Ikutkan nak berhenti kerja ni bukan keputusan yang sewenang-wenangnya saya nak buat. Tambah kalau masih ada hutang2 & komitmen lain yang nak kena bayar setiap bulan. Hmm...sayapun bukan yang jenis suka duduk dekat rumah sangat dari kecik. Even time cuti sekolah atau cuti sem ada je aktiviti nak buat dekat luar. Habis spm sementara tunggu result, buat kerja part time. Masa semester break dekat U dulupun saya ambik short course ataupun bekerja. Sebelum dapat final year result pun saya dah kerja. Dapat result saya tukar kerja lain yang sesuai dengan kelayakan. Tak pernah lagi rasa mengangur atau duduk dekat rumah lama-lama. Alhamdulillah, rezeki saya sama. lepas habis belajar terus ne dapat kerja. Tak sempatpun balik rehat2 dekat kampung.
Bulan 1 nanti genaplah 6 tahun saya kerja makan gaji. Kejap je kan masa berlalu dah masuk 6 tahun dah pun. Even saya pernah pasang impian nak jadi fulltime housewife, tapi takdela se drastik sekarang. At least lepas kehidupan dah stabil & habis bayar hutang yang ada. Tapi tahun ni rasa nak berhenti kerja tu jadi kuat sangat. Semuanya sebab anak.
Sebabkan condition kesihatan Fayyadh tak berapa baik, almost setiap bulan dia sakit saya jadi takut dan risau. Risau kalau apa2 jadi dekat fayyadh even sakit dia bukanla kategori serius sangat. Tapi bila kerap sangat sakit, memang sangat2 mengangu kehidupan harian dia. Dia jadi susah nak makan dan minum. Fayyadh ada tonsilitis sejak baby lagi. Bukan yang biasa. Tonsilitis dia dalam kategori tak normal & serius jugak. Almost setiap bulan tonsil dia bengkak. Kerap demam. Kerap dapat infection. Usia dia baru 2 Tahun 9 bulan tapi dah 4 kali dah warded. Semua sebab infection. Muntah2 dan demam yang lama. Dulu masa dia bawah 2 tahun dia kerapa muntah berhari2 sampai lembik. Tupun dah refer hospital. Yang kiteorang refer hospital jumpa pakar tak terkira berapa kali. Huhu..Baru2 ni 2 minggu Fayyadh demam. Suhu kalau malam2 sampai 41C . 7 hari kiteorang berkampung dekat wad. Tonsilitis Fayyadh serius jugak kali ni. Bukn setakat tonsilitis, mulut dia pun kena infection sama sampai bengkak gusi dan penuh ulcer. Demam dia susah nak kebah. Dia tak boleh makan, minum & bercakap. Memang banyak masuk antibiotik. Tupun try & error sampai jumpa yang ok. Perasaan saya jangan cakap la... Tengok anak menjerit & menangis tak boleh nak minum air saya pun nangis sama. Masa dekat hospital ni la saya sepenuh hati nekad nak berhenti kerja. Saya tak sanggup nak tengok Fayyadh terus macam ni setiap bulan. Saya tak kuat (T_T).
Gambar contoh- Tonsil Fayyadh kadang akan bengkak macam bola seperti dalam gambar |
Masa saya tengah jaga Fayyadh, Saya pun terjangkit sama. 5 hari demam panas dan tonsil bengkak. Masya Allah. Memang sakit betul tonsilitis ni. Sakit ya amat. Tu first time saya rasa. Tambah sakit, sebab saya kena yang jenis ada ulcer / nanah. sampai gusi pun bengkak sama. Memang sakit ya amat. Mungkin Allah nak saya rasa apa yang anak saya rasa selama ni, supaya lebih memahami sakit anak. Memang saya tak boleh bercakap, tak boleh telan makanan ataupun minum. Even dr dh bagi pain killer pun sakit tu tetap rasa. Macam ada pisau dekat leher. Nak tidur pun susah. Masa ni saya jadi bertambah sedih & kesian sangat dekat Fayyadh (T_T). Tak tahu mcm mana fayyadh terpaksa tahan sakit setiap bulan sedangkan sy yg tua ni pun tak tahan jgk. Huhu...Time ni la Saya nekad nak jaga sendiri anak saya sampaila dia sihat.
Doktor cakap selagi saya hantar Fayyadh ke nursery atau tempat yang banyak budak, selagi tulah dia akan berulang sakit. antibodi dia tak kuat. Bila ada budak sakit, dia mudah nak berjangkit sama. Saya dah pernah try beberapa supplement dari yang makan atau pun yang jenis sapu tapi tak berkesan untuk Fayyadh. Pemakanan Fayyadh pun saya dah jaga. Saya dah cuba sehabis baik untuk protect dia. Memang sediakan hand sanitizer untuk budak punya untuk dia pakai. Tapi mungkin saya kena lebih lagi dalam berdoa dan berusaha buat yang terbaik. Decision untuk berhenti kerja dan fokus pada Fayyadh ni memang seikhlas hati saya buat.
