenan & macam spec kami nak, harga luar bajet la
pulak. huhu…hasil survey pengalaman orang lain, kawan2 & officemate so kiteorang beralih la pada brand alpha. Sebab harga lebih murah & ada banyak design cantik2. Walaupun kipas
tu setakat berputar dekat atas, ada beberapa faktor penting yang kena titik beratkan masa pilih kipas.
-Tahan lasak
-Warranty lebih dari 3 tahun
- Maintainance service yang ok (senang nak panggil maintainance bila kipas problem ke apa)
-Angin sejuk & best ( Klu boleh nak yang 5 level speed angin)
-Bunyi Senyap
-yang pakai Remote control.
-Cantik di mata kami. hihihi.

Kipas 3, 4 atau 5
blade??
Ramai orang pening nak pilih berapa blade kipas ni. Samala saya
dulu. Ingat lagi banyak blade lagi sejuk anginnya. Kihkih…padahal yang sebenarnya ikut
keluasan kawasan. If kawasan yang besar elok pakai yang 3 blade. Sebab angin
lebih menyeluruh pada space yang besar. Kalau yang kawasan
kecik sikit ambiklah yang 4 atau 5 blade. Angin lebih tertumpu di bahagian bawah. Sebab
rumah kiteorang kecik, kiteorang ambik yang 5 blade semuanya. Lepas tu semua 5 speed level. Jenis dasar penakut “kepanasan di rumah” terutamanya bila sampai time el
nino nino. Hihi..Maklumlah belum ada bajet nak beli air cond. Mampu buat wiring
air cond saja dlu. Sebelum tu, kiteorang dah test dulu kelajuan angin dia dekat kedai dan rasanya mmg sejukkk…...
Nila kipas pilihan hati kiteorang untuk rumah kecil kami
Ruang Tamu & ruang Makan
Untuk ruang tamu & ruang makan kiteorang pilih design yang sama je. Warna hitam. Sebab dah insaf pakai warna putih senang nampak kipas kotor. lepas tu yang ni senang nak bersihkan sebab material blade dia jenis yang senang nak cuci. Kiteorang pilih kipas ni salah satu sebab dia ada "wind speed" so angin dia mmg sejuk. lepas tu kalau fefeeling macam nak rasa angin sempoi2 tepi pantai boleh pilih "natural wind"...rasa macam angin dekat tepi pantai je. Tak de dengar bunyi lansung kipas ni. Senyap je. Ada lagi beberapa function lain yang best. Overall, memang puas hati sangat dengan kipas angin ni selama 4 bulan pakai. Hihi..hopefully akan terus berpuas hati untuk tahun-tahun seterusnya.
Master Bedroom
Untuk master bedroom, kiteorang pilih yang harga lebih murah sikit tapi ada "wind speed". Yang ni pun sama ada macam2 function macam kipas dekat ruang tamu & ruang makan. Tapi harga lebih murah. RM 300++. Puas hati sebab sejukkkk...lepas tu bunyi senyap je.
Bilik ke-2 & ke-3
Untuk bilik ke-2 & Ke-3 kiteorang ambik design yang lebih simple harga lebih murah sebab bilik lebih kecil & jarang guna sangat. Tapi tetap nak yang 5 blade & ada 5 speed level. Tapi yang ni takde "wind speed" la. Tapi angin tetap sejukkk. Best. Ikutkan bilik ke-3 nak ambik baby fan sebab size bilik ke-3 mmg kecil tapi sebab risau macam kecik sangat baby fan ni so ambik yang size biasa. Last bila nak pasang dekat bilik rasa menyesal tak ambik yang baby fan! haha...sebab rasa besar pulak kipas tu dengan bilik yang kecil. Tapi still ok je nampak bila dah pasang. Baby fan tu sejukk kot. so korang nanti kalau ada bilik yang kecil bolehla try beli baby fan! . Untuk Warna, kiteorang pilih warna silver sebab masa tu stock warna hitam dah habis. Ok jugak warna silver dekat mata kiteorang ni.
Harga kipas ni RM 200 ++ .
Brand alpha ni diorang punya maintenance service pun ok dan cepat. Hari tu kipas tak berpusing lepas pasang, orang wireman kata kipas yang rosak. So panggillah orang maintainance dia datang tengokkan. Fast response. senang je buat appointment. Dia datang terus ke rumah. Kita just tunjuk resit belian je sebab warranty diorang 3 tahun. Tapi bila datang check, ok je kipas berpusing bila diorang on guna generator diorang bawak . Wiring je ada salah sikit. So, orang wireman kena betulkan sikit wiring yang dia buat. so saya puas hati dengan service maintainance diorang.
Dapur

Harga RM 400++. beli dekat house of lighting puchong.
Ruang Makan |

Bilik ke-2 |
Bilik ke-3 |
Harga kipas ni RM 200 ++ .
Brand alpha ni diorang punya maintenance service pun ok dan cepat. Hari tu kipas tak berpusing lepas pasang, orang wireman kata kipas yang rosak. So panggillah orang maintainance dia datang tengokkan. Fast response. senang je buat appointment. Dia datang terus ke rumah. Kita just tunjuk resit belian je sebab warranty diorang 3 tahun. Tapi bila datang check, ok je kipas berpusing bila diorang on guna generator diorang bawak . Wiring je ada salah sikit. So, orang wireman kena betulkan sikit wiring yang dia buat. so saya puas hati dengan service maintainance diorang.
Dapur
Disebabkan ada pengalaman rasa "panas" masa tengah prepare barang2 nak masak dekat dapur masa duduk rumah sewa dulu, so saya bertekad rumah sendiri harus ada kipas dekat dapur. Lantakla dapur rumah kecikpun. tetap nak letak kipas. Malas nak letak kipas jenis stand tu. So, sebab ruang terhad, saya decide untuk letak kipas dinding je dekat dapur.
Tadaa!! beli kipas brand panasonic untuk dinding. Harga RM 100++ saja. Malas nak beli jenis remote control sebab bukan tinggi mana pun gantung. So ambik yang biasa saja.
Budget
Berapa bajet nak beli lampu kipas untuk rumah apartment ni?
Macam saya cakap hari tu overall harga untuk beli semua kipas & lampu termasuklah lampu hiasan & bulb dalam RM 2600. Tapi jumlah ni pun bergantung pada brand & berapa unit kipas dan lampu kami beli untuk rumah kami. Apa2 memang kena survey harga so dari situ boleh letak bajet kita untuk beli lampu & kipas ni. Kiteorang pun survey dulu harga lampu & kipas before rumah dapat kunci so boleh agak overall bajet. Lagipun, kiteorang memang banyak buat wiring tambahan untuk lampu & kipas ni.
Apa-apapun betterlah merancang dari awal. Bab wiring & beli lampu kipas sangatla berkait rapat. Kalau rasa nak pasang lampu hiasan ke, spotlight ke dekat rumah better lukis plan siap2 atas kertas. Sama jugak dengan tambahan lampu. So, buat wiring awal2 . Lampu kalau takde bajet takpe boleh beli kemudian. Bagi ada yang basic je dulu. Tapi wiring tu penting untuk buat dulu (kalau nak yang jenis tanam dalam). macam kiteorang ni la. Wiring aircond dah buat dulu untuk bilik & ruang tamu. Tapi air cond tak beli pun lagi. Tunggu benda2 penting settle dulu baru la kumpul bajet untuk beli air cond pulak. Buat masa ni memang dah rasa sejuk & tak perlukan air cond lagi. Hihi..
ok, tu jela serba sikit yang saya boleh share. Ambik masa yang lama untuk upadate walaupund dah settle benda ni semua dari bulan 5 lagi. 4 bulan baru nak berupdate. Huhu..Lepas ni saya try habiskan cepat semua entri berkaitan house renovation yang terperam dekat draft tu. In sha Allah..
*semua lampu & kipas kami beli dekat House Of Lighting Puchong.
banyak info yang berguna tq tau.
ReplyDeletesama2 mila =)
Deletetak sabar nak tengok hiasan keseluruhan rumah. :)
ReplyDeletebiasa je umah imah ni syida.
Deletex sbr nak tengok rumah baru kamu heheheh mesti cantik
ReplyDeleterumah imah simple je. biasa. Masih cari idea nak mendeco.hihi
DeleteSuka ya tengok bila ada Kak Imah kongsi pasal rumah. Termotivasi jap
ReplyDeleteHope membantulah serba sikit. hihi
DeleteKakak fiza dulu masa masuk rumah pun sibuk beli kipas dan lampu. Dia beli kipas yang ada lampu sekali kat bawah tu, letak kat masterbedroom. Tapi, kipas tu tak tahan lama. Cantik Design tapi tak tahu la kenapa cepat rosak. Huhu
Delete