Saya pun dah kerap ambik cuti. Unpaid leave almost setiap bulan. Sebab cuti tahunan dah habis. Even bergilir dengan husband pun sama jugak. Cuti tak pernah cukup. Setiap bulan tetap kena cuti. Saya rasa ibu2 yang alami situasi macam saya je faham. Even majikan saya sangat memahami tapi hati dan jiwa tu dah takde dekat tempat kerja. Hari2 saya fikir pasal Fayyadh dekat Nursery. saya tak sabar nak berhenti dan jaga Fayyadh sendiri. Jaga sendiri tak semestinya anak tak sakit, tapi at least dapat kurangkan sikit risiko penyakit berjangkit dan kita dapat kawal anak sepenuhnya.
Saya dan husband rasa berat hati nak biarkan Fayyadh jalani operation buang tonsil dia sebab usia dia yang muda lagi. Dia baru nak masuk 3 tahun. Ni ikhtiar terakhir kami. Kalau saya jaga sendiri pun Fayyadh still sakit , kami akan pertimbangkan untuk dia jalani operation buang tonsil tu. Memang tu last choice. Sebab bergantung pada antibiotic pun tak bagus jugak. Doakan Fayyadh cepat sembuh ya.
Alhamdulillah, bila decision berhenti kerja ni saya buat dalam keadaan tiba2, mujurla saya masih ada backup simpanan untuk beberapa bulan komitmen saya . Saya takdela banyak
hutang sangat. kereta dan ptptn saja. Tapi perbelanjaan bulanan tu kena ambik kira jugak. kena kira yang paling minimum dan anggap sebagai komitmen. Bila dah biasa ada duit sendiri, kita akan rasa susah dan tak biasa bila dah takde income tetap bulan2. Tupun saving yang ada saya dah banyak jugak guna untuk renovation rumah kami. So, luckily saya masih ada lagi backup untuk saat2 sukar nanti. Bila dah jadi saya takla risau sangat. Boleh fikir lagi macam mana nak jana income sendiri dari rumah nanti.
Saya plan untuk berhenti kerja sementara. Maybe dalam 6 bulan atau setahun. Bila Fayyadh dah betul2 sihat baru saya kerja balik. In sha Allah..
Lepas ni, saya akan fokus untuk jaga Fayyadh. Doa sangat2 dia cepat sihat. Tak sanggup dah nak tengok dia sakit. Tak kuat sangat rasa. Sambil tu saya fokus jugak pada bisnes online saya, By Adeenda & service sewa veil. Sebelum ni buat part time lepas ni fulltime. Nervous rasa. Kalau boleh memang nak income dari situ je tanpa usik simpanan yang ada. Sikit sebanyak ada jugakla rasa risau dan takut. Tapi, kata husband, ingat balik nawaitu saya berhenti kerja. nak jaga anak. Soal rezeki serah pada Allah. Kita ikhtiar dan usaha yang mana mampu, selebihnya tawakal. Letakkan kebergantungan pada Allh swt. Semoga semuanya dipermudahkan..
In sha Allah bulan ni last saya kerja. Disebabkan saya berhenti pun secara mengejut. so company bagi pelepasan pada saya untuk berhenti tanpa terikat dengan notis 2 bulan. Alhamdulillah..
Bulan 1 nanti akan bermula la life baru saya as fulltime housewife. Doakan kami ya =)
Assalamualaikum imah. Allahurabbi. Kesian dengar Fayyadh sakit tonsil. Semoga dipermudahkan urusan awak jaga anak. Insya Allah. Fayyadh sihat seperti biasa... kesian tengok budak kecil sakit. Fayyadh be strong ye sayang...
ReplyDeleteWaalaikumsalam Sheila. Thank you sheila. Semoga dipermudahkan semua urusan sheila sekeluarga jgk =)
DeleteSaya baru pertama kali datang blog ni, tertarik dengan tajuk.. Ini memang dilema utama ibu bekerja.. Tak apalah, bak kata suami, kalau nawaitu betul, insyaAllah akan dipermudahkan. 😊
ReplyDeleteTq singgah blog saya. Betul..in sha Allah..smga semuanya dipermudahkan. Tq
Deletesemoga keputusan yang awak buat adalah yang terbaik untuk kesihatan anak.gud luck k.
ReplyDeleteIn sha Allah..Amin. tq mila
DeleteFeel you Imah... Mila doakn yg terbaik buat Fayyadh dan Imah sekeluarga...
ReplyDeleteAmin..tq mila.
Deletesemoga Allah mudahkan semuanya fahimah. dah try buat rawatan sonotron? anak buah aku ada tonsil jugak, dia buat dalam 3x, Allah izin tonsil dia surut.
ReplyDeleteIn sha Allah. Amin..Belum try. nanti aku google pasal ni. Tq anis =)
Deleteassalam hai kak...lamanya sy tak jengah blog kak ni...terkjut sy baca perkhabaran ank kak ..moga allah permudahkan segala urusan kak sekeluarga...aamiin :)
ReplyDeleteW'salam. Amin...in sha Allah aneesa.tq. Sy doakn yg terbaik utk.awk jgk.
DeleteSalam kak.. lama x baca blog akak. Moga Fayyadh cepat sembuh and main mcm kanak2 lain. Moga rezeki utk family akak pun bertambah lepas berhenti ni. X dari segi duit, mungkin dr segi kesihatan dll. Amin.
ReplyDelete